ROTTW Magazine

ROTTW Magazine The official facebook of Malaysia's Premier Music Magazine. It is in Bahasa Malaysia(the local language).
(1553)

ROTTW magazine has been in the market since 1996 and is the most influential music magazine in Malaysia. Youl can contact us for informations on the local scene.The magazine is well known globally. Dipasaran sejak 1996 memberi pendedahan kepada umum tentang muzik, buat pemuzik dan pencinta muzik. Instagram:
https://www.youtube.com/user/ROTTWMAGAZINE
Twitter:

12/02/2025

ROTTW SOUNDSTAGE PORT DICKSON 2025!!!🤔

GONG XI FA CHAI DARI KAMI DIROTTW😁     .official
28/01/2025

GONG XI FA CHAI DARI KAMI DIROTTW😁
.official

28/01/2025

PEKIK-GEMERSIK DIALUN-28 DISEMBER 2024
Yer..Fusion..
Kita saksikan juga nanti acara fusion pada 8 dan 9 Februari 2025 di MATIC.. Pasti.menark. enjoy ini dulu. Sila.


.official .studio

: SARAT MUZIK SEMASASelepas kejayaan memenangi Anugerah Filem Malaysia ke33 baru baru ini Stereo Pixels telah meraikan n...
27/01/2025

: SARAT MUZIK SEMASA

Selepas kejayaan memenangi Anugerah Filem Malaysia ke33 baru baru ini Stereo Pixels telah meraikan nya dengan gig Gemersik Dialun Pekik pada 28 Disember lalu...dalam format akustik..Dan mereka terus dengan usaha kearah evolusi muzik tempatan dengan acara "Fusion Music" dengan Gema Pekik Palu yang akan di adakan pada 8-9 Februari 2025 di Matic, Kuala Lumpur..Saya memang sokong evolusi melalui "fusion " dengan bentuk muzik yang lain.
Ya..mereka ada mengeluarkan rilisan akhbar.Menarik acara yang telah disediakan. Saya petik sedikit disini..dan seterusnya kalian bacalah di www.rottwofficial.com

Sedutan siaran akhbar
"•Malam Fusion Tradisi - sebuah persembahan yang cukup unik, menonjolkan irama fusion tradisional dan juga moden, bakal berlangsung di Dewan Tunku Abdul Rahman, MATIC pada 8 Februari 2025 pukul 8 malam.

Noh Salleh akan menerajui persembahan pada malam ini lengkap dengan kump**an pemuzik iringan dan sudah pasti akan mendendangkan lagu-lagu hits beliau antaranya Rahsia Tuhan & Angin Kencang.

• Malam Fusion Distorsi - sebuah persembahan yang menampilkan kugiran muzik tempatan yang memperjuangkan elemen fusion tradisional di dalam karya muzik mereka, bakal berlangsung di Dewan Tunku Abdul Rahman, MATIC pada 9 Februari 2025 pukul 8 malam.

MonoLoque yang dikenali dengan muzik fusion tempatan dengan bunyian moden akan menerajui persembahan bersama kump**an muzik yang sedang meningkat naik, Fugo......

Untuk rilisan akhbar yang penuh ... kalian bacalah di www.rottwofficial.com

Abangrom


.official .studio

: SARAT MUZIK SEMASASemalam, bersamaan 21 Januari, ASKA telah mengadakan Sidang Akhbar bertempat diHotel Concorde, Kuala...
22/01/2025

: SARAT MUZIK SEMASA

Semalam, bersamaan 21 Januari, ASKA telah mengadakan Sidang Akhbar bertempat diHotel Concorde, Kuala Lumpur. ASKA?? Siapa ASKA pasti kedengaran dikalangan kalian. Yer...saya pun pertama kali dengar nama ini. Aduih! Bagaiamanapun, ini adalah kali pertama beliau keMalaysia. Mungkin elok kalian jengok diYouTube. Saya sudah. Menarik juga. So pastikan kalian rasa feel Jepun p**a di scene kita...

Ini secebis dari rilisan akhbar dari penganjur..seterusnya di www.rottwofficial ya..

