![NOVEL QASEH QALQILYAHPROLOG : GEMURUH TAUFAN (Bahagian 1)Aljazeera baru sahaja melaporkan 5,000 roket dilancarkan dari G...](https://img5.medioq.com/922/182/896990699221825.jpg)
22/12/2024
NOVEL QASEH QALQILYAH
PROLOG : GEMURUH TAUFAN (Bahagian 1)
Aljazeera baru sahaja melaporkan 5,000 roket dilancarkan dari Genting Ghaz.zah ke tanah yang dicerobohi. Muhammad al-Deif melaporkan akan bertindak balas dengan lebih dahsyat ketika amaran - tidak terus-terusan menceroboh tanah Ghaz.zah dan menewaskan jutaan jiwa penduduk Filis.tin - tidak dipedulikan.
6 jiwa disahkan korban dan ratusan cedera pada hari pertama taufan bergemuruh.
Sejak Ahad yang lalu, lebih 4,500 penduduk haram menyerbu Kompleks Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur untuk merayakan Sukkot dengan perlindungan tentera penceroboh walau pun penduduk Filis.tin membantah pencabulan ini.
Tentera penceroboh telah menutup pintu al-Mughrabi di masjid suci ini dengan membenarkan 602 pelampau Ya.hu.di memasuki masjid dengan cuba memasukkan korban haiwan dalam perkarangan masjid.
Asma menutup komputer ribanya - rusuh mengenangkan Ahsan. Ribangnya terbang ke Tanah Jauh. Dia terputus hubungan dengan satu-satunya keluarga yang tersisa.
"Kita berjuang dengan wadah yang berbeza, adikku. Aku dengan RPGku dan kau kekallah dengan mata penamu. Walau apa pun wadah kita, berjuang tetap berjuang." Asma memejamkan matanya. Mata Ahsan tajam menikam wajahnya. Wajahnya terbungkus dengan keffiyeh.
Ahsan memeluknya erat sebelum hilang ditelan gelap malam.
Ketika dia meninggalkan tanah kelahirannya menuju Kaherah, Ahsan tidak menghantarnya. Malah, beberapa bulan sebelum itu Ahsan jarang sekali p**ang ke rumah.
Asma menguatkan hatinya. Dia seorang pejuang. Pejuang seharusnya kuat.
Dia menyarung jubah hitamnya dan melilit tudung kepala langsung menyarungkan stokin. Dia keluar bilik - tanpa dia tahu arah mana yang harus dia tuju untuk meredakan rusuh hatinya.
Amir Azri Ahmad Shakri
Penerbitan Pena Pesona