Arbanji Studio

Arbanji Studio Recording Studio. Audio, Video & Photography. Audio: song, nasyid, qasidah
Video: clip, corporate, drama, news, live streaming, wedding, event,
(7)

Music, audio, photographer & videographer. songwriters, composers, music programmers, lyricists. Recording: nasyid, corporate song, advertising, jingles, school song, boria, radio segment, and variety of the recording. small studio, but the best quality, affordable services. Videography - Videoi Clips, Event, Wedding...

Photography - Event, Wedding..

Rakam Video (Jangan asyik menggunakan Zoom dan Pan)Ketahuilah keperluan sebenar dan bila masanya anda harus melakukan ti...
28/07/2024

Rakam Video (Jangan asyik menggunakan Zoom dan Pan)

Ketahuilah keperluan sebenar dan bila masanya anda harus melakukan tindakan Zoom dan Pan (Sorot/pusing ke kiri atau kanan).

Dalam pengambaran video, paling penting ialah untuk dapatkan video yang stabil. Terdapat juruvideo amatur yang sering menggunakan Zoom In dan Zoom Out, walaupun kamera hanya dipegang dengan tangan (handheld), bukannya menggunakan tripod. Tindakan sebegini sebenarnya akan merosakkan hasil video kerana semakin tinggi jarak zoom yang dibuat, semakin besar goncangan video yang terhasil kerana kamera yang dipegang dengan tangan tidak dapat mengawal objek tumpuan dalam frame semasa rakaman dibuat, kecuali menggunakan tripod.

Begitu juga dengan kecenderungan melakukan penyorotan/pusing ke kiri dan ke kanan (Pan). Kamera yang dipegang dengan tangan tanpa tripod tidak dapat memberi kestabilan. Lagi p**ak pilihan FPS juga juga mengambil peranan besar untuk ini. Jurukamera video harus tahu perkara ini.

Oleh itu, dalam keadaan biasa, sebagai jurukamera video amatur, elakkan langsung untuk melakukan zoom dan pan.

Bagaimana mengatasinya?:

1. Menggunakan kamera yang tersedia dengan stabilizer. Kamera video keluaran terkini termasuk kamera mobilephone ada yang telah disediakan dengan stabilizer.
2. Menggunakan Fizikal Stabilizer.

Untuk hasil video yang terdapat sedikit masalah kurang stabil, jika masalah ringan, boleh saja menggunakan Online Video Stabilizer, atau menggunakan perisian Penyunting Video seperti Filmora, Adobe Premiere Pro dan sebagainya, dimana video yang kurang stabil dapat dibaik pulih walaupun ruang sudut bukaan video akan terubah sedikit dengan tindakan ini.

Tetapi untuk masalah besar, contohnya akibat goyahan yang terlalu ketara terutama ketika zoom digunakan, sehingga subjek penting kadang-kadang terkeluar dari frame. Tak ada ubat kelat untuk mengatasinya.

Menangkap bunyi (audio) dalam pengambaran videoDialog, latar belakang dan foley.Teknologi menangkap bunyi dalam penggamb...
18/07/2024

Menangkap bunyi (audio) dalam pengambaran video
Dialog, latar belakang dan foley.

Teknologi menangkap bunyi dalam penggambaran video telah berkembang pesat. Berikut adalah beberapa kemudahan dan alat yang sering digunakan:

Mikrofon Luaran: Mikrofon shotgun, lavalier, dan mikrofon boom sering digunakan untuk menangkap bunyi dengan jelas dan mengurangkan bunyi latar belakang.

Perakam Audio Digital: Perakam seperti Zoom Essential H4 atau Tascam DR-40 juga digunakan untuk menangkap audio berkualiti tinggi secara berasingan daripada kamera. Perakam jenis ini boleh saja disambungkan dengan mic dinamik biasa, mic condenser samada menggunakan wayar ataupun wireless mic. Alat perakam begini juga tersedia untuk menyimpan hasil rakaman pada track yang berasingan untuk setiap souce mic. Biasanya alat perakam sebegini boleh saja menyimpan rakaman berasingan bagi setiap channel. Hasilnya boleh digunakan dalam post editing nanti.

Pelakun atau talent boleh melekatkan mic wireless dalam baju dan bergerak bebas. Sementara syarat bunyi akan dihantar melalui transmitter yang diselitkan di bahagian tersembunyi di badan dan isyarat bunyi akan diterima melalui receiver di alat perakam ini dan disimpan pada pada track yang berasingan.

