Suara Rakyat Pulau Pinang

Suara Rakyat Pulau Pinang INFO BERKAITAN PULAU PINANG BOLEH INBOX

KEJAYAAN KERAJAAN MADANI, INFLASI OGOS MENURUN, RASIONALISASI SUBSIDI DIESEL BERJALAN LANCARKadar inflasi Malaysia bagi ...
02/10/2024

KEJAYAAN KERAJAAN MADANI, INFLASI OGOS MENURUN, RASIONALISASI SUBSIDI DIESEL BERJALAN LANCAR

Kadar inflasi Malaysia bagi Ogos 2024 mereda kepada 1.9 peratus, dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) mencecah 133.2, berbanding 130.7 pada bulan yang sama tahun sebelum itu,menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ini secara tidak langsung membuktikan bahawa rasionalisasi subsidi diesel yang dilakukan oleh pihak kerajaan tidak memberi kesan serius pada kadar inflasi negara.

Ini adalah susulan langkah-langkah mitigasi yang telah diambil oleh kerajaan dimana langkah itu juga berjaya meminimumkan kesan kos kepada perniagaan.Oleh yang demikian, kadar pertumbuhan ekonomi negara masih dalam keadaan terkawal dan ini adalah sebuah kejayaan oleh pihak kerajaan.


24/09/2024

MENGAPA AJARAN SESAT MENJADI TARIKAN?

22/08/2024

GAJI PM TAK AMBIL
GAJI PENJAWAT AWAM DINAIKKAN

Saban hari, dedikasi Anwar melaksanakan tanggungjawab sebagai PM semakin terserlah. Komitmen Anwar tidak mengambil gaji menjadi PM masih diteruskan sehingga hari ini.

Namun, dalam pergelutan untuk menstabilkan ekonomi negara Anwar telah mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam bermula Disember 2024.

Ini membuktikan bahawa janji beliau sebelum ini mahu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat bukanlah cakap kosong.

Diharapkan Malaysia akan terus maju di bawah kepimpinan Anwar sebagai PM.




Send a message to learn more

PERSEKITARAN SEKOLAH PERLU SENTIASA BAIK DAN TERURUSAnwar memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus memberikan komitmen...
14/08/2024

PERSEKITARAN SEKOLAH
PERLU SENTIASA BAIK DAN TERURUS

Anwar memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus memberikan komitmen bagi memastikan persekitaran sekolah dalam keadaan baik & terurus. Persekitaran yang selesa & selamat bukan sahaja akan meningkatkan fokus pelajar ketika belajar.

Malah, ia bakal menjadi faktor untuk menarik minat datang ke sekolah menuntut ilmu. Keinginan kita melahirkan generasi yang baik pada masa hadapan perlu seiring dengan kualiti fasiliti di sekolah.

Ironinya, semua pihak perlu memberikan kerjasama dengan kerajaan dalam merealisasikan hasrat ini demi masa depan anak-anak.



HASIL BALAK KELANTAN DISAKAU PENUNGGANG AGAMA!!
07/08/2024

HASIL BALAK KELANTAN DISAKAU PENUNGGANG AGAMA!!







Alhamdulillah. 🤲🏼Penjawat awam boleh kira kadar gaji baru minggu depan. Jelas PMX iktiraf peranan penjawat awam dalam me...
07/08/2024

Alhamdulillah. 🤲🏼
Penjawat awam boleh kira kadar gaji baru minggu depan. Jelas PMX iktiraf peranan penjawat awam dalam memacu kemajuan negara seterusnya menepati janji untuk menaikkan gaji setelah sekian lama.

Kerajaan MADANI pimpinan Anwar Ibrahim tambah lagi satu penggal! 🫶🏼

RASIONALISASI DIESELKADAR INFLASI TERKAWALHasil penyasaran subsidi diesel dapat dilihat apabila kadar inflasi pada bulan...
30/07/2024

RASIONALISASI DIESEL
KADAR INFLASI TERKAWAL

Hasil penyasaran subsidi diesel dapat dilihat apabila kadar inflasi pada bulan Jun dilihat kekal seperti Mei. Hal tersebut mengikut wajaran Indeks Harga Pengguna (HIP) apabila rasionalisasi subsidi diesel hanya menyumbang 0.2 peratus dari keseluruhan.

Penyasaran kerajaan yang lebih sistematik sekali gus dapat menjimatkan wang negara diharap bakal memberi keuntungan semula kepada rakyat selain mengelakkan ketirisan dari terus berlaku. Tahniah Kerajaan Perpaduan atas tindakan berani ini!






