Pergerakan Pemuda UMNO Beluran akan setia teguh dan menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin dan mendoakan segala urusan Datuk Seri dipermudahkan.. insyaAllah Aamiin. π€²π€²π€²
8-7-2024
Perbahasan Usul Ketua Pemuda UMNO Beluran Mohd Nazri Zikiri pada mesyuarat perwakilan UMNO bahagian P183 Beluran bagi tahun 2024
terimakasih kepada Ketua Umno bahagian Beluran Ybhg. Jumail Latip dan seluruh barisan kepimpinan UMNO P183 Bahagian Beluran kerana memberi kepercayaan kepada Ketua Pemuda untuk membahaskan usul pendidikan.
Jutaan terimakasih juga diucapkan kepada seluruh perwakilan yang hadir memberikan sokongan dan kekal memilih parti UMNO Sebagai wadah perjuangan. Alhamdulillah
#Pemudaumnobeluran
#PemudaCaraKita
#JalanTerus
Ketua Pemuda UMNO Beluran saudara Mohd Nazri Zikiri merasmikan cawangan berkelompok pemuda zon Lingkabau selatan dan melalui inisiatif beliau berkongsi sedikit rezeki kepada ahli2 cawangan umno.
Semoga dengan bantuan yg tidak seberapa ini mampu meringankan beban penerima.
#pemudaumnobeluran
#pemudacarakita
#sekaliberjuangterusberjuang
Majlis Rumah terbuka UMNO Bahagian Beluran dan program bantuan awal persekolahan anjuran P183 Bahagian Beluran bersama Yayasan Pelajar MARA Negeri Sabah.
Semoga bantuan tersebut mampu memberikan manfaat kepada penerima bantuan.
#sekaliberjuangterusberjuang
#umnobeluran
Sebagai pelapis muda yang berpotensi untuk menjadi seorang pemimpin, nilai kemanusiaan perlu diterapkan dalam diri agar kelak, sekiranya menggalas amanah dan tanggungjawab bagi memperjuangkan nasib rakyat. Maka ianya disusuli dengan jihad berlandaskan syariah. InsyaAllah
#PemudaUmnoBeluran
#AmbilPeduli
Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Mokhtar konsisten untuk mendesak persekutuan agar mencari jalan penyelesaian berkaitan tuntutan MA63.
Perkara ini telah dibahaskan sekian lama namun masih belum menemui jalan penyelesaian kerana perjanjian ini telah dipinda berkali2 sejak tahun 1976 lagi diantara kerajaan pusat dan negeri pada ketika itu.
Maka Datuk Seri Bung Moktar Radin mencadangkan untuk pihak kerajaan melantik satu badan pentafsir bebas yang mampu bertindak sebagai badan yg adil untuk melaksanakan perjanjian2 yg telah termaktub di dalam perlembagaan pembentukan Malaysia.
#SabahBaru
Alhamdulillah satu pendekatan yang baik dan sudah tentu membawa kegembiraan kepada rakyat terutamanya Sabah & Sarawak apabila penetapan harga tetap penerbangan di musim Perayaan.
Isu ini pernah dibahaskan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Beluran mewakili Pemuda UMNO Negeri Sabah pada PAU yang lalu.
Kini syarikat penerbangan AirAsia telah melancarkan tambang rendah harga tetap ke Sabah&Sarawak. Hal ini sekaligus mampu memberi manfaat dan mengurangkan beban kepada mahasiswa mahasiswi dan rakyat Sabah&Sarawak yg belajar atau bekerja diluar negeri.
Syabas dan tahniah pemuda umno Sabah.
@pengikut Mohd Nazri Zikiri Pemuda UMNOSabah
#pemudajurubicararakyat
#pemudaumnosabah
#Sabahbaru