“Ini adalah persembahan sulung saya di Malaysia, saya tidak mahu hampakan peminat di sini dimana satu ketika dahulu saya berasa terkilan kerana tidak dapat beraksi di Malaysia dimana sepatutnya selepas mengadakan persembahan di Singapura saya beraksi di sini”, ujarnya ketika ditemui media di Concorde Hotel, Kuala Lumpur pada 21 Januari lalu.
“Demi menebus rasa kecewa dan peminat saya akan mengembalikan nostalgia peminat dengan hanya mempersembahkan rangkaian lagu-lagu pop**ar daripada album saya”, katanya "

abangrom
.karim .official

:GIG DAN KONSERTRAZE THE STAGE: Malam Ambang Tahun Baru di Panggung AsiaSecebis dari ulasan oleh Ladyganz"31 Disember 20...
20/01/2025

:GIG DAN KONSERT

RAZE THE STAGE: Malam Ambang Tahun Baru di Panggung Asia

Secebis dari ulasan oleh Ladyganz

"31 Disember 2024, malam terakhir sebelum masuk tahun baru, Panggung Asia jadi saksi kepada malam hardcore yang penuh adrenalin – Raze The Stage. Dengan lineup killer dan crowd yang sporting, event ni betul-betul tonjolkan semangat underground KL yang kental.

Pukul 7 malam, venue dah mula ramai. Tiket RM35 memang affordable. Crowd yg hadir melebihi 200pax cukup Brotherhood dalam hardcore scene ni memang lain macam.
Moshpit sepanjang malam tak henti, penuh semangat tapi tetap respek sesama sendiri. Dari awal sampai akhir, energy crowd kekal kuat.

Event dibuka dengan DJ set dari Kump**an Tangan Hitam, yang berjaya buat crowd hype sebelum Kosmik HC buka pentas dengan set bertenaga. Lepas tu, LastxMinute naik pentas dengan gaya mereka yang raw dan penuh tenaga, walaupun ada masalah teknikal awal. Shoutout untuk mereka sebab tetap buat crowd go insane!"

Seterus nya di www.rottwofficial.com

Oleh Ladyganz untuk ROTTW Magazine

Powered by:
Panggung Asia KL

official

: SARAT MUZIK SEMASAJadi..KRU kembali.!! Konsert nampak nya jual macam goreng pisang panas. Nampaknya ramai yang merindu...
19/01/2025

: SARAT MUZIK SEMASA

Jadi..KRU kembali.!! Konsert nampak nya jual macam goreng pisang panas. Nampaknya ramai yang merindui mereka,...Harap nanti tidak menghampakan peminat2 yang ramaai dan ghairah ni. Baru ni lagi satu single dari mereka berjudul "One More Time"..😊..kalau menjadi laguan laguan baru..tak kan "one more time"...sebab ini mungkin perjalanan kedua..
Bagaimana pun Sony Music ada mengeluarkan rilisan akhbar..Di sini disiarkan secebis..seterusnya di www.rottwofficial.com

"KRU meneruskan legasi muzik mereka sebagai
penyanyi/komposer/penerbit (singer/songwriter/producer) tersohor tanahair dengan pelancaran
single kedua dari album “Kaset” berjudul “One More Time”. Lagu ini disampaikan dengan penuh emosi
oleh KRU membuktikan kematangan Norman, Yusry dan Edry bagi penyampaian vokal dalam sesebuah
lagu.
“One More Time” merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Norman, Yusry, dan Edry yang mengekalkan
DNA muzik R&B KRU era 90-an yang masih menyengat sehingga kini. Lagu ini mengisahkan
kekecewaan seorang insan yang sekali lagi gagal dalam percintaan dan hanya mampu bergembira
dalam kesedihan melihat bekas kekasihnya hidup bahagia dengan orang lain."..sila ke laman web rottw atau sila ke link berikut
https://rottwofficial.com/?p=49275

Abangrom

.bros .kru .official

: SARAT MUZIK SEMASAMenarik....sangat menarik..!M.nasir telah meriliskan sebuah lagu lama berjudul Nuri Terbang Malam, y...
19/01/2025

: SARAT MUZIK SEMASA

Menarik....sangat menarik..!
M.nasir telah meriliskan sebuah lagu lama berjudul Nuri Terbang Malam, yang telah di beri nafas baru. Lagu dari sekitar tahun 1903 ini telah di susun semula oleh arwah Hanafi Hamdan. Lagu ini adalah sebahagian projek ‘100 Lagu 100 Tahun’ cetusan idea Professor Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak dan juga produser & komposer terkenal Dr Mohd Azhar Abu Bakar. Saya berpendapat ini adalah satu usaha yang sangat baik untuk memertabatkan karyawan kita pada masa lalu. Hanya harapan nya ialah supaya "feel" asal tidak "lari". Saya percaya team Luncai amat faham isu ini.

