Hasli Alias

Hasli Alias Sebaran isu-isu semasa dan politik Malaysia.

"Bro tolong buat Part 2 dengan Muhamad Mukhlis Maghribi. Aku nak dengar lagi dari orang yang rapat dengan Najib Razak. R...
18/08/2023

"Bro tolong buat Part 2 dengan Muhamad Mukhlis Maghribi. Aku nak dengar lagi dari orang yang rapat dengan Najib Razak. Rupanya banyak cerita yang disembunyikan dari pengetahuan umum."

Begitulah antara permintaan rakan² FB yang pm melalui mesengger. Tapi masa itu semua tengah sibuk dengan PRN, jadi tak sempat.

Untuk tidak mengecewakan ramai orang, malam ini saya dan sahabat saya, Rf Lias akan membawakan Part 2 bersama beliau.

Kami akan mengupas beberapa isu tentang situasi dan suhu politik tanah air. Yang pasti, kita akan berbincang tentang perkembangan terbaru bekas PM kesayangan kita semua.

Saksikan di Nrchanneltv malam ini pukul 9:00 malam. Jangan lupa guys.

Katanya ada info menarik untuk dikongsikan kepada semua penonton dan pendengar.

Yang belum tengok Part 1, boleh tengok disini https://fb.watch/muWP5HldzP/?mibextid=ZbWKwL

17/08/2023

Takziah kepada keluarga mangsa tragedi kapal terbang terhempas di Elmina City. Semoga dipermudahkan urusan mangsa dan keluarga.
Al Fatihah...

Tragedi kebakaran kat Sekolah Agama Ittifaqiyah dekat Jalan Keramat tahun 2017 memang sedih. Lebih dari 20 orang tak sem...
17/08/2023

Tragedi kebakaran kat Sekolah Agama Ittifaqiyah dekat Jalan Keramat tahun 2017 memang sedih. Lebih dari 20 orang tak sempat selamat.

Lepas kejadian tu, ramai yang mula risau pasal keselamatan bangunan sekolah agama. Memang, isu khianat tu serius, tapi keselamatan budak-budak ni lagi penting.

Banyak soalan timbul lepas tragedi tu: Macam mana suspek boleh masuk? Pintu keselamatan cukup ke tak? Ada cukup pemadam api tak? Tingkap yang ada grill semua, ada yang boleh buka tak?

Sultan Selangor pun dah bertitah, melalui JAIS & MAIS, semua sekolah agama kat Selangor kena ikut garis panduan keselamatan dan juga belajar ikut sistem pendidikan yang betul. Walaupun dah suruh dari tahun 2019, tapi sebab Covid-19, isu ni jadi kurang sikit.

Banyak sekolah agama dah ikut arahan, tapi ada juga yang degil tak nak ikut, terutama sekolah swasta. Jadi Sultan Selangor pun dah bertitah, yang tak ikut arahan kena tutup.

Tapi yang paling sedih, ada yang cuba guna isu ni untuk politik. Kita sepatutnya fikir pasal keselamatan dan masa depan budak-budak, bukan nak main politik je. Negara lain politik 5 tahun sekali, kita p**ak macam 24/7 je.

Memang sedih lah macam ni.

13/08/2023

PAS ada ulamak ke? Berapa banyak buku dah ditulis yang dijadikan rujukan Universiti atau umat Islam di seluruh dunia sampai dapat gelaran ulamak? Pemimpin PAS bukan ulamak, mereka hanya rakyat biasa yang ada latar belakang/pendidikan agama kemudian diangkat menjadi pemimpin. Itu saja, tak lebih dari itu. Untuk menggelar mereka sebagai ulamak, agak keterlaluan.

13/08/2023

Masih berharap kita semua akan kembali mendengar laungan 1Malaysia.

13/08/2023

Dulu DS Najib Razak pernah berkata, ada perbezaan diantara orang UMNO dan ahli UMNO.

Orang UMNO, apa pun terjadi tetap akan memberi undi kepada Barisan Nasional manakala ahli UMNO, hanya beri undi bila keadaan menguntungkan mereka.

