Informasi Malaysia Kini

Informasi Malaysia Kini Satu Ruangan & Portal Berita Malaysia Kini , Reformasi Minta dan Jati Diri Melalui VIdeo/Berita Pelik, Sensasi, Bicara Agama, Lawak Sengal & Isu-Isu Semasa

Informasi Malaysia Kini is an independent Social Media Company located in Malaysia, build by Malaysian! and we are support asean

Selamat Datang ke fanpage Informasi Malaysia kini ~ Satu Ruangan & Portal Berita Malaysia Kini , Reformasi Minda dan Jati Diri Melalui Video/Berita Pelik, Sensasi, Bicara Agama, Lawak Sengal & Isu-Isu Semasa. Fanpage ini dikendali oleh 3 ADMIN dalam satu-satu masa, seb

arang URUSAN atau aduan boleh terus PM Admin AR (Pemilik Page) di https://www.facebook.com/messages/i.malaysiakini

Koleksi Video Informasi Malaysia Kini (IMK) ~ https://www.facebook.com/media/set/?set=vb.178310945549622&type=2

Rakan Kerjasama : Women Online magazine (WOM)
www.wom.my

Ni kira Ana punya lah kan?
28/07/2024

Ni kira Ana punya lah kan?

Hari ni saya dengan rasa kecewa terpaksa juga hebahkan kes yang menimpa suami saya beberapa bulan yang lalu. Saya nak ko...
20/07/2024

Hari ni saya dengan rasa kecewa terpaksa juga hebahkan kes yang menimpa suami saya beberapa bulan yang lalu. Saya nak kongsi pasal bertapa bahayanya bila dah terkena macam ni dengan AIA Malaysia

Saya dan suami dah penat follow up dengan AIA , even agent insurance pun dah tolong tapi jawapan yang kami dapat masih sama setiap bulan tak pernah berubah which is BELUM DAPAT APA2 UPDATE. Bila call customer service lagi lah sakit hati, tak ada pun jawapan untuk kes ni.

So nak jadikan cerita.. Suami saya kemalangan which is dia terjatuh dari tingkat 1. Sebabkan dah terjatuh kami pun pergi KPJ KAJANG untuk dapatkan rawatan susulan. FYI, suami dah buat caruman medical insurance almost 5 years dengan AIA dan ini adalah kali pertama nak guna.

Bila dah sampai hospital, Guarantee Letter yang Hospital request dah diapprove oleh AIA. So husband pun warded. Tapi sebelum warded ada buat Xray and doktor confirm ada fracture dekat bahagian tulang belakang L1. Masa dalam rawatan Doktor detect husband punya blood pleasure tak normal, so hospital amend GL lagi satu untuk check condition yang tak normal tu.

Masa dalam tempoh warded Hospital KPJ ada request tiga GL dari AIA dan semua dah pun APPROVED ya. Tempoh suami warded adalah selama 7 hari. Hari yang nak discharged tu ada staff datang and cakap suami dah boleh balik tapi kena letak deposit RM400 incase kalau ada apa2 yang pihak insurance tak cover.

So kami pun balik dan jalankan rutin macam biasa until kami dimaklumkan oleh pihak hospital yang FINAL GL SEMUA DECLINED oleh AIA dan AIA minta pihak hospital amend report. Pihak hospital dah pun buat semua yang AIA minta sebanyak 3 kali tapi still semua REJECT!

Alasannya sebab apa? Alasannya adalah ‘treatment can be done as outpatient’ sedangkan ianya adalah ACCIDENT dan perlukan penerhatian daripada doktor. So kami pun minta advice dari agent dan nasib baik agent kami ni sudi membantu. Kami & agent dah pun pergi hospital KPJ berbincang and collect all necessary document & submit semula dekat AIA.

Dah call , dah email tapi sebabkan sibuk dengan kerja memang tak ada masa nak pergi HQ AiA. Masalahnya AIA yang besar ni, yang sales agent berlambak tapi bab2 claim ni tiba2 semua benda jadi LOUSY. Bila call customer service , jawapan semua sama je.

Lagi geram bila pihak hospital siap dah siap hantar demand letter dari Lawyer untuk tuntut bill tu tapi AIA masih diam seribu bahasa.

