Menuju JOHOR Baharu

Menuju JOHOR Baharu untuk menyampaikan perkembangan terbaharu berkaitan apa jua yang berlaku di negara johor.

12/01/2023

maafkan admin

MENGAPA UMNO ADA 2 KUMPULAN????Kem UMNO berpecah dua kump**an...Kump**an Zahid dan Najib yang pro BN serta kump**an Isma...
16/03/2022

MENGAPA UMNO ADA 2 KUMPULAN????

Kem UMNO berpecah dua kump**an...

Kump**an Zahid dan Najib yang pro BN serta kump**an Ismail Sabri yang pro PN...

Najib adalah Pengerusi Lembaga Penasihat BN dan Zahid p**a adalah Presiden UMNO...

PRN Johor dan Melaka sengaja diadakan Zahid dengan bantuan Anwar di Melaka dan dengan sokongan Sultan Johor di Johor, yang mana Istana Johor adalah tempat lahirnya parti UMNO...

Tujuannya hanya satu, ialah untuk menekan Ismail Sabri semasa Perhimpunan Agong UMNO pada 16 hingga 19 Mac 2022, supaya segerakan bubar Parlimen untuk PRU 15...

Zahid dan Najib mahu PRU 15 diawalkan sebelum PAU 2023 yang sepatutnya dijalankan pada Mac atau paling lewat April 2023...

Jika PRU 15 tidak dapat dibuat sebelum PAU 2023, maka kedudukan Zahid dan Najib pasti akan tergugat, kerana majoriti dalam UMNO adalah berpihak kepada Ismail Sabri...

Zahid telah berjaya memohon kepada RoS agar pemilihan jawatan ditangguhkan ketika PAU 2022, supaya Ismail Sabri tidak akan mengambil tempatnya sebagai Presiden UMNO...

Zahid akan berkuasa sebagai Presiden UMNO sehingga 22 Disember 2022, malah kuasa tandatangan watikah calon pilihanraya UMNO adalah ditangan Zahid dan kuasa tandatangan watikah calon pilihanraya BN adalah ditangan Najib...

Hishamuddin Onn, Khairy Jamaluddin, Adham Baba, Halimah Sadique, Tajuddin Rahman, Shahidan Kassim, Annuar Musa, Mastura, Zahidi dan Ismail Sabri mungkin akan dicantas untuk menjadi calon jika PRU 15 diadakan semasa Zahid berkuasa...

Mereka ini ialah kump**an yang enggan menurut arahan Zahid dan Najib untuk menyertai Kump**an G15 yang menarik sokongan kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri...

Mereka ini merupakan kump**an yang lebih rasional kerana sedar BN tidak mampu menang PRU 15 tanpa sokongan PAS dan Bersatu...

Sedangkan dengan menyokong Zahid dan Najib untuk bertanding tiga penjuru untuk PRU 15, bakal merisikokan UMNO terus tenggelam selepas tewas PRU 15...

Khaled Nordin, Shahrir Samad, Puad Zarkashi, Nurjazlan Mohamad, Shabery Chik, Rahman Dahlan serta beberapa lagi individu yang tewas PRU 14, merupakan penyokong Zahid dan Najib, agar dicalonkan untuk PRU 15...

Ismail Sabri ialah Naib Presiden UMNO, memecah rekod sebagai Perdana Menteri Malaysia pertama dari UMNO yang bukan menjawat jawatan presiden...

Mohamad Hasan atau Tok Mat ialah Timbalan Presiden UMNO serta Timbalan Pengerusi BN, ketua pembangkang DUN Negeri Sembilan, bakal akan dijadikan Perdana Menteri boneka Zahid dan Najib jika BN menang PRU 15....

Jika Tok Mat berjaya menjadi Perdana Menteri selepas PRU 15, maka segala urusan menggugurkan kes mahkamah Zahid dan Najib lebih mudah dilaksanakan, tidak seperti Ismail Sabri yang enggan masuk campur urusan mahkamah...

Tok Mat mungkin membuat perjanjian dengan Zahid dan Najib, bahawa jika PRU 15 dijalankan dalam tahun 2022, dan BN berjaya menang, maka Tok Mat akan diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 10...

Jika Tok Mat berjaya menjadi Perdana Menteri Malaysia, maka PAU 2023 p**a pasti dijadikan batu loncatan untuk Najib dinaikkan sebagai Presiden UMNO, selaku pemberi dana terbesar kepada UMNO...

Dan tidak mustahil PRU 16 p**a dijadikan medan untuk menaikkan Zahid Hamidi p**a sebagai Perdana Menteri Malaysia...

Realitinya, bagaimana mungkin BN mahu menang PRU 15 tanpa PN, sedangkan jika kesemua kerusi Parlimen dimenangi BN dari tujuh negeri seperti Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis malah Selangor sekalipun, jumlahnya hanyalah 103 kerusi...

