CT Media

CT Media MEDIA & NEWS

Iklankan perniagaan/info penting anda dan update apa sahaja berkaitan Malaysia

16/01/2025
16/01/2025

Banjir di Gum-Gum Batu 15/16 Sandakan

31/12/2024

5 negeri di Malaysia ini tidak akan ‘cuti umum’ Tahun Baharu esok pada 1 Januari 2025

07/12/2024

Satu insiden mendebarkan berlaku di lebuh raya! 😱 Sebuah tayar tercabut dari lori dan meluncur laju di tengah trafik, malah “memotong” 🚗🚙 beberapa kenderaan lain, menyebabkan pengguna jalan raya panik! Menurut saksi, “tayar bebas” itu akhirnya meluncur ke tepi jalan dan “berjaya GOAL” 🎯 ke pagar papan amaran sebelum berhenti. Mujur tiada kecederaan dilaporkan. 🙏 Ingatan kepada semua pemandu ⚠️, pastikan tayar kenderaan dipasang dengan betul dan kukuh! 🔧🛞

A thrilling incident occurred on the highway! 😱 A tire detached from a lorry and sped through the traffic, even “overtaking” 🚗🚙 several vehicles, scaring road users! Witnesses reported that the “free-rolling tire” eventually veered off to the roadside and “successfully GOALED” 🎯 into a warning signpost before stopping. Fortunately, no injuries were reported. 🙏 A friendly reminder to all drivers ⚠️: always check your vehicle to ensure the tires are securely fixed! 🔧🛞

某高速大道上演惊险一幕!😱一只轮胎从罗里脱落后在车流中飞速滚动,甚至“超越”🚗🚙不少车辆,吓坏道路使用者!目击者称,这只“自由轮胎”最终滑向路边,“成功GOAL”🎯进警示牌栏杆后停下。所幸无人伤亡🙏。提醒司机朋友们⚠️,记得检查车辆,确保轮胎固定牢固哦!🔧🛞

Khabib Gym bakal dibina di negeri selatan JOHOR ❤️💙 terbaik
04/12/2024

Khabib Gym bakal dibina di negeri selatan JOHOR ❤️💙 terbaik

TERKINI: Korea Selatan Diistihar Darurat TenteraKeadaan situasi politik di Korea Selatan kini sangat tegang selepas daur...
04/12/2024

TERKINI: Korea Selatan Diistihar Darurat Tentera

Keadaan situasi politik di Korea Selatan kini sangat tegang selepas daurat tentera diumumkan.

Presiden Yoon Suk Yeol mengisytiharkan undang-undang darurat tentera dalam satu pengumuman mengejutkan di televisyen pada 3 Disember 2024.

Beliau menuduh parti pembangkang menguasai parlimen dan bersimpati dengan Korea Utara, yang menurutnya telah melumpuhkan kerajaan dengan aktiviti anti-negara

Enam alasan mengapa Darurat Tentera diumumkan;

1. Larangan Aktiviti Politik: Semua aktiviti politik, termasuk yang berkaitan dengan Majelis Nasional, majelis regional, partai politik, pembentukan organisasi politik, unjuk rasa dan protes dilarang.

2. Pengawasan Media: Semua media dan penerbit diletakkan di bawah kendali tentera.

3. Pemogokan Doktor: Doktor yang sedang mengadakan mogok diperintahkan untuk segera kembali bekerja dalam waktu 48 jam

4. Penangkapan Tanpa Surat Perintah: Mereka yang melanggar darurat militer dapat ditangkap atau digerebek tanpa surat perintah

5. Pengawasan Urusan pentadbiran dan undang-undang:Komandan tentera mengawasi urusan pentadbiran dan undang-undang.

6. Tindakan Kolektif: Komandan tentera dapat mengambil tindakan khusus di berbagai bidang termasuk penangkapan, penyitaan, media, dan tindakan kolektif bila diperlukan.

