Caligraphy Street

Caligraphy Street Seni itu indah. Setiap dari kita pasti dapat merasai keistimewaannya. God is almighty. Being confidence for what you do.

Next customer Akk salina. Ada yang nak tempah. Whatsapp , x pun pm dekt messenger ya 0136445965
29/06/2018

Next customer Akk salina. Ada yang nak tempah. Whatsapp , x pun pm dekt messenger ya
0136445965

Semua yang indah datangnya dari Allah. Saya cuma perantara sahaja
24/06/2018

Semua yang indah datangnya dari Allah. Saya cuma perantara sahaja

24/06/2018

Setelah sekian lama. Akhirnya. Alhamdulilah

sesi latihan Seni Kaligrafi
26/05/2017

sesi latihan Seni Kaligrafi

Antara hasil Seni Kaligrafi
26/05/2017

Antara hasil Seni Kaligrafi

19/05/2017

Sejarah Khat Nasakh

Khat Nasakh dikatakan sebagai seni yang berasal dan berkembang dari tulisan Arab asli. Ia bermula dari asal Khat Arami, Nabati, kemudian dikenali sebagai Khat Hijazi sebelum kebangkitan dakwah Nabi Muhammad S.A.W. (Ibrahim Damrah, 1987) Tulisan ini melalui proses pengindahannya secara berperingkat-peringkat. Pada kurun ketiga dan keempat Hijrah, seorang menteri dari kerajaan Abbasiah - Ali bin Muqlah (272-328H) bersama saudaranya Abdullah, telah memperhaluskan tulisan ini dan mencipta satu kaedah yang dikenali kini sebagai Kaedah Penulisan Khat Nasakh. Ibnu Muqlah sendiri pada asalnya menamakan khatnya ini sebagai al-Badi' tetapi dikenali oleh ramai sebagai Nasakh, mungkin lantaran peranan yang dimainkan oleh khat ini. Ia menjadi terkenal terutamanya pada kurun kelima.(Maarof Zuraiq, 1985). Khat ini terus diminati dan mula dipelajari secara meluas. Semasa pemerintahan Atabikah (545 H) khat ini seterusnya melalui satu proses yang dikatakan sebagai proses pengindahan menyeluruh. Lantaran sumbangan Atabik tersebut, ada yang menggelar khat ini sebagai 'Khat Nasakh Atabik'.

Atabikah telah memainkan peranan yang penting dalam memartabatkan Khat Nasakh Di zaman ini selain melengkapkan keindahannya, mereka dikatakan sebagai yang bertanggungjawab menggantikan Khat Kufi kepada Khat Nasakh dalam penulisan al-Qur'an. Lebih dari itu, ia bukan sahaja digunakan dalam penulisan al-Qur'an, bahkan telah tersebar di timur dan barat dunia Islam, digunakan untuk pelbagai peranan dan di atas pelabagi media, menjadikan Khat Kufi mula dilupai atau kurang diminati.

Mengapa Dipanggil Nasakh

Ada beberapa pandangan mengenai nama Khat Nasakh. Ada yang mengatakan ia dinamakan Nasakh kerana tulisan ini digunakan untuk menaskhahkan - atau dalam kata lain- membukukan al-Qur'an serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain sejak dari kurun pertama Hijrah lagi. Ia terus menjadi tulisan utama bahan-bahan ilmiah hingga ke hari ini samada di dalam akhbar, majalah, komputer dan sebagainya selain terus menjadi tulisan utama al-Qur'an. Bagi tujuan penulisan bahan-bahan ilmiah ini, terdapat dua aliran yang jelas iaitu

Nasakh Klasik dan Nasakh Akhbar

• Nasakh Klasik

Nasakh jenis ini merupakan gaya yang sampai kepada kita hasil tinggalan penulis-penulis khat terdahulu termasuklah tokoh yang terkenal iaitu Thnu Muqlah. Mereka telah membekalkan kaedah-kaedah penulisan khat jenis ini dengan begitu jelas dan terpeinci. Mungkin di sana terdapat beberapa perbezaan kecil antara penulis-penulis khat namun mereka tetap menjaga kaedah yang telah ditetapkan. Perbezaan kecil itu adalah dianggap sebagai lumrah manusia yang cenderong kepada bawaan atau kemahirannya. (AI-Bahi Ahmad Muhammad, 1993)

• Nasakh Akhbar

Nasakh Akhbar merupakan gaya Nasakh yang bentuk asalnya ditebal dan diperjelaskan sesuai dengan tujuan pembacaan umum. Tulisan ini diriamakan tulisan Nasakh Akhbar kerana penggunaannya yang meluas dalam lapangan persurat khabaran (Haji lainal Sakiban, 1998). la juga digunakan dalam pelbagai media cetak yang lain termasuk majalah, juga di dalam media elektronik sebagaimana ia digunakan dalam mesin taip atau komputer..

Selain dan pendapat pertama, ada pengkaji yang menjelaskan punca khat ini dinamakan sebagai Khat Nasakh ialah kerana peranannya. 1a telah me'nasakhkan yang beerti menghapuskan atau menggantikan penggunaan khat Kufi dalam penulisan wahyu Allah iaitu al-Qur'an. Setelah kemunculan khat Nasakh, khat Kufi tidak lagi digunakan untuk menulis al-Qur'an tetapi tempatnya telah diambil alih oleh Khat Nasakh.