BN tidak mampu memperoleh banyak kerusi dari dari Kedah apatah lagi dari Terengganu dan Kelantan yang semakin dikuasai PAS...

BN juga tidak mampu memenangi banyak kerusi di Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dikuasai DAP...

BN malah semakin lemah di Sabah apabila UMNO terpaksa bekerjasama dengan GRS yang pro PN, jika tidak mahu terus pupus di Sabah...

UMNO Sabah yang masih dibayangi oleh Warisan yang disokong pendatang Sulu yang dibawa masuk Mahathir dan Anwar semasa Projek IC era 90-an, semakin ditolak penduduk pribumi di Sabah...

UMNO Sabah tiada pilihan lain selain dari bekerjasama bersama GRS yang ditubuhkan Muhyiddin Yassin semasa PRN Sabah 2020 dan dominasi Bersatu dalam GRS bersama PBS, STAR dan SAPP...

BN p**a langsung tidak wujud di Sarawak, selepas empat parti komponen BN iaitu PBB, PRS, PDP dan SUPP keluar selepas BN tumbang PRU 14...

Empat parti Sarawak ini kemudiannya membentuk GPS pada tahun 2018, menyertai Gagasan Sejahtera bersama PAS, sebelum menyertai Perikatan Nasional sebagai rakan parti sehingga sekarang...

GPS malah tidak menyokong secara terbuka Ismail Sabri ketika Muhyiddin dijatuhkan, sebaliknya menyerahkan kepada kebijaksanaan YDPA ketika itu...

PRN Sarawak 2021 jelas membuktikan penguasaan gabungan GPS apabila menang besar hampir semua kerusi DUN yang dipertandingkan, dengan merangkul sehingga 76 dari 82 kerusi...

Jauh meninggalkan lawannya PSB yang pro PH serta parti DAP sendiri yang hanya mampu memperoleh enam kerusi semasa PRN Sarawak 2021...

Jadi apakah relevannya hala tuju Zahid dan Najib yang kononnya mampu membawa BN memenangi PRU 15 secara "solo" tanpa bekerjasama dengan PN...

Adakah naratif Zahid dan Najib kononnya niat PPBM untuk menghancurkan UMNO masih relevan, sedangkan Muhyiddin dan Azmin tetap menyokong Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri, walaupun Ismail Sabri dari parti UMNO yang menjatuhkan Muhyiddin...

Malah Muhyiddin dan Azmin boleh sahaja bertindak seperti kebudak-budakan dengan menarik sokongan kepada Ismail Sabri, dan menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika mereka mahu...

Na'udzubillahiminzalik. Wallahua'lam. Allahu Akbar.

Hidup muda
09/03/2022

Hidup muda

300 rumah di FELDA Maokil Bukit Kepong dah terbengkalai selama 2 penggal. Pihak yang bertanggungjawab kena jelaskan!

09/03/2022

LAYAN PANTUN PRN JOHOR J*P,

PILIHAN DI TANGAN ANDA. KFC tak pernah kata ayam goreng McDonald's tak sedap.McDonald's p**a tak pernah kata burger dia ...
09/03/2022

PILIHAN DI TANGAN ANDA.


KFC tak pernah kata ayam goreng McDonald's tak sedap.
McDonald's p**a tak pernah kata burger dia jauh lagi sedap dari KFC.
TETAPI keduanya menguasai rangkaian Fast Food di dunia.
MERCEDES Benz tak pernah memburukkan kereta BMW.
BMW juga tak cuba memusnahkan pesaingnya MERCEDES BenZ.
TETAPI mereka menjadi pengeluar kereta yang terunggul di dunia.
Kawan-kawan
Kita tak perlu memfitnah orang lain untuk memuliakan diri kita.
Kita juga tak perlu mengaibkan orang lain untuk menunjukkan kebaikkan kita.
Malah, Kita tak perlu menjatuhkan orang lain untuk melariskan produk kita.
Masing-masing ada rezekinya, kita hanya wajib berusaha dan Allah lah yang menentukan segalanya.
Menghormati lawan, menyokong rakan-rakan serta saling membantu untuk mencapai kejayaan bersama.
Kejayaan kita tak akan kekal dengan menghancurkan orang lain.
Kebahagaian tak akan dicapai dengan melukakan orang lain.
Rezeki kita juga tak bertambah dengan mencantas orang lain.
Carilah BARAKAH dalam apa jua yang kita lakukan untuk BEKALAN kita dikemudian.

Liow Cai Tung Pertahankan kubu Johor Jaya. PASIR GUDANG: Mengakui sentimen masyarakat di Johor tidak lagi sama dengan su...
07/03/2022

Liow Cai Tung Pertahankan kubu Johor Jaya.