LAYANAN SAMA RATA TIADA KAUM TERPINGGIR DI BAWAH KERAJAAN MADANIKerajaan Madani tetap memberi layanan yang sama kepada s...
11/07/2024

LAYANAN SAMA RATA TIADA KAUM TERPINGGIR DI BAWAH KERAJAAN MADANI

Kerajaan Madani tetap memberi layanan yang sama kepada semua kaum meskipun mereka hanyalah minoriti di negara ini.Kerajaan Perpaduan tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana pihak yang cuba menggugat usaha dalam menjadikan Malaysia sebagai negara hebat yang mempunyai pelbagai kaum dan agama.

Terdapat pelbagai inisiatif yang disediakan oleh kerajaan untuk memberikan manfaat kepada rakyat pelbagai kaum antaranya Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA),Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) untuk membantu meningkatkan ekonomi rakyat.


01/07/2024

把票投给希望联盟候选人, Dr Joohari Ariffin.





#把票投给希望联盟候选人

26/06/2024

动起来!大家做伙回家投票去!

我们千万别小看自己的力量,只要绵薄之力累积起来,也会有巨大的影响力,所以在如此关键时刻,团结是我们最大的力量,投票也是履行公民义务的一种,以让双溪峇甲区继续往繁荣倡盛。

马来西亚是政府是由人民手中一票选出来,我们是时候通过手中的选票,选出心目中最有能力的人民代议士来领导双溪峇甲区,我们每投的一票,展示尊重和捍卫这个国家民主制度和精神,以及对这国家所拥有的自主权。

为美好的家园未来挺身而出也是我们身为公民的责任,因此促请大家在7月6日(星期六)务必回家投票,千万不要放弃我们投票的权益,我们使用手中一票改变国家民主体系,让地方上拥有更好的发展。到时见!

𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍Susulan kejadian serangan terhadap beberapa pemain bola sepak negara baru-baru ini, ...
14/05/2024

𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍

Susulan kejadian serangan terhadap beberapa pemain bola sepak negara baru-baru ini, KDN telah meminta PDRM meningkatkan kawalan keselamatan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.Tragedi yang menimpa 3 pemain Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim telah mengejutkan peminat bola sepak tempatan kerana terjadi dalam tempoh selang beberapa hari.

Oleh kerana itu pihak polis akan memastikan tahap kawalan keselamatan kepada semua yang terlibat dijaga dengan baik supaya tiada lagi pemain bola sepak terus menjadi mangsa terbaru.
Jaminan dari kerajaan dan PDRM ini pasti memberi kelegaan kepada pemain bola sepak negara demi keselamatan mereka dan industri bola sepak Malaysia.




NEGARA BERDUKACITA NAHAS UDARA TLDMMalaysia telah dikejutkan dengan berita nahas udara yang meragut 10 nyawa apabila dua...
24/04/2024

NEGARA BERDUKACITA NAHAS UDARA TLDM

Malaysia telah dikejutkan dengan berita nahas udara yang meragut 10 nyawa apabila dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak.

TLDM telah mengesahkan 10 anggota yang terkorban melibatkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru Fennec TLDM. Kedua-dua helikopter sedang menjalani raptai buat kali ketiga sempena sambutan Hari Terbuka Armada TLDM yang dijangka berlangsung Sabtu ini.Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi berkenaan. Selain itu,Perdana Menteri Malaysia,kan kepada seluruh ahli keluarga mangsa.

Dato' Seri Anwar Ibrahim turut berdukacita dengan tragedi yang menyayat hati ini. Seluruh rakyat Malaysia mendoakan supaya semua mangsa ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan salam takziah diucap



BKK AIDILFITRI RM500, KELEGAAN SEMUA PENJAWAT AWAMPM Anwar Ibrahim memberi khabar gembira kepada penjawat awam Gred 56 k...
04/04/2024

BKK AIDILFITRI RM500, KELEGAAN SEMUA PENJAWAT AWAM

PM Anwar Ibrahim memberi khabar gembira kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah selepas mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500.Malah, BKK Aidilfitri ini juga turut dinikmati kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran pencen dan tidak berpencen sebanyak RM250.

Pemberian BKK Aidilfitri ini adalah bukti penghargaan kerajaan terhadap penjawat awam dalam menjalankan tugas dan akan disalurkan mulai Jumaat 5 April 2024.Pengumuman dari PMX ini meneruskan tradisi bantuan khas Aidilfitri dari kerajaan dan dapat melegakan semua penjawat awam sebagai tambahan kepada bayaran insentif awal Kajian SSPA sebanyak RM2 ribu.

Moga khabar gembira dari PM Anwar Ibrahim ini mampu meringankan beban penjawat awam membuat persiapan menyambut Aidilfitri pada tahun ini.



