03/05/2024
-Fiqh Perfume- Saya bukanlah yang paling arif dalam bab ini, tapi kerana minat dengan Sunnah ini, marilah saya kongsikan beberapa persoalan penting hukum-hakam berwangi2, insyaAllah.
1-Berwangi2 merupakan sunnah Rasulullah sallAllah alaihi wa sallam. Sabda baginda, 'Dua perkara dunia kamu yang paling dijadikan daku s**a kepadanya: perempuan dan alTib/الطيب (minyak wangi).' (HR Ahmad dan alNasaie)
2-Baginda memakai minyak wangi dan memiliki sukkah/bekas minyak wangi sendiri. (ruj. alSyamail)
3-Baginda menyukai minyak wangi yang organik, seperti misk (kesturi) (HR Muslim), bunga raihanah (ruj. alSyamail), dan gaharu India (al'Ud alHindi), juga dinamakan alQust/القسط.
4-Khusus berkait gaharu, baginda menyifatkannya boleh menyembuhkan 7 penyakit. (HR Muttafaq alaih)
5-Sesuai kemajuan teknologi, teknik penyaringan minyak juga berkembang. Pakar perfume membuat pelbagai jenis adunan untuk menepati citarasa semasa. Dan minyak wangi dicampur dengan alkohol dengan tujuan untuk: mengekalkan lama bau di kulit, memudahkannya disimpan (minyak wangi tidak mudah rosak dengan cuaca dan kelembapan), dan untuk menyesuaikan dengan kulit (sebab ada setengah bahan akan cepat hilang bila bereaksi direct contact kulit, ada yang tahan lama).
6-Alkohol yang digunakan untuk perfume moden ialah denatured, yakni bukan gred yang selamat untuk minum, khas untuk perfume sahaja. In theory, ia tidak sama dengan alkohol yang diminum. Para ulama berbeza pandangan berkenaan hal ini: adakah boleh guna minyak wangi yang dicampur alkohol denatured ini? Muzakarah Fatwa Malaysia mengharuskan (ruj. Muzakarah 1984), sementara M***i Kerajaan Brunei Darussalam mengharuskan hanya minyak wangi yang dicampur alkohol sintetik. Jadi, harus menggunakannya dan menjualnya.
7-Jenis2 perfume yang ada di pasaran secara umum terbahagi kepada 4, sesuai dengan nisbah kompaun pewangi (minyak wangi dsb) dan alkohol yang digunakan. Ketahanannya (longevity) di badan selalunya dipengaruhi oleh nisbah ini.
7.1-Eau de Cologne (baca: iyau di kolon 😂) - kompaun pewangi 4-8%, selebihnya alkohol. Tahan sekitar 1-2 jam.
7.2-Eau de Toilette (EDT) - kompaun pewangi 5-10%, selebihnya alkohol. Tahan sekitar 2-4 jam.
7.3-Eau de Parfum (EDP) - kompaun pewangi 8-15%, selebihnya alkohol. Tahan sekitar 6-8 jam.
7.4-Parfum atau Extrait de Parfum - kompaun pewangi 15-30% dan ke atas, selebihnya alkohol. Tahan lebih 8 jam.
Yang selainnya, seperti minyak (atar, minyak gaharu, misk dsb) dan eau fraiche (lebih cair dari cologne) memiliki ketahanan berbeza.
8-Dalam dunia perfume juga, selain longevity, ada yang dinamakan sebagai sillage (baca: siyaj) dan projection. Sillage ni maksudnya ekoran bau/scent trail apabila berjalan, projection ialah scent ketika kita berada di sesuatu tempat. Some people samakan je antara dua benda alah ni. Yakni, bagaimana bau tu project ke hidung kita dan orang lain. Orang kita kata semerbak. Ada setengah perfume diformulasi untuk sillage yang bagus dan tahan lama, dan hence perlu dipakai di majlis2 yang sesuai (dinner, conference dsb). Ada sillage yang sekadar dihidu oleh pemakai sahaja, sesuai untuk dipakai sehari2 dan ketika menaiki kenderaan awam spt bas.
9-Wanita dibenarkan untuk berwangi2 sama seperti lelaki, namun ada batas2 yang perlu dijaga. Menurut Syekh Mustafa Abu Syuqqah (ruj. Tahrir alMar'ah fi Asr alRisalah), tidak boleh memakai minyak wangi yang bersillage besar dalam keadaan2 ini:
9.1-Ketika menghadiri solat jemaah di masjid.
9.2-Keluar dari rumah dengan bau semerbak.
9.3-Memakai minyak wangi dengan niat sengaja untuk menggoda lelaki ajnabi.
Selain dari ini, memakai minyak wangi dalam kadarnya, yakni sillagenya tidak kuat dan memadai, bahkan disyarakkan, untuk menutup bau2 yang tidak menyenangkan. Perhatikan bagaimana Aisyah radiAllah anha mengajarkan bersuci daripada haid (HR Muttafaq alaihi), beliau mengarahkan perempuan2 untuk menyapu bahagian tersebut dengan misk/kesturi.
10-Makruh hukumnya menolak minyak wangi, kerana Rasulullah sentiasa menerima minyak wangi apabila diberikan kepadanya (ruj. Syamail)
11-Sunat hukumnya menghadiahkan minyak wangi, merujuk kepada hadis, 'Salinglah memberi hadiah, pasti kalian akan saling mengasihi.' (HR alBukhari dalam alAdab alMufrad) Apatah lagi diberikan kepada isteri, atau keluarga, pahalanya berganda2.
12-Tidak digalakkan memakai wangi2an mencucuk hidung ketika berada di tempat2 awam, kerana ia termasuk daripada idza'/إيذاء/menyakiti muslim.
13-Digalakkan memakai wangi2an yang berkualiti tinggi ketika solat, menghadiri majlis2 ilmu, dan ketika meraikan perayaan2 Islam, sepertimana yang dilakukan Salafussoleh. Mereka memakai minyak gaharu, menggunakan bukhur/asap d**a gaharu, pada malam2 mulia seperti Malam Nisfu Syaban, Malam2 Terakhir Ramadan, Hari Arafah, Hari Jumaat dsb. Hal ini diamalkan ke hari ini oleh para masyayikh yang dimuliakan.
14-Minyak wangi tidak boleh disia2kan dan ditumpah2kan pada perkara sia2, kerana ia termasuk daripada pembaziran.
15-Berdagang minyak wangi diharuskan, namun seharusnya pengguna/pembeli diajarkan adab berwangi2an yang betul, dan harus memastikan minyak wangi yang dijual itu selamat, asli dan tidak memudaratkan pengguna.
Allahu a'lam, Allah Maha Tahu.
Ditulis oleh Syafiq AtTauhidi -sohib aldzunub wa raji afwa rabbih-
Fatih, Istanbul.
9.3.2024
https://t.me/mat_super_fumes