Tulus Media

Tulus Media Perkongsian menarik pelbagai info dan maklumat!

08/05/2024

10 FAKTA MENARIK TENTANG MEKAH YG JARANG ORANG TAHU.. JOM TONTON..😀

06/05/2024

Betul ke ada Masjid Kapal Angkasa??
Pehh memang cantik & modern beb..

10 Fakta Unik Kaabah yang Jarang Orang Tahu!Kaabah adalah tempat  paling suci bagi umat Islam. Bangunan yang terletak di...
02/05/2024

10 Fakta Unik Kaabah yang Jarang Orang Tahu!

Kaabah adalah tempat paling suci bagi umat Islam. Bangunan yang terletak di Masjid al-Haram Mekah, Arab Saudi ini sebagai arah kiblat umat muslim di seluruh penjuru dunia untuk beribadah.

Pada zaman dulu, bangunan yang berbentuk persegi ini sempat dihancurkan namun hingga kini bangunannya masih tetap utuh.

Tahukah anda, Kaabah memiliki beberapa fakta menarik yang jarang diketahui ramai. Di sini kami kongsikan 10 di antara perkara menarik tentang Ka’bah yang anda perlu tahu.

1. Sebagai Pusat Bumi

Pada tahun 1978, kajian telah dilakukan oleh Dr. Husain Kamaluddin yang mula menjalankan penyelidikan untuk menentukan arah kiblat bandar-bandar besar di dunia.

Beliau menjalankan penyelidikan selama dua tahun untuk mencari kedudukan yang tepat. Namun akhirnya di dalam pencarian itu dia berjaya membuktikan, memang benar Mekah adalah pusat bumi.

Pengamatannya mendapati kedudukan Mekah di tengah-tengah antara tujuh benua dan jaraknya memang jelas. Hasil penyelidikannya itu disiarkan di dalam The Egyptian Scholars of The Sun and Space Research Center. Beliau menggunakan perkiraan matematik dan kaedah spherical tringle untuk menentukan kedudukan Mekah yang berada di tengah-tengah daratan bumi.

Pada sekitar tahun 90-an, apabila teknologi angkasa lepas semakin canggih. Kedudukan Mekah lebih mudah dibuktikan sebagai pusat bumi apabila gambar-gambar satelit dirakamkan memberikan keputusan yang sama.

2. Tempat Ibadah Paling Sejuk Meskipun Kondisi Sekelilingnya sangat Panas

Kawasan Timur Tengah terkenal mempunyai suhu yang panas.
Hal itu lantaran tingginya graviti yang menyebabkan adanya kadar garam yang cukup dan hawa dari air bawah tanah yang mengalir di bawah Kaabah atau sumber air zam-zam. Tak heran jika hawa dingin tetap terasa di sekitar Kaabah meskipun suhu dan cuaca dalam keadaan panas terik.

3. Tingkat Graviti Paling Stabil

Kaabah memiliki kadar graviti yang stabil. selain itu, graviti yang terkumpul di sekitar Kaabah memberi manfaat bagi kesihatan orang-orang yang berada di sekelilingnya. Sistem imun pada tubuh, bertindak sebagai sistem pertahanan diri dari segala jenis penyakit.

4. Teknologi Moden seperti Satelit Tak Mampu Mengintip Isi Kaabah

Tekanan graviti yang tinggi juga berfungsi melindungi privasi Kaabah sebagai tempat suci umat islam. Diketahui jika gelombang radio pun tak sanggup mendeteksi Kaabah. Bahkan, teknologi satelit tercanggih, tak akan mampu mengintip isi dalaman Kaabah.

5. Penemuan NASA yang Mengejutkan

Astronout Neil Amstrong pernah melihat fenomena aneh yang mengusik akal sihatnya sebagai manusia. Ketika itu, ia melihat bumi yang diliputi kegelapan, dan nampak seperti melayang.
Dan ada seutas tali berwarna putih yang seolah menggantung bumi tersebut agar tetap mengambang. Selain itu, terdapat p**a pertemuan radiasi yang memancar dari Kaabah dan menjadi seakan medan magnet di dalamnya.

Bukan hanya sekadar bangunan berbentuk persegi, Kaabah termasuk tempat berkumpulnya semua doa dan pusat dari semua bentuk energi.

6. Hajar Aswad

Batu Hajarul Aswad dahulunya merupakan seketul batu yang besar, tetapi sekarang ia terbahagi kepada 8 keping pecahan dengan saiz yang berbeza-beza. Semuanya kini diletakan dalam satu bingkai perak.

Di antara faktor yang menjadi kerosakan Hajar Aswad adalah disebabkan banjir dan pernah dicuri. Abdullah bin Zubair adalah orang pertama yang membuat bingkai perak untuk Hajar Aswad.

7. Kaabah Dibina Beberapa Kali

Kaabah pertama kali dibangun oleh Nabi Ibrahim dan Ismail. Seiring berjalannya waktu, bentuk Kaabah tidak seperti awalnya dan telah mengalami beberapa pembinaan & pengubahsuaian semula disebabkan mengalami kerosakan termasuk banjir dan juga akibat serangan.

Menurut pakar sejarah, Ka’bah pernah dibina semula sebanyak 12 kali.Pengubahsuaian yang terakhir adalah pada tahun 1996 dengan menggunakan teknologi pembangunan terkini yang lebih kuat dan kukuh.

8. Upacara Pembersihan Dilakukan Dua Kali Setahun

Pembersihan Kaabah hanya dilakukan dua kali dalam setahun, iaitu pada Bulan Sya’ban dan Dzulqa'dah.Kegiatan tersebut menjadi tanggung jawab keluarga asy-Syaibi.

Untuk membersihkan Kaabah, mereka akan menyiapkan campuran pembersih khusus yang terdiri dari air zam-zam, air mancur Taif, dan minyak gaharu yang sangat mahal harganya.

9. Warna Kiswah

Dahulu Kiswah berwarna-warni, adakalanya ditukar dengan warna merah, hijau dan putih. Namun sekarang Kaabah diselimuti dengan kain hitam dengan sulaman kaligrafi dari benang emas. Inilah satu-satunya warna yang digunakan sehingga saat ini.

10. Kabah Pernah Memiliki Lebih dari Satu Pintu

Mulanya, Kaabah memiliki dua pintu yang berfungsi sebagai pintu masuk dan pintu keluar. Selain itu, Kaabah dulu juga mempunyai tingkap pada salah satu dindingnya. Sekarang hanya memiliki satu pintu dan tiada tingkap meskipun terdapat pintu lain yang ada di dalam bangunan itu digunakan sebagai akses menuju bumbung.

Demikian fakta unik Kaabah yang jarang orang tahu.


.my

Address

Johor Bahru
81100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tulus Media posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share


Other Digital creator in Johor Bahru

Show All