Reaksi dan Tindakan Lanjutan

Pemimpin Partai Kekuatan Rakyat, Han Dong-hoon, menyebut keputusan untuk memberlakukan darurat militer itu "salah" dan bersumpah untuk "menghentikannya bersama rakyat"

Pemimpin pembangkang Lee Jae-myung, yang kalah tipis dari Yoon Suk Yeol dalam Pemilihan Presiden 2022, menyebut pengumuman darurat tentera tersebut "menyalahi dan inkonstitusional"

Keadaan ini telah mencetuskan protes besar-besaran di luar bangunan parlimen, dengan ramai rakyat yang menentang langkah tersebut.

Keadaan ini telah menarik perhatian antarabangsa, terutama Amerika Syarikat dan negara-negara lain yang memantau perkembangan ini dengan teliti.

Dalam perkembangan terkini, pembangkang berjaya mengundi di parlimen untuk membatalkan pengistiharan berkenaan dengan 190-0 undi.

03/12/2024

Liga M hilang seri, stadium lengang

Perisikan Pertahanan UK telah menganalisis kemaraan tentera Rusia di bandar Velyka Novosilka di Wilayah Donetsk berikuta...
02/12/2024

Perisikan Pertahanan UK telah menganalisis kemaraan tentera Rusia di bandar Velyka Novosilka di Wilayah Donetsk berikutan kehilangan Vuhledar dari tangan tentera Ukraine pada Oktober.

Sumber: Kemas kini Perisikan Pertahanan UK bertarikh 1 Disember di X (Twitter), seperti yang dilaporkan oleh European Pravda

Butiran: Menurut Perisikan Pertahanan UK, tentera Rusia dengan cepat berpindah ke sayap timur Velyka Novosilka di Wilayah Donetsk.

Penganalisis menegaskan bahawa kehilangan Vuhledar, 30 kilometer ke timur, pada awal Oktober 2024 menjadikan Velyka Novosilka lebih terbuka kepada serangan Rusia.

Kemaraan Rusia di kawasan yang kurang dilindungi di barat Wilayah Donetsk. Penganalisis juga menambah bahawa tentera Rusia sedang mara di belakang pertahanan Ukraine dan mengancam laluan utama logistik ke bandar itu.

Sumber UKRAINSKA PRAVDA

Pada tanggal 23 Julai tahun 1587, satu armada perang tentera salib Portugis menyerang Johor. Pasukan Portugis yang diket...
02/12/2024

Pada tanggal 23 Julai tahun 1587, satu armada perang tentera salib Portugis menyerang Johor. Pasukan Portugis yang diketuai oleh Antonia de Noronda telah menyerang serta membedil Kota Batu dan Johor Lama, lantas berlakulah pertempuran tembak menembak antara kedua belah pihak. Peperangan ini adalah ekoran daripada serangan-serangan Portugis dalam tahun-tahun 1576 dan 1578 di mana serangan-serangan itu tidak dapat mengalahkan Johor dan orang-orang Portugis terpaksa berundur ke Melaka.

Sebagai tindak-balas, satu angkatan perang Johor p**a telah menyerang melalui laut dan darat pada 6 Januari 1587. Dalam serangan ini Kota Melaka hampir dapat dirampas oleh orang-orang Johor. Pada 21 Julai 1587, satu angkatan perang Portugis telah mudik ke sungai Johor. Dua hari kemudian, iaitu pada 23 Julai 1587, satu peperangan besar telah berlaku di antara orang-orang Johor dan orang-orang Portugis.

Semua serangan-serangan Portugis pada hari itu telah dapat dipatahkan oleh orang- orang Melayu. Sungguhpun orang-orang Portugis kalah, mereka masih meneruskan bedilan-bedilan meriam serta menggunakan taktik-taktik peperangan dengan mengepong Johor Lama dan Kota Batu. Kejadian ini telah berlarutan hingga beberapa hari.

Pada 10 Ogos, satu lagi angkatan perang Portugis yang diketuai oleh Paulo de Lima Pereira daripada Goa telah tiba di Johor dan pada pagi 15 Ogos, askar-askar Portugis telah melancarkan serangan. Askar-askar yang mendarat telah dibahagikan kepada tiga buah pasukan; satu pasukan diketuai oleh Antonia de Noronda dan dibantu oleh Joao Pereira; satu pasukan lain diketuai oleh Matheus Pereira Sampaio, dan satu lagi diketuai oleh Paulo de Lima Pereira sendiri.

