D&C Construction Ipoh

D&C Construction Ipoh Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from D&C Construction Ipoh, Digital creator, Manjoi, Ipoh.

D&C Construction, adalah sebuah syarikat pembinaan tempatan yang berpengalaman, khusus dalam menyediakan perkhidmatan ubahsuai rumah dan pembinaan rumah baharu di kawasan Ipoh, Simpang Pulai, dan sekitarnya.

08/01/2025

β€œWalaupun pagi ni hujan, rezeki tetap kena cari. Pelan-pelan kayuh ke site, semoga urusan kita dipermudahkan hari ni. Kerja keras sekarang, hasilnya nanti insyaAllah berbaloi.”
😎😌

07/01/2025

Ubah suai rumah ni biasanya ada tiga versi: versi client nak, versi kontraktor boleh buat, dan versi bajet sebenar.

Morning geng!

Hexagon tiles with marble stripe.Orang kelantan cakap "they don't know the item". πŸ˜ŒπŸ˜†πŸ˜ŽMorning all.
06/01/2025

Hexagon tiles with marble stripe.
Orang kelantan cakap "they don't know the item". πŸ˜ŒπŸ˜†πŸ˜Ž

Morning all.

NAK JIMAT BUAT RUMAH?  KONTRAKTOR PUN AMBIK UNTUNG BANYAK?Kami tahu ramai Pemilik rumah mengeluh mahal nak bayar fees Ko...
05/01/2025

NAK JIMAT BUAT RUMAH? KONTRAKTOR PUN AMBIK UNTUNG BANYAK?

Kami tahu ramai Pemilik rumah mengeluh mahal nak bayar fees Kontraktor bila nak buat rumah ni.

Fees mahal laa, Kontraktor 'markup' harga tinggi sangat berbanding tukang asing laa, macam-macam.πŸ˜†πŸ˜…

Jangan risau kali ni kami kongsikan cara nak jimat, yang tidak menyalahi undang-undang.

1) Lukis Sendiri Pelan Rumah, Sign Pelan Sendiri;
2) Bina Sendiri Rumah
LUKIS SENDIRI PELAN RUMAH, SIGN PELAN SENDIRI
Ok kalau fees Arkitek mahal sangat, sini ada cara nak lukis dan sign sendiri..

+Belajar Jadi Arkitek
Belajar jadi Arkitek dalam jurusan Senibina kat universiti yang diiktiraf oleh Lembaga Arkitek Malaysia. Pastikan dapat Part 2.

+Ambik Exam Profesional
Dah dapat Part 2, kerja dulu paling kurang 2 tahun sebelum ambik exam untuk menjadi professional Arkitek. Ni kite panggil Part 3.

Peratus kelulusan exam ni dalam 10-20% je. Ade laaa kadang-kadang sampai 50%, tapi tu lah, tak selalu...

+Beli 'Software' Nak Buat Lukisan
Dah dapat Part 3, boleh laa beli software macam AutoCad ke, REVIT ke untuk buat 'design' dan lukisan.

Eh nak pakai 'software' canggih-canggih ni kena guna komputer yang power. Kalau pakai komputer standard je, sikit-sikit nanti 'hang' laaa..

+Submit Sendiri ke PBT
Dah siap lukis pelan, boleh pegi print dan submit sendiri ke PBT. Alah senang je nanti PBT tengok laa pelan tu komen-komen lepas tu kena balik ubah lukisan.

Kemudian pegi lagi, masuk OSC ade komen lain pulak.

Ade projek kami sampai 2 tahun nak dapat pelan lulus (tapi termasuk PKP).

+Engineer? Land Surveyor?
Jangan lupa kena submit pelan Kejuruteraan dan juga pelan tanah. Kalau rasa mahal nak bayar Engineer dan Land Surveyor, boleh ulang balik steps kat atas tu..

Dah boleh dah buat lukisan dan sign sendiri..
BINA SENDIRI RUMAH
Dah dapat pelan lulus dari PBT, boleh lah bina rumah dengan kudrat sendiri.

+Dapatkan Skill Jadi Kontraktor
Pastikan ada skill dulu; nak korek tanah, pasang formwork, tuang konkrit, buat tiang, ikat bata, plaster, pasang kerangka bumbung, waterproofing, cat, pasang siling dan lain-lain.

Banyak lagi skill kena tahu kami takde lah nak tulis semua.😎😌

+Daftar dengan CIDB
Agak-agak dah cukup ilmu untuk buat kerja, boleh lah daftar dengan CIDB sebelum boleh mula bina rumah.

Senang je.. Pegi kat pejabat CIDB berdekatan, tanya kat kaunter cara nak daftar, bayar fi sikit, pergi kursus, pergi exam dan kemudian tunggu sijil.

Setel!

+Cari Modal
Kemudian boleh dah cari modal nak buat kerja ni. Sikit je nak cari modal pun.. Cukup laa buat 'back up' nak beli barang binaan, bayar levi ke CIDB, sewa mesin, bayar gaji pekerja, makan minum, rental pekerja, sewa tong roro buang sampah, isi minyak kereta bawak pekerja dan sebagainya.