Perisian Penyuntingan Audio: Perisian seperti Adobe Audition dan Audacity membolehkan penyuntingan audio dibuat kemudian seperti pengurangan noice (hingar), melaraskan bunyi dan peningkatan kualiti suara.

Mikrofon Bersepadu: Kamera moden terkini termasuk juga smartphone seperti iPhone dilengkapi dengan mikrofon bersepadu yang lebih baik untuk menangkap audio asas.

Jika rakaman tidak dilakukan secara betul, hasilnya terpaksa dilakukan semasa proses dubbing.

Kacau Bubuq Asyura
18/07/2024

Kacau Bubuq Asyura

Video iPhone 13 Pro Max - Dolby Vision HDRAktiviti Kacau Bubur Asyura di Masjid Al-Muttaqin, Taman Mahsuri, Bandar Darulaman, 06000 Jitra, Kedah.Lagu 'Bubur ...

Syair/seloka panjang ini saya tulis pada tahun 1995 yang lalu, ternyata masih ada tersimpan dalam website klon tripod. S...
07/06/2024

Syair/seloka panjang ini saya tulis pada tahun 1995 yang lalu, ternyata masih ada tersimpan dalam website klon tripod. Saya copy dan paste kat FB.

Tajuk P.Ramlee

Dari Achen datang ke mari
Bersama ibu dan bapa sendiri
Tengku Zakaria nama diberi
Akhirnya dikenali sebagai P.Ramlee

Pulau Pinang tempat membesar
Dan bersekolah untuk belajar
Muzik juga yang dia gemar
Perangai p**a amat kelakar

Masa mudanya kurus kering
Jerawat batu penuh keliling
Bila menyanyi muzik seiring
Suaranya lemak tiadapun nyaring

Bermain muzik serata tempat
Banyak kepuasan yang dia dapat
Ramai gadis yang sudah terpikat
Azizah juga yang dia minat

Ingin melihat nasibnya berubah
Singapura tempar dia berpindah
Moga terbina mimpi yang indah
Agar nasib menjadi cerah

Mulanya kerja amatlah payah
Semua tenaga mesti dikerah
Penarik beca dipilih sudah
Itulah satu pilihan mudah

Sambil bekerja mencari peluang
Untuk menjadi anak wayang
Menjengok ke studia di waktu terluang
Bertanya khabar malan dan siang

Akhirnya dapar berita gembira
Seorang pelakun memerlukan suara
Sebagai latar nyanyian sutradara
Satu cerita penglipur lara

Akhirnya beliau terpilih sudah
Baginya menyanyi memang mudah
Berjaya menarik hati pengarah
Bila mendengar alunan yang indah

Bertapak sudah di arena seni
Berjuang terus dengan berani
Diambil berlakun dan juga menyanyi
Berbagai peranan telah diberi

Mulalah badan semakin berisi
Mengarah filem peluang diberi
Diterima dengan besar hati
Peluang yang dinanti-nanti

'PENARIK BECA' arahan pertama
Ceritanya dapat diterima
Lagu-lagunya penuh irama
Berada dipanggung pun agak lama

Berbagai cerita telah diarah
Dilaksanakan dengan susah dan payah
Dapat p**a berbagai anugerah
Namanya sudah menjadi megah

Suara nyanyiannya amatlah merdu
Diumpamakan suara buluh perindu
Bila saja mengalunkan lagu
Kedengarannya amat mendayu-dayu

Lagu ciptaannya amat istimewa
Iramanya amat mengusik jiwa
Sesuai dengan banyak telinga
Kerana merdu alunan dibawa

Sehinggakan kini masih lagi segar
Gulungan baru pun amat gemar
Sesuai dengan perbagai latar
Lagunya asyik bila didengar

Gulungan tua amat membela
Lagunya usah ditiru semula
Katanya mencemar lagu yang ada
Gubahan baru menyakitkan telinga

Kalau boleh dikekalkan begitu
Jangan p**a lagunya ditiru
Digubah p**a secara baru
Iramanya tidak seperti dulu

Gulungan baru p**a membantah
Kerja begitu tidaklah salah
Jangan p**a ditegah-tegah
Berdalih dengan berbagai helah

Jika yang baru tidak diterima
Seni tidak akan ke mana
Statiklah muzik kita selama-lama
Tiada pembaharuan dalam irama

Pada lagu yang digubah semula
Bila didengar sedap p**a
Gulungan lama bantah menggila
Katanya didengar sakit telinga

Nyatalah lagu yang baru laris dijual
Harganya p**a ada yang mahal
Gulungan tua terus membebal
Inginkan lagu asal dikekal

Demikian dulu untuk kali ini
Kisah secebis jalanan P.Ramlee
Yang masih dikenang sehingga kini
Belum dapat lagi ditandingi.