Kota Batu p**a dipertahankan oleh orang- orang Minangkabau, Jawa, Terengganu, Indragiri dan Kampar berjumlah 10,000 hingga 12,000 orang yang diketuai oleh seorang Panglima bernama Raja Mahkota. Dalam peperangan tersebut, askar-askar Portugis yang diketuai oleh Matheus Sampaio berjaya menawan Kota Batu walaupun ramai askar-askarnya terkorban. Dari Kota Batu askar-askar Portugis telah menggunakan meriam-meriam untuk menembak askar-askar Johor.

Askar-askar Portugis yang menyerang bandar Johor Lama p**a telah membakar semua rumah-rumah dan juga memusnahkan kubu-kubu pertahanan orang-orang Melayu Johor termasuk sebuah kubu kecil yang bernama Kubu Budak atau Kota Budak, di Kuala Sungai Johor. Di akhir peperangan tersebut, pihak Johor telah kalah, dan Sultan Johor, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Il serta orang-orang besar dan rakyat yang terselamat telah melarikan diri ke Hulu Sungai Johor dan menubuhkan pusat pemerintahan baginda yang baru di Batu Sawar.

Peperangan tersebut adalah satu detik bersejarah bagi orang-orang Melayu yang menunjukkan keberanian dan kepahlawanan untuk mempertahankan tanah air mereka dari pencerobohan Portugis sehingga sanggup menggadaikan nyawa dan harta benda dan tidak kurang sepuluh orang-orang besar dan pahlawan-pahlawan Melayu termasuk Seri Nara Diraja telah terkorban.

Sumber Kredit Lela Rentaka

29.11.2024 (Gambar yg di ambil 2 jam lepas) di kg Tasek Bakong, mukim Gual Mesa, 17200 Rantau Panjang, Kelantan.setakat ...
30/11/2024

29.11.2024 (Gambar yg di ambil 2 jam lepas) di kg Tasek Bakong, mukim Gual Mesa, 17200 Rantau Panjang, Kelantan.
setakat petang ini air trend menaik.
hujan masih tak henti² lagi.
antara banjir yg terburuk sejak hidup.

Semoga Allah permudahkan segalanya dan kami berserah diri sepenuhnya kpd Allah. insyaallah.. Allah nak angkat darjat semua hamba-Nya yg bersabar.

Gambar oleh CT Fatimah

Bila musim banjir teringat kisah brader ni.Mencipta fenomena pada tahun 2021, seorang anak muda datang dari Melaka ke Sh...
30/11/2024

Bila musim banjir teringat kisah brader ni.

Mencipta fenomena pada tahun 2021, seorang anak muda datang dari Melaka ke Shah Alam dengan sebuah kereta viva, ada sebuah bot di atas bumbung.

Berbekalkan duit 50 ringgit di poket, 20 ringgit buat isi minyak, 30 ringgit untuk buat makan. Datang semata-mata nak tolong mangsa banjir di Selangor.

Alhamdulillah ramai yang tolong beliau selepas itu.

Kisah yang menjadi tular dan tauladan, ramai anak-anak muda yang turun padang bantu mangsa banjir terinspirasi dari kisah abang Viva.

Semoga abang viva sihat-sihat selalu.

Sumber: Azam Motor Banting

25/11/2024

Barang rumah Datuk Vida termasuk 4 kereta mewah bakal dilelong, tak bayar hutang lebih RM1 juta

Sejarah pasukan Home Guard Persekutuan Tanah Melayu semasa Darurat pada tahun 1948-1960Tempoh antara tahun 1948-1960 mer...
24/11/2024

Sejarah pasukan Home Guard Persekutuan Tanah Melayu semasa Darurat pada tahun 1948-1960

Tempoh antara tahun 1948-1960 merupakan tahun yang mencabar fizikal dan minda bagi penduduk di Tanah Melayu ketika itu. Cabaran yang berbentuk ancaman subversif, pembunuhan, penculikan dan kemusnahan harta benda bukan sahaja ditanggung pihak kerajaan tetapi penduduk awam juga menerima kesannya.

Tempoh tersebut dikenali sebagai zaman Darurat apabila Parti Komunis Malaya (PKM) bertindak mencetuskan pemberontakkan bersenjata pada tahun 1948 ke arah usaha parti tersebut menubuhkan sebuah Republik Komunis di Tanah Melayu.

