MENGENAI KAMI
�Kami adalah sebuah syarikat pengendali pengiklanan bumiputera yang sedang meningkat naik melalui perkhidmatan yang berasaskan video, fotografi dan rekabentuk visual yang bermutu serta mampu untuk memberi suatu kelainan yang komprehensif kepada anda.
�Sebelum syarikat pengiklanan SMART WORLD GLOBAL (SP MEDIA) ditubuhkan, penglibatan kami dalam dunia perniagaan dan perkhidmatan terung
gul yang berasaskan inspirasi seni fotografi dan rekabentuk visual ini adalah bermula pada era tahun 1990 lagi.
�Namun, pada permulaan langkah pertama dengan berbekalkan pengalaman sebagai wartawan penulisan dan jurufoto ini, sedikit sebanyak telah mengajar kami tentang betapa luasnya dunia kewartawanan foto ini.
�Dalam pada itu, memandangkan minat yang tinggi dalam bidang kewartawan foto ini, maka terdetiklah di fikiran kami untuk menubuhkan sebuah syarikat kewartawanan foto di atas nama SABRI PHOTOGRAPHY yang pada ketika itu syarikat kami hanya menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan dengan fotografi, seperti mengambil gambar-gambar kenangan Majlis perkahwinan, gambar model, studio pengambaran, majlis keramaian, sukan, gambar komersial dan sebagainya.
�Dan selepas beberapa tahun bergiat dalam bidang tersebut, maka kini SABRI PHOTOGRAPHY kini telah mengorak langkah ke hadapan lagi dengan menubuhkan sebuah syarikat pengiklanan SMART WORLD GLOBAL (SP MEDIA) yang kini aktif menawarkan khidmta prasarana serta mencari pasaran pengiklanan multimedia di Pulau Pinang khususnya dan di seluruh Malaysia secara amnya.
�SMART WORLD GLOBAL (SP MEDIA) menyediakan pelbagai skop khidmat pengiklanan multimedia termaju dalam pelbagai pakej dan format yang tertentu untuk pengambaran dan penyuntingan video serta rekabentuk visual pengiklanan foto yang menarik serta bersesuaian dengan bajet dan keperluan strategi bagi pelanggan-pelanggan kami.
�SMART WORLD GLOBAL (SP MEDIA) kini terus mengatur langkah operasi dan pengurusan untuk mencari pelbagai kaedah untuk tujuan pemasaran, di samping mengekalkan struktur pengurusan yang kecil dan sederhana untuk memastikan sebarang keperluan yang melibatkan skop pengiklanan ini berjalan dengan pantas seiring dengan kecekapan, mutu serta jaminan harga yang berpatutan kepada pelanggan.
�Dengan prestasi yang baik serta jalinan kerjasama perniagaan dua hala yang komprehensif, SMART WORLD GLOBAL (SP MEDIA) juga begitu komited menjadikan prasarana pengiklanan multimedia ini sebagai suatu lonjakan yang proaktif untuk memajukan serta mempopularkan jenama perniagaan anda.
�Wawasan yang diterapkan oleh SMART WORLD GLOBAL (SP MEDIA) adalah untuk menjadikan skop perniagaan itu dapat terus mengimbangi pasaran tempatan sekaligus ianya dapat melangkaui aras modenisasi dalam meningkatkan kecekapan operasi dan keberkesanan.
�VISI KORPORAT
�Sebagai syarikat pengiklanan multimedia bersepadu, kami sentiasa berusaha untuk mencapai matlamat, serta bercita-cita ke arah untuk mendominasikan kejayaan di peringkat global. Kesungguhan untuk mendedikasi kecemerlangan melalui usaha berterusan untuk meningkatkan capaian pemasaran yang lebih luas.
�MISI KORPORAT
�Kami berkomited untuk memberikan khidmat yang terbaik melalui mutu, kreativiti serta menjamin harga yang berpatutan kepada pelanggan, tanpa menjejaskan standard dan etika kerja yang dilaksanakan.
�OBJEKTIF KORPORAT
�Sebagai sebuah syarikat pengendali yang komited dalam hal ehwal pengurusan pengiklanan multimedia, kami telah berusaha untuk merangkakan suatu pelan strategi bagi membina reputasi yang berdaya saing dalam bidang ini.
�Kami bersedia untuk memahami kehendak pelanggan, di samping berusaha kearah untuk memantapkan lagi kempen memperkenalkan jenama anda yang di mata dunia.
�Seterusnya kami akan terus berusaha untuk menyediakan statistik penyelidikan terperinci dan menganalisa sesuatu yang difikirkan sesuai dalam merangka strategi jangka panjang dalam dunia pengiklanan, serta bertindak pantas untuk memenuhi permintaan semasa melalui kempen pengiklanan yang efektif, produktif dan interaktif.
�Dan kami juga amat menitikberat semua arahan, peraturan serta garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dalam urusan menjaga reputasi pelanggan, penyediaan dokumentasi rasmi serta mematuhi peraturan hakcipta untuk mendapatkan kelulusan dan kebenaran dalam setiap penerbitan dan penyiaran.
�Selain daripada menyediakan produk iklan multimedia, kami juga menyediakan lain-lain perkhidmatan seperti penerbitan buletin, majalah, pencetakan album fotografi, sepanduk, banting, kad perniagaan dan sebagainya.
�Memandangkan permintaan yang tinggi pasaran dalam dunia perniagaan, maka kami bersedia untuk memberikan khidmat perunding kepada pelanggan sebagai salah satu cabang dalam usaha untuk membentuk keterampilan yang terbaik ketika memperagakan sesuatu produk ataupun jenama itu.
�Mengapakah pengiklanan ini perlu dilakukan?