Karya Arbanji Paipi, 1995

13/05/2024

The Phrygian Scale
It is difficult to sequence music for this song. Listening to this song is easy but trying to make a music program is very challenging

07/04/2024

Playlist Lagu Raya Channel Arbanji Studio

Share your videos with friends, family, and the world

07/04/2024

Berkumpul Mesra Di Hari Raya - Adib Danial

Lagu Raya
06/04/2024

Lagu Raya

Lagu RayaLagu & Lirik Hassani SBCMuzik: Arbanji PaipiRakaman: Arbanji StudioThis is the original video for youtube channel 'Arbanji Studio'

Color Grading/Penggredan Warna dan High Dynamic Range/Julat Dinamik Tinggi (HDR): Keduanya merupakan aspek penting post-...
06/04/2024

Color Grading/Penggredan Warna dan High Dynamic Range/Julat Dinamik Tinggi (HDR):

Keduanya merupakan aspek penting post-production/pasca pengeluaran dalam pengeditan video dan imej.

Saya menulis ini kerana ianya satu teknologi baru dalam pembikinan video khasnya. Orang lama yang bertanggung jawab dalam penyiaran dan kerja-kerja editing video tidak banyak yang dapat memahami dan menguasainya. Apatah lagi bos yang ada merupakan orang lama, di mana ada yang tidak memberi perhatian langsung dan terlepas pandang sehinggakan terdapat stesen TV pop**ar yang meluluskan tayangan hasil kerja di mana videonya masih belum diproses penggredan warna.

Jika video asal adalah video biasa tidak menjadi hal, tetapi souce video adalah dalam LOG di mana seharusnya perlu dilakukan color grading dulu sebelum boleh tayangan.

Mari kita terokai setiap satunya:

Color grading/Penggredan Warna:

Tujuan: Penggredan warna ialah proses melaraskan warna, kecerahan dan butiran lain dalam video atau imej untuk mencapai rupa yang diingini. Ia meningkatkan estetika visual, menekankan elemen tertentu, dan mewujudkan mood yang konsisten.

Aliran kerja:

1. Proses ini boleh menggunakan perisian tertentu seperti DaVinci Resolve Studio dan Adobe Premiere Pro untuk penggredan warna.

2. Iaitu dengan mengejas color spaces, restore colors dan fine tune brightness.

3. Matlamatnya adalah untuk menjadikan fokus visual menonjol dan juga menggayakan filem.

Penggredan Warna HDR:

1. NETFLIK dan Youtube banyak memaparkan video HDR. Sehingga kini Instagram pun sudah mampu menyediakan video HDR. Apabila bekerja dengan kandungan HDR, penggredan warna menjadi lebih kritikal.

2. Penggredan warna HDR bertujuan untuk mempersembahkan perkara apa yang mampu dilihat oleh mata manusia.

3. Ia mendedahkan lebih banyak butiran tonal yang terperici dalam highlights dan shadows, memastikan dapat menghasilkan persembahan seperti rakaman asal.

4. Kadangkala, pelarasan HDR mungkin sedikit menyimpang atau melampau daripada realisme demi mencapai tujuan artistik.

Display Devices/Peranti Paparan:

1. Monitor HDR adalah penting untuk penggredan warna yang tepat. Pengeluar smartphone sekarang sudahpun mengeluarkan smartphone yang skrinnya serasi HDR.

2. Aliran kerja tentu saja berbeza bergantung kepada jenis paparan yang diperlukan nanti (cth., TV HDR, skrin pawagam).

Ringkasan:
Penggredan warna akan menambah-baikan visual, dan dalam HDR, ia akan memperlihatkan kesempurnaan sekaligus menyerlahkan ekspresi kreatif.

High Dynamic Range/Julat Dinamik Tinggi (HDR):

Tujuan: Teknologi HDR bertujuan untuk menghasilkan semula dengan jujur perkara yang dilihat oleh mata manusia dari segi kecerahan dan kontras.

