16/04/2023
Kisah benar berlaku di negara Arab..
Allah 🥲
Sebuah keluarga termasuk seorang nenek berkelah di padang pasir (Ia merupakan salah satu aktiviti yang biasa dilakukan di negara Arab).
Ketika mereka sedang bersantai dan menjamu selera, tiba-tiba seorang bayi yang entah dari mana datangnya merangkak menuju ke arah mereka. Keluarga yang sedang bergembira menikmati juadah makanan mereka tergamam melihat bayi yang comel ini merangkak kepada mereka…
Mereka menoleh sekeliling mereka, mencari-cari keluarga bayi itu…tetapi tiada orang lain atau keluarga lain yang berkelah di kawasan itu !! Dan tiada rumah atau penempatan penduduk di kawasan padang pasir itu!
Nenek yang bersama dengan keluarga ini cuba menyuapkan sedikit makanan ke mulut bayi itu... dan bayi itu menjamah segala makanan yang disuapkan kepadanya.. bayi itu makan dengan banyak dan begitu berselera sekali…
dan setelah menjamah makanan yang agak banyak, bayi itu terlelap dan tidur dengan begitu nyenyak…
Mereka berasa bimbang dan mula mengesyaki sesuatu.. malah mereka mula menyangka yang bayi itu bukan manusia…sebaliknya ia adalah jin yang berupa dalam bentuk manusia! Namun si nenek menyangkal sangkaan mereka, dan nenek itu beranggapan kemungkinan bayi itu terpisah daripada keluarganya.. tetapi bagaimana bayi itu boleh berada di tengah-tengah padang pasir yang tandus itu?!
Ia menjadi semakin misteri dan tiada sesiapa mampu menjawabnya…
Setelah mereka selesai berkelah dan menjamu selera, mereka ingin pulang… tetapi bagaimana dengan bayi ini? Si nenek berhasrat untuk membawa bayi itu pulang bersama mereka… tetapi keseluruhan ahli keluarga yang lain tidak bersetuju… mereka bimbang kalau sesuatu yang buruk berlaku kepada mereka..
Setelah berbincang, mereka setuju untuk menyerahkan kes ini kepada pihak polis.. tetapi mereka tidak mahu membawa bayi itu bersama mereka, takut-takut ia satu helah dan akhirnya mereka dituduh menculik. Jadi tiada cara selain terpaksa meninggalkan bayi itu di situ.
Dengan sedikit kelengkapan yang ada bersama mereka, mereka membuat sebuah tempat perteduhan sementara untuk bayi comel yang sedang nyenyak tidur itu… dan dengan berat hati mereka meninggalkan bayi itu di situ…
Tanpa membuang masa, mereka segera mencari balai polis yang terdekat. Mereka berjaya menjumpai sebuah balai polis. Mereka menceritakan segala-galanya kepada polis itu dan pegawai polis itu meminta mereka membawanya ke lokasi tersebut.
Mereka bersama pegawai polis itu sampai ke lokasi tadi… dan si comel itu masih tidur dengan nyenyak!
Pegawai polis cuba menjejak kesan yang terdapat di atas padang pasir itu… kesan bayi itu merangkak tadi. Ternyata bayi itu merangkak dari tempat yang begitu jauh!
Akhirnya mereka tiba di satu kawasan…
lidah mereka kelu dan tidak mampu berbicara apa-apa..
Mereka tergamam..
Mereka sedang berdiri di hadapan sebuah kereta yang telah remuk dan terbalik kerana kemalangan di kawasan yang gersang itu. Dan di dalam kereta itu terdapat kedua ibu bapa bayi itu yang terkorban akibat kemalangan itu. Dianggarkan kemalangan itu telah beberapa hari berlaku.
Ternyata bayi yang comel itu adalah anak kepada pasangan itu.. dan bayi itu satu-satunya orang yang selamat dalam kemalangan itu.
Allahu Akbar!
Hebatnya aturan Allah SWT. Rupa-rupanya Allah menggerakkan hati keluarga itu untuk berkelah di situ untuk menyelamatkan bayi comel yang keseorangan di tengah-tengah padang pasir yang gersang itu.
PENGAJARAN :
Tiada perkara yang berlaku secara kebetulan di dunia ini. Sebaliknya terdapat percaturan Allah dan hikmah yang kita belum faham dan kemungkinan kita takkan faham.
Dan tak perlu kita faham.
Yang penting kita berserah kepada-Nya Yang Maha Mengetahui segala-galanya.
Kredit : Ashraff Osman