PLS original

PLS original Fashion is like eating, you shouldn't stick to the same menu"
(1)

07/07/2024

Assalamualaikum, semoga kalian semua diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah

06/07/2024
Purata untung biz kapal terbang 40k setiap penerbangan, tapi nal penuhkan tempat duduk pun azab juga kalau x dapat full....
06/07/2024

Purata untung biz kapal terbang 40k setiap penerbangan, tapi nal penuhkan tempat duduk pun azab juga kalau x dapat full. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Hai semua, sebelum tido kita baca doa duluุจุงุณู…ูƒ ุงู„ู„ู‡ู… ุงุญูŠ ูˆ ุฃู…ูˆุช
03/07/2024

Hai semua, sebelum tido kita baca doa dulu

ุจุงุณู…ูƒ ุงู„ู„ู‡ู… ุงุญูŠ ูˆ ุฃู…ูˆุช

01/07/2024

Satu ketika dulu negara kita pernah digemparkan dengan tindakan seorang pensyarah yang mengkritik salah seorang pelajarnya kerana gagal menyediakan peranti bagi persediaan kelas. Dikritik k...

Mana mana lepasan SPM yang sedikit kurang cemerlangnya boleh mohon program Pra-Diploma ni.Bila sebut Pra Diploma ni untu...
24/06/2024

Mana mana lepasan SPM yang sedikit kurang cemerlangnya boleh mohon program Pra-Diploma ni.

Bila sebut Pra Diploma ni untuk yang 'takda harapan UPU' semalam ada yang berasa hati.

Tapi realitinya begitulah.

Pra Diploma ini memang dikhususkan untuk orang yang ada masalah kewangan, keputusan SPM tak cemerlang dan tak dapat capai merit yang tinggi untuk UPU.

Boleh dikatakan juga, Pra Diploma ini adalah peluang kedua buat anak-anak yang tidak cemerlang dalam SPM. Sebab syaratnya mudah saja.

๐Ÿ’ 3 kepujian termasuk BM.
๐ŸŒท Lulus Sejarah.
๐ŸŒธ Lulus Matematik.
๐ŸŒบ Lulus Bahasa Inggeris.

Semalam pun saya ada bagitahu Pra Diploma ni banyak kelebihan.

Antaranya, peluang untuk menyambung pengajian di UiTM.
Yuran pengajian percuma bagi yang layak.
Elaun saya hidup juga disediakan bagi yang layak.

Apa lagi nak? Inilah peluang untuk anak melayu, anak Orang Asli, Anak Sarawak dan Anak Sabah untuk mengubah kehidupan.

Tak ada alasan dah tak sambung belajar. Senang cerita, antara nak dengan tak nak je.

Nak seribu daya, tak nak sudah.

Begitulah.

Kredit : Abdul Muiez

Soalan serios.Ada orang kata kemas rumah, cuci baju, masak nasik tanggungjawab suami, isteri hanya bertugas penghibur me...
24/06/2024

Soalan serios.

Ada orang kata kemas rumah, cuci baju, masak nasik tanggungjawab suami, isteri hanya bertugas penghibur melayan suami di katil, melahirkan anak je. Betul keer?

Jiran tingkat atas tanya ni. ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†โ˜บ๏ธ

Ha yg ni savage....dia x pernah nampak KOMPUTER BESO peti sejuk gamoknye. Hahaha
24/06/2024

Ha yg ni savage....dia x pernah nampak KOMPUTER BESO peti sejuk gamoknye. Hahaha

Ni tandas awam okeehh... Tapi awam yg bernama Mael je leh masok okehhh.
24/06/2024

Ni tandas awam okeehh... Tapi awam yg bernama Mael je leh masok okehhh.

Trend premis syarikat besau besau 'shut down one of their premise'.Tandaยฒ Ekonomi yg tak berapa memberangsangkan.
24/06/2024

Trend premis syarikat besau besau 'shut down one of their premise'.

Tandaยฒ Ekonomi yg tak berapa memberangsangkan.

