The Four Horsemen Productions

The Four Horsemen Productions A label created by Harris of Wynken Delirium and Eddie of SMR. TFHM is base on DIY spirit, music promotion, no frills tours and event.

13/04/2025
01/12/2024

Perlis Zine Fest 2024 bakal berlaku di WoodsTalk my . Hadirkan diri tanda sokongan.

Mark your date!
21/10/2024

Mark your date!

09/07/2024

Phantom Lord Ipoh added to the list.. come on down this 13th July at Rockin with both South Korean Deathmetal

16/05/2024

1) Ceritakan sedikit asal usul band ini. Asal mana, based kat mana? Siapa ahli dalam band ini (sekali dengan position)? Macamana ahli band mula-mula bertemu (origin story)

Official Predicate Not Defined bermula pada tahun 2001, ditubuhkan di Pulau Pinang. Ahli asal masa tu saya (Azwi), Amy (drum), Wan (bass). Kami semua jumpa di jamming studio di Relau. Masa tu kami banyak jamming lagu-lagu dari kump**an Langsuyr, Betrayer, Rotting Christ, Metallica, Silkhannaz dan lain-lain. Antara kenangan yang tak dapat dilupakan ialah saya akan pickup Wan selepas habis syif di Mutiara Hotel pada jam 11.30 malam di Tanjung Bungah, naik moto EX5 ke jamming studio di Relau untuk jamming, lepas jam, lepak kat mamak then hantar balik wan dalam pukul 4 pagi. 9 pagi keje p**ak. Itulah ahli asal PND.

2) Bagaimana boleh dapat nama band ini? Apa cerita disebalik nama Predicate Not Defined?

Nama Predicate Not Defined ini di ambil dari salah satu kesalahan pengaturcaraan (programming). Ia bermaksud pembolehubah yang tiada definisi. Kami gunakan nama itu menggambarkan muzik PND adalah tiada batasan dalam explorasi genre, namun masih berasaskan muzik metal industrial pada waktu itu. Menggabungkan unsur fusion dalam lagu adalah idea asal PND untuk penulisan lagu pada masa itu. Sampai sekarang, kami masih rasakan muzik PND sekarang masih relevan seiring dengan nama band itu sendiri, Predicate Not Defined.

3) Sejak awal penubuhan band sehingga 2023, line up band sudah beberapa kali bertukar. Dari segi evolusi musik PND, apa perbezaan ketara masa band ini mula ditubuhkan dengan sound yang korang bawa sekarang?

Pertukaran lineup dalam sesebuah band adalah satu norma dan kemestian, seiring dengan evolusi. Saya amat berterima kasih kepada mereka, Amy(drum), Wan Hamid(bass), Wan Jafrus(guitar), Sham(guitar), Adi(bass), Ro(drum), Hilda(vocal), Own(drum), Pian(guitar), Azil(guitar) dan mana-mana kawan sessionist yang membantu PND dari dulu hingga sekarang. Muzik PND pada masa dulu berasaskan heavy groove metal seperti Machine Head, Pantera, In Flames, Rotting Christ, Betrayer, Langsuir. Kemudian ianya berevolusi mengikut peredaran zaman dan pendedahan kepada muzik-muzik baru. Antara perbezaan ketara ialah dari segi penulisan lagu, sound produksi dan arah muzik yang lebih attractive dan relevan dengan generasi zaman sekarang.

4) Bagaimana korang melabelkan muzik Predicate Not Defined? Kenapa korang memilih bermain muzik seperti ini?

Pada masa sekarang (2023), muzik PND boleh ditakrifkan sebagai progressive metal fusion, iaitu gabungan muzik heavy metal, groove, thrash dan suntikan elemen tradisional dan fusion. Kami memilih bermain muzik sebegini adalah kerana kepuasan sebagai pemuzik dan kreativiti muzik yang boleh diexplore dalam memberikan dimensi baru kepada muzik metal khususnya subgenre progressive metal fusion. Namun, cabaran besar bagi kami ialah penerimaan pendengar kepada muzik sebegini adalah kurang. Kami kena memastikan keseimbangan antara kepuasan diri dan kepuasan pendengar agar muzik PND akhirnya dapat didengar dan dinikmati sepuasnya.

5) Selepas kejayaan SOG di AJL 2022, kitorang berharapan yang saham bands bermain muzik keras kat Malaysia akan melambung naik macam pisang goreng panas. Kenapa tiada follow through dari scene untuk take advantage pembukaan jalan oleh SOG? Atau memang muzik bingit sumpama ini tidak kena dengan halwa telinga pendengar tempatan?