13/08/2023

Sebagai sebuah parti nasionalis yang perjuangkan agama dan bangsa, bila last UMNO bercakap tentang Melayu & Islam?

Sekadar lontaran soalan yang pernah diajukan pada aku.

Bagi kebanyakan akar umbi, UMNO dilihat tidak lagi menjadi wadah perjuangan orang Melayu & Islam dan ini diterjemahkn dalam PRN 6 Negeri yang melihat peratusan boikot dan swing voters agak tinggi.

Mereka nampak ada hero baru yang perjuangkan dua hal penting bagi mereka. Jadi UMNO kena bermuhasabah semula dan ini juga wake up call untuk PMX.

Tapi dari sudut lain, boleh nampak apa yang berlaku kepada Pak Lah, Najib Razak, juga sedang berlaku pada Zahid. Apa yang berlaku pada PRU14, berulang pada PRU15 dan PRN2023. Adakah kita masih tak belajar dari kesilapan?

Bila dah tak ada baru nak rindu zaman itu rindu zaman ini?

Apa pun yang penting DUN angkat bagi UMNO Wangsa Maju menang selesa dengan bantuan dari rakan kerjasama PH. Dan DUN N.23 Dusun Tua juga antara DUN yang dimenangi oleh BN.

Jadi selesai sudah semua cerita. Cukup² lah dengan politik. Ini masa untuk bangunkan negara. Tahniah kepada yang menang, dan mula lah berkhidmat sebagai Yang Berhormat.

12/08/2023

SUA DAP dah cantas ahlinya yang kecam UMNO dipentas ceramah. PAS/Bersatu bila nak kecam Gelakan? Gelakan dah ambil tindakan cantas ke belum? Tak kan takut kot?

POD45: EP6Membawa seorang yang agak vokal di media sosial berkaitan politik tanah air.Nantikan.
10/08/2023

POD45: EP6

Membawa seorang yang agak vokal di media sosial berkaitan politik tanah air.

Nantikan.

10/08/2023

Orang PAS kata kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri macam bapak dan anak. Tapi anak 24 jam maki bapak. Lepas maki mintak duit.
😒😒😒

Tak kan lah semua dah itu dia copy dan paste. Tak ada idea lain ke?
10/08/2023

Tak kan lah semua dah itu dia copy dan paste. Tak ada idea lain ke?

10/08/2023

Cadang suruh tukar parti je bukannya tukar agama pun.
Kalau tak bagus, lepas 5 tahun kan boleh tukar balik?

Itu pun nak marah. 😬😬😬

Duit dari luar nak masuk untuk PRN ke Tun? Oh lupa p**ak, akaun parti tu dah kena beku sebab Jana Wibawa kan? Patutlah P...
11/07/2023

Duit dari luar nak masuk untuk PRN ke Tun?

Oh lupa p**ak, akaun parti tu dah kena beku sebab Jana Wibawa kan? Patutlah Pengerusi dia datang jumpa Tun itu hari.

So what's the catch? Mukhriz naik MB Kedah ke? Oh no wonder Sanusi mengamuk sampai keluar mesyuarat.

Mudah² je Tun nak gula-gulakan orang ye? Pelabur nak labur 500 billion ye?

Iyolah.

Sekarang tengah heboh dimedia sosial tentang seorang individu yang dikatakan menteri menceroboh masuk ke dewan ketibaan ...
30/06/2023

Sekarang tengah heboh dimedia sosial tentang seorang individu yang dikatakan menteri menceroboh masuk ke dewan ketibaan antarabangsa KLIA tanpa pas untuk menyelamatkan seorang warga China yang ditahan Jabatan Imigresen.

Dalam kejadian yang dikatakan berlaku petang semalam, individu tersebut menggunakan kuasa menteri untuk ceroboh masuk ke dewan ketibaan untuk membebaskan seorang wanita warga China.

Tidak dapat dipastikan siapa warga China tersebut dan kenapa dia patut diselamatkan. Dan difahamkan ini kali ketiga individu yang dikatakan menteri tersebut melakukan hal yang serupa.