So dekat sini saya nak tanya. Adakah AIA MENIPU sebab semua orang pun tahu yang kalau berlaku kemalangan memang pihak insurance wajib kena tanggung rawatan client. Kalau tak kenapa semua orang bersusah payah bayar setiap bulan tapi bila kemalangan jadi macam kes suami saya?

& boleh ke Guarantee Letter yang dah approved tiba2 boleh tukar status kepada DECLINED? Kalau macam ni bukan ke ibarat letak pistol dekat kepala pesakit sendiri? Kita datang hospital untuk terima rawatan bukan untuk tiba2 terjebak dalam HUTANG yang tak dijemput?

Untuk pengetahuan korang yang baca posting saya ni, jumlah bil hospital adalah sebanyak RM19,### ++. Dan memang satu SEN pun AIA not bother to pay!!

Saya harap posting ni viral supaya AIA respond kepada email & surat yang telah kami hantar beberapa bulan yang lepas! & semoga yang ada insurance hati2 dengan perkataan GL cepat approved tu, banyak sangat AGENT2 INSURANCE guna ayat tu tapi apa gunanya GL approved tapi tiba2 boleh tukar status kepada DECLINE??

Please mana2 pihak yang pernah ada problem macam ni dengan insurance korang, boleh tolong advice apa yang perlu dibuat?

Seriously ini adalah SCAM!

Sumber : Acha Natasha

Zaman sebiji berapa sen je ni...
14/07/2024

Zaman sebiji berapa sen je ni...

07/07/2024

Orang lain yang buat masalah, orang lain yg kena getah 😢

Bincangkan....
26/06/2024

Bincangkan....

23/06/2024

Kuat lebong terrrr.... perhatian tangan kiri beliau!

Ilmu Tayar (save utk rujukan) Huruf terakhir – contoh : Y adalah had maksimum kelajuan 300 km / jam (jangan main tekan p...
22/06/2024

Ilmu Tayar (save utk rujukan)

Huruf terakhir – contoh : Y adalah had maksimum kelajuan 300 km / jam (jangan main tekan pedal ikut s**a ya!).

Jika ianya huruf terakhir seperti di bawah, ia membawa maksud:

i. S = Maksimum had laju 180 km / jam

ii. T = Maksimum had laju 190 km / jam

iii. U = Maksimum had laju 200 km / jam

iv. V = Maksimum had laju 240 km / jam

v. Z = Melebihi had laju 240 km / jam

vi. W = Maksimum had laju 270 km / jam

vii. Y = Maksimum had laju 300 km / jam

viii. ZR = melebihi 270 km / jam ke atas

Sumber : RaZif Rashid

Waktu sekolah dulu tak pernah dengar kawan2 ckp cita2 nak jadi Speaker.
21/06/2024

Waktu sekolah dulu tak pernah dengar kawan2 ckp cita2 nak jadi Speaker.

Pemilik rumah hanya nampak dinding yang telah siap dicat cantik.Jarang mereka nak tahu apakah yang boleh menyebabkan din...
18/06/2024

Pemilik rumah hanya nampak dinding yang telah siap dicat cantik.

Jarang mereka nak tahu apakah yang boleh menyebabkan dinding retak melintang atau mendatar, atau seperti bergerak dari tiang.

Jarang pemilik rumah nak tahu apakah yang menyebabkan ada bintik dan tompokan kulat di bawah dinding yang akhirnya akan menyebabkan cat gelombong dan mengelupas.

Jarang juga mereka nak tahu apa kesannya pada kesihatan keluarga sekiranya dinding tidak diplaster.

Paling jarang, mereka nak tahu kenapa kontraktor tergesa-gesa hendak plaster bata yang telah diikat, sampai tak sempat pemilik rumah hendak berselfie dengan POV 'behind the plaster wall.'

Sebenarnya nak ikat bata pun ada pelbagai teknik, bergantung kepada keperluan struktur, keserlahan estetik

Contohnya di Malaysia ni jika setakat nak naik tembok pagar, atau buat rumah guard seketul tu, teknik ikatan pop**ar digunakan jenis stretcher bond atau ikatan sisi. Ia sesuai untuk dinding yang tak menanggung beban. Yang ni kalau dalam 1mps tu perlu dalam 60biji bata.

Untuk dinding rumah yang kena tanggung berat lantai dan siling tu p**a, kontraktor akan gunakan ikatan jenis English Bond. Jika nak lebih estitik kita ikat cara Flemish p**a. Yang ni anggaran bata yang selalu digunakan kita bajet dalam 120biji bata untuk setiap 1mps.

