MEDIA DIGITAL JOHOR

MEDIA DIGITAL JOHOR Platform Digital Setempat Rasmi Kerajaan Negeri Johor bagi hebahan maklumat

Kerajaan Negeri menerusi Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) komited melahirkan tenaga kerja mahir dalam kalangan anak...
20/01/2025

Kerajaan Negeri menerusi Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) komited melahirkan tenaga kerja mahir dalam kalangan anak muda yang diperlukan industri selari pewujudan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dengan penetapan tawaran gaji premium bermula RM4,000.

JS-SEZ bakal menjadi magnet pelaburan berimpak tinggi dan dijangka mewujudkan sebanyak 100,000 peluang pekerjaan dalam 10 sektor utama untuk dipenuhi oleh bakat serta tenaga kerja berkemahiran tinggi dari negeri ini yang menepati kehendak serta keperluan industri.

Onn Hafiz Ghazi
Aznan Tamin
Lee Ting Han
Hairi Mad Shah - HMS








Selamat menduduki peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) kepada semua pelajar Darjah Khas Sekolah Agama Kerajaan Joh...
19/01/2025

Selamat menduduki peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) kepada semua pelajar Darjah Khas Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ).

Semoga diberikan ketenangan untuk menjawab setiap soalan, dipermudahkan segala urusan dan beroleh kejayaan yang cemerlang.

Jabatan Agama Islam Negeri Johor
Mohd Fared Mohd Khalid
Aznan Tamin




PROJEK LORONG TAMBAHAN MENGIKUT JADUAL  - Projek pembinaan lorong tambahan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Fasa 1 dari...
19/01/2025

PROJEK LORONG TAMBAHAN MENGIKUT JADUAL

- Projek pembinaan lorong tambahan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Fasa 1 dari Yong Peng hingga Senai arah Utara yang bermula pada Julai tahun lalu, berjalan mengikut jadual dan telah mencapai kemajuan sebanyak lima peratus.

Dijangka siap pada suku kedua tahun 2027, projek bernilai RM515 juta itu bertujuan menangani kesesakan di lebuh raya berkenaan yang sering berlaku terutama ketika waktu puncak seperti cuti umum, cuti persekolahan serta musim perayaan.

Projek pembinaan lorong tambahan melibatkan pelebaran dari dua ke tiga lorong itu dijalankan secara berfasa iaitu Fasa 1 ke Fasa 3 dari Senai (arah Utara) ke Machap dengan peruntukan RM249 juta dikhususkan untuk jajaran Sedenak - Kulai.

Pembinaan lorong tambahan bagi fasa 1 itu yang merangkumi jarak sejauh 21.8 kilometer (km) dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun bakal memberi manfaat kepada lebih 90,000 pengguna harian lebuh raya terbabit.

Aktiviti utama yang sedang giat dijalankan di lokasi termasuk kerja-kerja tanah, pemotongan dan tambakan cerun, pembinaan struktur perparitan, pengalihan utiliti serta pelaksanaan pelan pengurusan trafik diikuti pembinaan lorong tambahan secara berperingkat.

Bagi mengurangkan kesesakan sempena perayaan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi, Kementerian Kerja Raya sudah mengarahkan kerja-kerja dijalankan di lokasi terbabit tidak melibatkan sebarang penutupan lorong di kedua-dua arah agar tidak mengganggu aliran trafik sedia ada.

Terdahulu, YB Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya bersama YB Dato' Ir. Hasni Mohammad, Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) meninjau status kerja projek pembinaan lorong tambahan Lebuhraya PLUS laluan Sedenak-Kulai.




📸 PAMER PRODUK JOHOR UNTUK TARIK PELANCONG Produk unik hasil buatan tangan dan kreativiti Johor dipamerkan dalam Travel ...
19/01/2025

📸 PAMER PRODUK JOHOR UNTUK TARIK PELANCONG

Produk unik hasil buatan tangan dan kreativiti Johor dipamerkan dalam Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor menjadi antara platform terbaik untuk menarik pelancong menjelang Tahun Melawat Johor 2026.

TRAVEX 2025 yang diadakan bersempena Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 itu juga berjaya menarik lebih 100 pengusaha dan pempamer produk pelancongan tempatan serta antarabangsa.




MBIP - Majlis Bandaraya Iskandar Puteri merangkul dua anugerah berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Persatuan Keselama...
19/01/2025

MBIP - Majlis Bandaraya Iskandar Puteri merangkul dua anugerah berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Perindustrian Malaysia (MiSHA) Pengurusan Risiko Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Sektor Kerajaan 2024.

Pengiktirafan yang diterima MBIP adalah Anugerah Emas MiSHA KKP manakala YB Dato' Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Mantan Datuk Bandar MBIP p**a dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana KKP. Syabas dan Tahniah diucapkan!