Untuk cerita sepenuhnya sila lawat lama web www.rottwofficial.com atau
https://rottwofficial.com/?p=49263

.official

Ini sedikit cebisan dari rilisan akhbar dari Luncai Emas..

Abangrom

SIARAN MEDIA


NURI TERBANG MALAM MEMINJAM SAYAP DATO’ M. NASIR UNTUK TERBANG SEKALI LAGI

Kuala Lumpur, 3/1/25 – Legenda muzik tanah air, Dato’ M. Nasir, sekali lagi mencetus inspirasi dengan rilisan terbarunya; sebuah lagu klasik awal 1900-an, “Nuri Terbang Malam” yang telah ‘dibayang semula’ atau digubah semula. Lagu ini dipercayai merupakan lagu Melayu pertama yang pernah direkodkan pada piring hitam sekitar tahun 1903 oleh sebuah syarikat rakaman antarabangsa dari United Kingdom, Gramophone Company......

*MV SIHIR - SVASTA FEAT LEAISM & MIRA (TILU BAND)*Dengan penuh rasa rendah diri, kami dari Svasta just dropped our first...
31/12/2024

*MV SIHIR - SVASTA FEAT LEAISM & MIRA (TILU BAND)*

Dengan penuh rasa rendah diri, kami dari Svasta just dropped our first music video called Sihir!

Tunggu apa lagi? The wait is over. Go watch Sihir on YouTube now!

Link : https://youtu.be/UtVlEBsFbls?feature=shared

Ya, itu pesanan dari mereka untuk anda. Min dah dengar dan s**a. Korang cuba dengar p**a, dan komen. Kepada Svasta, all the best! - admin

: GIG DAN KONSERT7 Disember 2024FESTIVAL OF DRUMS AND PERCUSSION 2024UITM Shah AlamIni adalah pertama kalinya acara ini ...
30/12/2024

: GIG DAN KONSERT

7 Disember 2024
FESTIVAL OF DRUMS AND PERCUSSION 2024
UITM Shah Alam

Ini adalah pertama kalinya acara ini diadakan dan kami rasa ianya satu usaha yang sangat baik bagi industri muzik kita am nya.. Festival ini berlangsung satu hari suntuk. Lokasi acara pun baik..dikalangan penuntut terutama sekali penuntut seni, orang muda amnya dan dikawasan yang terkawal. Tergerak juga dihati kenapa acara sebegini tidak diadakan selama ini,.. lebih lebih lagi oleh pihak pihak yang “mengamal” dan “mengawas” pembangunan seni negara. Pada pandangan kami pengiktirafan sebegini merupakan satu rangsangan untuk pengkarya pengkarya berusaha untuk bertambah baik, demi pembangunan serta evolusi muzik tempatan. Hmmmm.!
Pada sebelah siangnya berbagai klinik dram dan perkusi diadakan bermula dari 10.00 pagi…termasok “Showcase Batteryheadz Percussion & Sān Percussion, Showcase Kamrul Hussin & UiTM Traditional Performing Group, Showcase Steve Thornton, Lola XPDC Drum Clinic feat. Muzza & Lan, Ujang Exists Drum Clinic, Showcase Pa'ang & Gong, Arthur Kam Drum Clinic, Showcase Dato Zainal Abidin” dan disudahi sessi siang dengan Busking, Jamming dan Makan Malam.
Kami tidak hadhir untuk acara siang hari ini tetapi dari video yang diberikan kapada kami, rasa terkilan juga tidak hadhir. Klinik klinik yang sungguh mesra yang dikendalikan oleh peserta peserta. Syabas tuan tuan. Harus diteruskan usaha ini.
Pukul 8.00 malam kami sudah ditempat kami di Dewan Sri Budiman, menanti bermulanya Konsert Allstar Gala. Banyak kenangan Dewan ini untuk saya..Iya lah..saya menuntut di sini dari 1976-1979..Berbagai kenangan manis..Acara bermula dengan pancaragam dari PDRM dikuti Steve Thornton, Orkestra Tradsional Malaysia, Lola dan XPDC, Rie Tsuji, Arthur Kam yang diiringi Rozhan(bass), Steve dan Rie…Dahsyat mereka ini. Saya tersenyum lebar dengan komitmen yang di tunjukkan dalam acara ini. Maklumlah..bukan konsert besar besaran…tetapi acara bersua muka dan bertukar cara. Syabas tuan tuan. Selepas itu Paang Zaman ......