Sebenarnya ada banyak lagi teknik ikatan bata yang boleh digunakan bergantung kepada tujuan rekabentuk sesuatu dinding itu dinaikkan.

Tapi jika jumpa teknik ikatan seperti di bawah, minta kontraktor runtuhkan semula dan bina yang baru.

Ini teknik jimat bata yang pecah namanya.

Sumber : Mahanom Mohammad

Setelah heboh di media di mana Melaka melantiknya sebagai Duta Pelancongan, saya cari infor dlm Wikipedia. Rupanya dia m...
15/06/2024

Setelah heboh di media di mana Melaka melantiknya sebagai Duta Pelancongan, saya cari infor dlm Wikipedia. Rupanya dia memang dah terkenal di China.

Tujuan Melaka nak tarik pelancong dari China datang ke Melaka. Sbb itulah industri yg blh menaikkan nama Melaka dan sumber pendapatan utama negeri.

Ada yang marah mengapa tak lantik saja duta dari kalangan artis tempatan. Mengapa mahu berbelanja lebih? Ini semua sbb nilai komersial. Jika dgn itu boleh menambah lipat kali ganda p**angannya, jadi mengapa tidak, kan?

Sebelum ini Thailand telah lakukan yg sama dgn menjemput beliau ke Thailand tapi tak pasti adakah sebagai duta pelancongan juga.

Apa-apa pun dgn menggunakan nama sesuatu figura blh menaikkan jenama dalam sesuatu industri, produk dan perkhidmatan, rasanya go head.

Dalam Wikipedia, ini pengenalan ringkas beliau:

Fan Bingbing (Chinese: 范冰冰, born 16 September 1981 in Yantai) is a Chinese actress. From 2013 to 2017, she was included as the highest-paid celebrity in the Forbes China Celebrity 100 list after ranking in the top 10 every year since 2006. She appeared on Time magazine's list of the 100 most influential people in 2017

Sumber : Megat Hisemudin Megat Kasim

TOXIC PARENTS  IS REAL!Ini fake akaun. Aku dah takde tempat nak luah perasaan yang lama terbuku dalam hati ni. Aku rasa ...
12/06/2024

TOXIC PARENTS IS REAL!

Ini fake akaun. Aku dah takde tempat nak luah perasaan yang lama terbuku dalam hati ni. Aku rasa makin lama aku pendam makin sakit aku rasa.

Fedup dah jadi anak sulung perempuan! Kena plak kau duduk dalam broken family. Aku dah jadi mcm ketua keluarga dalam family aku. Mak bapak bercerai masa aku tengah study U.

Bapak aku penagih. Tu sebab mak bapak aku bercerai. Mak aku plak promoter. Tapi skg dah tak berkerja. Walaupun dah bercerai, bapak aku tiap2 bulan contact aku sebab nak duit. Aku syak sampai skg dia masih menagih. Aku kesian dekat bapak aku. Bulan2 aku paksa adik2 aku dua orang tu untuk bagi duit kat bapak aku. Paling banyak pn rm300 sebulan kteorang bg dia. Tp mcm biasalah, lepas dpt duit dia senyap, bulan depan dia call balik.

Mak aku plak lain ceritanya. Masa bercerai dulu, dia s**a layan mcm2 lelaki kat fb. Vc sana sini, sampai kena scam beribu2. Lepastu becinta bagai nak rak dengan sorang jantan ni, tapi akhirnya jantan tu tinggalkan dia. Yang jadi masalahnya, mak aku banyak hutang loan along sana sini masa becinta dengan jantan tu. Aku tak tahu pn pasal tu, sampai la 1 hari ada along mesej aku bagitau mak aku ada hutang kena bayar rm10k. Aku selidik pasal benda tu, memang betul. Aku dah pernah nasihat mak aku dulu yang pilihan dia salah untuk kawin dengan laki tak guna tu. Tapi mak aku tengah kemaruk cinta masa tu. Aku janji dia mcm2 masa tu pn dia tak dengar sebab masa tu aku tengah study lagi. Akhirnya aku jadi mangsa keadaan skg. Tiap2 bulan duit gaji aku bayar hutang mak aku yang dulu je, berbaki kurang dari 200 je untuk bertahan hidup. Sebab masalah mak aku la aku berhutang loan plak dengan aeon nak selesai kn loan2 dia tu. Sebab aku risaukan keselamatan keluarga aku walaupun semua mcm takde function

Adik2 aku tak nak ambik peduli pasal msalah2 ni. Sorang tu dah kawin, dia lepas tangan langsung lepas kawin. Yang sorang lagi bujang berkerja tapi dia pn kena push dulu baru dia akan tolong. Skg plak, adik bongsu aku, aku yang tanggung pembelajaran dia, dari A sampai Z. Tu pn mak aku tak nampak pengorbanan aku.