Apa pun tahniah SOG atas kemenangan AJL 2002, they deserve it. Ada juga usaha dari band-band lain untuk mempromosikan muzik keras. Tetapi umumnya komuniti arus perdana di Malaysia sentiasa akan terlekat di muzik arus perdana seperti ballad, slow rock, pop, rnb dan lain-lain. Band-band ini (band metal / hardcore indie) memang ada pengikut masing-masing dan mereka lebih selesa bergerak di platform indie berbanding mainstream. Antara faktor terbesar ialah produk itu sendiri, jika lagu yang dihasilkan berkualiti, tiada masalah untuk mana-mana pendengar untuk menerimanya.

Extreme music for extreme people. Not for everyone. Demand arus perdana jauh berbeza.

6) Apa perjuangan muzik Predicate Not Defined? As in, kenapa korang memilih untuk bermain muzik? Apa yang korang ingin sampaikan melalui muzik? Dan adakah muzik genre ini cara paling efektif untuk menyampaikan mesej perjuangan anda?

Misi dan visi PND berubah mengikut peredaran masa. Jika dahulu, PND ditubuhkan untuk memeriahkan scene underground dan untuk merasai keseronokan jamming, mencipta lagu, merilis EP, album, bermain gig, touring, mendapat liputan media dan lain-lain. Seiring dengan usia, maka visi band itu sendiri akan bertukar. Sehingga sekarang, orang mengenali Predicate Not Defined sebagai antara band Malaysia yang memainkan muzik metal fusion yang unik dan rare, dan antara band yang masih aktif sejak tahun 2001, jadi itulah sebenarnya perjuangan band ini.

7) Apa 5 album yang telah memberi influens kuat pada muzik Predicate Not Defined? Kenapa

Berikut ialah 5 album yang mempengaruhi muzik PND:
1. In Flames - Jester Race : album ini banyak melodic riffing yang sangat attractive dan memorable.
1b. Death - Individual thought pattern - album rujukan songwriting dan ose signature muzik PND.
2. Pantera - Far Beyond Driven : album ini banyak riffing yang groovy dan boleh buat pendengar headbanging.
3. Cynic - Traced in Air : album ini memperkenalkan elemen fusion folk, riffing yang segar
4. Metallica - kill em all : album rujukan untuk mood metal thrash
5. Langsuyr : album yang banyak elemen nusantara eastern metal riffing

8) Selepas dua dekad bermain muzik bukan arus perdana di Malaysia, apa pengajaran berguna tentang industri muzik kat Malaysia yang korang dapat? As in, apa knowledge penting yang korang boleh share dekat band-band baharu?

Pengajaran yang kami dapat dalam 2 dekad ini, kita kena jaga hubungan antara band, organizer dan crowd tidak kira diluar show atau ketika show, senang cerita kena sentiasa jaga hubungan dan paling penting menjaga ekosistem industri muzik. Untuk band sentiasa hidup, kita mesti kena ada modal, untuk ada modal kita mesti kena ada payment, jadi setiap show yang band dapat, jangan segan untuk bertanyakan payment kepada organizer dan sebagai organizer jangan lah sekadar mengambil kesempatan dalam kesempitan. Jika tiada modal, tak perlu bikin show. Mudah. Knowledge yang penting sekali untuk band-band baru ni, buat lagu biar betul-betul masak dan band sendiri berpuashati dengan hasilnya, melalui kejujuran dan keikhlasan bermuzik, in shaa Allah ada berkah dalam lagu ciptaan tersebut. Paling penting sekali dalam industri muzik ini, jiwa kena kental, jangan mudah patah semangat sebab main band ni bukan mudah pun sebenarnya, nasib baik kena pada masa dan tempatnya, kita femes dan cuma perlu sustain. Even main Tik Tok pun ikut nasib, nasib baik Tik Tok kita viral. Macamtu lah, teruskan berkarya sebab dalam 10 pendengar pasti ada 2-3 orang minat dengan lagu kita dan sanggup untuk berkongsi rezeki dengan kita.

9) Album Stronger Than Ever adalah rilisan terkini korang. Apa sebenarnya ilham korang dalam penghasilan lagu-lagu dalam album ini? Bagaimana proses penulisan lagu ini berlangsung? Korang decide on subject matter dulu, baru gubah lagu dan masuk lirik atau mungkin melodi dapat dulu dan seterusnya? Boleh share creative proses band ini?