Kadang-kadang pekerja silap pasang bata senget, sediakan sikit duit nak pecahkan dan mula balik kerja sama.

Alah sikit je rugi.

+Susun Kerja
Kalau bina rumah sendiri ni tak pening kepala bila nak buat kerja. Agak-agak esok free, boleh lah sambung buat rumah.

Perancangan bila nak beli barang kena sesuai dengan progres kerja kat tapak. Kalau bulan depan nak pakai atap genting, minggu ni dah kena start order kat hardware/trading.

Takdelah nanti pekerja datang nak pasang bumbung, skali belum sampai lak.

+Cari Pekerja
Kalau nak bagi kerja cepat siap, kenalah cari pekerja ramai sikit, yang boleh buat kerja.

Nak cari pekerja ni pun tak susah. Dan kena pastikan cari pekerja yang sesuai dengan bidang macam 'plumber', 'electrician', 'plasterer', 'brick layer', 'painter' dan lain-lain.

Diorang ni ada gaji hari, ada gaji minggu , ada gaji bulan.

Cari pekerja yang bukan kaki judi, kaki minum, asyik cuti lepas dapat gaji, tak lawan cakap, bukan jenis membazir, curi barang jual kat site lain, s**a bergaduh, kacau anak dara ajak kawin dan macam-macam lagi lah. πŸ˜ŽπŸ˜†
Banyak lagi lah sebenarnya tips nak murah ni.

Agak-agak berapa boleh jimat kalau pakai tips ni? Acer komen sikit. πŸ˜ŒπŸ˜†πŸ˜Ž

Salam Ahad

Master bath area. 😌😎
04/01/2025

Master bath area. 😌😎

04/01/2025

Site kosong lagi, tapi harapan tinggi – nak ubahsuai rumah ni macam buat mahligai. Bos dah pesan: jangan lupa bajet, jangan lebih mimpi.πŸ˜ŽπŸ˜†

Pot filler.Kerja - kerja memasak akan lebih semudah abc. Dapatkan segera dipasaran tuan - tuan. Nescaya isteri anda dan ...
03/01/2025

Pot filler.

Kerja - kerja memasak akan lebih semudah abc. Dapatkan segera dipasaran tuan - tuan. Nescaya isteri anda dan isteri jiran anda pasti akan bertambah rajin bila memasakπŸ˜†πŸ˜ŽπŸ˜Œ

Sebab Kenapa REZEKI Kita Sering Sempit πŸ˜₯πŸ˜₯πŸ˜₯Tanpa kita sedar... Rezeki sempit boleh berpunca dari dalam rumah kita sendiri...
03/01/2025

Sebab Kenapa REZEKI Kita Sering Sempit πŸ˜₯πŸ˜₯πŸ˜₯
Tanpa kita sedar... Rezeki sempit boleh berpunca dari dalam rumah kita sendiri. Ibu-ibu ayah-ayah kena ambil tahu 5 tabiat ini.
** Peringatan untuk diri sendiri juga yang selalu terlupa dan leka.
Salam Jumaat😎😌

Bila boss bagi notes, sini pun jadi 😌
03/01/2025

Bila boss bagi notes, sini pun jadi 😌

02/01/2025

Waktu pagi kat site, kopi dengan bunyi drill tu memang kombinasi power, dah macam orkestra bina rumah!😌😎

02/01/2025

Ruang dapur, atau lebih dikenali sebagai jantung sesebuah rumah. Sebab Disini lah tempat bersilat dan berkungfu para ibu-ibu, tak kurang hebat para bapa juga. Jadi tak salah kalau make over bagi cantik dan selesa sikit kan. Allhamdulillah, Owner puas hati.

02/01/2025

" Awal tahun ni, Kami naikkan harga barang, bukan kami naikkan harga untung " -
😌😎
Kontraktor

Terima kasih kepada Cikgu Azirah di Meru kerana mengambil perkhidmatan DC Construction. Allhamdulillah, kini telah siap ...
02/01/2025

Terima kasih kepada Cikgu Azirah di Meru kerana mengambil perkhidmatan DC Construction. Allhamdulillah, kini telah siap mentransformasi tandas lama kepada rekaan baru yang moden, minimalis, dan selesa.

Jadikan rumah anda ruang yang sempurna bersama kami. Hubungi kami hari ini untuk konsultasi dan sebut harga PERCUMA!

πŸ“ KHAS UNTUK PENDUDUK IPOH & SIMPANG PULAI
β€’ Tawaran diskaun menarik untuk projek ubahsuai dan bina rumah.

πŸ’‘ Hubungi Kami Sekarang!
πŸ“ž [Nombor Telefon] http://www.wasap.my/+60123280158/consultdc
πŸ“§ [Email] [email protected]
FB PAGE ] D&C CONSTRUCTION IPOH

01/01/2025

DC Construction : β€˜Saya cadangkan material premium supaya tahan lama.’
Client: β€˜Ada yang murah tak, tapi premium?’