Skg aku dah kahwin, ada anak sorang. Aku ingat bila aku kahwin ni beban aku berkurang. Tapi sangkaan aku meleset. Masalah aku semakin bertambah. Bapak aku ingat aku berduit lepas kahwin. Dia ingat suami aku ni kaya raya kot, siap suggest "cuba mintak dengan laki kau duit, duit bapak tak cukup bulan ni". Laki ku bukannya kerja hebat pn, gaji pn cukup2 makan. Aku plak kerja bukan untuk diri sendiri, tapi untuk family. Kalau namanya aku enjoy2 dengan duit gaji aku, memang jarang berlaku. Aku banyak dahulukan family aku dari anak aku sendiri.

Benda yang triggered aku nak luah pasal ni kat sini sebab harini tnb call bagitau rumah kat kg ada tunggakan rm1k. Semenjak aku kerja aku tak miss bagi duit belanja kat mak bapak aku kat kg. Tapi yang buat aku geram mak aku banyak tunggak bil2 kat kg. Aku taktau dia pakai duit untuk apa. Aku dah asingkn untuk bayar itu ini. Harini baru aku tau bil elektrik kat kg tertunggak sampai 1k. Diorang mintak aku bayar harini. Mana aku nak cekau rm1k tu sebelum pukul 2 ptg. Aku stress laa! Lepas tu mak aku bukannya nak letak semua beban tu kat adik2 aku! Aku jgak yang kena carik jalan.

Adik2 aku semua lelaki. Dia tak pernah marah pn adik2 aku walaupun kadang2 adik aku tu kurang ajar dengan dia n lupakan tanggungjawab diorang sebagai anak. Tapi kalau aku, aku ckp sikit pasal duit belanja ke, pasal masalah2 family ke dia cakap aku berkira.

Aku taktau kenapa aku jadi anak sulung perempuan dalam family ni, family toxic plak tu! Setoxic2 bapak aku, mak aku lagi toxic. Dari start dia bercerai, sampai ke harini, mcm2 masalah dia bagi kat aku. Aku nak cerita detail kat korang walaupun aku guna fake account aku segan, sebab terlampau aib!

Aku rasa aku tak mampu bertahan. Tapi skg aku fikirkan anak aku je. Aku taknak anak aku plak hadap benda yang sama mcmna aku hadap. Dia jadi penguat aku. Setiap kali aku pandang dia, aku akan cakap dlm hati "mama taknak anak mama lalui apa yang mama hadap dari dulu sampai skg".

Ada orang pernah nasihatkan saya, hidup kita di dunia ini terbahagi kepada beberapa fasa-20-tahun.-----1) Pada usia 0 hi...
12/06/2024

Ada orang pernah nasihatkan saya, hidup kita di dunia ini terbahagi kepada beberapa fasa-20-tahun.

-----

1) Pada usia 0 hingga 20 tahun, ini adalah fasa kita sebagai bayi, kanak-kanak dan remaja. Hidup kita ditentukan sepenuhnya oleh ibu bapa kita.

-----

2) Pada usia 21 hingga 40 tahun, ini adalah fasa kita sebagai orang dewasa yang masih muda. Hidup kita ditentukan separuh oleh diri kita sendiri dan separuh lagi oleh orang lain.

Orang lain ini boleh jadi pasangan kita, anak-anak, ibu bapa, adik-beradik, kawan-kawan, majikan dan siapa saja orang-orang di sekeliling kita.

Sebab itu jangan silap memilih pasangan, jangan silap memilih kawan, jangan silap memilih persekitaran. Sama ada jalan hidup kita berwarna-warni atau kelam suram, ia bergantung kepada bagaimana circle kita.

-----

3) Pada usia 41 hingga 60 tahun, fasa ini adalah fasa kita sebagai orang dewasa yang matang, bebas dan berdikari. Hidup kita ditentukan 3/4 oleh diri kita sendiri dan hanya 1/4 oleh orang lain.