Sebagai negeri dengan lokasi strategik di penghujung selatan Semenanjung Malaysia dan mempunyai pintu masuk utama yang m...
19/01/2025

Sebagai negeri dengan lokasi strategik di penghujung selatan Semenanjung Malaysia dan mempunyai pintu masuk utama yang menghubungkan Malaysia, Singapura serta Indonesia, Negeri Johor diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 bagi menonjolkan keunikan pelbagai lokasi yang terdapat di negeri ini.

Gabungan kekayaan tinggalan sejarah, kepelbagaian budaya, keindahan landskap alam semula jadi dan daya tarikan moden menjadikan Johor destinasi yang ideal untuk penganjuran acara berprestij ini.

Onn Hafiz Ghazi
Tourism Johor




19/01/2025

📹 APA ITU JS-SEZ?

Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah dimeterai oleh Kerajaaan Malaysia dan Kerajaan Singapura ketika Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-11 pada 7 Januari yang lalu.

JS-SEZ menjadi pemangkin untuk memperkukuh lagi hubungan ekonomi dan perdagangan antara Malaysia dan Singapura. Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai JS-SEZ berserta manfaatnya kepada Johor, jom saksikan video ini.

Onn Hafiz Ghazi
Lee Ting Han
Iskandar Malaysia




Selamat pagi Bangsa Johor!Kali ini kawan nak kongsikan sejarah menarik di sebalik nama Jalan Dato' Menteri, Johor Bahru....
19/01/2025

Selamat pagi Bangsa Johor!

Kali ini kawan nak kongsikan sejarah menarik di sebalik nama Jalan Dato' Menteri, Johor Bahru. Yok kita baca sama-sama.





LOGO TAHUN MELAWAT JOHOR 2026 DILANCAR  - Logo Tahun Melawat Johor 2026 dilancarkan secara rasmi di hadapan kira-kira 1,...
18/01/2025

LOGO TAHUN MELAWAT JOHOR 2026 DILANCAR

- Logo Tahun Melawat Johor 2026 dilancarkan secara rasmi di hadapan kira-kira 1,000 delegasi tempatan dan antarabangsa pada Majlis Pelancaran Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025, malam ini.

Menghimpunkan elemen sejarah, budaya dan ekonomi Johor, logo dengan reka bentuk yang padu itu menampilkan Bangunan Sultan Ibrahim sebagai sebuah cerminan warisan, masa depan serta kemajuan dikecapi negeri.

Selain itu, simbol utama seperti harimau dan nanas p**a menyerlahkan kekuatan Johor dalam konservasi dan pertanian, mempamerkan kekayaan warisan selain potensi dimiliki negeri ini pada masa depan.

Pada masa sama, Kerajaan Negeri turut mengajak keluarga ASEAN untuk menikmati keunikan terdapat di negeri ini dan menjadikan ATF sebagai platform bertukar pandangan serta inspirasi memperkukuh matlamat pelancongan di rantau ini.

Logo yang diterjemah dalam satu rekaan serba harmoni itu telah dilancarkan oleh YAB Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri sekali gus mempromosikan negeri ini sebagai destinasi pelancongan unggul.

Turut hadir, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor; YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor serta YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

Raven Kumar Krishnasamy
Tourism Johor





18/01/2025

📹 KIOSK JUALAN SERIKAN TARIKAN PANTAI TELUK MAHKOTA

Pusat peranginan Pantai Teluk Mahkota, Tanjung Sedili di Kota Tinggi kini berubah wajah apabila kini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk kiosk jualan yang pastinya akan memberi keselesaan bukan sahaja kepada pengunjung tetapi golongan usahawan yang menjalankan masing-masing.

Inisiatif terbaharu Kerajaan Negeri yang dilaksanakan oleh Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) itu secara tidak langsung akan memberi nilai tambah kepada Pantai Teluk Mahkota sebagai antara destinasi tarikan pelancong di negeri ini.

Onn Hafiz Ghazi
Mohd Jafni Md Shukor
Hairi Mad Shah - HMS




PANTAI TELUK MAHKOTA BERWAJAH BAHARU  - Pantai Teluk Mahkota atau dikenali dengan Jason Bay kini berubah wajah apabila K...
18/01/2025

PANTAI TELUK MAHKOTA BERWAJAH BAHARU

- Pantai Teluk Mahkota atau dikenali dengan Jason Bay kini berubah wajah apabila Kerajaan Negeri melalui Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) menaik taraf kawasan berkenaan bagi mewujudkan persekitaran lebih kondusif bagi penduduk setempat dan pengunjung.

Naik taraf melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM 950,238 itu meliputi penambahbaikan fasiliti dan infrastruktur iaitu taman permainan, tapak parkir, tandas awam, perparitan, kios penjaja, lintasan pejalan kaki tiga dimensi, kawasan rehat serta gerai 'Esplanade'.