Selepas rilisan terakhir "Cosmosis Indulgence" pada 2016, kami mendapat feedback yang sangat positif dan selepas sesi gig dan tour, kami mula menulis lagu untuk rilisan terbaru. Kami bermula dengan idea-idea riffing sebagai asas lagu, dari riff kemudian composition kepada structure sesebuah lagu. Selepas beberapa lagu disusun kami kena memastikan sususan lagu adalah selari dengan direction / arah muzik rilisan seterusnya. "Stronger Than Ever" ialah sebuah rilisan straight forward dari segi idea, composition, ex*****on yang lebih kepada elemen muzik death metal, radical, groovy dan odd time signature masih ada trademark riffing PND. Idea lirik p**a terhasil selepas semua lagu-lagu disusun, lirik disumbangkan oleh Fazi dan Azwi. Ada unsur peringatan, ekspresi dalaman diri serta abstrak seni penulisan lirik dan juga lirik EP ini menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu juga.

10) Kenapa korang sertakan remake lagu Sweet Charity 慚usibah� dalam album ini? Ada apa-apa perkaitan dengan senario pasca pandemik masa sekarang? Korang ada dapat apa-apa komen dari Sweet Charity tentang versi korang?

Tepat sekali. Seperti biasa sepanjang pandemik semua aktiviti terhalang, kami menulis banyak lagu-lagu baru dan idea untuk remake "Musibah" terhasil dari pengalaman kami sepanjang pandemik. Semua proses produksi lagu ini di jalankan di rumah dan kami merilis lagu ini di youtube beserta music video. Kami berterima kasih kepada Tam dari Blind Tribe kerana sudi berkolaborasi untuk lagu ini. Dari segi sususan muzik, kami hanya memberikan mood heavy metal agar lebih express dari segi penerimaan dan juga konsep. Tiada apa-apa komen dari Sweet Charity untuk lagu ini, mungkin mereka pun tidak tahu kewujudan lagu ini rasanya.

11) Siapa yang biasanya akan lead proses penulisan lagu atau ianya band collaborative effort dimana setiap ahli menyumbang idea dan kreativiti?

Kami menitik beratkan kreativiti yang tinggi untuk penulisan lagu-lagu PND agar ianya segar dan relevan sepanjang zaman. Dari mula-mula PND ditubuhkan idea penulisan lagu datang dari Azwi dan dilengkapkan oleh ahli-ahli band PND yang lain. Idea penulisan lagu berasaskan riff-riff trademark PND datang dari influence Azwi pada masa itu dan ianya berubah ketara mengikut peredaran zaman. Semua ahli PND menyumbang kepada keseluruhan lagu-lagu samada untuk rakaman mahupun di persembahan pentas yang mana lebih live dan segar dimainkan. Jenis skill kidal yang membentuk riff-riff lagu adalah asas trademark PND secara keseluruhan.

12) Pada era digital streaming dan download zaman sekarang, wajarkah sesebuah band terus menghasilkan album instead of fokus menghasilkan single-single yang bagus dan berkualiti? Apa strategi yang terbaik untuk Predicate not Defined?

Pada zaman millenium serta era teknologi, kita perlu seiring dan blend supaya tidak ketinggalan. Bagi PND, album masih perlu dihasilkan sebagai satu milestone untuk band tersebut kekal dan relevan di sepanjang zaman. Merujuk kepada band-band besar, mereka juga masih menghasilkan album fizikal, dan di zaman ini, bukan sahaja album, pelbagai produk seperti tshirt, topi, dan lain-lain juga dikeluarkan oleh band untuk peminat-peminat. Menghasilkan single juga membantu mengekalkan band dan menjadi trend sekarang, namun bagi kami, kepuasan sebenar ialah dengan mengeluarkan album disamping tour untuk menyokong album tersebut.

13) Korang bermain muzik secara part time atau sepenuh masa? Kalau full time, macamana, boleh cari makan?

Sepanjang penglibatan dalam band ini, kesemua ahli-ahli band mempunyai pekerjaan yang lain, namun disebabkan oleh minat dan komitmen yang tinggi mereka masih dapat meluangkan masa untuk Predicate Not Defined. Bermain band seperti ini sebenarnya lebih banyak menggunakan wang ringgit sendiri dan masa hanya semata-mata untuk kepuasan dan hobi. Jika ada pendapatan dari bermain band hanyalah dari jemputan gig/show dan jualan CD dan merch. Sejujurnya untuk menjadikan band ini fulltime, kita kena betul-betul commit dan rajin serta banyak berkorban masa, baru boleh cari makan.

14) Apa rahsia band ini untuk kekal bermain sehingga lebih dari 20 tahun? Sebagai otai dalam scene, mungkin korang ada tips untuk dikongsikan bersama?