Boleh dah campak cita cita korang yg baru lepas grad tu nk jadi polis, soldadu, arkitek, majistret, ahli mujik. Bertukar...
23/06/2024

Boleh dah campak cita cita korang yg baru lepas grad tu nk jadi polis, soldadu, arkitek, majistret, ahli mujik. Bertukarlah kepada speaker parlimen tak pun ahli politik. Elaun plus plus komisen up to 25 percent projek balak lebuh raya ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

Kuih Pak Lebai mendoniaaa.... ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜…๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜‡
23/06/2024

Kuih Pak Lebai mendoniaaa.... ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜…๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜‡

Ini bijak tuanยฒ
19/06/2024

Ini bijak tuanยฒ

19/06/2024

Assalamualaikum, salam 11 Zulhijjah 1445h, siapa yang belum sempat buat qurban ada masa lagi. ๐Ÿฎ๐Ÿ„

17/06/2024

Kenaikan RON 95 dijangka dapat kurang kan masalah lalu lintas - Pakar

CARA MENYIMPAN DAGING KORBAN YANG BETUL๐Ÿ“JANGAN CUCI DAGING KORBAN SEBELUM DISIMPANJika dicuci guna air paip, kuman-kuman...
16/06/2024

CARA MENYIMPAN DAGING KORBAN YANG BETUL
๐Ÿ“JANGAN CUCI DAGING KORBAN SEBELUM DISIMPAN
Jika dicuci guna air paip, kuman-kuman boleh masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakan kualiti daging. Mencuci hanya dibuat bila daging berkenaan hendak dimasak.
๐Ÿ“JANGAN SIMPAN DAGING DALAM KUANTITI YANG BANYAK DI DALAM FREZER
Jika dapat daging banyak, jangan simpan daging keseluruhan 2-4 kg di dalam freezer. Cara yang betul ialah dengan memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam plastik-plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg.
Jika hendak masak, ambil satu plastik yang kecil sahaja, biarkan yang lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 tahun.
๐Ÿ“JANGAN TERUS SIMPAN DAGING DI DALAM RUANG SEJUK BEKU/FREEZER.
Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama 4-5 jam. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam kompartmen sejuk beku/freezer.
๐Ÿ“JANGAN CAIRKAN DAGING BEKU DENGAN MENGUNAKAN AIR PANAS
Jika hendak memasak daging beku, jangan mencairkan daging yang beku menggunakan air panas.
Cara yang betul adalah meletakkan daging beku di bawah air paip suhu normal (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik).
Setelah daging kembali empuk, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia untuk dimasak.
๐Ÿ“Tips tambahan
Jangan memakai plastik warna hitam kerana plastik warna hitam itu adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat mengaktifkan sel kanser . Gunalah sarung plastik putih atau plastik lutsinar ber-seal....!!!
Baarakallah
Semoga memberi manfaat
Kredit kepada Chef Mawi
Art Of Butchery Inovasi Evolusi
BUTCHERY TRADING & CONSULTANCY
Butchery Gear and Proper Equipments

Terbaca posting keluhan pengusaha dan guru tadika yang rata-ratanya kata kanak-kanak yang dihantar ke taska sekarang pe'...
15/06/2024

Terbaca posting keluhan pengusaha dan guru tadika yang rata-ratanya kata kanak-kanak yang dihantar ke taska sekarang pe'elnya pelik-pelik. Saya sendiri baca pun agak seriau. Ini dari komen Puan Shazwana Hanafi:

1. Tak pandai nak bermain, tak pandai nak hiburkan diri sendiri tanpa gajet.
2. Sensory seeking yang pelik untuk umur 5 tahun - jilat gam, jilat bakul sampah, jilat watercolour.
3. Tak ada kesabaran, tak boleh tunggu giliran, tak reti nak take turn.
4. 5 tahun tapi speech masih sepatah-sepatah.
5. Tak faham arahan, tak dengar arahan, tak boleh proses arahan, walaupun arahan mudah.
6. Tak boleh fokus untuk buat apa pun, semua nak cepat siap.
7. 5 tahun masih tak pandai nak makan sendiri, tak pandai urus diri.
8. 5 tahun masih berpampers.
9. Tak tahu bezakan barang kepunyaan sendiri atau kepunyaan orang lain.
10. Tak kenal bahaya.
11 Tak kenal diri sendiri bila nama dipanggil. Berpaling cuma bila dipanggil dengan panggilan โ€œabang/ kakak/ adikโ€ atau nama pendek yang mak selalu panggil kat rumah.
12. Tak ada awareness tentang sekeliling, kalau nak berjalan, rasa nak langgar orang, langgar je.
13. Tak aware tentang perasaan orang lain, lack of emphaty. Kalau terlanggar orang, so? Tak tahu nak buat apa.
14. Fine motor skills sangat lemah, jari jemari jadi keras, mungkin effect dr gadget yg lama.
15. Tak hormat orang yg lebih dewasa, kalau rasa nak pukul cikgu, pukul je. Tak ada rasa takut atau tahu itu perbuatan salah.
16. Terkejut kami minggu pertama sekolah, datang sekolah dengan โ€œhoi!โ€. Semua cikgu di โ€œhoiโ€ kan dia.
17. Cara bermain yang membuli, pijak orang, sepak orang, lempang orang, macam adegan dalam youtube.
18. Banyak buat aksi stunt, panjat almari terjun, panjat meja terjun, panjat slide terjun ke bawah. Waaaa tak de rasa takut, cikgu yang takut awak terseliuh kaki.
19. Perkataan-perkataan yang tak sepatutnya dikeluarkan oleh budak tadika mcm โ€œbab*โ€, dan carutan2 yang lain.
20. Paling terkesan โ€œnanti dah besar sy nak hisap v**e mcm ayahโ€.