Inisiatif Belanjawan Johor 2024 itu bukan sahaja mampu menarik kehadiran lebih ramai pelancong ke Pantai Teluk Mahkota terutama menjelang Tahun Melawat Johor 2026 malah menghadirkan limpahan manfaat kepada peniaga dan penduduk sekitar selain berpotensi meningkatkan ekonomi setempat.

Terdahulu, YB Dato' Mohd Jafni Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor menyempurnakan perasmian Majlis Serah Terima Projek Naik Taraf dan Penyerahan Kunci Kepada Peniaga di Pantai Teluk Mahkota @ Jason Bay, Tanjung Sedili.

Pada majlis tersebut, berlangsungnya penyerahan kunci kepada 27 peniaga bagi ruang niaga Pantai Teluk Mahkota dan gerai 'Esplanade' Tanjung Sedili bagi fasa satu.

Hadir sama, YB Tuan Muszaide Makmor, Ahli Dewan Negeri Johor Kawasan Sedili; YBhg. Encik Mohd Hafiz Aliman, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor dan YBhg. Mohammad Nazrul Abd. Rahim, Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi.




📸 JOHOR BUKA GELANGGANG PIALA DUNIA 2025 KRIKET WANITA B-19Perlawanan pembukaan aksi kump**an B antara pasukan England m...
18/01/2025

📸 JOHOR BUKA GELANGGANG PIALA DUNIA 2025 KRIKET WANITA B-19

Perlawanan pembukaan aksi kump**an B antara pasukan England menentang Ireland bagi edisi kedua Piala Dunia 2025 Kriket Wanita Bawah 19 Tahun (B-19) Majlis Kriket Antarabangsa (ICC) terpaksa dibatalkan akibat cuaca buruk.

Kedua-dua pasukan mengutip satu mata bagi perlawanan pertama yang berlangsung di Dato' Dr. Harjit Singh Johor Cricket Academy and Oval (JCA Oval), Mutiara Rini.

Perlawanan seterusnya bagi kump**an B antara pasukan Ireland dan Amerika Syarikat dijadualkan pada 20 Januari 2025.

Hairi Mad Shah - HMS





AKSES UBAT KINI LEBIH MUDAH  - Kerajaan Negeri Johor sentiasa memandang serius dan bertindak secara proaktif bagi menyed...
18/01/2025

AKSES UBAT KINI LEBIH MUDAH

- Kerajaan Negeri Johor sentiasa memandang serius dan bertindak secara proaktif bagi menyediakan rangkaian perkhidmatan kesihatan terbaik untuk rakyat negeri ini, meskipun sektor kesihatan adalah bidang kuasa di bawah Kerajaan Persekutuan.

Bagi maksud itu, sebanyak RM1 juta diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri bagi pelaksanaan inisiatif penghantaran ubat melalui pos (UMP) yang bertujuan untuk meringankan beban kewangan dan menjimatkan tempoh menunggu pesakit di kaunter farmasi. Selain itu, inisiatif ini juga dapat mengurangkan masalah kesesakan yang sering berlaku di beberapa fasiliti kesihatan khususnya di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru.

Inisiatif ke-46 di bawah Teras Ketiga: Jaringan Keselamatan Sosial dalam Belanjawan Johor 2025 ini juga akan dapat membantu pesakit khususnya dari golongan berpendapatan rendah untuk menikmati bekalan ubat susulan secara percuma yang akan dilakukan oleh Pos Malaysia Berhad dengan kos penghantaran dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga turut memperkasa inisiatif Belanjawan Johor 2024 di bawah Strategi 3: Meningkatkan Kualiti Kesihatan Bangsa Johor menerusi Inisitiatif 2: Sistem Penyampaian Kesihatan, di mana sejumlah RM170,000 diperuntukkan bagi memasang kemudahan 348 lokar ubat dari Projek Locker4U di enam lokasi di negeri ini.

Bermula 1 Disember lalu, sebanyak enam fasiliti kesihatan di daerah Johor Bahru telah memulakan perkhidmatan Locker4U termasuk Klinik Kesihatan Bukit Indah yang kini turut menempatkan lokar ubat di premis Lotus’s Bukit Indah serta satu lagi kemudahan sama disediakan di daerah Kulai.

Layari portal MDJ untuk artikel penuh di: https://mediadigitaljohor.gov.my/akses-ubat-kini-lebih-mudah/

Onn Hafiz Ghazi
AH SOON




  | Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di...
18/01/2025

| Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Taman Pulai Indah pada 17 Januari 2025. Allah Peliharakan Sultan.