Kemuncak kepada keganasan ialah pembunuhan 3 orang ketua Kaomintang di Johor pada 12 Jun 1948 dan pembunuhan 3 orang pengurus ladang getah berbangsa Eropah termasuk pembantu ladang di Sg. Siput Perak pada 16 Jun 1948. Rentetan peristiwa tersebut Darurat diisytiharkan di Johor dan Perak pada 17 Jun 1948. Pada 12 Julai 1948 Sir Alexander Theodore Newboult, Pegawai Tadbir Kerajaan mengisytiharkan Undang-undang Darurat ke seluruh tanah melayu. Ia diwartakan dalam Warta Kerajaan bertarikh 13 Julai 1948. PKM diharamkan pada tarikh 23 Julai 1948.

Undang-undang Darurat yang diisytiharkan membolehkan kerajaan mengambil pelbagai tindakan dalam usaha membanteras habis-habisan ancaman dari pengganas komunis. Salah satu tindakan dari pihak kerajaan adalah menubuhkan pasukan pengawal kampung atau Home Guard. Tujuannya bagi memastikan kawalan keselamatan di kawasan terbabit dapat dikawal rapi oleh penduduk tempatan sendiri dengan kerjasama pasukan keselamatan yang lain.

Semasa zaman Darurat di Tanah Melayu, telah wujud beberapa pasukan keselamatan seperti polis, tentera, Special Constabulary (SC) dan juga Auxiliary Police (AP). Pasukan SC umpamanya, berperanan melakukan tugas-tugas kawalan estet, lombong dan kilang di kawasan luar bandar, menjadi pengiring kepada pengurus estet dan lombong, dan juga sekatan kawalan makanan.
Pasukan separa tentera Jungle Squad (juga dikenali sebagai Flying Squad) ditubuhkan lewat 1948 ekoran keperluan mendesak memerangi komunis di hutan. Squad yang terdiri dari 15 hingga 20 orang ini diletakkan dibawah kawalan OCPD (Officer Commanding Police District). Pada tahun 1951, Jungle Squad telah diperbesarkan dan dikenali sebagai Pasukan Polis Hutan (Police Field Force).

Lt. Gen. Sir Harold Briggs, Pengarah Operasi pada 1951 telah menubuhkan pasukan Home Guard yang bertanggungjawab melindungi kampung-kampung dan kawasan berisiko dari sabotaj pengganas komunis. Usaha ini dimulakan pada lewat tahun 1951 dimana sebanyak 280 kampung baru penempatan semula (Briggs' Plan) mempunyai pasukan Home Guard mereka sendiri. Pasukan ini terdiri dari rakyat biasa yang tertakluk kepada Home Guard Regulations 1951 dan 1952. Menurut peruntukan ini, mereka yang berusia diantara 18 hingga 55 tahun boleh dikerah untuk menjadi anggota Home Guard.

Pasukan ini telah ditubuh disemua peringkat negeri, daerah, mukim dan kampung, dan anggota-anggotanya dilatih dalam berkawad, kemahiran mengendalikan senjata, taktik berkawal, bertempur, dan lain-lain lagi. Semasa menjalankan tugas, Home Guard diberikan surat kuasa dan tanda pengenalan diri yang merupakan kain bertanda HG yang dililit dilengan kiri baju. Pada awal penubuhan, kerana kekurangan senjata, ada anggota Home Guard yang hanya bersenjatakan parang sahaja. Walau bagaimanapun, setelah ancaman komunis semakin berleluasa semasa awal tahun 1950an, persenjataan mereka telah ditambah.

Matlamat penubuhan Home Guard adalah seperti berikut:

*Memastikan masyarakat luar bandar selamat dan mereka bertanggungjawab keatas keselamatan di kawasan mereka sendiri.

*Dengan penubuhan Home Guard, pasukan polis dan tentera boleh menumpukan operasi menghapuskan komunis, dan tanggungjawab mengawal kampung, estet atau lombong diserahkan kepada Home Guard yang mana kawalan 24 jam boleh dilaksanakan.