Jika hidup kita tidak bahagia, atau hubungan kita dengan semua orang porak-peranda, atau jika kita berakhlak jahat semasa muda, usia 40 tahun sepatutnya jadi turning point kita.

Masa inilah diri kita sepatutnya berubah. Masa inilah kita masih sempat untuk membetulkan jalan hidup kita. Masa inilah kita masih sempat untuk mengatur semula circle kita.

-----

4) Pada usia 61 hingga 80 tahun, fasa ini adalah fasa kita menuai kesan daripada bagaimana kehidupan kita semasa 0 hingga 60 tahun dahulu. Hidup kita ke hadapan akan ditentukan oleh sejarah kita di belakang.

Jika semasa muda seseorang itu menjaga keluarganya dengan baik, maka semasa tua dia akan bahagia dengan keluarganya. Begitulah sebaliknya.

Jika semasa muda seseorang itu mengamalkan gaya hidup sihat, maka semasa tua dia akan terhindar daripada pelbagai penyakit. Begitulah sebaliknya.

Jika semasa muda seseorang itu fokus mengejar dan mengumpul harta, maka semasa tua pun dia akan terus disibukkan dengan urusan harta.

Jika seseorang itu sentiasa hidup dalam dosa dan noda, cecah usia 40 tahun pun tak berubah juga, maka sampai ke akhir hayatlah hidupnya akan kekal begitu.

-----

Umur saya sudah 42 tahun. Saya sedang melalui fasa ketiga kehidupan.

Jika ada apa-apa yang ingin saya ubah tentang hidup saya, inilah saat turning point yang paling sesuai.

Tapi tiada apa pun yang ingin saya ubah. Saya bersyukur dengan jalan hidup saya setakat 42 tahun saya bernafas di bumi Allah ini.

Sumber : Asian Abd Jalil

Musim durian dah bermula tuan puan. Mungkin ni boleh bantu korg pilih durian yg sedap & berbaloi!
12/06/2024

Musim durian dah bermula tuan puan. Mungkin ni boleh bantu korg pilih durian yg sedap & berbaloi!

DILEMA SEORANG LELAKISalam min, ada tak cara nak kumpul 25 k dalam masa setahun setengah. Keluarga belah perempuan minta...
10/06/2024

DILEMA SEORANG LELAKI

Salam min, ada tak cara nak kumpul 25 k dalam masa setahun setengah. Keluarga belah perempuan minta.

Bakal wife tu pun minta, dia kata kalau takda duit tahun dpn, dia cari lelaki lain.

Ramai nak dkt dia. Tp sy syg dia. Kenal dh lama, hati dh ada, tak boleh lepas. Saya kerja gaji 1800 je sebulan. InshaAllah saya bakal cari dua kerja dlm sehari utk cari duit lebih.

Kalau ad lelaki yg ad pengalaman soal ini. Share lah ye. Sy taknak hutg. Tq. Jgn kecam.

[Infografik] Perbandingan Harga Diesel Bagi Negara-Negara Asia TenggaraSumber : Kementerian Kewangan
10/06/2024

[Infografik] Perbandingan Harga Diesel Bagi Negara-Negara Asia Tenggara

Sumber : Kementerian Kewangan

Jangan judge saya, saya tahu saya bodohHai. Saya nak post dekat sini untuk pengajaran + memang salah saya. Saya kena sca...
09/06/2024

Jangan judge saya, saya tahu saya bodoh

Hai. Saya nak post dekat sini untuk pengajaran + memang salah saya. Saya kena scam almost 5k sebabkan nak buat pinjaman dengan ejen ‘AFFIN BANK’ . saya tahu ini mmg 100% salah saya

Dimana modusnya;

After submit sgl dokumen, kita akan dapat call yg loan kita lulus. Then dia akan transfer amount loan kita dekat bank (tapi amount tu tengah floating, takleh bawak keluar pun).

After that dia minta RM300 transfer ke account PIC utk buat stamping. Then ada credit control call & berhubung melalui VOICENOTE whstapp cakap yang loan dah lulus but utk keluarkan kena ada RM2,000 dalam account.

Then saya simpan duit dalam account and screenshot macam dia suruh. Pastu tetiba dia suruh saya transfer RM1,000 Untuk scorring katanya. But saya tak curiga sbb screenshot dia ada logo affin bank but saya still bodohlaa sebab percaya and saya agak terdesak.