PASIR GUDANG: Mengakui sentimen masyarakat di Johor tidak lagi sama dengan suasana sewaktu Pilihan Raya Umum ke-14, itu sama sekali tidak mematahkan semangat penyandang DUN Johor Jaya, Liow Cai Tung untuk memasuki penggal ketiga sebagai wakil rakyat.

Bekas Exco Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata, beliau khuatir tentang kemungkinan pengundi tidak mahu keluar melaksanakan tanggungjawab, kerana political fatigue, serta faktor COVID-19.

Selain itu, Liow berkata, kadar pendaftaran pengundi pos di luar negara yang agak rendah, serta pengundi luar yang mungkin tidak balik ke Johor, mungkin memberi impak kepada usaha beliau untuk mempertahankan kerusi itu buat penggal ketiga.

“Ini berita baik, namun terdapat banyak cabaran juga, di Johor Selatan, kami mempunyai ramai penduduk yang bekerja di Singapura. Bagi saya pengundi yang kerja di Singapura tidak semestinya dapat balik untuk mengundi.

“Dan bagi undi pos, seluruh negeri (Johor) cuma 7,000 yang mendaftar sebagai pengundi pos. Bila kami melakukan walkabout di Johor Jaya, ramai bertanya kerana mereka hendak mendaftar undi pos,

“Namun, isunya ialah ialah tempoh bagi pendaftaran sangat singkat, ramai mereka tidak tahu apabila mereka nak daftar deadline sudah lepas,” katanya ketika ditemui Astro AWANI, baru-baru ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Liow mempertahankan kerusi Johor Jaya dengan majoriti yang besar, iaitu sejumlah 15,565 undi, menewaskan calon Barisan Nasional, Tan Cher Puk dan calon PAS, Kumutha Rahman.
Kali ini, beliau bakal menghadapi tentangan dari Chan San San (BN), Victor Chen Hain Kai (Waris) dan Dr Ker Ching Sheng (Perikatan Nasional.

Dalam PRU14, seramai 61,079 pengundi telah mengambil bahagian. Susulan pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran automatik, jumlah pengundi di kawasan itu kini meningkat sehingga 91,882 orang, menjadikan ia antara kerusi yang mempunyai jumlah pengundi teramai di seluruh Johor.
Berdasarkan data terkini, komposisi masyarakat di Johor Jaya terdiri dari 40 peratus kaum Melayu, 46 peratus kaum Cina, manakala selebihnya terdiri dari kaum India, serta masyarakat Sabah, Sarawak, dan lain-lain.

Namun, dengan pengalaman sebagai ADUN di sebelah pihak pembangkang dan juga di sebelah kerajaan, serta pengalaman sebagai Ahli Majlis Kerajaan Negeri, Liow masih optimis untuk mempertahankan kerusi yang pertama kali dimenanginya pada 2013..
“Selama saya jadi wakil rakyat sejak 2013, isu Lebuhraya Pasir Gudang merupakan antara isu besar. Projek menaik taraf isu ini sudah lama apabila projek ditangguh. Tanggungjawab saya pada penggal pertama, ialah memastikan projek dilaksanakan dan habis dalam waktu yang ditetapkan.
“Juga terdapat projek pembinaan Hospital Pasir Gudang. Kedua-dua ini merupakan isu paling besar, berkaitan kehidupan penduduk ini. Sebagai contoh isu Hospital Pasir Gudang, dah lama dijanjikan BN. Berapa kali pecah tanah, tapi tak mula.
“Bila Pakatan Harapan (PH) Memerintah Johor, kami telah memastikan semua kerja kerja untuk mula projek ini dibina,” katanya lagi.

Liow juga memahami bahawa kebiasaannya pengundi yang memilih sewaktu pilihan raya negeri lebih mahukan penyelesaian tentang isu-isu tempatan.

Namun, katanya lagi, DAP dan PH tetap akan menyemarakkan kempen mereka dengan isu-isu nasional, khususnya tentang mesej antirasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“Tidak kira PRN atau PRU, saya anggap isu nasional itu penting. Kami tak boleh kata kami hadapi PRN kami tak bawa isu nasional. Selepas PRN, sekiranya BN atau UMNO menang besar dalam PRN ini, dalam masa singkat, kami anggap mereka akan mengadakan PRU.
“Ramai juga tak faham, ingat saya tak mahu undi sekarang, PRU baru undi. Tetapi, bukan apa yang berlaku sekarang ini. Bila dah mengundi untuk PRN, tiba PRU kami tidak akan mengundi negeri lagi. Jadi, ini antara perkara yang perlu diberi penerangan jelas,” tegasnya lagi.