πŸ˜…πŸ€¦πŸ»

Langkah awal  bina rumah di atas tanah sendiri πŸ‘‡πŸ˜ŽπŸ˜Œ1. Kenalpasti geran, lot tanah. a. geran kongsi ..buat ukuran sempadan...
31/12/2024

Langkah awal bina rumah di atas tanah sendiri πŸ‘‡πŸ˜ŽπŸ˜Œ

1. Kenalpasti geran, lot tanah.

a. geran kongsi ..buat ukuran sempadan dgn penjual asal / jiran untuk elakkan tuntutan bertindih. pandukan keluasan tanah. jangan ikut saiz lebar/panjang sebab adakalanya jiran terdahulu terambil sedikit...

amaran keras!! jgn ambil tanah milik org. dosanya berpanjangan ke anak cucu...anda sama dgn zionis sebaliknya jika ada ruang ..wakafkan utk jalan, surau dan kemudahan alam sejagat.

b. geran individu. dlm geran dah ada maklumat. ditapak juga ada ditanda dgn besi/batu yg di cat merah oleh surveyor terdahulu. Jika utk tujuan pinjaman bank/lppsa lantik surveyor utk ukur semula epecially jika lukisan surveyor lebih dari 1 tahun. dokumen ini penting utk berurusan dgn akitek/pbt/jiran/ccc

2. Kenalpasti infrastruktur sediada

infrastruktur rumah terbahagi kepada 3.
a. bekalan elektrik . ada tak kabel elektrik / feeder pillar berhampiran tapak anda. Jika tiada kelihatan. Buat rujukan dgn TNB. Tanya mereka dan pahamkan kos kos yg bakal terlibat . implikasinya anda kena bayar banyak utk tarik masuk kabel ke tapak rumah kadangkala berpuluh ribu.
b. bekalan air . sama juga.
c. pembentungan. Jika tiada pembentungan berpusat boleh guna septic tank individu.

3. Kenal pasti sumber kewangan anda
Cek dgn LPPSA atau bank utk kelayakan pinjaman. Sekarang anda dah tahu kemampuan anda. Sparekan dalam utk fi pelan , kerja ID dan contigencies. Nak elok 40% ni cash dr anda utk tujuan "rolling" bagi memastikan pembinaan berjalan lancar dan tidak memanjangkan kontrak (contract at large). gunakan duit spare jika duit loan lambat. ...bagaimana nak buat 100% loan akan di huraikan pada posting lain.

4. kenal pasti profil tanah .

Jika tanah anda bercerun lebih dari 30degree. Anda dah boleh garu kepala sebab akan melibatkan kos tambahan
a. lukisan kerja tanah .tambahan dari standard submission procedure
b. kos pembinaan dinding penahan.
c. adakalanya tidak diizin oleh pbt utk membina di atas tanah tsbt. ini penting!!

5. perlantikan
Lantik build contractor (builders) yang pakar dalam pembinaan rumah.

Terima kasih kepada tuan rumah Puan Aisyah & suami kerana mengambil perkhidmatan, pembinaan rumah banglo tambahan 2 ting...
31/12/2024

Terima kasih kepada tuan rumah Puan Aisyah & suami kerana mengambil perkhidmatan, pembinaan rumah banglo tambahan 2 tingkat (major sivil, pagar & full aksesori) di Tambun, Ipoh dengan kami DC CONSTRUCTION .

Kami amat berbesar hati dapat memberikan hasil yang terbaik, sesuai dengan keperluan dan citarasa tuan rumah . Setiap Kepuasan pelanggan, adalah keutamaan kami, dan kami berharap rumah ini menjadi tempat penuh kebahagiaan buat keluarga tercinta.

Impikan rumah idaman atau ingin mengubahsuai rumah sedia ada? DC Construction pakar dalam membina dan merenovasi rumah dengan reka bentuk moden dan minimalis. Dengan pengalaman dan komitmen kami terhadap kualiti, kami sedia merealisasikan visi anda dalam setiap projek. Hubungi kami hari ini dan jadikan impian rumah anda satu kenyataan! 😎

Untuk membina rumah dengan citarasa anda mengikut keluasan tanah, bentuk tanah dan ruang idaman bolehlah menghubungi kami di talian πŸ‘‡πŸ»πŸ˜Ž

Kami kontraktor anda...

Fast respon click πŸ‘‡πŸ‘‡

www.wasap.my/+60123280158/consultdc

31/12/2024

Ada client minta buat rumah konsep moden minimalis. Tapi bila tunjuk plan, dia tambah kolam renang, gazebo, dan taman bunga. Minimalis ke maksimas?πŸ˜…πŸ˜Ž

Address

Manjoi
Ipoh
30020

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when D&C Construction Ipoh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to D&C Construction Ipoh:

Videos

Share