29/05/2021
*Kenapakah Lampin BerKLORIN BAHAYA*❓
Dalam Industri Lampin Pakai Buang, kebanyakan pengilang menggunakan Kapas Pulp yang telah melalui proses bleaching bagi memutihkannya. Bahan kimia Klorin adalah bahan menghakis yang sangat biasa digunakan didalam proses Pulp Bleaching. Tetapi yang paling ditakuti adalah didalam proses bleaching tersebut,Toksik Kimia yang paling bahaya dikenali sebagai Dioxin akan terhasil.
Dioxin ini telah dikenalpasti oleh International Agency for Research On Cancer (IARC) sebagai Carcinogen iaitu bahan penyebab Kanser!
Dioxin diketahui juga merosakkan sistem imun dan menjejaskan sistem hormon. Pendedahan kronik kepada Dioxin juga( ya, bayi menggunakannya 24 jam sehari selama 3 tahun) juga akan merosakkan sistem pembiakan dengan kecacatan kelahiran, mengurangkan kesuburan, mengganggu penghasilan sperma, dan sebagainya.
Oleh sebab itu, WAJIB bagi semua ibubapa untuk menjaga keselamatan dan kesihatan anak2 dengan pemilihan Lampin Bebas Klorin. 📌