Ini satu tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh seorang menteri kerajaan. Bukankah JIM ada SOP-nya tersendiri. Kenapa sampai memaki hamun polis bantuan dan pegawai Imigresen.

Kita nak tengok apa tindakan kerajaan terhadap isu ini. Kalau digugurkan dari kabinet pun bagus sebab dah salah guna kuasa menteri.

Katanya menteri dari GPS.

Hasli Alias

29/06/2023

WAN MAHUSSIN WAN ZAIN adalah PAPA ZOLA, pejuang kebenaran!

Terciduk si papa gomol.

🤣🤣🤣🤣

Saat berderai jatuh Titisan air mata suci IBRAHIM, Melihatkan keteguhan iman anaknya ISMAIL, Dikala itulah bermulanya se...
29/06/2023

Saat berderai jatuh Titisan air mata suci IBRAHIM, Melihatkan keteguhan iman anaknya ISMAIL, Dikala itulah bermulanya sejarah agung Erti sebuah PENGORBANAN.

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1444H/2023M.

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar
Walillahilham.



Hasli Alias

Mereka cuba membalas fakta dari konteks yang salah. Tiada siapa menafikan sekiranya berlaku PRK di Parlimen Kuala Tereng...
29/06/2023

Mereka cuba membalas fakta dari konteks yang salah.

Tiada siapa menafikan sekiranya berlaku PRK di Parlimen Kuala Terengganu, kemungkinan besar PAS akan menang semula.

Yang kita nak bagitau ada rasuah berlaku sebelum mengundi. Terbukti ada ucapan dan berkempen sebelum wang diberi kepada pengundi berdaftar.

Ini yang mereka tak tak faham.

Sebagai sebuah parti yang kononnya berteraskan Islam, tak kan menang dengan rasuah?

Sebagai sebuah parti yang katanya ada puluhan ribu ulamak, tak kan tak tau ada dalil tentang rasuah?

Sebagai sebuah parti yang melaungkan undang² hudud tak kan tak faham undang² pilihanraya?

Sebagai parti terkuat di Terengganu dan yakin menang, kenapa perlu merasuah pengundi?

"Alah, kalau PRK semula, PAS boleh menanglah!"

Tak ada siapa nafikan. Kemungkinan memang boleh menang.

Tapi sekarang kita cerita lain, kau cerita lain.

Eh kejap, tanah kerajaan bertaraf premium yang MB Terengganu bagi pada Persatuan Isteri-Isteri Ahli Parlimen apa cerita?



Hasli Alias

Kenapa temubual malam tadi tajuknya Najib Razak Penentu Kerajaan Perpaduan?Kerana kita nampak hanya Bossku yang mampu me...
28/06/2023

Kenapa temubual malam tadi tajuknya Najib Razak Penentu Kerajaan Perpaduan?

Kerana kita nampak hanya Bossku yang mampu menentukan jatuh atau kekalnya kerajaan perpaduan ini.

Pusing ikut mana pun tetap akan ada impak terhadap Kerajaan Perpaduan. Samaada Bossku dibicarakan semula, pegampunan atau kekal dipenjara tetap ada kesan kepada UMNO dan PH.

Dan sebab itu Perikatan Nasional menangguk di air yang keruh kerana merasakan mereka mampu mendapat undi ahli UMNO dan penyokong Bossku yang terasa terkhianati kerana Bossku masih belum mendapat pembelaan dari Kerajaan Perpaduan.

Sebagai contoh positif, sekiranya Bossku mendapat pembelaan sewajarnya sebelum PRN. kempen² BN-PH akan mendapat booster tambahan. Dengan melihat Bossku bersama² PMX diatas pentas yang sama pasti mendatangkan satu fenomena baru diantara penyokong kedua parti.

Nama PMX akan melonjak dikalangan penyokong BN kerana dilihat sebagai pemimpin yang mempunyai compassion yang tinggi dan berjiwa besar.

Namun jika sebaliknya berlaku, kempen PRN 6 negeri akan menjadi sangat sukar kerana penyokong² UMNO merasakan kerajaan Perpaduan seperti tidak serius memperjuangkan isu Bossku.

