Info PRU15

Info PRU15 PRU15 Views & Updates

14/12/2022

Anwar Ibrahim shared a post on Instagram: "Menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Kanada, TYT pagi ini bagi merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan saya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. Kami juga membincangkan potensi kerjasama baharu antara Malaysia dan Kanada...

Bezanya antara pemimpin jiwa rakyat dengan pemimpin yang jiwa kuasa.
14/12/2022

Bezanya antara pemimpin jiwa rakyat dengan pemimpin yang jiwa kuasa.

09/12/2022
  A good reading on the view of Kerajaan Perpaduan.... The Good, The Bad & The Ugly - From DAP's Sacrifice To Zafrul's S...
05/12/2022




A good reading on the view of Kerajaan Perpaduan....

The Good, The Bad & The Ugly - From DAP's Sacrifice To Zafrul's Shameless Royal Lobbying For Finance Minister

http://www.financetwitter.com/2022/12/the-good-the-bad-the-ugly-from-dap-sacrifice-to-zafrul-shameless-royal-lobbying-for-finance-minister.html?fbclid=IwAR2AJQck19OswQ9wNLztgV1qfKXznTVfxJX8NFIiWmoHg1xN8HxYW07tBFk&mibextid=Zxz2cZ

Prime Minister Anwar Ibrahim was scheduled to unveil his highly anticipated cabinet at 5pm on Friday (Dec 2). Media have been well prepared for the press confer

04/12/2022

KENYATAAN MEDIA

Menjawab Tan Sri Muhyiddin

Hari ini Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melemparkan fitnah dan tuduhan yang keterlaluan terhadap Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan ini yang telah dilantik dan dibentuk di atas titah nasihat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Mungkin Tan Sri Muhyiddin lupa, tetapi ini bukan lah Kerajaan Pakatan Harapan di mana Perdana Menteri boleh melantik sesiapa yang dia ingini. Ini adalah sebuah Kerajaan Perpaduan yang dibentuk secara bersama, di mana dasar atau keputusan penting akan dibuat secara musyawarah, termasuk dalam isu pelantikan Jemaah Menteri.

Ini satu perubahan penting bagi mengelak kesilapan yang berlaku dalam setiap pentadbiran sejak 2018, di mana pelantikan Jemaah Menteri seringkali dibuat bukan mengikut saluran pimpinan utama parti. Pada ketika itu, kita saksikan kelompok-kelompok Kartel dalam parti dipersenjatakan (weaponised) lalu mewujudkan keadaan “parti dalam parti” (party in a party) yang akhirnya merosakkan kestabilan politik dalaman parti.

Maka berbeza dengan tiga pentadbiran sebelum ini, dan menginsafi apa yang pernah terjadi, maka YAB Perdana Menteri dan ketua parti dan gabungan di dalam Kerajaan Perpaduan ini telah bersetuju bahawa senarai calon Jemaah Menteri akan ditentukan parti atau gabungan masing-masing.

Sekiranya Tan Sri Muhyiddin tidak berpuas hati, janganlah marah atau melemparkan tohmahan kepada Perdana Menteri, kerana bukan Perdana Menteri yang menamakan calon-calon dari parti atau gabungan lain.

Penting saya tegaskan komitmen Perdana Menteri bahawa Kerajaan Perpaduan ini tidak akan sekali-kali mencampuri urusan kehakiman dalam mana-mana kes.

Tan Sri Muhyiddin, hentikan lah serangan polemik yang mengeruhkan dan cuba mengelirukan rakyat.

Penting untuk kita ingat bahawa Tan Sri Muhyiddin sendiri punyai banyak isu yang mungkin perlu diteliti dan ditelusuri kelak, termasuk isu 1BestariNet dan isu dana RM500 bilion yang dikatakan dibelanjakan sewaktu tempoh pandemik.

