07/02/2024
Saya buat page baru ini sebenarnya sebab page lama saya sudah disekat oleh FB dan dicop sebagai 'not recommendable'. Alasan diberikan kerana saya memuat naik sebuah gambar yang dituduh sebagai gambar *eror*s.
Semenjak itu memang saya amat perasan, capaian FB Page saya merudum terlalu teruk. Sangat sangat teruk.
Sepanjang saya memulakan penerbitan sendiri ni, akaun page FB saya bagaikan pusat untuk promosi dan mengetengahkan maklumat-maklumat berkait karya-karya saya. Dengannya saya gunakan untuk pengiklanan, yang menghubungkannya kepada Shopee Hilal Asyraf Resources.
Memang semenjak capaian disekat, ada kesan berantai kepada perniagaan saya.
Saya sudah appeal, tapi tak berjaya.
Saya awalnya dapat notis menyatakan amaran yang saya terima akan berjalan sehingga 2hb Februari 2024. Jadi saya sabar sahaja menanti. Namun bila sampai tarikh tersebut, keadaan page saya masih sama. Status page saya masih kekal not recommendable.
Sebab itu saya cuba buat page baru, menggunakan akaun peribadi baru, dengan email yang juga baru.
Namun setakat pagi tadi, page ini juga telah mendapat status 'not recommendable', walaupun ditunjukkan tidak ada masalah, violation dan seumpamanya.
Berkemungkinan besar dia flag kerana wajah saya, nama saya, atau nombor telefon saya.
Tak pastilah jalan keluar lain yang ada bagaimana. 😅
Apakah saya perlu redha sahaja dan balik semula ke page asal? 😂