*Membendung penyebaran ideologi komunis yang dibawa oleh pasukan bawah tanah komunis - Min Yuen

*Bagi kawasan kampung yang kurang dari 30 buah rumah, pasukan Home Guard dikehendaki bertugas secara berkump**an tidak lebih 10 orang pada setiap malam, manakala bagi kampung yang lebih besar, 15 orang ditugaskan setiap malam dengan 3 dari mereka bersenjatakan senapang. Bagi Kampung Baru (new village), Home Guard bertugas sepenuh masa membantu tentera, polis dan SC termasuklah memeriksa tanda pengenalan penduduk dan bekalan makanan yang dibawa keluar masuk.

Pasukan Home Guard boleh dibahagikan kepada dua unit:

-Static Home Guard - yang terdiri dari anggota-anggota baru yang harus melalui beberapa tahap latihan dan operasi, Tahap Pertama dimana mereka dilatih oleh pasukan keselamatan dari polis atau tentera dan tanggungjawab keselamatan dibawah polis dan tentera, Tahap 2, anggota Home Guard bersama-sama memikul tanggungjawab keselamatan bersama-sama polis dan tentera. Pada Tahap 3, anggota Home Guard yang terlatih dan berpengalaman mengambil alih tanggungjawab keselamatan kawasan mereka dari pasukan keselamatan.

-Operational Home Guard - anggota pasukan ini dipilih berdasarkan rekod baik dan kecekapan mereka. Latihan ala-tentera diberikan secara intensif kepada pasukan ini. Antara bentuk latihan yang diberi adalah menggunakan senjata dan menembak, membuat serangan keatas kedudukan komunis dan latihan bertahan dari serangan komunis. Pertandingan antara unit diadakan untuk meningkatkan kemahiran anggota seperti jungle contact, carbine competition, falling plate, pumpgun competition dan combined weapons competition.

Pada tahun 1950, terdapat 30,000 anggota Home Guard (25,400 Melayu, 3,500 Cina, 800 India dan 300 orang dari lain-lain kaum). Pada Disember 1950, pesara tentera Gen. E. B. de Fonblanque telah diarahkan melatih 42,000 anggota baru. Hasilnya pada pada hujung tahun 1951, keanggotaan Home Guard meningkat kepada 99,000 orang. Angka ini mencapai 250,000 orang pada bulan Jun 1953.

Secara umumnya sejak ditubuhkan hingga 1958, pasukan Home Guard berjaya membunuh 221 pengganas komunis dan mencederakan lagi 110 orang. Juga seramai 123 pengganas komunis telah menyerah diri kepada pasukan Home Guard. Pasukan Home Guard dibubarkan secara rasminya pada 1 Julai 1959 setelah keamanan dicapai dan tiada lagi keperluan mengekalkan pasukan ini.

Sumber:
- Arkib Negara
- Konflik dan Militer.Blogspot
- Mohd Razali bin Yaacob @ Jusoh

Nota kaki:

Apabila berlaku Konfrontasi Indonesia-Malaysia pada 1963-1965, pasukan ini diwujudkan kembali bagi membantu agensi keselamatan menangani pendaratan dan penyusupan pihak Indonesia. Ia dibubarkan kembali selepas konfrontasi ini tamat.

Selepas berlakunya Peristiwa 13 Mei pada 1969, para pemimpin negara menyedari perlunya satu pasukan sukarela yang tetap bagi membantu kerajaan dalam menangani masalah dan ancaman keselamatan. Hasilnya, pada 11 Januari 1972, Ikatan Relawan Rakyat (RELA) ditubuhkan.
-(Wiki)

-Dzull-
Sumber Kredit- Belalang Post
Of the World Military & Defence

24/11/2024

💢 STROK VS SERANGAN JANTUNG 💢

📌 STROK📌

▪️ Lemah di sebelah badan tiba-tiba

▪️ Pertuturan tidak jelas

▪️ Mata kabur

▪️ Tidak seimbang

◾️ Keliru

📌 SERANGAN JANTUNG 📌

▫️ Sakit di tengah dada seperti di tekan

▫️ Tidak selesa di bahu kiri, rahang, belakang dan dada

▫️ Sesak nafas, muntah

▫️ Pitam, pucat

Lebih banyak ujian peluru berpandu berkeupayaan nuklear yang ditembak ke Ukraine - PutinPresiden Russia, Vladimir Putin ...
23/11/2024

Lebih banyak ujian peluru berpandu berkeupayaan nuklear yang ditembak ke Ukraine - Putin

Presiden Russia, Vladimir Putin menjanjikan lebih banyak tembakan peluru berpandu hipersonik yang dilancarkan di Ukraine, sambil Volodymyr Zelensky merayu agar sistem pertahanan udara dikemas kini untuk menghadapi ancaman baharu itu.

