XEBA

XEBA Bersiaran setiap minggu, kadang-kadang di hari biasa. Jangan lupa tekan tombol follow. Like jika and

11/06/2023

Seperti hari-hari sebelumnya. Sanhock turun Paradise

09/06/2023

Melayan perasaan dengan PUBG keras

05/06/2023

Sebulan sebelum server WIPE (MYDZ). Teruskan kehidupan seperti tiadanya hari esok

Aktiviti mobile streaming sudah menjadi aktiviti yang porpular sejak akhir-akhir ini. Tajuk permainan seperti PUBG mobil...
16/09/2021

Aktiviti mobile streaming sudah menjadi aktiviti yang porpular sejak akhir-akhir ini. Tajuk permainan seperti PUBG mobile dan Mobile Lagends sudah menjadi kegilaan anak-anak muda dan ada yang berjaya menjadikan kerjaya dengan hanya bermain dan bersiaran langsung di atas talian. Capture card adalah sebuah alat yang paling penting untuk tujuan ini. Mungkin ada alternatif lain stream dengan menggunakan sambungan wifi tetapi hasilnya tidak begitu stabil.

Elgato HD60S+ adalah sebuah jenama yang sudah menjadi penanda aras dalam pilihan capture card sekian lamanya. Sokongan software engine yang baik, kualiti warna yang tepat, serta latency yang paling minima membuatkan harga capture card ini mencecah hampir RM1000. Jika harga ini sangat mengarut bagi anda, ada pilihan yang jauh lebih murah yang datangnya dari China. EZcap 60HD nilainya sekitar RM300, mempunyai feature basic sama seperti Elgato HD60S+. Tetapi dari segi kualiti warna, kestabilan dan software support jauh bezanya dengan capture card yang mahal.

Ada satu lagi pilihan berapa ditengah-tengah Elgato HD60S+ dan Ezcap 60HD ini. Capture card saya gunakan untuk diawal penglibatan saya dalam semua aktiviti mobile streaming dan juga PC streaming. Merujuk gambar dibawah adalah GC311 LIVE GAMER MINI dari jenama Avermedia. Avermedia adalah syarikat dari Taiwan juga ada bertapak di USA dan UK mengeluarkan produk-produk berasakan teknologi video. Avermedia mengeluarkan pelbagai siri capture card setanding jenama Elgato. GC311 Live Gamer mini ini adalah yang paling murah mampu menghasilkan stream 1080p 60fps dengan hanya menggunakan bus USB 2.0. Saiznya yang sangat kecil serta kedudukan output/input HDMI dibahagian belakang lebih kemas dari rekabentuk pesaingnya. Sokongan software engine nya sentiasa dikemas kini oleh Avermedia untuk memastikan prestasi yang paling optimum untuk sebuah capture card kecil ini. Mungkin sambungan USB 2.0 tidak begitu meyakinkan dalam soal latency dan kualiti rakaman, tetapi sepanjang saya menggunakan capture card ini tidak memberikan sebarang masalah untuk stream di platform Facebook dengan dibantu aplikasi Streamlabs. Kualiti warna juga begitu memuaskan dan yang paling menarik, harganya sekitar RM500 sahaja!

Tulisan ini tidak ditaja oleh Avermedia, ia berdasarkan pengalaman individual yang sangat memuaskan untuk produk ini.

Majulah E-sport untuk negara

Address

Gombak

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when XEBA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share


Other Gaming Video Creators in Gombak

Show All

You may also like