KENAPA BARU MENGGELUPUR DAN NAK JADI JUARA?- OH DRAMA..
Saya melihat satu drama yang menarik berlaku dalam beberapa hari ini. Bukan drama Raya tetapi drama mengisahkan seorang yang terdesak dan terkantoi tetapi cuba menjadi juara untuk menutup cerita sebenar yang mana dia telah menyorokkan kisah satu surat yang telah dibincangkan dalam mesyuarat kabinet. Ini mungkin satu cerita genre politik dari negara Zimbabwe kot.
1.Pada *2 Febuari 2024*, Lembaga Pengampunan telah mengeluarkan keputusan rayuan dan pengampunan BossKu Najib dimana masa hukuman dipendekkan dan denda dikurangkan kpd RM 50 juta.Walau kita tahu dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan itu tidak mencadangkan pun pengurangan tarikh hukuman dan denda oleh pihak kerajaan yg diwakili seorang menteri kerajaan dan peguam negara.
2.Kecoh juga bila TS Syafie(Peguam Bossku) mempertikaikan kesahihan surat kenyataan tersebut. Peguam turut mempersoalkan masa kenyataan itu dikeluarkan kerana keputusan tersebut dibuat lebih awal tetapi kenyataan rasmi keluar agak lambat.
3. *7 Mac 2024*,Mantan PM9 Tok Mail telah memberikan satu hint dan pertanyaan untuk kerajaan jawab berkaitan satu surat permohonan BossKu Najib untuk menjalani baki hukuman sebagai “Tahanan Di Rumah”. Pada pengamatan saya PM9 tahu akan keberadaan satu surat atau Titah Adendum YDP Agong berkaitan tahanan di rumah itu.(Takkan PM9 nak bagi tau detail benda yang melibatkan Rahsia Rasmi kannn). Soalan itu sepatutnya dijawab oleh pihak kerajaan atau menteri undang2 Azalina tetapi ianya tidak dijawab.
4. *31 Mac 2024* , Tengku Zafrul letak jawatan sebagai Bendahari UMNO Selangor dan beberapa kenyataan terbuka dibuat dan dilihat seolah mengkritik pengurusan UMNO Selangor yang diketuai oleh Setiausaha Politik Wak Presiden iaitu Datuk Megat.
Selang beberapa hari Tengku Zafrul dilihat bertemu Presiden dalam suasana harmoni dan tiada kenyataan yang negatif.Kelihatan Tengku Zafrul kebal dan tidak sewenang di sentuh atau dicaci oleh pengikut2 Presiden walau m