01/04/2024

TOL PERCUMA 8 DAN 9 APRIL 2024 BALIK KAMPUNG BERHARI RAYA, TERIMA KASIH PMX

Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk memberikan kemudahan tol percuma selama dua hari pada 8 dan 9 April kepada semua pengguna lebuh raya bagi kenderaan Kelas 1 (persendirian) yang akan pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri tahun ini.Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pengecualian tol akan diberikan di semua plaza tol kecuali di sempadan negara, iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor

Menurut beliau, pemberian tol percuma itu akan dilaksanakan di semua lebuh raya bermula pada jam 12.01 tengah malam, 8 April (Isnin) dan akan berakhir pada 11.59 malam, 9 April (Selasa) dengan peruntukan bayaran pampasan berjumlah RM37.6 juta.

Tambahnya lagi, keputusan itu dibuat melalui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Februari lepas bertujuan meraikan semua rakyat terutama masyarakat beragama Islam yang menyambut Aidilfitri dan sebagai tanda prihatin serta sama-sama berkongsi kegembiraan bersama rakyat Malaysia.

Pengumuman berita gembira ini sudah pasti memberikan seribu satu rahmat buat umat Islam yang ingin pulang berhari raya di kampung. Ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka untuk menjimatkan kos perjalanan yang boleh dikatakan agak membebankan.




Alhamdulillah syukur sangat-sangat...tima kasih pmx .. seorg PM yg betul2 menjaga kebajikan kakitangan awam dgn sebaikny...
01/04/2024

Alhamdulillah syukur sangat-sangat...tima kasih pmx .. seorg PM yg betul2 menjaga kebajikan kakitangan awam dgn sebaiknya..moga terus menerajui negara dan dipermudahkan segala urusan PMX... Aamiin ya Rabbal Alamin 😍

Sewaktu berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri hari ini, saya umumkan bantuan khas kewangan Aidilfitri membabitkan:

1) RM500 untuk semua Penjawat Awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

2) RM250 untuk pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.

InsyaAllah bantuan ini akan disalurkan seawal 5 April ini. Moga ia bermanfaat.

KERJASAMA DENGAN NEGARA LUAR  MENJAMIN PENGUKUHAN EKONOMI MALAYSIA SENTIASA STABILLawatan rasmi PM Anwar Ibrahim ke nega...
25/03/2024

KERJASAMA DENGAN NEGARA LUAR MENJAMIN PENGUKUHAN EKONOMI MALAYSIA SENTIASA STABIL

Lawatan rasmi PM Anwar Ibrahim ke negara luar telah membawa kejayaan dengan nilai pelaburan tinggi berjaya dibawa masuk ke dalam negara.Nilai pelaburan yang diluluskan sebanyak RM329.5 bilion tertinggi dalam sejarah menjadi bukti pentingnya hubungan baik antara kerajaan dan negara luar untuk menjamin pengukuhan ekonomi Malaysia.

Setiap lawatan kerja PMX seperti ke Indonesia, Amerika Syarikat, Jerman, China dan sebagainya telah mengeratkan kerjasama dua hala serta persahabatan yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara.Ia menunjukkan betapa pentingnya sebuah kerajaan stabil yang menjalankan tatakelola baik dan melaksanakan dasar kukuh seperti dibawah Kerajaan MADANI ini.Apa yang pasti, setiap lawatan kerja PM Anwar Ibrahim ke negara luar pasti akan membawa pelaburan yang memanfaatkan rakyat dan dapat mengangkat Malaysia ke persada dunia.



Ibu bapa kepada anak yang lahir dari 2 Januari 2018 hingga 1 Januari 2019 boleh membuat pendaftaran bagi kemasukan Tahun...
22/03/2024

Ibu bapa kepada anak yang lahir dari 2 Januari 2018 hingga 1 Januari 2019 boleh membuat pendaftaran bagi kemasukan Tahun 1 sesi 2025.

Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian di laman sesawang http://idme.moe.gov.my atau imbas kod QR yang tertera bermula 2 Mei hingga 30 Jun 2024.

KERJASAMA HIJAU ANTARA MALAYSIA DAN SWEDENSweden berminat menjalinkan kerjasama hijau dengan Malaysia dalam potensi pert...
19/03/2024

KERJASAMA HIJAU ANTARA MALAYSIA DAN SWEDEN

Sweden berminat menjalinkan kerjasama hijau dengan Malaysia dalam potensi pertumbuhan mampan dan memupuk peralihan yang lebih mesra alam. Duta Besar Sweden ke Malaysia. Dr Joachim Bergstrom berkata syarikat Sweden di Malaysia kini aktif mengadakan libat urus dengan pihak berkepentingan tempatan bagi memacu agenda mampan.

Ia melibatkan sektor seperti pembuatan atau atau pengeluaran hijau, pengangkutan, mobiliti dan peralihan tenaga. Ketika ini lebih 80 syarikat Sweden beroperasi di Malaysia dengan hampir 9 ribu pekerja dan bekerjasama dengan rakan tempatan bagi meningkatkan akses terhadap tenaga hijau. Penglibatan kedua-dua negara ini akan memberi fokus terhadap langkah membangunkan usaha bersama memerangi perubahan iklim dan menggalakkan amalan kelestarian.