,....seterus nya di www.rottwofficial.com
JS Music
Tommy Love

Abangrom

Tomorrow. Last day of 2024. Let's get together and celebrate the New Year's eve.
30/12/2024

Tomorrow. Last day of 2024.

Let's get together and celebrate the New Year's eve.

27/12/2024

Jumpa di sana esok, Sabtu, 28 December 2024.

Tiket masih available dengan 25% diskaun. Dapatkan segera. Kita lepak sama sama esok di Damansara PAC.

Cheers.

: GIG & KONSERTSedikit pengumuman dari EO, Kharisma
24/12/2024

: GIG & KONSERT

Sedikit pengumuman dari EO, Kharisma

: SARAT MUZIK SEMASAROCKQUEEN, sebuah jenama gaya hidup yang diasaskan oleh Ratu Rock Malaysia, Ella, dalam usaha beliau...
24/12/2024

: SARAT MUZIK SEMASA

ROCKQUEEN, sebuah jenama gaya hidup yang diasaskan oleh Ratu Rock Malaysia, Ella, dalam usaha beliau merevolusi dunia fesyen. Ditubuhkan pada tahun 2021, ROCKQUEEN beraspirasi dalam memberikan keseimbangan antara fesyen berani yang penuh gaya fesyen sederhana tampak elegan, direka untuk memperkasa wanita agar dapat menerima keunikan diri mereka dengan penuh yakin.

Acara pelancaran rasmi ROCKQUEEN diadakan pada 21 Disember 2024 di Program Muslimah Fest 2024, di Mid Valley Exhibition Centre (MVEC), menampilkan pertunjukan fesyen koleksi sulung ROCKQUEEN diserikan dengan persembahan nyanyian oleh Ella.

Tahniah ROCKQUEEN atas satu lagi cabang kejayaan. Semoga terus sukses dan terbang tinggi sehingga ke peringkat antarabangsa.



Kemon kemon...Sabtu ni.
24/12/2024

Kemon kemon...Sabtu ni.

Stereo Pixels Sdn Bhd

Gergasi Muzik tanahair bakal beraksi semula!  Diberi nama KONSERT GENKRU, peminat sudah boleh mengumpul duit menanti tig...
16/12/2024

Gergasi Muzik tanahair bakal beraksi semula!

Diberi nama KONSERT GENKRU, peminat sudah boleh mengumpul duit menanti tiga figura tersohor ini membuat persembahan memukau di atas panggung AXIATA ARENA yang dijadual berlangsung pada 3 MEI 2025

Taknak ckp banyak, jom start cari baju 90s, brand brand berkenaan telah pun mereka senaraikan. Kita selam di bundle lah lagi mudah kan. Boleh lah dress up 90s seperti yang mereka anjurkan.

Pasti suatu acara yang s**ar dilupakan. Tq penganjur dan semua yang menjayakan usaha ini.
bros .official KRU Studios Yusry Abdul Halim Norman Abdul Halim

Address

48, Jalan SU3, Taman Selayang Utama
Batu Caves
68100SELANGOR

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ROTTW Magazine posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to ROTTW Magazine:

Videos

Share

THE VEHICLE OF CHANGE

ROTTW is a Malaysian music magazine first published in 1996. .with the objective of promoting talents and creative minds in the music industry!