Aliran kerja:

1. Kandungan HDR ditangkap dengan julat dinamik yang lebih luas daripada kandungan standard. Seharusnya kamera yang digunakan mempunyai keupayaan tangkap HDR termasuk jika menggunakan smartphone.

2. Semasa post production/pasca pengeluaran, penggredan warna HDR mendedahkan lebih banyak butiran dalam highlight dan shadows.
3. Imej atau video akhir akan disimpan dalam LUT yang dikodkan untuk perwakilan warna yang tepat.

HDR vs Non HDR:

1. Penggredan warna HDR adalah berbeza dengan ketara daripada penggredan yang bukan HDR kerana keserlahan julat dinamik.

2. HDR Compatible atau alat serasi HDR adalah penting untuk hasil keputusan yang optimum.

Ringkasan: HDR memastikan visual seperti hidup dengan menangkap dan memaparkan julat kecerahan dan warna yang lebih luas.

Ringkasnya, penggredan warna meningkatkan estetika, manakala HDR memastikan keupayaan persembahan sebenar yang lebih real. Kedua-duanya memainkan peranan penting dalam mencipta kandungan yang menarik secara visual.

Banyak Smart TV dan smartphone sudah disediakan dengan keserasian memainkan video HDR. Sepatutnya stesen TV tempatan perlu bersedia dengan kehadiran teknologi ini. Begitu juga dengan hasil akhir video sebelum tayangan, jangan biarkan video masih dalam format LOG. Ianya amat memalukan.

AUDIO INTERFACEAudio Interface adalah satu peralatan yang membolehkan anda membuat rakaman samada alat muzik atau vokal ...
31/03/2024

AUDIO INTERFACE

Audio Interface adalah satu peralatan yang membolehkan anda membuat rakaman samada alat muzik atau vokal ke komputer, laptop malah ke mobile phone. Audio Interface dapat menghasilkan kualiti rakaman yang lebih profesional.

Audio Interface mempunyai input sumber audio, seperti microfon, music instrument dan serta output ke speaker (disarankan Flat Minitor Speaker). Terdapat Audio Interface yang boleh membawa isyarat MIDI in/out. Audio Interface juga perlu disambung ke komputer samada melalui USB, Firewire atau Thunderbolt untuk membawa dan menerima isyarat kerja di komputer termasuk yang dikendalikan oleh applikasi Digital Audio Workstation (DAW) seperti Logic Pro, Cubase Pro, PreSonus, Adobe Audition dsbnya.

Berikut adalah penjelasan singkat tentang beberapa istilah yang akan anda temui bila membeli Audio Interface:

1. Latency: Latency adalah delay singkat dalam produksi muzik ketika anda memainkan atau merakam bunyi. Bayangkan jika anda merasa timing sudah sempurna, tapi setiap kali membuat rakaman, bunyinya agak sedikit terlambat. Jika hal ini terjadi, anda memerlukan sebuah audio interface. Audio Interface menetapkan kedudukan latency melalui saiz buffer, anda mungkin perlu tetapkan saiz buffer 128 untuk dapatkan latency paling kurang yang mampu ditangani oleh IA ketika proses rakaman dilakukan, tetapi ketika melakukan kerja-kerja main semula semasa post editing, mixing dsbnya, anda perlu memberi keizinan untuk tetapkan latency sedikit besar dengan memberi ruang laluan buffer yang lebih besar contohnya 1024. Penetapan saiz buffer sebenarnya bergantung juga kepada kemampuan Audio Interface dan sistem pada PC/Mac sendiri.

Istilah terkait:
Zero latency: Tidak ada waktu delay.
Zero Latency Monitoring: Memungkinkan anda mendengar sendiri kesan seperti ketika mendengar melalui headphone atau studio monitor speaker.

2. IN/OUT (contohnya 2in/2out): Ini adalah singkatan output dan Input pada Audio Interface contohnya dua channel input dan dua channel output. Ada Audio Interface yang tersedia 4in/4out atau 8in/8out dsbnya. Biasanya rakaman dibuat melalui 1 input sahaja seperti rakaman vocal samada berucap atau menyanyi. Tetapi jika anda mahu melakukan rakaman dari keyboard contohnya, anda memerlukan 2 input untuk mewakili bunyi stereo L & R. Namun, jika anda ingin melakukan rakaman melalui beberapa channel sekaligus, seperti menyanyi duet, memainkan gitar dsbnya, maka anda lebih memerlukan beberapa input dalam satu masa. Audio Interface melayakkan anda membawa masuk melalui beberapa input channel sekaligus dalam rakaman dan meletakkan isyarat bunyi yang terhasil secara berasingan pada setiap track atau channel di DAW. Anda boleh mendapatkan Audio Interface yang menyediakan 2 input, 4 input atau 8 input. Sementara output adalah pilihan berbeza dan sedikit rumit.

