Salah satu tapak menarik di CPP
Semasa ke Perlis singgah sarapan dia Cafe Bonda 2 Jalan Bukit Tampang, dekat Bukit Keteri, Perlis.
#UsiaBukanHalangan
Try tengok buat time lapse @ Lubok Terap Campsite, Baling, Kedah. Simpan sini untuk kenangan.
Buah chempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru Belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
#UsiaBukanHalangan
Hujan lebat turun di Lubok Terap Campsite. Pun masih selesa sebab flysheet yg disediakan oleh campsite cukup besar. Cuma tempias saja yg tak boleh elak.
#usiabukanpenghalang
First campsite yg sampai di Baling, Kedah.
Hari hari depa tayang kat dlm ETS
Bandaraya Alor Setar @ night from 105 masl
I've just reached 300 followers! Thank you for continuing support. I could never have made it without each one of you. 🙏🤗🎉
Cik Putih ketika menghadiri #hooligancamp di Hujan Hujan Campsite, Gua Kelam Perlis. Pagi hari pertama ketika suasana masih belum sampai kemuncak.
#UsiaBukanHalangan
Dah lama tak nikmati Ais Kacang. Sekali ada dalam menu Sunset Dinner di Starsky Restaurant & Lounge Menara Alor Setar. Bestnya sambil nikmati ais kacang sambil tengok sunset.
#MenaraAlorSetar
#StarskyRestaurant
#SunsetDinner
#TourismKedah
Eh! Abg Gee pun ada dan turut menghiburkan para tetamu semasa Sunset Dinner di Starsky Menara Alor Setar. Majlis tersebut untuk meraikan anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Insan Berkat, Sungai Petani.
Sepanjang Ramadan pengunjung boleh menikmati Iftar di tempat tertinggi sekali di Bandaraya Alor Setar sambil menyaksikan keindahan matahari terbenam. Bila malam, cahaya lampu sekitar Bandaraya Alor Setar mula berkedipan seolah-olah berada di dalam kapalterbang.
Sunset Dinner ditawarkan bermula 5 April 2022 sehingga 1hb Mei 2022 dari jam 6.30 petang hingga 9.30 malam.
Kembali ke Kampung Halaman 2022
Terima kasih Restoran StarSky, Menara Alor Setar atas jemputan untuk Majlis Iftar untuk meraikan Anak-anak Yatim dari Pusat Jagaan Kanak-kanak Insan Berkat, Pengamal Media, Bloggers dan Influencers.
Starsky sunset Dinner dengan konsepKembali Ke Kampung halaman dianjurkan sepanjang bulan Ramadan bertempat di Restoran Berputarnya. Pengunjung berpeluang berIftar sambil menikmati matahari jatuh di ufuk Barat dan kerdipan neon Bandaraya Alor Setar. Satu kelebihan yang dihidangkan Menara Alor Setar.
Ramai yang tidak dapat balik untuk berbuka puasa bersama keluarga tersayang sejak dua tahun lepas. Rebutlah peluang kali ini untuk meraikan ibu bapa warga emas dengan hanya RM45 seorang. Dewasa RM72.00 sementara kanak-kanak RM40.00
Berbagai juadah dan lauk pauk pasti memenuhi citarasa selera anak kampung sesuai dengan konsep kali yang mengamit kerinduan anak-anak tempatan dan perantau disediakan.
Untuk maklumat lanjut : 04-7202901 Fax: 04-7202073
www.menaraalorsetar.com.my
facebook : Alor Setar Tower l Menara Alor Setar
Instagram : menaraalorsetarofficial
Twitter : menaraalorsetar
#TourismKedah
#Ramadan2022
#IftarRamadan1443
#menaraalorsetar
#StarskyRestaurant&Lounge