Liow berkata, dengan kekangan kempen akibat SOP oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), beliau dan pas**annya tidak berputus asa untuk bertemu seramai pengundi yang mungkin.

“Dalam penggal pertama, peranan saya menyuarakan suara rakyat. Bila jadi kerajaan, kami dapat menggubal dasar, terutamanya saya pegang portfolio pembangunan wanita keluarga dan masyarakat, pelancongan, kami dapat melaksanakan tanggungjawab kami lebih sempurna.
“Bagi kawasan saya di Johor Jaya, saya telah membawa perubahan, seperti memantau isu Lebuhraya Pasir Gudang, pastikan pembinaan hospital bermula, infrastruktur, penaiktarafan Pasar Taman Molek, Medan Selera Johor Jaya. Ini sewaktu saya jadi wakil rakyat,” tambahnya.

PERMOHONAN UNTUK PEMBAIKI JALAN MASIH GAGAL DI MERSING. MERSING: Kegagalan mendapatkan dana di peringkat kerajaan pusat ...
07/03/2022

PERMOHONAN UNTUK PEMBAIKI JALAN MASIH GAGAL DI MERSING.


MERSING: Kegagalan mendapatkan dana di peringkat kerajaan pusat menjadi punca utama isu jalan raya di Mersing gagal menemui penyelesaian.

Demikian menurut calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenggaroh, Raven Kumar Krishnasamy yang mendakwa, perkara itu dibangkitkan setiap tahun tetapi tidak menerima reaksi positif daripada pihak kerajaan.
Bercakap mengenai jalan raya di Mersing, beliau mengakui, keadaan laluan tersebut sememangnya teruk.

“Memang laluan di situ tak rata, tetapi sebagai ADUN (ketika itu) kita ada kekangan di peringkat tertentu. Kita dah bawa ke peringkat negeri, kemudian di peringkat pusat, bergantung untuk luluskan atau tidak.
“Kita memang bangkitkan isu ini setiap tahun, kita mohon untuk dapatkan laluan penghubung yang lebih baik dari Johor Bahru ke Mersing.

“Setiap tahun kita ‘fight’ (perjuangkan) di peringkat pusat untuk dapatkan dana tetapi banyak kali tewas,” katanya.

Pada masa sama, Raven berpendapat, kerajaan mungkin mempunyai keutamaan lain dari segi dana menyebabkan situasi jalan raya di Mersing tergendala lama.

Bagaimanapun, ujarnya, tidak semua laluan jalan raya di Mersing terabai.

Sebaliknya, tambahnya, kerja baik pulih telah dilaksanakan tetapi hanya melibatkan kawasan di bawah pentadbiran kerajaan negeri.

Bahkan, beberapa laluan juga sering kali menjadi lokasi utama yang meragut nyawa beberapa pengguna akibat struktur jalan yang tidak bersesuaian selain tidak mempunyai lampu jalan.

05/03/2022

Sampai trsasul lak ye,mcam dh nmpak permainan politik ni..adoiii Malaysia.

BN VS PN-Sindiran menang dahulu pikir kemudian. SHAH ALAM: Lawan Barisan Nasional (BN) masih belum dapat memutuskan calo...
03/03/2022

BN VS PN-Sindiran menang dahulu pikir kemudian.


SHAH ALAM: Lawan Barisan Nasional (BN) masih belum dapat memutuskan calon menteri besar mereka sekiranya menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini, kata Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, mereka memberi alasan mahu fokus kepada strategi untuk menang terlebih dahulu.
"Barangkali mereka gunakan formula sama seperti Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 'menang dulu, berebut kemudian'," sindirnya menerusi hantaran di Facebooknya pada Rabu.

Beliau berkata, formula sama yang menyebabkan Perdana Menteri ke-7 lewat dapat membentuk kabinet kerajaan 22 bulan.
"Orang Johor yang bijaksana pasti mengerti lawan BN sebenarnya s**ar capai kata sepakat calon Menteri Besar Johor nanti.

"Ianya sekali gus mengesahkan bahawa tiada kestabilan politik pada mereka untuk negeri Johor," katanya.
Beliau berkata, keadaan yang mengabsahkan mereka bertanding PRN Johor tanpa perhitungan masa depan rakyat negeri itu.
"Sebaliknya mereka mahu kembali berkuasa semata-mata untuk menyekat kebangkitan BN.