Sepatutnya PH wajar bersolidariti bersama² untuk Bossku. Lupakan perkara² lama dan pandang ke hadapan untuk kelangsungan kerajaan dan kestabilan politik. Kita dah tertinggal terlalu jauh dari negara lain.

Jika UMNO boleh menerima DAP dan PKR, kenapa tidak DAP dan PKR menerima Bossku?
Gunakan Bossku untuk mendapatkan nasihat dan idea. Dia pasti tidak menolak kerana dia sayangkan Malaysia.

Ikut mana pun Bossku adalah penentunya. PMX tau akan hal ini.

Hasli Alias

27/06/2023

Terus Terang - PRN - Najib Razak Penentu Kerajaan Perpaduan

Moderator :
Hasli Alias

Tamu :
RF Lias
Aktivis Media Sosial

Lidah rasmi parti Islam pun boleh memfitnah dan menipu apatah lagi ahli dan pemimpinnya.Negeri sendiri ada isu air tapi ...
23/06/2023

Lidah rasmi parti Islam pun boleh memfitnah dan menipu apatah lagi ahli dan pemimpinnya.

Negeri sendiri ada isu air tapi dia nak kaitkan negeri lain p**ak.

Malam ini kita nak borak pasal PRN - Sebenarnya Apa Yang Anak Muda Mahu?Tajuk ini diberikan oleh seorang sahabat saya di...
19/06/2023

Malam ini kita nak borak pasal PRN - Sebenarnya Apa Yang Anak Muda Mahu?

Tajuk ini diberikan oleh seorang sahabat saya dimana kami golongan Gen Y sebenarnya nak tau juga apa sebenarnya yang diinginkan oleh orang muda dari kerajaan.

Sebab ada diantara kehendak itu tidak wajar dan sesetengahnya hanya menguntungkan sebelah pihak. Kita nak menyelami isi hati anak muda menjelang Pilihanraya Negeri akan datang. Mungkin ada juga topik-topik seperti pemerhatian tentang PRN 6 negeri dan peranan broker pembangkang dalam PRN.

Jadi malam ini kita nak bincang. Bak kata, Hj. Azrul Abu Hassan, jangan pandai sembang sampai babi pun boleh terbang.

Kita jumpa di NR Channel TV disaluran FB, Youtube dan Tiktok malam ini pukul 9.00 malam.

LHDN serbu rumah Hamzah di Damansara, dokumen dirampas.Rumah Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin di Damansara, Kuala Lumpu...
15/06/2023

LHDN serbu rumah Hamzah di Damansara, dokumen dirampas.

Rumah Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin di Damansara, Kuala Lumpur diserbu dan digeledah pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) semalam, menurut sumber Perikatan Nasional (PN).

Sumber memberitahu FMT, serbuan di rumah setiausaha agung Bersatu itu dilakukan malam semalam.

“Ya, rumah Hamzah diserbu. Kami tidak tahu alasan di sebalik serbuan tersebut.

“Beberapa dokumen juga dirampas,” kata sumber.

Sementara itu, sumber Bersatu mendakwa serbuan di rumah setiausaha agung PN itu gagal menimbulkan persepsi negatif terhadap Hamzah.

“Serbuan ini bertujuan untuk mencemarkan nama baik kami dan mencipta persepsi terhadap kami,” kata satu lagi sumber.

Pada Februari lalu Hamzah menuduh kerajaan menggunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai alat politik selepas agensi itu membekukan akaun Bersatu.

Bekas menteri dalam negeri kemudiannya menafikan terbabit dengan kes rasuah berjumlah RM15 juta selepas namanya terdapat dalam kerta pertuduhan terhadap ahli perniagaan Sim Choo Thiam.

Sim didakwa pada Mei lalu atas tuduhan meminta RM15 juta dari seorang ahli perniagaan Hep Kim Hong, pada Jun 2021.

Pendakwaraya berkata wang itu sebagai dorongan untuk Hamzah membantu syarikat Hep, Asia Coding Sdn Bhd untuk mendapatkan projek dari kementeriannya.