Then begitula seterusnya kena transfer sampailah saya sedar dah 5k saya transfer tapi duit tak dapat dapat pun.

So kepada semua orang, kalau orang contact melalui whatsapp berserta kad bank, pls jangan layan. Kalau tak jadi macam saya huhu

And inilah screenshot yang buat saya percaya yg saya buat kat tempat yg betul.

Btw ada juga dia bagi no acc orang2 yang saya kena transfer so jaga jaga ya semua.

Sumber : Halim Khan

Kami jumpa pantai tersembunyi yang mungkin kamu semua tak pernah dengar. Aku dapat tahu teluk ini dari mak aku. 50 tahun...
08/06/2024

Kami jumpa pantai tersembunyi yang mungkin kamu semua tak pernah dengar. Aku dapat tahu teluk ini dari mak aku. 50 tahun dulu inilah pantai tempat dia bermain dengan teman-teman sekampung.

Apa yang mak cerita tentang teluk ini sama dengan apa yang kami bertiga rasakan. Ketenangan, kebahagiaan dan kekeluargaan.

Tak sangka di Pulau Pangkor masih ada hidden gems yang belum diteroka lagi. Pantai bersih, sunyi dan pasirnya paling halus aku pernah jumpa. Sebuah keindahan di tanah air sendiri.

📍Teluk Segadas

Perkongsian X noitpippo

Semalam aku tekad korek lengkuas 3 tahun.. 😭 mesti korek sampai habis..Hangpa tengok ni.. anak gajah dalam tanah..Patut ...
08/06/2024

Semalam aku tekad korek lengkuas 3 tahun.. 😭 mesti korek sampai habis..

Hangpa tengok ni.. anak gajah dalam tanah..

Patut la tak boleh korek langsung.. punyala BESAQ nak mampoih.. 😭😭😭

Last2 bapak aku mai tolong.. semalam dia tau cakap ja.. 😩 bukan nak tolong buat apa pun..

Masa dia korek tu, setimbun keluar dari tanah.. 🫠
Actually 2 timbun.. punya la nak hidup.. dia takmau relai langsung.. 😩 jenuh tarik..

Yay. Semua dah korek habis.. tinggal akar je sikit2..

Tak naik balik dah kot.. 😤🤞

Ni semua lengkuas tua yang keras..

Semalam dah bagi habis dekat jiran2.. ni nak bagitau lain dalam wasap.. kalau depa nak ok la.. 😂

Kesimp**an : JANGAN tanam lengkuas dalam tanah.. 100% sakit pinggang dan kaki kalau cuba korek.. dan kalau tak korek habis, dia akan terus hidup gak.. 😩

Sumber : Linda Kamal

08/06/2024

JOHAN GHAZALI
tewas kepada
NGUYEN TRAN DUY NHAT dengan kiraan mata!

Jual burger belakang kereta jeMasa pergi Bank Islam Bandar Sri Permaisuri semalam ternampak pakcik ni jual burger, menar...
07/06/2024

Jual burger belakang kereta je

Masa pergi Bank Islam Bandar Sri Permaisuri semalam ternampak pakcik ni jual burger, menariknya dia dah ubah suai belakang kereta dia jadi gerai burger senang tak perlu nak angkut banyak barang keluar cuma meja kecik dan dapur je kat luar.

Kata pakcik ni dia dah lama meniaga cuma sekarang dia OKU, belakang dia sakit jadi tak boleh berdiri lama. Boleh nampak la pergerakan dia pun terbatas susah sikit nak bergerak.

Pakcik ni masak daging dia ada letak serbuk warna merah mungkin serbuk paprika dan ada letak sos Lea & Perrins. Cara dia masak pakcik tu cakap sekejap je tak terlebih masak supaya texture daging tu kekal lembut, sayur p**a dia ada letak Capsicum (tak pernah jumpa orang letak ni) ada salad, timun dan tomato. Sos dia pun agak rare jarang org guna utk burger 😀😀

Rasa burger pakcik ni memang ada kelainan ada rasa tersendiri ikut selera saya sedap juga. Kalau nak cuba boleh la beli dia niaga depan Bank Islam Permaisuri KL tapi dia niaga tak lama la sebab Belakang dia sakit tak boleh lama-lama dia cakap.