"Sangat 'obvious' ketidakstabilan mereka sehinggakan penggunaan logo pun tidak sepakat," katanya.
Ahmad Zahid turut mempersoalkan bagaimana pihak yang tidak stabil boleh menawarkan kestabilan sekiranya diberi undi pada 12 Mac ini.
Jelasnya, berbeza dengan BN yang bertanding PRN Johor dengan iltizam mengembalikan kestabilan dan kemajuan di Johor.
"Kita mempunyai hala tuju jelas bagaimana untuk mentadbir Johor sejurus diberi mandat atas pengalaman dan kemampuan.
"Sebenarnya rakyat Johor memang perlu berwaspada dengan lawan BN yang sejak azali kaya dengan formula," ujarnya.
Tambahnya lagi, semasa PRU14 mereka kemukakan formula 'PH menang, rakyat senang' dan 'RM50 penuh satu troli'.
"Begitu juga dengan formula 'hari ini menang esok harga petrol RM1.50' atau 'PH menang mansuh PTPTN'.
"Tidak perlu diulas panjang lebar apa telah terjadi kepada formula-formula itu selepas mereka diberi kuasa," katanya.
Kata Ahmad Zahid lagi, rakyat termasuk di Johor lebih mengetahui kerana telah merasai akibat sebilangannya tersalah undi.
"Kali ini orang Johor tidak boleh silap lagi. Bersama kita 'restore' kestabilan, kemakmuran, kesejahteraan, kemajuan," tegasnya.

Najib kembali berkuasa kerana Muhyiddin.- Tun Mahathir JOHOR BAHRU: Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr M...
02/03/2022

Najib kembali berkuasa kerana Muhyiddin.- Tun Mahathir


JOHOR BAHRU: Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendiriannya bahawa perbuatan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakibatkan usaha menolak Datuk Seri Najib Tun Razak telah terbantut.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, rakyat Johor merupakan antara rakyat Malaysia yang berjaya menyekat kemaraan Najib.
Malangnya, kata Dr Mahathir lagi, perbuatan Muhyiddin yang ingin menjadi Perdana Menteri, menyebabkan Kerajaan Pakatan Harapan tumbang.

“Sebenarnya, kita semua, termasuk pengundi Johor telah berjaya menyekat Datuk Najib dari terus menyamun harta rakyat apabila dia, UMNO dan Barisan Nasional ditolak dalam pilihan raya umum yang lalu.
“Kejayaan ini memperlihat ramai pengundi Johor tidak dapat menerima UMNO yang menyokong seorang penyamun. la lebih bermakna di Johor kerana terdapat kuasa-kuasa bukan politik yang cuba mempengaruhi rakyat untuk mempertahan Datuk Najib dan UMNO.

“Malangnya kejayaan itu terbantut apabila presiden parti Bersatu Tan Sri Muhyiddin yang mahu menjadi Perdana Menteri, sanggup membelakangkan pengundi dan rakan di dalam Pakatan Harapan untuk mencapai cita-citanya,” katanya lagi.
Dr Mahathir berkata, kerana (Muhyiddin) mengejar nafsu untuk jadi Perdana Menteri, beliau dan beberapa rakan yang berpegang kepada prinsip dan menolak kerjasama dengan UMNO telah disingkir.
Rentetan peristiwa itu, tambahnya lagi, beliau dan rakan-rakan menubuhkan Parti Pejuang kerana Bersatu pimpinan Tan Sri Muhyiddin sudah tidak lagi berpegang dan mempertahan perjuangan Bersatu.
“Kami percaya Muhyiddin akan dikhianati oleh puak kleptokrat.
“Saya telah ingatkan bahawa bekerjasama dengan kleptokrat dan kluster mahkamah UMNO seumpama menunggang harimau dan dia akan akhirnya dibaham,” katanya lagi.

Akhirnya, kata Dr Mahathir, Muhyiddin sendiri dikhianati oleh UMNO, hilang jawatan Perdana Menteri dalam tempoh 17 bulan sahaja.
“Kleptokrat sekarang berkuasa menukar Kerajaan ses**a hati mereka. Nasib rakyat tidak dihirau oleh mereka. Agak terlewat bagi Muhyiddin melawan UMNO.
“Terp**anglah kepada parti lain menolak kleptokrat. Pejuang tolak UMNO, kerana tidak ingin kleptokrat kembali memerintah,” katanya lagi.
Dr Mahathir berkata, jika semua pihak yang tolak kleptokrasi memberi sokongan kepada Pejuang, maka Kerajaan yang mengutamakan kepentingan rakyat, dapat dikembalikan semula.

DUN Senggarang akan dikuasai BN BATU PAHAT: Barisan Nasional (BN) yakin mampu menawan semula kerusi di Dewan Undangan Ne...
02/03/2022

DUN Senggarang akan dikuasai BN


BATU PAHAT: Barisan Nasional (BN) yakin mampu menawan semula kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini.
Keyakinan itu dizahirkan oleh calonnya, Mohd Yusla Ismail, 54, dengan mensasarkan sekurang-kurangnya 60 atau 70 peratus undi berpihak kepada parti Melayu itu.

