
26/10/2024
Southern Metal Elite (S.M.E) / Monicker (logo) terbaru.
S.M.E adalah salah satu projek yang dimulakan pada tahun 2010 oleh Rdl (ABMS 696 / Rdl Records Malaysia) dan Malik Hanael (As Sahar / Blackwinds Prod)
Tujuan S.M.E
Tujuan S.M.E adalah bagi menyediakan satu pusat perkhidmatan menyeluruh aktiviti bagi peminat dan band underground utk scene Malaysia, Johor khususnya.
S.M.E menghubung dan menyediakan segala keperluan untuk aktiviti berunderground bagi band dan juga para peminat dimana mereka boleh membuat, membeli, menukar / trade, mempamer dan menjual barang dagangan, membuat merchandise seperti baju, hoodie, patches, sticker dll, keperluan promo dan design / artwork band, perkhidmatan rekording studio, sound engineering, mastering dan editing, pembuatan album seperti cd, keset dan piring hitam dan juga bagi tujuan promosi dan pertunjukan gig.
S.M.E mengorak langkah dengan siri jelajah gigs seperti pertunjukan Hellstorm Over Borneo, Helstorm Over Northern Coast, Hellstorm Over Southern Coast dan siri "Hellstorm gigs" menjadi gig tahunan berlandas Ekstrim Metal yang sering diadakan disetiap penutup tahunan di Johor.
Gig Hellstorm anjuran Southern Metal Elite dibawah pimpinan Malik Hanael adalah dari tahun 2010 - 2019 dimana ia terhenti 2 tahun akibat Covid.
Sejauh ini, hasil gabungan dua label S.M.E ( Rdl Records dan Blackwinds Production ) telah bekerjasama dengan beratus-ratus band dan telah meriliskan beratus-ratus rilisan terutama cd, beberapa siri gigs dan gigs tahunan sepanjang penubuhan S.M.E.
War Armour (baju) S.M.E:
Disini kami sangat berbesar untuk melancarkan baju rasmi pertama Southern Metal Elite dengan logo terbaru kami.
Design logo terbaru dan hasil air tangan dari Rdl artworks untuk menggantikan dan memberi nafas baru kepada logo lama S.M.E yang dibuat oleh Malik Hanael.
Maksud logo pada WAR ARMOUR (baju) S.M.E:
War Armour S.M.E ini bergenre Ekstrim Metal Underground dimana Makhluk Chimera yang mempunyai 4 kepala bersatu dalam satu badan yang mewakili:
Harimau - Negara Malaysia
Singa - Negara Singapura
Garuda - Negara Indonesia
Baphomet - Entiti Metal
Kuda kepang p**a mewakil Negeri Johor dimana S.M.E berasal.