"Senjata baharu kami tidak boleh dipintas dan tiada orang lain yang mempunyai senjata seperti ini," kata Putin.

Kenyataan terbaharu daripada Putin dibuat beberapa jam selepas Parlimen Ukraine ditutup kerana kebimbangan yang semakin meningkat terhadap serangan peluru berpandu.

Sehari selepas Moscow melancarkan peluru berpandu baharu ke bandar Dnipro, Ukraine, Putin berkata akan ada lebih banyak ujian peluru berpandu Oreshnik baharu.

"Kami akan meneruskan ujian ini, termasuk dalam keadaan pertempuran, bergantung pada situasi dan watak ancaman keselamatan yang dilancarkan ke Russia," kata Putin dalam pertemuan di televisyen dengan ketua tentera.

Russia juga akan memulakan pengeluaran bersiri senjata eksperimen itu, tambahnya.

Presiden Ukraine, Zelensky semalam berkata ia sudah pun mencari sistem pertahanan udara yang dikemas kini daripada sekutunya sebagai tindak balas kepada ancaman baharu itu.

Terdahulu semalam, Kementerian Luar China telah mengulangi gesaannya untuk "tenang" dan "bertahan" dalam perang selepas Russia mengesahkan ia telah menembak peluru berpandu balistik.

Bagaimanapun, dalam ucapan videonya Zelensky berkata: "Dari Russia, ini adalah ejekan terhadap kedudukan negara seperti China, negeri-negeri di Selatan Global, beberapa pemimpin yang menyeru untuk menahan diri setiap masa."

Pengenalan senjata baharu ke dalam medan perang telah meningkatkan lagi ketegangan dalam perang hampir tiga tahun, dan berlaku ketika tentera Kyiv sedang bergelut di lapangan.

Semalam Russia mendakwa menawan sebuah lagi kampung di timur Ukraine.

Petunjuk Putin mengenai serangan ke atas negara-negara Barat menimbulkan kebimbangan perang akan merebak ke konflik global.

Itu menyebabkan mata wang ruble Russia semalam menjunam ke paras terendah berbanding dolar AS sejak Mac 2024

Dalam ucapan kepada negara pada Khamis, Putin berkata Russia berhak untuk menembak peluru berpandu ke negara-negara yang membenarkan Kyiv menyerang wilayah Russia dengan senjata mereka, selepas Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) memberi Kyiv lampu hijau untuk berbuat demikian.

Serangan itu mungkin oleh peluru berpandu Oreshnik baharu. Pakar percaya ia terbang pada 10 kali kelajuan bunyi dan mungkin boleh menyerang sasaran sehingga 5,500 kilometer (km) jauhnya - cukup untuk mengatasi ancaman Putin yang menyasarkan sekutu Eropah Kyiv tetapi tidak cukup untuk sampai ke AS.

Perdana Menteri Poland, Donald Tusk ketika bercakap pada majlis kesatuan guru semalam menyatakan kebimbangan yang dirasai oleh sebilangan orang di Eropah.

"Perang di timur sedang memasuki fasa yang menentukan. Kita semua tahu ini...," katanya.

"Peristiwa beberapa belas jam yang lalu menunjukkan bahawa ancaman itu sangat serius dan nyata apabila ia membabitkan konflik global," tambahnya.

Menjenamakan serangan itu "pertempuran terbaru kegilaan Russia", Zelensky semalam menggesa sekutu Ukraine untuk meningkatkan penyediaan pertahanan udara mereka.

"Walau apa pun ancaman peluru berpandu Russia, ia tidak boleh diabaikan," katanya.