Jelas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Batu Pahat itu lagi, tindakan bekas penyandang DUN tersebut, Khairuddin A Rahim yang bertanding atas tiket PKR pada PRN kali ini memberi kelebihan kepada BN.

“YB sebelum ini, Khairudin berpindah ke Rengit dan dia telah bertanding atas tiket PKR.
“Semasa di Senggarang (Pilihan Raya Umum ke-14) dia menggunakan tiket Amanah. Apabila dia menggunakan tiket Amanah di Senggarang, dan di Rengit dia menggunakan PKR, dia dilihat sebagai ‘lompat parti’.

“Jadi, dia meninggalkan kesan yang baik untuk kita sebab dia melompat. Saya rasa pengundi lebih s**a dengan yang setia (kepada parti) daripada yang melompat-melompat ini,”

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Khairudin menang dengan majoriti 809 undi menewaskan calon BN, Zaidi Japar dan calon Pas, Dr Mohd Ramli Kari.
Bagi PRN Johor ini, Pakatan Harapan (PH) meletakkan Abdul Hamid Jamah (Amanah) di DUN Senggarang, sementara Khairuddin dicalonkan di DUN Rengit.
Mengulas lanjut, Mohd Yusla yang juga bekas guru besar berkata, rekod baik yang ditunjukkan UMNO walaupun ketika di bawah pimpinan PH, membuktikan parti itu mengutamakan kebajikan rakyat.
Selain itu, katanya faktor harga pasaran kelapa sawit dan pendapatan pekebun-pekebun yang semakin baik mendorong pengundi untuk terus memberikan mandat kepada UMNO.

“Kalau kita lihat UMNO bahagian ada satu program Ziarah Kasih yang tidak pernah tinggal, walaupun sekali sepanjang tahun.
“Ketua bahagian, timbalan, ketua wanita, ketua pemuda, ketua puteri dan seluruh Ahli Jawatan Kuasa (AJK) bahagian akan bergerak dalam kawasan Parlimen Batu Pahat ini untuk melakukan kerja-kerja ziarah kasih dan lain-lain,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, beliau berkata gerak kerja jentera parti telah dipergiatkan dalam mendekati para pengundi.
Ujar Mohd Yusla, sejak kempen bermula selepas penamaan calon pada 26 Februari lalu, beliau sudah mengunjungi kesemua 15 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di DUN Senggerang untuk berjumpa dengan akar umbi.

Pada PRN Johor kali ini, kerusi DUN Senggarang menyaksikan saingan lima penjuru melibatkan calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Faizi Ahmad Kamil, Mohd Yusla (BN), Abd Hamid Jamah (Amanah), Zalihah Jaffar (Pejuang) dan seorang calon Bebas.

Calon PN angkat sumpah demi rakyat Johor. PAGOH: Seramai 56 calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN)...
02/03/2022

Calon PN angkat sumpah demi rakyat Johor.


PAGOH: Seramai 56 calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan mengangkat sumpah menolak rasuah dan salah guna kuasa pada Khamis.
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia bagi membuktikan kesungguhan parti gabungan itu dalam membentuk sebuah kerajaan Johor yang berintegriti dan berpegang kepada prinsip bersih.
"Esok saya akan ke Johor Bahru lagi di mana semua calon kita seramai 56 orang akan angkat sumpah dengan nama Allah bahawa mereka tidak akan melakukan rasuah dan salah guna kuasa ataupun perkara yang boleh merosakkan negeri Johor.

"Ini menunjukkan kesungguhan kita untuk membentuk sebuah kerajaan yang berintegriti yang berpegang kepada prinsip bersih, cepat dan tidak melakukan apa-apa yang boleh memudaratkan.
"Jadi, bagi saya itu penting dan kita kekalkan soal pembangunan ekonomi dan pemulihan ekonomi negeri Johor," katanya kepada pemberita selepas sesi santai bersama masyarakat Cina di Dewan Undangan Negero (DUN) Gambir di sini, pada Rabu.

Jelas Ahli Parlimen Pagoh itu lagi, sebuah jawatankuasa khas akan ditugaskan bagi memantau ikrar yang dibuat oleh PN, sekiranya parti tersebut diberikan mandat oleh pengundi Johor pada PRN Johor, 12 Mac ini.
Tambah bekas Perdana Menteri itu, jawatankuasa khas tersebut akan dipilih daripada golongan profesional dan tokoh-tokoh Johor.
"Kita telah membentuk banyak perkara jadi saya harap pengundi Johor akan meneliti perkara itu.
"Kalau kita terpilih dan berupaya membentuk kerajaan, apa yang kita ikrarkan ini akan dipantau oleh sebuah jawatankuasa khas.
"Janji ini bukan janji kosong... kita berpendapat di mana sekarang adalah cepatkan pemulihan negeri Johor," katanya.
Dalam masa yang sama, Pengerusi Majlis Pemulihan Negara itu berpandangan pembukaan sempadan negara perlu dilakukan demi memulihkan ekonomi Johor dengan lebih cepat.
Pada PRN Johor kali ini, PN bertanding di semua 56 kawasan DUN melibatkan 33 calon daripada Bersatu, Pas (15) dan Gerakan (lapan).