Sumber : Abu cari makan

05/06/2024

Menjelang tahun 2030, tiada lg khemah utk jemaah haji di Mina. Semua disediakan rumah kekal 5 tgkt, setiap bilik boleh didiami 25 org jemaah. Kemudahan ini boleh memuatkan 5 juta jemaah haji serentak.

SPM gagal, gaji 7k-14k  sebulan, kerja tower crane operator..yang bertanya tu mcm mana laluan permulaan , korang perlu a...
30/05/2024

SPM gagal, gaji 7k-14k sebulan, kerja tower crane operator..

yang bertanya tu mcm mana laluan permulaan , korang perlu ambil lesen operator kren menara dulu.

Sebelum ambil lesen pihak institut akan tanya korang dah boleh bawa atau belum . Jika tak pernah bawa korang tak boleh turut serta untuk ambil lesen..

Jadi korang perlu berkawan atau cari kawan2 yg memang operator kren menara , untuk naik kren dia dan tumpang belajar basic mcm mana nak kendali kren..

Kemudian dah tahu asas sedikit baru pergi apply ambil lesen di BSTC beruntung skill training center di bukit beruntung , kadar bayaran 2000-2500 untuk lesen ni , boleh refer harga terkini..

Waktu ambil lesen akan jalani 2 ujian yg akan di nilai oleh JKKP , ujian teori & amali..

Teori akan jawab soalan berkaitan crane dan bebanan , amali akan dinilai cara kendali kren..

Yg paling penting cari sahabat2 atau kawan atau siapa2 yg memg bawa kren menara untuk ajar korang basic..

Sy dulu sebagai operator kren menara , sy selalu ofer di FB untuk ajar siapa2 yg berminat . Untuk melayakkan diorg ambil lesen , boleh kira 10 org lebih sy pernah ajar & mereka pon dah jadi operator kren menara smpai skrg..

Kalau ikut memg tak boleh panggil org luar masuk ke tapak pembinaan , dan panjat tower crane untuk belajar crane . Tapi semua tu atas tanggungan operator itu sendiri . Pandai2 la mereka adjust bawak masuk site nanti..

Sumber : Faizan Dasuki

Palestin adalah nama sejarah tanah itu, bukan nama moden seperti yang didakwa oleh beberapa jurutaip...Petunjuk pertama ...
28/05/2024

Palestin adalah nama sejarah tanah itu, bukan nama moden seperti yang didakwa oleh beberapa jurutaip...

Petunjuk pertama penggunaan nama "Palestin" untuk wilayah geografi yang terletak di selatan Levant adalah apa yang ditulis oleh ahli sejarah Yunani Herodotus dalam tulisannya pada "abad kelima SM", apabila dia merujuk kepada wilayah Levant dan Mesopotamia. sebagai "Syria" dan di selatan mereka sebagai "Palestin" ( Παλαιστινη Palestine) dan "Syrian Palestine".
Pada permulaan era Khalifah Islam, Palestin dipanggil "Jund al-Filastin," dan sempadannya bertindih dengan "Jund al-Urdun."
Dalam gambar (sesen) zaman Umayyah, di mana nama Palestin di sebut.

Sumber : Omar Baihaki

28/05/2024

Kenapa perlu daftar lagi di portal lain untuk subsidi diesel BUDI jika sudah daftar di PADU?
Apa fungsi PADU sebenarnya?

25/05/2024

MPV potong double line hingga mengakibatkan motosikal bertentangan kemalangan.... 😪😢

Salam,Ex wife saya merupakan 2nd wife saya.. dulu kami bercerai sbb dia tolak perkahwin ke3 saya..Saya masih menanggung ...
25/05/2024

Salam,

Ex wife saya merupakan 2nd wife saya.. dulu kami bercerai sbb dia tolak perkahwin ke3 saya..

Saya masih menanggung hidup ex wife dan anak2 kami seperti masih bersama, cuma kurang sikit.. ex wife pun tak kerja sepenuh masa, cari duit sikit2 online.. saya masih menanggung rumah yg dibeli saya sewaktu kawin, kereta dia, duit poket rm2500 dan segala isi rumah termasuk barang dapur, rangkaian tv, electric, air, coway dan sebagainya..

saya ada perjanjian dgn ex wife, saya akan masih menanggung segala bil2 tersebut dgan syarat dia tidak boleh ada bf atau ada hubungan intim dgan laki lain.. jika kantoi, anak2 saya akan fight untuk ambil dan segala bil2 tersebut saya akan potong terus dan bawa ke mahkamah utk proses nafkah sebenar..

senang cerita, dah ada bukti.. ex wife ikut rakan masuk hotel sudah beberapa kali.. ex wife merayu, kata nya hanya pernah terjadi sekali... anak2 pun senang tinggal dgan mama mereka.. jadi saya kesian anak2...