3. USB/Firewire/Thunderbolt Port: Terdapat berbagai jenis penyambung di antara Audio Interface dan komputer yang menawarkan keupayaan kecepatan transfer yang berbeza. Thunderbolt untuk Mac memiliki kecepatan transfer tinggi, walaubagaimanapun USB 3.0 atau USB Type C juga boleh dipertimbangkan dan sangat sesuai untk PC. Namun sambungan Firewire (biasanya 400 atau 800) juga laju tetapi untuk masa sekarang tidak lagi pop**ar dan susah untuk disediakan.

4. Digital Signal Processing (DSP): Jika sebuah interface memiliki DSP, artinya anda boleh menggunakan interface untuk menambah effect audio seperti EQ dan Reverb ketika anda melakukan rakaman atau ketika memainkannya kembali. Hal ini berguna untuk mengurangi beban proses pada CPU. Tetapi kebanyakan effect dalam hasil rakaman sesebuah lagu biasanya akan ditetapkan semasa post editing iaitu ketika melakukan editing dan mixing dan DSP pada Audio Interface mungkin boleh dinafikan.

Kesimp**annya, untuk meningkatkan kualiti rakaman dan produksi muzik, pertimbangkan untuk membeli Audio Interface yang sesuai dengan keperluan.

Di Hari Raya - Dendangan Allahyarham Pak Long SAD.
30/03/2024

Di Hari Raya - Dendangan Allahyarham Pak Long SAD.

Vokal: Pak LongCiptaan & Lirik: Pak LongArrangement music: Arbanji PaipiRecording: Arbanji StudioThis is the original video for youtube channel 'Arbanji Studio'

26/03/2024

Lagu Lamunan Di Hari Raya (inang) saya sekuen 8 tracks untuk music (Non Std MIDI). Vocal banyak track juga. Semasa sekuen dalam Workstation tentulah lain keadaannya. Dalam video ini adalah proses audio mainan peralatan music dan percussion dibawa ke desktop DAW track by track.

26/03/2024

Production :-Title : Vibes Hari Raya : Dr.Azahar & Balqiz & Lyrics : ...

26/03/2024

Lamunan Di Hari Raya Versi ROCK.Paduan suara: Pak Long, DJ Ed, Puteri Siti dan Akhbar Hj Omar.Ciptaan: Arbanji PaipiLirik: Abdullah HassanRakaman: Arbanji St...

26/03/2024

Lagu: Lamunan Di Hari RayaArtis: Pak Long, Dj Ed, Puteri Siti & Akhbar Hj OmarCiptaan: Arbanji PaipiLirik: Abdullah HassanLokasi: Villa Homestay Dusun RizqiB...

20/03/2024

Lagu Sambut Puasa dan Sambut Raya Versi Pokemon

Flat Monitor Speaker - Mengapa ianya perlu di Studio RakamanFlat Monitor Speaker adalah speaker yang dibuat khas untuk m...
19/03/2024

Flat Monitor Speaker - Mengapa ianya perlu di Studio Rakaman

Flat Monitor Speaker adalah speaker yang dibuat khas untuk memperdengarkan audio tanpa perubahan apa pun. Ini berarti speaker jenis ini mampu menghasilkan bunyi yang asli dan seimbang. Monitor ini secara khusus dirancang untuk digunakan di studio rakaman, di mana penting untuk memperdengarkan bunyi yang seimbang ketika dimainkan semula audio yang dirakam dirakam atau audio yang telah dilakukan mixing tanpa frekuensi yang ditambahkan atau hilang.

Pentingnya menggunakan monitor studio flat adalah memungkinkan para juru edit suara untuk mendengar bunyi audio yang dipersembahkan kedengaran paling benar. Jika monitor studio tidak flat, boleh mengakibatkan campuran yang tidak dapat dijadikan panduan dengan baik ke player audio lain, seperti set stereo rumah atau kereta, serta bunyi speaker dari telefon bimbit. Misalnya, jika monitor studio menambahkan bass atau treble ekstra ke dalam campuran, produk akhir mungkin terdengar tipis atau berlumpur di sistem lain.