PH yakin sokongan masyarakat Felda di Johor. SEGAMAT: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Pakatan Harapan (PH) ...
02/03/2022

PH yakin sokongan masyarakat Felda di Johor.


SEGAMAT: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Pakatan Harapan (PH) mampu mendapat sokongan masyarakat Felda pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Beliau berkata, ia berdasarkan kepada penerimaan komuniti itu sepanjang tempoh lima hari berkempen sejak Sabtu lalu.
(Sokongan Felda) sekarang ini saya tengok ada perubahan yang lebih meyakinkan kerana sekurang-kurangnya sekarang (jentera) boleh tembusi (masuk kawasan Felda).

“Kalau dahulu tidak boleh, contohnya tadi di Buloh Kasap pun saya tengok (jentera) boleh masuk dan disambut oleh masyarakat tempatan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan ceramah kelompok bersama calon PKR Dewan Undangan Negeri (DUN) Pemanis, Yoong Thau di Felda Medoi, di sini petang Rabu.

Dalam pada itu, beliau yang juga Pengerusi PH menafikan dakwaan kononnya memasuki hari kelima berkempen, rentak pertarungan parti hanya menyaksikan pertembungan antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).
“Kalau tengok dari segi pergerakan PKR dan PH semua okey dan laporan yang diterima juga (jentera) bergerak seperti biasa, cuma mungkin parti kita tidak sekaya parti lain,” katanya.

Mengulas mengenai pelancaran manifesto dan calon menteri besar sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan negeri jelasnya, perkara itu akan diputuskan dalam masa terdekat.
“Mesyuarat awal sudah ada, tetapi mesyuarat seterusnya kita belum tetapkan lagi dan kata putusnya akan dibuat masa terdekat,” katanya ringkas.

Ruang untuk parti Baru memerintah. JOHOR BAHRU: Menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, calon Dewan Undangan Negeri ...
01/03/2022

Ruang untuk parti Baru memerintah.


JOHOR BAHRU: Menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Stulang Muhammad Saiful Bahari Sahari daripada Parti Bangsa Malaysia (PBM) berjanji untuk berkhidmat dan membantu menaikkan taraf sosioekonomi rakyat di kawasan itu.

Muhammad Saiful Bahari, 34, yang juga Naib Presiden PBM berkata beliau dan partinya akan mengotakan janji-janji termasuk agenda pemerkasaan anak muda serta pembangunan ekonomi jika rakyat memberi peluang melalui peti undi pada PRN Johor, 12 Mac ini.

PRN Johor ke-15 ini merupakan kemunculan kali pertama PBM dalam pilihan raya selain Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan Parti Warisan (Warisan).

Pejuang bersaing di 42 kerusi DUN, tertinggi dalam kalangan parti baharu manakala MUDA yang merupakan rakan strategik Pakatan Harapan (PH) bertanding di tujuh kerusi.
Warisan yang membuat penampilan sulung di Semenanjung Malaysia mempertaruh enam calon dan PBM empat calon.

Bertembung dengan parti-parti dan ahli politik veteran, mampukah mereka memberikan cabaran yang mereka laung-laungkan sebelum bermulanya PRN Johor ?

Berhadapan saingan lima penjuru, Muhammad Saiful Bahari tidak gentar kerana yakin dengan kemampuan jentera pilihan raya PBM dalam meraih sokongan pengundi.
"Walaupun PBM merupakan sebuah parti baharu, mereka yang ada di dalam parti ini tidak kekok dan berpengalaman berjuang dalam pentas pilihan raya ketika berada di dalam parti politik lain sebelum ini,"

Muhammad Saiful Bahari yang boleh bertutur dalam bahasa Mandarin berdepan penyandang DUN Stulang Andrew Chen Kah Eng (PH) selain Ang Boon Heng (Barisan Nasional), Yap Chiang Youis (Perikatan Nasional) dan Moharam Baharom (Bebas).

Sementara itu, calon Pejuang di DUN Semerah, Mahdzir Ibrahim juga optimis mencipta kejayaan sekalipun bernaung di bawah parti yang pertama kali memasuki gelanggang pilihan raya.

"Insya-Allah dengan gerak kerja jentera dan perancangan yang ada, kita mampu mencipta kejutan di sini," katanya yang turut berdepan saingan lima penjuru.