FAHMI FADZIL

02/12/2022
Nilai ringgit terus naik berbanding dolar AShttps://www.sinarharian.com.my/article/233310/bisnes/nilai-ringgit-terus-nai...
25/11/2022

Nilai ringgit terus naik berbanding dolar AS

https://www.sinarharian.com.my/article/233310/bisnes/nilai-ringgit-terus-naik-berbanding-dolar-as?utm_source=Sinar+Harian&utm_medium=Sinar+Harian&utm_campaign=+Nilai+ringgit+terus+naik+berbanding+dolar+AS&fbclid=IwAR0sHoetW-rsXoxA5mwO9Ym2ck1P5lWVfye2hdIJ6KdwM_W4Kd5TOfer2U8

Moga momentum ini terus kekal

RINGGIT meneruskan momentum positifnya pagi Jumaat meningkat sebanyak 0.38 peratus berbanding dolar AS pada sesi pembukaan urus niaga, sekali gus mencerminkan sentimen menggalakkan...

Ucapan Pertama PM10
25/11/2022

Ucapan Pertama PM10

Kepada Datuk Seri  , saya ucapkan Tahniah dan semoga mampu menggalas tugas dan amanah yang berat ini. Bertakwalah kamu k...
25/11/2022

Kepada Datuk Seri , saya ucapkan Tahniah dan semoga mampu menggalas tugas dan amanah yang berat ini. Bertakwalah kamu kepada Allah. Pada pundakmu terhimpun segala beban amanah untuk membawa halatuju Malaysia di masa hadapan.

Malaysia adalah negara umat Islam yang dihormati dunia. Maka, hargai pengorbanan dan perjuangan generasi terdahulu yang mengangkat nama Malaysia di mata dunia. Andalah penerus dan penentunya. Peliharalah Islam di tanah air ini dengan sepenuh jiwa raga.

_Berhati-hati dengan penasihat yang jahat (bitanah al-su') sebagaimana pesan Rasulullah SAW kepada para pemimpin._ Mereka mampu menaikkan anda, mereka juga mampu menjatuhkan anda. Ingatlah juga sabda Rasulullah SAW:
‏إِذَا ‌أَرَادَ ‌اللَّهُ ‌بِالْأَمِيرِ ‌خَيْرًا، جَعَلَ لَهُ وَزِيرَ صِدْقٍ، إِنْ نَسِيَ ذَكَّرَهُ، وَإِنْ ذَكَرَ أَعَانَهُ، وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِهِ غَيْرَ ذَلِكَ جَعَلَ لَهُ وَزِيرَ سُوءٍ، إِنْ نَسِيَ لَمْ يُذَكِّرْهُ، وَإِنْ ذَكَرَ لَمْ يُعِنْهُ.
“Apabila Allah menghendaki kebaikan bagi pemimpin itu, nescaya dijadikan baginya pembantu yang benar dan ikhlas. Jika pemimpin itu lupa atau leka, nescaya diberikan peringatan. Jika pemimpin itu mengingati, nescaya akan diberikan pertolongan kepadanya…”
“Sebaliknya jika Allah menghendaki selain daripadanya (keburukan) kepada pemimpin itu, nescaya dijadikan baginya pembantu yang jahat.
Jika pemimpin itu lupa dan lalai, nescaya tidak diberikan peringatan, dan jika dia mengingati, nescaya tidak akan diberikan pertolongan kepadanya.” (Riwayat Abu Dawud 2932)

“Kepada Datuk Seri , saya ucapkan Tahniah dan semoga mampu menggalas tugas dan amanah yang berat ini. Bertakwalah kamu kepada Allah. Pada pundakmu terhimpun segala beban amanah untuk membawa halatuju Malaysia di masa hadapan.”

Source from FMT
25/11/2022

Source from FMT

25/11/2022
25/11/2022

ANWAR IBRAHIM DAN MADRASAH NABI YUSUF A.S.

Sheikh Bediuzzaman Said Nursi didalam karya beliau, Madarasah Yusufiyah, menjelaskan pengajaran daripada kisah Nabi Yusuf a.s. Beliau a.s. di fitnah dan mendiami penjara bertahun-tahun lamanya dengan kesanggupan dan kecekalan yang tiada banding nya. Penjara sebaliknya menjadi "madrasah" yang mendidik untuk menjadi pemimpin yang ulung melalui pelbagai rintangan dan kesusahan. Penjara menjadi tempat "istirehat" kepada pembentukan ruhaniah dan peningkatan ilmu melalui masa yang cukup banyak untuk "contemplate" mengenai ketuhanan dan kemanusian. Disinilah juga beliau a.s. mempertajamkan pengamatan dan kefahaman.