Khat Nasakh Dalam Pertandingan

Sebagai satu jenis khat yang terlibat secara meluas dalam pendidikan, Khat Nasakh sering menjadi pilihan untuk dipertandingkan terutama di peringkat sekolah sehinggalah ke peringkat lebih dewasa. Ada beberapa perkara yang perlu diberi penekanan apabila menulis gaya ini apatah lagi jika dipertandingkan. Perkara yang perlu diberikan perhatian tennasuklah:

1. Memahami dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh penganjur.
Adalah perlu bagi peserta memahami peraturan yang ditetapkan, termasuklah dari penggunaan rasam Uthmani jika menulis ayat al-Qur'an dan pelbagai peraturan lain. Biasanya Khat Nasakh disempumakan dengan baris bacaan kecuali dalam menulis Jawi. Kaedah tulisan merupakan perkara yang paling penting untuk dijaga. Jangan sesekali mencampur adukkan dengan khat yang lain.

2. Bentuk yang dipilih dan ruang yang disesuaikan
Penulis sebaiknya merancang bentuk tulisan. Perlu tulisan itu disusun dengan keseimbangan dari segi bentuk, ruang dan keserasian perhiasan agar menjadi lebih menarik.

3. Ragam hias hendaklah tidak terlalu besar hingga mengganggu tulisan asal.
Begitu juga dengan tulisan Basmalah dan Sodaqallah, hendaklah ditulis dengan saiz yang kecil atau sederhana sahaja kerana fokus adalah kepada ayat yang ditentukan (Jainal Sakiban, 2000)

Penutup

Sesungguhnya Khat adalah tinggalan khazanah yang berkait secara langsung dengan al-Qur'an. Minat yang dipupuk terhadap seni Khat adalah diharapkan menjadi satu langkah dalam mendekatkan seseorang dengan khazanah al-Qur'an. Seharusnya Umat Islam tidak mencari keindahan di luar Islam kerana ia adalah agama yang lengkap bahkan juga melengkapkan keperluan kehidupan umatnya. Umat Islam juga seharusnya sentiasa merujuk kepada panduan al-Qur'an dan pimpinan Nabi agar membuat pertimbangan yang tepat dalam segala jurusan hidup mereka termasuk dalam bidang seni. Dengan menghalusi seni ini diharapkan akan menanamkan rasa cintakan Islam dan jangan p**a berIaku sebaliknya, mengkaji Islam hanya kerana minatkan seni. Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan sukakan keindahan.

Rujukan

• Ibrahim Damrah, 1987, ai-Khat al-Arabiy, Jordan: Maktabah al-Manar

• Ismail & Lois Lamya al-Faruqi, 1986, The Cultural Atlas of Islam, New York: Macmillan Publishing Company.

• Maarof Zuraiq, 1985, Kaifa Nu'allimu ai-Khat al-Arabiy, Damsyiq: Dar aI-Fila

• Kertas kerja al-Bahi Ahmad Muhammad, 1993, AI-Khat al-Arabiy, Madrasah Tahsin al-Khutut, Bab al-Sya'riyyah, Kaherah.

• Kertas kerja Haji Jainal Sakiban AI-Jauhari, 1998-2000, Seni Khat: Sejarah dan Perkembangannya, Persatuan Seni Khat Kebangsaan Cawangan Johor.

• Ahmad Sabri,1999, Tarikh ai-Khat al-Arabiy, Kaherah: Dar al-Fadilah

seni kaligrafi
28/04/2017

seni kaligrafi

28/04/2017

Boleh mengikuti saya di webs juga .Tekan sahaja link yang ada di bawah.

This is where the rubber meets the road. Sign in to your Webs account to pick up where you left off.

28/04/2017

Terima kasih kepada sahaba yang sudi mengikuti pages saya.

28/04/2017
selalunya seni kaligrafi ini boleh dihasilkan dengan pelbagai cara. Ia juga boleh dihasilkan dengan menggunakan Pen Kali...
28/04/2017

selalunya seni kaligrafi ini boleh dihasilkan dengan pelbagai cara. Ia juga boleh dihasilkan dengan menggunakan Pen Kaligrafi. Tetapi pada zaman dahulu orang seni tidak mempunyai pen kaligrafi tetapi mereka menggunakan batang resam. batang ini masih terus diguna pakai sehingga ke hari ini. Batang resam juga boleh didapati dalam pelbagai saiz. Ia juga mengikut saiz kaligrafi yang hendak dihasilkan.

Hari ini saya berkongsi sedikit begini altan yang digunakan dalam Seni Kaligrafi. Ini merupakan antara alatan yang digun...
28/04/2017

Hari ini saya berkongsi sedikit begini altan yang digunakan dalam Seni Kaligrafi. Ini merupakan antara alatan yang digunakan dalam mengjhasilkan kaligrafi. Antara alatan yang lain seperti dakwat hitam, kertas yang sesuai serta bahantara yang lain.

26/04/2017

Seni kailigrqfi memerlukan ketajaman minda dna fokus yang tinggi. Ia haruslah ada minat terhadapa seni kaligrafi itu sendiri. Seni kaligrafi ini umpama kain sutera yang lembut kerana jika ia dijaga dengan baik maka cantiklah ia.


21/04/2017

Address

Bahau
Jempol
72300

Telephone

0136445965

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Caligraphy Street posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share