KERJASAMA BAIK TELEGRAM DAN MCMCMenteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyatakan penyedia perkhidmatan Telegram memberi kerja...
13/03/2024

KERJASAMA BAIK TELEGRAM DAN MCMC

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyatakan penyedia perkhidmatan Telegram memberi kerjasama baik dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam mengawal selia platform berkenaan.Tambah beliau, antara kerjasama diberikan termasuk berkaitan isu keselamatan dalam talian seperti penipuan dan judi dalam talian dengan menurunkan kandungan atau saluran yang berkaitan.

Akan tetapi menurutnya, Kementerian menghadapi kesukaran apabila satu saluran ditutup akan ada saluran lain yang dibuka sebagai contoh talian judi atas talian.Untuk itu, kata beliau, MCMC akan berbincang mengenai cara-cara yang lebih mampan untuk melawan penipuan dan judi dalam talian bukan sahaja dalam aplikasi Telegram tetapi banyak aplikasi media sosial dan mesej dalam talian yang lain.

Berkenaan isu keselamatan, beliau berkata pihak Telegram turut memberi kerjasama dalam menurunkan kandungan yang melanggar Akta Hak Cipta.Kerjasama di antara MCMC dan Telegram dalam usaha membendung soal pencerobohan sekuriti dalam talian wajar diberikan sokongan oleh setiap pihak.Ini bagi memastikan kandungan dan perkhidmatan yang melalui aplikasi ini ditapis dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada pengguna selain dapat membina akses keselamatan yang kukuh buat 15 juta pengguna aplikasi tersebut di negara ini.




OPS IHSAN – MALAYSIA TERUS MISI KEMANUSIAAN GAZAKerajaan Malaysia akan memperkasakan misi kemanusiaan ke Gaza menerusi O...
11/03/2024

OPS IHSAN – MALAYSIA TERUS MISI KEMANUSIAAN GAZA

Kerajaan Malaysia akan memperkasakan misi kemanusiaan ke Gaza menerusi Ops Ihsan berdasarkan cadangan Pelan Atur Tindak oleh Sekretariat Induk Ops Ihsan.Menurut Kementerian Luar, kerajaan juga menyalurkan bantuan kepada rakyat Malaysia melalui sumbangan daripada Tabung Akaun Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) kepada agensi kemanusiaan yang terlibat.

Di bawah Ops Ihsan, Malaysia berjaya menghantar 100 tan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza. Kini Ops Ihsan sedang mengusahakan penghantaran 100 ribu pek makanan dan bercadang memperoleh beberapa unit ambulans untuk disumbangkan kepada Bulan Sabit Merah Palestin.

Ia menunjukkan kerajaan tidak pernah berhenti menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin dan akan terus menekan dunia untuk mengambil tindakan terhadap kezaliman Israel di Gaza.



𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐀𝐍 - 𝟓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐒 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐋𝐔𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍Penganjur perhimpunan aman tidak memerlukan permit untuk berhimpun teta...
06/03/2024

𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐀𝐍 - 𝟓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐒 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐋𝐔𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍

Penganjur perhimpunan aman tidak memerlukan permit untuk berhimpun tetapi dikehendaki memberikan notis pemberitahuan dalam tempoh lima hari sebelum mengadakan sesuatu perhimpunan.Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain yang menjelaskan perkara itu sudah termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 dan penganjur perlu mengisi borang permohonan yang mengandungi 14 soalan berikutnya.

Penganjur dan peserta perhimpunan yang terlibat perlu mengambil kira dan menghormati hak kepentingan awam di negara ini serta tidak menjejaskan ketenteraman secara am.Namun sekiranya notis pemberitahuan tidak dibuat maka tindakan akan diambil kepada mana-mana penganjur perhimpunan atas tindakan melanggar peraturan.




𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐓𝐎’ 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐀𝐍𝐖𝐀𝐑 𝐈𝐁𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐊𝐈𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓 𝐃𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓Pemimpin yang bebas dari seba...
20/02/2024

𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐓𝐎’ 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐀𝐍𝐖𝐀𝐑 𝐈𝐁𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐊𝐈𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓 𝐃𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓

Pemimpin yang bebas dari sebarang masalah salah guna kuasa dan rasuah sangat penting bagi mengelola sesebuah negara. Kerajaan Perpaduan pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim merupakan satu rahmat buat negara dan rakyat Malysia khususnya.

Bukan itu sahaja, pendekatan beliau yang amat bersahaja semakin mendapat tempat di hati rakyat. Malahan rakyat berterima kasih terhadap pemimpin yang amat prihatin terhadap kebajikan yang diberikan kepada Rakyat MADANI.





Address

Komtar
Georgetown
10503

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Suara Rakyat Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share