Anwar Ibrahim adalah satu-satu nya pemimpin ulung yang melalui madrasah yang serupa. Beliau dipenjara lebih 11 tahun kerana fitnah yang cukup besar (fitnah 'azeem) yang mengoncangkan kepercayaan. Sesiapa yang pernah melalui pengalaman penjara mengerti apa maknanya penjara. Beliau juga melalui fitnah dan serangan peribadi tak henti kunjung tiba.

Allah memberikan kuasa kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Kepada Nya milik mutlak dan hakiki kekuasaan (Al-Mulk). Allah hanya memberikan kuasa kepada sesiapa atas satu-satu sebab sahaja, iaitu "Khair", demi kebaikan dan kesejahteraan makhluk Nya.

Didalam kes Nabi Yusuf dan banyak persamaan nya dengan Anwar Ibrahim hari ini, beliau keluar dari penjara dan akhir nya memegang tampuk kuasa diatas sebab untuk mengelakkan negara daripada bencana dan bahana besar. Iaitu perpecahan masyarakat dan kegawatan dunia dan negara yang sudah dan bakal melanda.

Dua sifat utama yang perlu ada yang dinyatakan dalam kisah Nabi Yusuf, iaitu: Inni Hafiizun 'Aliim. Saya adalah seorang yang boleh menjaga/menjamin dan berpengetahuan ("knowledgeable and experienced).

Inilah tugasan besar yang dipikul Anwar Ibrahim. Menjaga negara dari segala bahana menimpa, dalam bentuk perkauman dan keagamaan yang meruncing, menyatukan negara, dan menyiapkan negara menghadapi krisis ekonomi yang sudah pun mula melanda bermula dari pandemik Covid19.

Beliau bukanlah Nabi Yusuf yang maksum. Tetapi tugasan dan tanggungjawab beliau adalah berat dan besar. Berhentilah memfitnah beliau dengan segala cerca dan makian, dan sebalik nya kita mestilah bersama-sama membantu dan mengangkat bebanan dan masalah yang ditimpakan kepada masyarakat. Siapa yang masih meneruskan amalan durjana ini pasti akan menyesal kemudian hari. Bersama kita pastikan ugama Islam akan terangkat kepada kemulian nya, dan bangsa akan lebih terjamin, terutama nya bangsa Melayu yang sememangnya tunggak penduduk negara.

Saya tidak bersama Anwar Ibrahim dalam perjalanan beliau di penjara dan keluar penjara. Tetapi sesiapa yang mengenali saya mengetahui bahawa hakikat nya saya bersama beliau dalam setiap langkah dan liku yang dilalui didalam pelbagai tribulasi.

Hari ini Mulk (kuasa), Allah anugerahkan kepada beliau untuk menunaikan kebaikan dan kesejahteraan negara. Untuk itu saya bersujud syukur ke hadrat Ilahi dan bermula lah fasa perjalanan perjuangan seterus nya kehadapan.

Kepada Allah kita bertawakkal, Dialah sebaik-baik pemulihara.

Dr. WMH

24/11/2022

Janji nya ditepati

Semoga Allah memudahkan laluan utk DSAI sbg PM10 seterusnya lakukan islah dan pembaharuan dlm kerajaan Malaysia
18/11/2022

Semoga Allah memudahkan laluan utk DSAI sbg PM10 seterusnya lakukan islah dan pembaharuan dlm kerajaan Malaysia

Dari Tambun menggenggam obor reformasi demi nusa yang terbilang.

18/11/2022

Utk PRU15 dgn DSAI sbg PM10 pilih lah PH.
Ini bukan PH zaman TM atau Bersatu yg khianat

Address

Ipoh

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Info PRU15 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share