Sim juga didakwa dengan tiga lagi tuduhan menerima RM15 juta untuk mendapatkan projek daripada Kementerian Dalam Negeri. Dia mengaku tak bersalah atas empat tuduhan tersebut.

Hamzah berkata, pertuduhan yang mengaitkannya sengaja dibuat untuk mencemar namanya sebagai bekas menteri di kementerian itu.

https://sarangburung.net/lhdn-serbu-rumah-hamzah-di-damansara-dokumen-dirampas/

Dakwaan PN Kedah team A (kem Sanusi) terpaksa menganjurkan solidariti seramai 700 org hadir utk menunjukkan pengaruh mer...
15/06/2023

Dakwaan PN Kedah team A (kem Sanusi) terpaksa menganjurkan solidariti seramai 700 org hadir utk menunjukkan pengaruh mereka terhadap PN Team B (kem Mukhriz).

Desus mengatakan kem B kini giat melobi Mukhriz sebagai calon MB Kedah.

Permasalahan pentadbiran Sanusi kian terserlah apabila caranya berpolitik dikhabarkan tidak disenangi pelbagai pihak.

Ada cadangan dari rakan supaya saya bawa topik, "PRN - Apa yang anak muda nak sebenarnya?"Setuju tak atau ada topik lain...
14/06/2023

Ada cadangan dari rakan supaya saya bawa topik,

"PRN - Apa yang anak muda nak sebenarnya?"

Setuju tak atau ada topik lain yang korang nak saya bawa dalam segmen Terus-Terang di Nrchanneltv yang seterusnya.

Boleh komen bagi idea dan akan dipertimbangkan dengan team produksi.

Semalam jemput Naib Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan. Berbincang tentang usul ekonomi yang dibawa semasa PAU2023 di...
14/06/2023

Semalam jemput Naib Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan. Berbincang tentang usul ekonomi yang dibawa semasa PAU2023 di NR Channel TV.

Usul yang dibawa tu memang betul² berlaku di Wilayah. Dan memang di Wilayah perlukan sebuah kementerian khas untuk menjaga dan menguruskan hal² Wilayah.

Bagaimana sebagai ibu negeri Malaysia, Wilayah boleh diturun taraf dari sebuah negeri kepada sebuah daerah? Bukan sahaja ibu negeri malah Putrajaya sendiri sebagai pusat pentadbiran kerajaan persekutuan.

Apa yang diharapkan Datuk Seri Presiden dapat membawa suara orang Wilayah kepada PMX dan andaikata selepas PRN betul² berlaku cabinet reshuffle, mohon dikembalikan Kementerian Wilayah kepada kami.

PolifiksyenMat Sabu: "Salamelekom Mat."Mat Saman: "Waalaikumsalam YB. Terkejut aaihh, menteri dok telepon pepagi buta ni...
13/06/2023

Polifiksyen

Mat Sabu: "Salamelekom Mat."
Mat Saman: "Waalaikumsalam YB. Terkejut aaihh, menteri dok telepon pepagi buta ni."
Mat Sabu: "Hang tibai aku teruk sangat aaih. Pepada la sikit."
Mat Saman: "Macam mana aku tak tibai, beras mahal sangat."
Mat Sabu: "Aku nak cakap pun serba salah. Tak cakap hang kata aku salah. Aku bagitau kat hang saja...hang toksah dok cerita kat orang lain p**ak."
Mat Saman: "Ada skandal ka YB?"

Mat Sabu: "Bukan skandal...tapi aku rasa kena penaya. Hang bukan tak tau bos hang dulu...suka penaya orang."
Mat Saman: "Uiisshh...pasai apa p**ak?"
Mat Sabu: "Dia dok ikut kepala dia saja. Dok buat U-turn selalu...aku kena tanggung. Hang pun sama dok bidaih aku."

Mat Saman: " Cer cerita!".
Mat Sabu: "Hang tau pasai teloq dulu kan? Aku belum jumpa tokey teloq dia dah bagi arahan suruh impot. Aku nak kata apa? Habih orang dok kata aku Menteri takdak teloq. Semua dia yang bagi arahan, bila kena kutuk...aku sorang yang kena.