Yang lebih merisaukan tentang perkara ini ialah kesemua anak-anak ini adalah anak-anak normal, bukan autistik atau ada masalah pembelajaran lain.

Teringat baru-baru ni borak dengan rakan pasal geran Social Entrepreneur. Antara yang "seksi" pada mata pemberi geran katanya adalah perusahaan berkaitan pembelajaran. Nak mengatasi masalah penguasaan 3M (Membaca, Mengira, Menulis) di kalangan pelajar sekolah rendah yang sangat-sangat rendah.

Kalau tak silap sayalah, kalau tak silap petik eh, 43% pelajar sekolah rendah hari ini berada di bawah par dalam penguasaan 3M.

Yang di sekolah rendah dengar begini.
Yang di tadika dengar benda begitu p**a.
Risau betul untuk generasi akan datang ni.

Dalam kita tengah berfikir dan berkira macam mana nak tarik lebih ramai ke arah STEM, menarik lebih ramai kepada jurusan profesional, rupanya masalah yang lebih asas sedang berlaku pada generasi anak-anak.

Kredit: Mohamad Jamalee

Perasan tak kenapa golongan kaya dan berada mereka lebih s**a cari kawasan perumahan yang elite, mahal dan berstatus tin...
15/06/2024

Perasan tak kenapa golongan kaya dan berada mereka lebih s**a cari kawasan perumahan yang elite, mahal dan berstatus tinggi?

Nak tahu tak sebab apa...๐Ÿค”

Ok, ini hasil "finding" yang aku baca dari beberapa post, sharing dan komen di media sosial.

Salah satu sebab yang utama ialah mereka ni lebih selesa hidup dengan orang yang sekufu atau sama "mindset" memiliki level pemikiran yang sama dengan depa.

Kalau nak bersembang dengan jiran, mereka tak rasa kekok untuk berbicara pasal kereta, aksesori yang baru dibeli, restoren makanan yang mereka s**ai atau tempat percutian yang mereka s**a pergi.

Cakap lebih sikit takut kena kecam. Mereka akan dicop sebagai orang yang s**a menunjuk atau sombong jika tinggal di perumahan biasa. Biasalah, orang kaya selalu dianggap "riak".

Susah nak tutup mulut orang tambah-tambah jenis orang yang tak boleh tengok orang lain lebih dari mereka.

Contohnya macam ayat dibawah ni...๐Ÿ˜‚

"Senah, kau tengok jiran kita tu, tahun lepas tukar kereta, ni dia renovate sambung anjung p**a... Nak show off lah tu"...Mentang2lah laki dia kaya.

"Eh Joyah, kau perasan tak gelang emas yang milah pakai tadi, menyampah aku tengok...Camlah dia sorang je yang mampu beli."

Jadi bila ada duit lebih, mereka lebih s**a "upgrade life" dan tinggal dipersekitaran baru.

Di kawasan kejiranan perumahan elite camni, mereka tak bimbang nak beli kereta mewah atau tukar-tukar kereta baru setiap tahun sebab tiada sapa pun yang peduli.

Semua orang disitu pun mampu buat benda yang sama jika mereka mahu.

Ini kerana jiran-jiran mereka semua pun kaya raya dan mampu untuk beli atau bertukar-tukar kereta bila-bila masa mereka s**a.

Takda siapa pun nak mengumpat sebab dengki atau irihati jika penghuni bergaya dengan barang kemas dan aksesori mewah yang dipakai mereka.

Sebab lain adalah, orang kaya dan berada ni selalunya mereka sibuk dengan urusan kerja. Bila balik ke rumah, depa inginkan ketenangan, relax dan santai-santai saja dirumah.

Depa tidak s**a dengan bunyi bising dan masalah-masalah yang sering berlaku dikawasan perumahan biasa seperti masalah parking dan bunyi bising dari jiran sebelah...

Ini kerana di perumahan elit, masing-masing sibuk jaga hal sendiri dan menghormati privasi jiran masing-masing.