1st wife nasihat, jgn simpan penzina dlm keluarga, jgn bagi duit pada penzina, sbb sekali buat, akan buat lagi.. 1st wife suruh tarik bantuan kos hidup ex wife dan anak2 bagi mak saya jaga atau bgi nafkah hnya yg ditetapkan mahkamah..

tapi mcm saya kata, kesian p**a anak2.. tapi apa yg 1st wife kata betul, risau dia akan buat perkara sama.. saya risau sampai satu tahap, dia bawa balik jantan ke rumah dan katil yg saya sediakan sewaktu kawin kami..

saya dah mmg taknak dah kawin dgan ex wife, sbb dia biadap sngat wktu saya nak kawin 3 sbb sampai mak saya pun dia maki mcm saya buat dosa besar sngat..
dilema skang.. dlm kepala ni, anak2 aja..

25/05/2024

Laki anda tersalah transfer RM10k ke akaun anda dan dia call/text minta balik duit tu 🤪
Apa respon anda?

Boikot besar-besaran telah jejaskan business Tan Sri Vincent Tan dan nak swastakan semula syarikat?Taikun dan usahawan M...
23/05/2024

Boikot besar-besaran telah jejaskan business Tan Sri Vincent Tan dan nak swastakan semula syarikat?

Taikun dan usahawan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan, dikatakan berhasrat untuk menswastakan semula syarikat Berjaya Food Bhd, dan mengeluarkan syarikat tersebut daripada Bursa Malaysia.

Menurut sumber daripada mereka yang mempunyai pengetahuan berkenaan perkara ini, Vincent Tan berhasrat untuk melakukan “buy-out” saham Berjaya Food Bhd, dan seterusnya mengeluarkan syarikat itu daripada Bursa Malaysia.

Berjaya Food Bhd merupakan pemilik kepada jenama francais terkenal di Malaysia, seperti Starbucks, Kenny Rogers dan Jollibean.
Apa itu penswastaan? Penswastaan merujuk kepada pertukaran status sebuah syarikat daripada syarikat umum ataupun “public” kepada syarikat swasta atau di Malaysia lebih dikenali sebagai syarikat sdn bhd.

Apabila ini berlaku, maka syarikat itu akan dikeluarkan daripada Bursa atau pasaran saham, juga dipanggil sebagai “delisting”.

Syarikat yang telah delisted kemudiannya tidak lagi tertakluk kepada kawalselia Bursa, dan sahamnya tidak lagi akan didagangkan.

Mengapa sebuah syarikat umum ataupun public, ingin menukar status kembali kepada syarikat sdn bhd?

Ada beberapa faktor yang menyebabkan keadaan tersebut, antaranya,

1. Langkah Strategik,
2. Penjimatan Modal Syarikat
3. Pematuhan dan Kawalselia

Oleh yang demikian, walaupun kita tak dapat pastikan kesahihannya mengenai kesan boikot cadangan untuk menswastakan semula Berjaya Food Bhd mungkin dibuat bagi tujuan untuk menstrukturkan semula bisnes Berjaya Food Bhd yang terjejas, dan untuk memastikan kelansungan bisnes tersebut.

Sehingga kini, masih tiada sebarang kenyataan rasmi yang dibuat oleh Vincent Tan ataupun Berjaya Food sendiri, namun ianya merupakan sesuatu yang menarik untuk kita tunggu dan lihat.

Sumber : AKMAL SK

Percayakah anda. Tiada warna merah dalam gambar ini❗  Zoom lah kalau x percaya 😉
22/05/2024

Percayakah anda. Tiada warna merah dalam gambar ini❗

Zoom lah kalau x percaya 😉

Address

Tmn Industri Bolton
Batu Caves
68100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Informasi Malaysia Kini posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Informasi Malaysia Kini:

Videos

Share

Our Story

Informasi Malaysia Kini is an independent Social Media Company located in Malaysia, build by Malaysian! and we are support asean


Other News & Media Websites in Batu Caves

Show All

You may also like