Sumber dalam tentera Ukraine berkata, tentera Russia sedang mara "200-300 meter sehari" berhampiran hab logistik Ukraine yang dikepung di Kurakhove, di wilayah timur Donetsk yang didakwa Kremlin adalah sebahagian daripada Russia.

Di Moscow, Menteri Pertahanan Andrei Belousov berkata kemaraan Russia di timur Ukraine yang dilanda peperangan telah "menjatuhkan" unit terbaik Kyiv.

Russia juga berkata tenteranya telah "membebaskan" perkampungan barisan hadapan Novodmytrivka, kira-kira 10km ke utara Kurakhove.

Moscow dituduh mengerahkan ribuan tentera Korea Utara ke wilayah sempadan Kursk, di mana ia mengumpulkan pasukan untuk merampas kembali wilayah yang dirampas oleh tentera Ukraine.

Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin hari ini berkata bahawa kira-kira 10,000 warga Korea Utara sedang dilatih dan "diintegrasikan ke dalam formasi Russia".

"Saya menjangkakan sepenuhnya untuk melihat mereka terbabit dalam pertempuran tidak lama lagi," katanya kepada pemberita semasa singgah di negara kep**auan Pasifik Fiji. - AGENS

Sumber BH Online

22/11/2024

Gaji Terakhir November ni
25 /11 /2024
(Isnin)

22/11/2024

Amerika Syarikat tolak waran tangkap ICC untuk Netanyahu, Gallant - White House

WASHINGTON - White House menolak keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran tangkap untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoavi Gallant atas dakwaan jenayah kemanusiaan dan perang di Gaza.

"Amerika Syarikat (AS) secara asasnya menolak keputusan mahkamah (ICC) untuk mengeluarkan waran tangkap untuk pegawai kanan Israel. Kami tetap amat bimbang dengan sikap tergesa-gesa Pendakwa Raya untuk mendapatkan waran tangkap dan kesilapan proses yang yang membawa kepada keputusan ini," kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS, lapor media antarabangsa.

"Amerika Syarikat sangat jelas bahawa ICC tidak mempunyai bidang kuasa ke atas perkara ini. Dalam penyelarasan dengan rakan kami termasuk Israel, kami sedang membincangkan langkah seterusnya."

Mahkamah yang berpangkalan di Hague mengeluarkan waran tangkap untuk Netanyahu dan Gallant pada Khamis atas dakwaan " jenayah terhadap kemanusiaan dan perang" yang dilakukan dari sekurang-kurangnya 8 Oktober 2023 hingga sekurang-kurangnya 20 Mei 2024," kata Pendakwa Raya ICC, Karim Khan.

Dengan berbuat demikian, ia juga sebulat suara menolak cabaran Israel terhadap bidang kuasa di bawah artikel 18 dan 19 Statut Rom.

ICC "mendapati alasan munasabah" untuk mempercayai Netanyahu dan Gallant "memikul tanggungjawab jenayah" untuk "jenayah perang kelaparan sebagai kaedah peperangan; dan jenayah terhadap kemanusiaan iaitu pembunuhan, penganiayaan, dan tindakan tidak berperikemanusiaan yang lain."

Waran itu dikeluarkan ketika serangan genosid Israel di Gaza baru-baru ini memasuki tahun kedua, telah membunuh kira-kira 44,000 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Serangan Israel telah menyebabkan hampir keseluruhan penduduk wilayah itu kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah sekatan berterusan dan disengajakan yang telah menyebabkan kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang teruk, mendorong penduduk di ambang kebuluran.

Sumber - Awani/ Agensi

White House menolak keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran tangkap untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoavi Gallant atas dakwaan jenayah kemanusiaan dan perang di Gaza. Foto fail Reuters👇

22/11/2024

TERKINI‼️

Johor tetapkan 2 jam waktu rehat sektor swasta pada Jumaat

Address

Lot 2, Lorong Bukit Garam Point 6, Bukit Garam Point
Bukit Garam
90200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CT Media posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to CT Media:

Videos

Share

Iklankan perniagaan/info penting anda dari serendah RM1.00 sehari dan update apa sahaja yg berkaitan di Sabah & Malaysia

Untuk info lanjut boleh Whatsapp ke nombor 012-9313456