Begitulah ceritanya...๐Ÿ˜…

Kredit: Mohd Ezairol Rezan Zainol

11/06/2024

KOMPILASI MENU SIHAT SEMINGGU UNTUK ANDA YANG INGIN DIET

Adakah anda berazam untuk mengamalkan diet yang sihat? Akan tetapi, azam tanpa perancangan yang rapi boleh menyebabkan ianya gagal!

Disini kami sertakan kompilasi menu sihat untuk seminggu khas untuk anda. Perlu ingat, saiz sajian perlu diambil mengikut s**atan supaya tidak terlebih kalori. Anda boleh gunakan panduan saiz sajian seperti berikut:

Kump**an Sayur-sayuran:
- Sayuran berdaun hijau (dimasak) = 1/2 cawan (40 g)
- Sayuran kacang / buah / cruciferous (dimasak) = 1/2 cawan (50 g)
- Ulam (mentah) = 1 cawan (50 g)

Kump**an Buah-buahan:
- Pisang berangan = 1 biji (60 g)
- Epal = 1 biji sederhana (110 g)
- Mangga = 1/2 biji (100 g)
- Betik = 1 potong (110 g)

Kump**an Nasi, Bijirin Penuh, Produk Makanan Berasaskan Bijirin dan Ubi-ubian
- Nasi = 2 senduk (100 g)
- Roti = 2 keping (60 g)
- Bihun (direndam) = 11/2 cawan (150 g)
- Kuetiau (basah) = 1 cawan (100 g)
- Pasta (dimasak) = 11/2 cawan (150 g)
- Oat = 6 sudu desert (40 g)
- Biskut tinggi serat = 5 keping (30 g)

Kump**an Ikan, Ayam, Daging dan Legum
- Dada ayam (tanpa kulit, mentah) = 1/2 ketul (70 g)
- Daging = Bersaiz 1 tapak tangan (60 g)
- Ikan = 1 ekor ikan kembung (70 g) atau 1 keping ikan tenggiri (70 g)
- Telur (gred A, tanpa kulit) = 2 biji (100 g)
- Kacang tanah / Badam / Gajus = 10 biji / 2 sudu desert (15 g)
- Kacang walnut = 1 biji (15 g)
- Biji chia / Biji flaks / Biji labu / Biji bijan / Biji tembikai / Biji bunga matahari = 10 biji / 2 sudu desert (15 g)
- Kuaci = 10 biji / 2 sudu desert (15 g)

Kump**an Susu dan Produk Tenusu:
- Susu, segar / penuh krim / rendah lemak = 1 gelas (250 ml)
- Yogurt, semulajadi / tanpa lemak / rendah lemak = 2 bekas kecil yogurt (270 g)
- Yogurt Greek = 1 pot yogurt (135 g)

Selamat mencuba!

Rujukan:
1. Malaysian Dietary Guidelines (2020)

Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Selangor






09/06/2024

Bersediakah esok dengan harga barang tibaยฒ meroket naik, x banyak sikit ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

Syukur Malaysia Aman

Hero Malaya.... Kecik bukan sebarang kecik, kecik datang dr Maghribi, Pendek Bukan Sebarang Pendek, Pendek Urat Dawai Tu...
08/06/2024

Hero Malaya.... Kecik bukan sebarang kecik, kecik datang dr Maghribi, Pendek Bukan Sebarang Pendek, Pendek Urat Dawai Tulang Besi.

Assalamualaikum, ada berita baik untuk korang yg teringin nak pakai skuter Blueshark R1 ev, BOOST ada beri baucar sebany...
02/06/2024

Assalamualaikum, ada berita baik untuk korang yg teringin nak pakai skuter Blueshark R1 ev, BOOST ada beri baucar sebanyak RM400 bersekali dengan rebat dr kerajaan sebanyak rm2,400.00 yg korang kena tebus dekat stor flagship boost/roadshow Blue Shark R1 dr 15 May hingga 30 September nanti.

Bagi yg belum tebus subsidi kesemuanya
RM2,800.00 boleh tebus kat sini

https://insentif.marii.my/user/register

What are you waiting for? ๐Ÿคฉ

https://myboost.app.link/QhXLPhE57gb?referral_code=muh5d7zz

https://myboost.app.link/usYmjwysRJb

Cepat sebelum habis ๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰ โ˜บ๏ธโ˜บ๏ธ

02/06/2024

Assalamualaikum, semoga anda semua sentiasa sihat walafiat di samping keluarga tersayang. Selamat berhujung minggu ๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰

Sapa kenal memang lejen.....๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†
31/05/2024

Sapa kenal memang lejen.....
๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

Address

Ipoh

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PLS original posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to PLS original:

Videos

Share

Category