26/02/2024
OP MOTOSIKAL: 21 SAMAN DIKELUARKAN, TUJUH MOTOSIKAL DISITA
MUKAH, 26 Feb: Sebanyak 21 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan dalam Op Motosikal yang dijalankan di sekitar bandar Mukah pada 6 petang hingga 11 malam semalam.
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah dalam catatan di laman Facebook hari ini memaklumkan antara kesalahan yang dikesan adalah tiada lesen memandu, lesen memandu tamat tempoh, tiada perlindungan insuran dan ubah suai struktur kenderaan.
Selain itu, tujuh buah motosikal disita di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Operasi tersebut adalah bertujuan untuk mencegah kegiatan lumba haram dan menguatkuasakan peraturan jalan raya berkaitan ubah suai motosikal.