Sebelum ini, lima calon Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan calon tunggal Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) yang membuat penampilan sulung di PRN Melaka tahun lepas hilang deposit setelah gagal memperoleh satu per lapan atau 12.5 peratus undi daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira.

Seorang pemerhati politik berpandangan dalam PRN Johor meskipun dilabel sebagai parti baharu, ada parti yang ditunjangi ahli politik berpengalaman dan berpengaruh seperti Tun Dr Mahathir Mohamad bagi Pejuang dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bagi Warisan.
Pensyarah Jabatan Sains Sosial Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Prof Madya Dr Khairunesa Isa berkata selain melihat keupayaan calon, pengundi juga mengambil kira faktor parti dan ahli-ahlinya, yang boleh membantu mereka khususnya dalam proses pemulihan negara akibat pandemik COVID-19.

"Tidak bermaksud kalau satu parti dia 'muda', dia akan kalah kerana faktor individu yang berada di dalam parti itu," katanya.
Bagaimanapun, katanya calon-calon parti berkenaan perlu bekerja lebih keras bagi menyaingi parti-parti senior terutama dari segi memperkenalkan diri mereka dan hala tuju parti masing-masing.

RENGIT dibawah pegangan PEJUANG jika mahu maju. BATU PAHAT: Calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit, Nizam Bashi...
01/03/2022

RENGIT dibawah pegangan PEJUANG jika mahu maju.


BATU PAHAT: Calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit, Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir berpandangan hanya Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang mampu membawa pembaharuan yang didahagakan oleh pengundi di kawasan tersebut.
Jelas Nizam Bashir, 48, keyakinan itu bersandarkan kepada manifesto Aspirasi Johor Pejuang termasuk mengetengahkan pemimpin yang bersih dan berkredibiliti.

Justeru, dia yakin akan memberikan saingan yang sewajarnya walaupun berdepan nama-nama besar seperti Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Mohd Puad Zarkashi dan penyandang kerusi DUN Senggarang, Khairuddin A Rahim daripada Parti Keadilan Rakyat (Keadilan).

"Dalam konteks tersebut (Aspirasi Johor), saya rasa calon-calon lain tidak boleh membawa pembaharuan yang sebenarnya didahagakan oleh warga Rengit.

"Bagi saya, kalau kita lihat kepada manifesto yang telah diketengahkan Aspirasi Johor itu sendiri, ada pelbagai cadangan yang telah dikemukakan. Memang platform utama sememangnya parti ini memerangi rasuah.

"Walaupun mungkin ada yang mengatakan mereka juga kononnya boleh membawa idea atau saranan tersebut, saya rasa inilah satu-satu parti yang memiliki seorang Perdana Menteri yang bukan setakat memegang jawatan tersebut untuk sekali, tetapi telah memegang jawatan tersebut dua kali,"

Mengulas lanjut, Nizam Bashir yang berpengalaman selama 24 tahun sebagai peguam berkata, manifesto yang dirangka oleh parti itu turut dapat menjamin peningkatan ekonomi pengundi DUN Rengit.

Tambahnya lagi, dia memfokuskan kepada peningkatan pendapatan penduduk khususnya dalam kalangan nelayan, dan kemahiran dalam golongan belia.
"Bagi muda-mudi di Rengit p**a, kita kemungkinan kena perlu memastikan kemahiran yang dimiliki mereka perlu ditambah baik. Sepertimana yang ramai mungkin tahu, dunia sekarang memang ialah semua kena internet savvy, dan kita kena menghalusi sama ada muda-mudi di Rengit memiliki kemahiran sewajarnya," ujarnya.

Dalam pada itu, bapa kepada tujuh cahaya mata itu berkata, generasi muda perlu melibatkan diri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor demi kepentingan masa depan mereka di DUN berkenaan.
Katanya lagi, penglibatan pengundi berusia 18 hingga 20 tahun adalah sebahagian daripada sejarah dalam sistem demokrasi negara, maka kump**an itu tidak seharusnya mensia-siakannya.
"Jadi, mereka adalah sebahagian daripada golongan yang akan mencipta sejarah dan itu sendiri bagi saya akan menjadi satu tarikan bagi mereka untuk mengambil bahagian.
"Apatah lagi bila sudah ada pendaftaran automatik, sememangnya tiada halangan utnuk mereka mengambil bahagian. Jadi, saya rasa kita akan lihat satu perbezaan yang agak ketara dalam PRN ini," katanya.
DUN Rengit akan menyaksikan saingan empat penjuru dalam PRN Johor pada 12 Mac ini.
Mereka adalah Mohd Puad; Khairuddin; Nizam Bashir; serta Mohd Huzair Lajis yang mewakili Perikatan Nasional

Address

Johor Bahru
81900

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Menuju JOHOR Baharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share


Other Media/News Companies in Johor Bahru

Show All