La ni, teloq dengan ayam dah stabil. Aku cadang kat dia supaya subsidi ayam dan telor ditarik balik. Dia pun setuju. Jadi, aku umum la kat Parlimen.

Tup-tup, dia buat U-turn p**ak. Dia kata akan diteruskan. Tokey ayam dok kutuk aku..nama dia naik."

Mat Saman: "Menteri kabinet ni takdak grup wassap ka?
Mat Sabu: "Takdak. Takut orang screenshot."

Mat Saman: " Beras ni apa cerita p**ak?"
Mat Sabu: "Hang pun tau. Masa Salahudin jadi Menteri Pertanian dulu, kita nak pecah monopoli Bernas..tapi tak sempat. Kita tak boleh dok bagi Bernas dok kontrol beras kita. Kerajaan kena ada kuasa, bukan cukong. Aku memang tak mau beras naik tapi aku nak kata apa...tiba-tiba depa jadi adik beradik p**ak.

Beras ni Syed Mokhtar yang kontrol. Impot dan tempatan dia pegang. Aku pun tau, bila beras impot naik, beras tempatan akan hilang. Orang terpaksa juga beli beras impot. Tapi, aku nak kata apa?"

Mat Saman: "YB tak cakap kat PMX macam tu?"
Mat Sabu: " Aku habaq dah. Dia kata haritu Syed Mokhtar tolong kita 50 juta. La ni kita kena tolong dia balik la. Bila lagi nak tolong Melayu?"

Mat Saman: "Gula p**ak macam mana? Ni kat Langkawi susah sangat nak dapat?"
Mat Sabu: "Sama jugak la. Modus operandi sama gula dengan beras ni. Beras dia punya, gula pun dia punya."

Mat Saman: " Mintak maap banyak-banyak YB. Saya tak tau cerita."
Mat Sabu: "Hang nak balaih pun takpa aaaiih. Tapi jangan la tala kat aku."
Mat Saman: "Bereh YB. Salamelekom."

Apa cerita tunduk pada Tun M?
09/06/2023

Apa cerita tunduk pada Tun M?

Tanah strategik di kawasan bandar dan berkepentingan rakyat seluas 11,299 meter persegi di Batas Baru bernilai RM29 juta...
09/06/2023

Tanah strategik di kawasan bandar dan berkepentingan rakyat seluas 11,299 meter persegi di Batas Baru bernilai RM29 juta ‘dijual’ kepada isteri wakil rakyat PAS dengan hanya RM500 ribu.

Keputusan yang tidak bertanggungjawab itu dibuat oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk faedah dan kepentingan isteri-isteri mereka.

Rekod Pendaftar Tanah Kuala Terengganu mencatatkan, terdapat dua pihak yang tidak bersetuju tanah itu diserahkan kepada Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Bekas Isteri Wakil Rakyat PAS Terengganu atau singkatannya Khairunnisa.

PERTAMA, Pendaftar Tanah Kuala Terengganu pada 10 Februari 2019 menyatakan TIDAK memberi pertimbangan kepada permohonan isteri wakil rakyat PAS kerana tanah tersebut telah dibuat pengambilan balik pada tahun 2005 dalam diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 21 Jun 2006 bagi tujuan disimpan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara bagi maksud tujuan awam dan diwartakan pada 28 April 2011.

Untuk rekod, tanah tersebut pernah diberikan kepada Koperasi Insaf Terengganu Berhad (Koinsaf) milik pemimpin PAS Terengganu pada tahun 2003 iaitu ketika Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menjadi Menteri Besar Terengganu. Koinsaf ditubuh pada 29 Disember 2021 dan dipengerusikan oleh Bendahari PAS Kemaman, Roslin Abdul Rahman. Setiausaha Politik Abdul Hadi Awang ketika itu, Hussain Ismail adalah Ahli Lembaga Pengarah Koinsaf.