Rahsia utama PND masih kekal ialah kecekalan dan survival instinct dari founder PND iaitu Azwi. Banyak perkara-perkara dan cabaran-cabaran bersama PND yang terpaksa ditempuh demi survival band. Pertukaran lineup sepanjang 20 tahun adalah sesuatu yang sangat perit tetapi terpaksa diterima atas menghormati kehidupan masing-masing. Masa dan wang ringgit yang dilaburkan untuk band juga tidak terkira, hanya fokus kepada survival band. Penglibatan dengan scene, komuniti dan media juga membantu PND kekal di industri ini disamping membina nama PND agar dikenali di Malaysia dan Asian. Yang penting ialah penghasilan lagu yang semestinya ada originaliti dan trademark supaya pendengar tahu lagu ini adalah genetik dari PND. Untuk tips, sentiasa aktive dan berhubung di media social dan sentiasa cuba untuk mengeluarkan rilisan terbaru.

15) Predicate Not Defined pernah main show sampai kat Indonesia dan Philipines. Adakah album-album korang turut diedarkan kat negara-negara tersebut?
Kami berterima kasih kepada label The Four Horsemen (TFHM) terutama Harris dan Eddie kerana membantu kami dalam mempromosikan album kami di luar negara. Kami merangka promosi tour di Indonesia dengan bermain gig di Jakarta dan Bekasi. Kami juga bermain di beberapa daerah di Manila, Philipines untuk promosi album. Pada masa tersebut album "Fear, Forgotten and Regret" baru dirilis dan PND mempunyai vokalis wanita, Hilda sebagai salah satu X-Factor untuk perminat melihat persembahan live kami. Penerimaan album tersebut di luar negara adalah sangat positif.

16) Pada era Internet, sempadan geografi bukan lagi menjadi penghalang untuk sesebuah band mengetengahkan muzik mereka ke pasaran global. Adakah Predicate Not Defined sedang menyusun perancangan untuk mengembangkan muzik mereka melangkaui Malaysia? Apa yang menghalang korang untuk menembusi pasaran antarabangsa untuk genre muzik korang?

Zaman ini, semua muzik adalah bersifat global. Ianya boleh dipasarkan dimana-mana menggunakan pelbagai platform internet. PND juga tidak terkecuali. Semua album PND sudah berada dia semua social media untuk diakses seluruh dunia. Perancangan utama PND ialah utk mempromosikan rilisan terbaru dengan merangka show-show di Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura dan Philipines. Ianya memerlukan satu rancangan yang teliti kerana melibatkan pelbagai faktor seperti masa, komitmen, wangringgit, promosi dan sebagainya. Kami masih lagi dalam proses perbincangan dalam agenda ini.

17) Predicate Not Defined bernaung bawah mana-mana record label atau masih independent? Kenapa?

Kami masih lagi independent. Kami juga berbincang untuk bernaung di mana-mana record label cuma belum dapat rezeki lagi. Buat masa ini, semua jualan produk PND di buat oleh ahli masing-masing dan kami pasarkan sendiri secara online dan fizikal diletakkan di outlet-outlet sekitar KL, Ipoh dan Penang. Peminat boleh saja menghubungi kami untuk pembelian produk PND.

18) Apa next projek untuk Predicate Not Defined? Boleh kongsikan perancangan anda kalau tidak keberatan.

Kami merancang untuk nationwide tour pada 2024, sedang berbincang dengan pelbagai pihak dan band-band lain untuk turut serta dalam tour ini. Untuk 2023 kami hanya enjoy dengan gig-gig dan konsert yang berlambak di sini meraikan kemeriahan scene.

19) Dimanakah korang lihat Predicate Not Defined akan berada dalam masa 5 tahun akan datang? Apa matlamat yang ingin dikecapi oleh anda semua sebagai sebuah band?

Bagi saya, PND sudah mencapai apa yang saya mahukan. Recognition dan legacy. Sepanjang 20 tahun, PND membina nama dari sebuah band metal underground kepada sebuah band yang unik, dikenali atas pencapaian aktif sepanjang 20 tahun bermain gig merata-rata. PND juga dikenali sebagai band yang memainkan muzik progressive fusion yang terawal di Malaysia, dan band ini juga sentiasa relevan sepanjang zaman merentasi pelbagai generasi dari X hingga Z. Dalam masa 5 tahun, pelbagai perkara boleh berlaku yang penting Predicate Not Defined tidak akan dilupakan dan menjadi salah satu rujukan peminat-peminat muzik metal secara umumnya.

Address

Johor Bahru

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when The Four Horsemen Productions posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to The Four Horsemen Productions:

Share

Category