�Pengiklanan ini adalah salah satu bahagian yang terpenting dalam gabungan media arus perdana untuk menyediakan kepelbagaian dalam keperluan untuk mengetahui tentang luasnya persekitaran iklan dan pasaran lokasi.
�Pengiklanan ini sememangnya telah lama berkembang pesat dalam dunia pemasaran sekaligus ianya telah menjadikan alternatif ini sebagai yang cara paling dinamik serta dapat berkomunikasi secara kreatif.
�Pengiklanan juga dapat mencapai target komunikasi langsung dengan sasaran penonton yang dapat melihat iklan kita ini di mana sahaja seperti di kawasan perumahan, pejabat, padang permainan, premis perniagaan, pasaraya mahupun ketika memandu di jalanraya.
�Dengan medium pengiklanan juga dapat memberi kesan visual yang bertindak secara tidak langsung sebagai arahan kepada para penonton iklan. Dan anda juga tidak berupaya untuk mematikan, membuang atau mempercepatkan pandangan ke hadapan, kerana skop pengiklanan ini mempunyai masa depan yang jauh lebih tinggi daripada media arus perdana yang lain, di samping ianya dapat mencapai pengguna dengan penanda aras yang berbeza seperti di pasaraya, di jalanan, di pejabat mahupun di destinasi percutian.
�Malahan, pengiklanan juga tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan seharian, kerana ianya akan berada di waktu siang dan malam, 24 jam sehari, 365 hari setahun bersedia untuk mempopularkan jenama anda ke mercu kejayaan dengan memberi kesan yang mendalam pada ingatan kepada sesiapa sahaja yang melihatnya.
�Memperuntukan sesuatu kearah penyediaan iklan adalah merupakan kos yang cekap, kerana ia berupaya untuk menjadikan sesuatu jenama kecil kepada janaan kuasa jenama yang besar, dengan kadaran harga yang begitu kompetitif serta berbaloi dengan kesan pemasarannya yang efisen.
�Pengiklanan juga memberi fleksibiliti untuk mencapai pengguna di peringkat kebangsaan, makro dan mikro atau di mana-mana sahaja seperti membina kesedaran jenama serta mampu untuk meningkatkan imej syarikat anda kearah yang lebih baik, dikenali umum, teguh dan berketerampilan.
�Dan berkempen melalui medium pengiklanan multimedia ini dapat memberi kesan pada pemikiran sejagat.
�Dengan pengiklanan bersama kami, anda berpeluang menikmati pelbagai inisiatif tambahan untuk membantu perniagaan anda dalam mempromosikan jenama dan produk anda kepada umum seperti merangka strategi penyelesaian pelan dan dokumentasi, di samping menyediakan perancangan yang kreatif untuk merealisasikan kehendak anda.
�Kami juga boleh menyediakan angka aliran penonton yang bersesuaian untuk dijadikan sasaran pemasaran serta berkemampuan untuk mewujudkan idea-idea yang inovatif dalam usahasama untuk menjulang imej perniagaan anda ke mercu kejayaan yang gemilang.
�PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN OLEH KAMI :
�Memperluaskan capaian produk dan kukuhkan jenama anda melalui dokumentari dan filem pendek. Bertepatan dengan misi penubuhan SMART WORLD GLOBAL (SP MEDIA) telah menghasilkan pelbagai pendekatan multimedia yang dapat mempromosikan jenama, syarikat, organisasi, institusi dan produk dalam bentuk penerbitan video korporat dan dokumentari.
�Selain itu, kami juga menyediakan servis menghasilkan filem pendek dan video iklan kepada mana-mana jenama, produk, syarikat, organisasi dan institusi yang ingin menampilkan imej perniagaan yang lebih elegan dan interaktif.
�Pengambaran klip video (format 4K / FullHD 1080p) dan Pengambaran Udara (Aerial Cinematography Services)
�- Berdurasi selama 15 hingga 20 minit
- Muatnaik ke laman sosial
- Temubual Eksklusif
- Pengacara dan suara latar
- Pengambaran dari udara menggunakan khidmat penerbangan drone
�Senarai peralatan-peralatan yang digunakan :
1. Sony FDR-AX1 Digital 4K Video Camera Recorder
ii. Sony FDR-AX100/B 4K Video Camera
iii. Panasonic DVX200 4K Camcorder
v. Panasonic HC-WX970 4K Camcorder
vi. Canon 5D Mark II
vii. DJI Phantom IV
�2. Lensa dan Aksesori
�i. SAL Carl Zeiss Planar T* Lens 85mm f/1.4 ZA
ii. Vario-Sonnar T* 24-70mm f/2.8 f2.8 ZA
iii. Canon EF 35mm f/1.4L USM
iv. Canon EF 70-200mm f/2.8L USM
v. Canon EF 17-40mm f/4.0L USM
�3. Lampu (Lighting)
�i. ARRI Compact 1200w HMI Fresnel
ii. ARRILITE 2000 Tungsten Light
iii. ARRILITE 800 Tungsten Light
iv. ARRI 650 Plus Fresnel
v. ARRI 300 Plus Fresnel
�4. Aksesori
i. Manfrotto Light Stands pelbagai model
ii. Photoflex Kotak Light C pelbagai saiz
iii. Kupo Butterfly Frame 12 kaki x 12 kaki
�5. Audio & Mikrofon
�i. Sennheiser MKH-416 P48 Shotgun mikrofon
ii. Sennheiser ME2 Lavalier mikrofon
iii. Shure SM63LB Omni Dynamic ENG mikrofon
�6. Pemancar Wireless (Receiver)
�i. Sistem Wireless Sennheiser EW112-p G2 (Body Pack Transmitter)
ii. Sistem Wireless Sennheiser EW500 G2
iii. Pemancar dengan sokongan Phantom yang dikuasakan Mic