01/12/2024
HALAL BUAT KAMI, HARAM BUAT TUAN
"Si kaya berulang alik ke Mekah mencari redha Allah.. Sedangkan jaraknya dengan Si Miskin hanya di sebelah rumah..."
Seorang Ulamak mimpi melihat 2 malaikat. Mendengar perbualan mereka buat beliau menangis teresak-esak.
Ulamak Abu Abdul Rahman bin Abdullah Al-Mubarak Al-Hanzhali Al-Marwazi, seorang ulamak yang termahsyur di Makkah menceritakan kisah ini.
Suatu ketika, selepas selesai salah satu ibadah haji, beliau berehat dan tidur. Dalam mimpinya beliau melihat dua malaikat turun dari langit, dia terdengar perbualan mereka, โBerapa ramai jemaah yang datang pada tahun ini?โ Tanya malaikat itu kepada para malaikat lain.
โTujuh ratus ribu,โ jawab malaikat yang satu lagi.
โBerapa ramai orang-orang yang diterima hajinya itu?โ
โTiada satu punโ
Perbualan itu membuat Abdullah gementar ketakutan, โApa?โ Dia menangis dalam mimpi.
โSemua orang-orang ini datang dari belahan bumi yang jauh, dengan susah payah dan keletihan sepanjang jalan, mengembara melalui padang pasir yang luas, dan semua usaha mereka sia-sia?โ
Walaupun dengan rasa takut, dia terus mendengar cerita kedua malaikat tersebut.
โNamun ada seorang lelaki yang walaupun dia tidak datang untuk menunaikan haji, tetapi ibadah hajinya diterima dan semua dosanya telah diampunkan. Di atas keberkatan daripada lelaki itu, seluruh haji para jemaah diterima oleh Allah.โ
โBagaimana ia boleh terjadi begitu?โ
โItu adalah kehendak Allah.โ
โSiapakah orang tersebut?โ
โSaโid bin Muhafah, tukang kasut di kota Damsyik.โ
Mendengar ucapan itu, ulamak itu terus terjaga.
Pulang daripada haji, dia tidak terus balik ke rumah, tetapi beliau pergi ke kota Damsyik, Syria. Sampai di sana, beliau terus pergi ke tukang kasut yang disebut oleh malaikat dalam mimpinya. Hampir semua tukang-tukang kasut dia bertanya, apakah benar ada tukang kasut yang bernama Saโid bin Muhafah.
โDi sana, di pinggir bandar,โ kata seorang tukang kasut sambil menunjukkan arahnya.
Apabila di sana, ulamak tersebut menemui seorang tukang kasut yang berpakaian lusuh.
โAdakah benar anda bernama Saโid bin Muhafah?โ tanya Ulamak.
โBetul, siapakah tuan?โ
โSaya Abdullah bin Mubarak.โ
Said terharu, โTuan adalah ulama yang terkenal, kenapa tuan datang mencari saya?โ
Sejenak ulamak itu agak terkeliru, di mana beliau ingin memulakan soalan, akhirnya beliau memberitahu perihal mimpinya itu.
โSaya ingin tahu, adakah apa-apa yang anda telah buat, sehingga anda layak mendapat pahala haji mabrur?โ
โWah! saya sendiri tidak tahu!โ
โBeritahu saya bagaimana kehidupan anda selama ini.โ
Saโid bin Muhafah kemudian teringat, โSetiap tahun, setiap musim haji, saya selalu mendengar: Labbaika Allhuma labbaikaโฆ. Labbaika la syarika laka labbaikaโฆ innal hamdaโฆ Wanniโmataโฆ Laka wal mulkaโฆ La syarika lakaโฆโ
Ya Allah, aku datang kerana panggilan-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu. Segala pujian dan nikmat adalah kepunyaan-Mu dan kekuasaan-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu.
Setiap kali aku mendengarnya, aku sentiasa menangis, โYa Allah aku rindu Mekahโฆ Ya Allah aku rindu melihat kaโabahโฆ Izinkan aku datangโฆ Izinkan aku datang, ya Allahโฆโ
Oleh kerana itu, sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu setiap hari saya mengenepikan sedikit wang dari hasil kerja saya sebagai tukang kasut. Sedikit demi sedikit, saya kumpulkan.
Akhirnya, tahun ini, saya mendapat 350 dirham, cukup untuk haji saya.
โSaya sudah bersiap-sedia untuk berangkat menunaikan haji.โ
โTetapi anda batalkan?โ
โBenar.โ
โApa yang berlaku?โ
โIsteri saya mengandung, dan sering mengidam. Ketika saya hendak berangkat pergi saat itu isteri saya terlalu mengidamkan sesuatu.โ
โAbang, awak terhidu bau masakan yang sedap ini?โ
โYa sayang.โ
โCubalah abang cari, siapakah yang memasak sehingga baunya lazat begini. Mintalah sedikit untuk saya.โ
โTuan, saya mencari sumber bau masakan itu, ia datang dari sebuah pondok buruk berhampiran. Di situ terdapat seorang balu dan enam orang anaknya.โ
Saya memberitahunya bahawa isteri saya mahu masakan yang dia masak, walaupun sedikit.
Ibu tunggal itu diam melihat saya, sehingga saya mengulangi kata-kata saya.โ Akhirnya dengan perlahan dia berkata, โTidak boleh tuanโ
โSaya sanggup membeli walau dengan harga yang tinggi,โ kata saya tegas.
โMakanan ini bukan untuk dijual, tuan,โ katanya sambil berlinang air mata.
Saya bertanya kenapa?
Sambil menangis, wanita itu berkata, โIni adalah daging halal untuk kami dan haram untuk tuan,โ katanya.
Dalam hati saya, โBagaimana halal baginya, tetapi ia adalah haram untuk saya, padahal kita sama-sama Muslim? Kerana itu, saya menggesa beliau lagi, โKenapa?โ
โSudah beberapa hari kami tidak makan. Di rumah tidak ada makanan. Hari ini kami ternampak seekor keldai mati, dan kemudian kami mengambil sebahagian dagingnya untuk dimasak. Bagi kami ini adalah daging yang halal, kerana jika kami tidak memakannya kami akan mati kebuluran. Tetapi bagi Tuan, daging ini haram.โ
Mendengar kata-kata wanita itu, saya terus menangis, lalu saya pulang ke rumah. Saya memberitahu isteri saya mengenai kejadian itu, dia pun menangis, kami akhirnya memasak makanan dan pergi ke rumah wanita itu tadi. โIni masakan untuk kamu.โ
Peruntukan wang haji sebanyak 350 dirham telah saya berikan kepada mereka. โGunakan wang ini untuk puan dan keluarga puan. Gunakanlah ia untuk modal berniaga, supaya puan sekeluarga tidak lapar lagi.โ
Ya Allahโฆ di sinilah Hajiku..Ya Allah di sinilah Mekahku..
Mendengar kisah tersebut Abdullah bin Mubarak tidak dapat menahan air mata..
Fikirkanlah bagi orang yang pergi berkali-kali Haji tapi bakhilโฆ