Sumber: HRH Crown Prince of Johor
Facebook: https://www.facebook.com/share/1B9jdBurgT/?mibextid=wwXIfr



Hai semua. Korang tau tak yang negeri kita cintai ini sedang menjadi tuan rumah bagi penganjuran Forum Pelancongan ASEAN...
18/01/2025

Hai semua. Korang tau tak yang negeri kita cintai ini sedang menjadi tuan rumah bagi penganjuran Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025!

Forum berprestij ini berlangsung dari 15 hingga 20 Januari 2025 di Pusat Konvensyen Persada Johor. Macam-macam perkara berkaitan sektor pelancongan ada pada forum kali ini dan apa yang pasti, ia juga memberi limpahan peluang kepada Johor untuk menarik lebih ramai pelancong.

Nak tahu lebih lanjut tentang ATF 2025... Jom ler baca komik Neo Dan Nea untuk minggu ini!




18/01/2025

📹 BANGSA JOHOR MENYAMBUT BAIK INISIATIF ZON EKONOMI KHAS JOHOR-SINGAPURA

Rata-rata Bangsa Johor menyambut baik pelaksanaan inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang diyakini bukan sahaja dapat merancakkan pembangunan dan ekonomi Negeri Johor tetapi juga bakal memberi peluang pekerjaan, penerokaan peluang perniagaan baharu, peningkatan kemahiran, mempromosi budaya dan warisan tempatan serta manfaat lain kepada rakyat di Negeri Johor.




Malaysia secara rasmi menjadi Pengerusi ASEAN pada 1 Januari 2025 dengan tema 'Keterangkuman dan Kemampanan' yang merupa...
18/01/2025

Malaysia secara rasmi menjadi Pengerusi ASEAN pada 1 Januari 2025 dengan tema 'Keterangkuman dan Kemampanan' yang merupakan kali kelima mengambil alih penggiliran Kepengerusian ASEAN selepas tahun 2015, 2005, 1997 dan 1977.

Menerusi tanggungjawab yang digalas pada tahun ini, Malaysia komited mengukuhkan kepusatan ASEAN, membina kepercayaan strategik dalam kalangan negara ASEAN, diplomasi dan kemuafakatan, mempromosi perdagangan dan pelaburan intra-ASEAN.

Onn Hafiz Ghazi
Tourism Johor
Raven Kumar Krishnasamy





HADIAH 'CNY' UNTUK MASYARAKAT TIONG HUA  - Menjelang sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi, Kerajaan Johor memberik...
17/01/2025

HADIAH 'CNY' UNTUK MASYARAKAT TIONG HUA

- Menjelang sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi, Kerajaan Johor memberikan hadiah istimewa khas kepada masyarakat dari kaum Tiong Hua di negeri ini apabila mengumumkan pemberian 11 inisiatif yang membabitkan jumlah keseluruhan bernilai RM5.97 juta.

Berita baik tersebut diumumkan sendiri oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor ketika berucap pada Majlis Jamuan Silaturahim Tahun Baharu Cina yang berlangsung di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) Foon Yew, Seri Alam, malam ini.

Antara 'ang pau' yang diumumkan oleh YAB Dato' Onn Hafiz termasuklah peruntukan sebanyak RM1 juta kepada Yayasan Sultanah Fatimah, sumbangan bernilai RM1.5 juta yang akan memanfaatkan kira-kira 3,000 pelajar dari 10 SMJKC di seluruh negeri Johor serta RM1 juta buat 200 pelajar yang menuntut Kolej Universiti Selatan.

Berpegang kepada semangat ‘Muafakat itu Berkat’ dan inspirasi konsep Bangsa Johor, Kerajaan Negeri turut menyalurkan peruntukan RM500,000 kepada rumah ibadat bukan Islam serta RM250,000 kepada pihak Tokong Cina Lama, Johor Bahru.

Selaku tuan rumah bagi Majlis Jamuan Silaturahim Tahun Baharu Cina, SMJKC Foon Yew juga tidak ketinggalan untuk turut menerima berita baik sempena kehadiran Tahun Ular kali ini apabila Kerajaan Negeri bersetuju untuk memberi pengecualian cukai taksiran harta yang akan diselesaikan dalam tempoh tiga bulan.

Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, diiringi YB Tuan Ling Tian Soon (AH SOON), Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor dan YB Tuan Lee Ting Han, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor meraikan kira-kira 1,000 masyarakat Tiong Hua dari seluruh Johor pada majlis makan malam itu yang diadakan sempena Tahun Baharu Cina.





Address

Aras 8, Imperia Office Tower, 2, Jalan Laksamana 1, Kota Iskandar Iskandar Puteri
Johor Bahru
79100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6072667771

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MEDIA DIGITAL JOHOR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to MEDIA DIGITAL JOHOR:

Videos

Share