Contoh lain pentingnya monitor studio flat adalah dalam hal vokal mixing. Monitor flat akan memungkinkan juruadun mendengar masalah apa pun dalam persembahan vokal atau mixing, seperti sibilance atau kekerasan, yang mungkin tidak dapat dikesan bunyinya walaupun pada speaker high-end yang dikuatkan. Jika monitor yang digunakan tidak ‘flat’, ianya mungkin menyebabkan kualiti campuran yang buruk. Ini kerana juruadun tidak akan mendengar bunyi persembahan sebenarnya dari audio yang dimainkan, tidak dapat melakukan kerja mixing yang seimbang, memiliki frekuensi tertentu yang terlalu banyak atau terlalu sedikit, atau memiliki masalah lain yang tidak dapat di kesan dengar monitor biasa. Akibatnya, produk akhir mungkin tidak terdengar sebagus yang seharusnya, dan bahkan mungkin tidak dapat didengarkan di beberapa player audio yang lain.

Singkatnya, monitor studio flat sangat penting untuk studio rakaman karena memungkinkan juruadun audio untuk mendengar bunyi persembahan audio yang paling benar yang sedang dirakam atau dilakukan mixing. Jika diabaikan, ini dapat menyebabkan hasil mix berkualitas buruk kerana tidak dapat diterjemahkan dengan baik ke sistem alat pemain audio lainnya

Kali ini Bing Copilot GPT-4 semakin cekap dan memberi informasi yang boleh diharapkan walaupun tidaklah terlalu lengkap....
27/02/2024

Kali ini Bing Copilot GPT-4 semakin cekap dan memberi informasi yang boleh diharapkan walaupun tidaklah terlalu lengkap.

Saya cuba bertanyakan berkenaan informasi studio saya.

2024 Lagu Raya dari Arbanji Studio
19/02/2024

2024 Lagu Raya dari Arbanji Studio

Lagu Raya 2024 - Raya LebuhrayaSong written by Arbanji PaipiRecording at ARBANJI STUDIOImage Bing CreatorKisah balik kampong menjelang harirayamemandu kereta...

16/02/2024

Tawaran istimewa, lagu raya baru, lirik baru. Video baru. Kos paling jimat. Kualiti gayat. Whatsapp 019-4582303 Arbanji Studio
CEPAT! Syarat: anda boleh menyanyi

16/02/2024

Tawaran istimewa, lagu raya baru, lirik baru. Video baru. Kos paling jimat. Kualiti gayat. Whatsapp 019-4582303 Arbanji Studio
CEPAT

05/01/2024

Arbanji Studio - Pilihan Terbaik

15/10/2023

iPhone 15 Pro Max - Record video Apple ProRes Log 4K60fps using external SSD Drive. Then do Color Grade manually.This is the original video for youtube chann...

02/03/2023

Anda mungkin berhasrat untuk merakam lagu juga.. sila hubungi 019-4582303 (Abg Ji@Arbanji)

24/07/2022

Makan Sireh - Jalil Japaq

‘KITA MENANG’ - Redical Record Studio Production. Hasil usahasama berpuluh tenaga yang terdiri dari Penyanyi, pemuzik da...
16/06/2022

‘KITA MENANG’ - Redical Record Studio Production. Hasil usahasama berpuluh tenaga yang terdiri dari Penyanyi, pemuzik dan karyawan akhirnya terhasillah klip video lagu ini.

Usaha yang melibatkan berpuluh orang, klip video yang menunjukkan penyatuan tenaga penghibur dalam sebuah lagu. ‘KITA MENANG’. Lagu ciptaan Rosli Ahmad, terb...

Abg Aircond
03/05/2022

Abg Aircond

Salam takbir rayaDari Arbanji Studio
25/04/2022

Salam takbir raya
Dari Arbanji Studio

Video takbir raya ini dibuat secara online dan juga rakaman berasingan, oleh beberapa orang sahabat Arbanji Studio, kemudian diadun dengan kesesuaian kesan k...

Address

303-A, Lorong Mahsuri 19C, Taman Mahsuri, Fasa 2C-ALONA, Bandar Darulaman
Jitra
06000

Opening Hours

Monday 09:00 - 23:00
Tuesday 09:00 - 23:00
Wednesday 09:00 - 23:00
Thursday 09:00 - 23:00
Friday 09:00 - 23:00
Saturday 09:00 - 23:00
Sunday 09:00 - 23:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Arbanji Studio posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share


Other Jitra media companies

Show All

You may also like