Tanah yang pernah menjadi tapak mahkamah syariah dan pejabat kerajaan itu diberi kepada koperasi milik pemimpin PAS Terengganu dengan bayaran premium RM340 ribu. Memandangkan kedudukan tanah itu yang strategik dan berkepentingan rakyat, kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional pada 2005 terpaksa membuat pengambilan balik tanah tersebut. Kerajaan negeri ketika itu terpaksa membayar kepada Koinsaf sebanyak RM8.06 juta, iaitu nilaian semasa tanah tersebut. Dengan pembayaran itu, Koinsaf dan pemimpin PAS Terengganu telah menerima ‘keuntungan’ sekitar RM7 juta.

KEDUA, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu menerusi surat bertarikh 14 Julai 2019 juga TIDAK menyokong permohonan isteri wakil rakyat PAS itu.

‘Conflict of interest’ dalam perkara ini ialah; ‘Menteri Besar dan Ahli Exco’ selaku pembuat keputusan telah meluluskan permohonan ‘Isteri Menteri Besar dan isteri Ahli Exco’ untuk memiliki tanah kerajaan negeri yang bernilai tinggi.

Khairunnisa yang dipengerusikan oleh isteri Menteri Besar, Tuan Faezah Tuan Abd Rahman telah didaftarkan di alamat Pejabat PAS Terengganu iaitu No. 33, Taman Seri Intan, Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu.
Tanah itu berada di lokasi strategik dalam kawasan pusat bandar Kuala Terengganu dengan jarak 500 meter dari Wisma Darul Iman dan ‘berjiran’ dengan Ibu Pejabat Polis Terengganu, Hospital Pakar Salam dan Menara Yayasan Islam.

Paling ‘strategik’, tanah itu terletak kira-kira 100 meter dari Pejabat PAS Terengganu dan sesuai untuk dibangunkan sebuah kompleks pentadbiran PAS Terengganu.

Kini, ia dinamakan sebagai ‘Dataran Khairunnisa’.

Surat daripada Pengarah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Terengganu bertarikh 18 Julai 2019 mengesahkan nilaian pasaran terbuka tanah tersebut ialah RM29,370,000.

Atas konflik kepentingan ‘kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar’ dan ‘persatuan pimpinan isteri Menteri Besar’, bayaran premium yang sepatutnya dikenakan ialah sebanyak RM5.87 juta ‘dikurangkan’ kepada RM500 ribu sahaja.

Merujuk dokumen Notis Bahawa Hasil Tanah Harus Dibayar (Borang 5A, Seksyen 81 dan 82) daripada Pentadbir Tanah Kuala Terengganu bertarikh 9 Ogos 2020, jumlah premium yang dikenakan ialah sebanyak RM5,874,000.

Namun, di atas konflik kepentingan antara Menteri Besar dan isteri Menteri Besar, Notis Bahawa Hasil Tanah Harus Dibayar (Borang 5A, Seksyen 81 dan 82) kali kedua daripada Pentadbir Tanah Kuala Terengganu bertarikh 4 Januari 2021, jumlah premium yang dikenakan ialah hanya RM500,000.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menerima satu aduan berhubung dakwaan penjualan tanah Be...
08/06/2023

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menerima satu aduan berhubung dakwaan penjualan tanah Bernilai RM 29.3 juta kepada persatuan seorang menteri besar dengan nilai di bawah harga pasaran.

Aduan berkenaan telah dibuat di SPRM Terengganu Dan telah dipanjangkan ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk tindakan Dan siasatan lanjut.

Untuk rekod penjualan tanah berkenaan yang terletak di pusat bandar Kuala Terengganu itu tidak disokong oleh pentadbir tanah Dan juga Majlis Bandaraya Kuala Terengganu namun tetap diluluskan kepada Persatuan Isteri-Isteri- Wakil Rakyat Dan Bekas Wakil Rakyat Pas Negeri Terengganu dengan hanya membayar premium tanah RM 500 ribu sahaja.

Tanah berkenaan bukan kali pertama diserahkan kepada NGO milik Pas tetapi ianya pernah diberikan ketika PAS memerintah Terengganu pada penggal 1999-2004 sebelum Kerajaan ketika zaman BN membeli balik tanah berkenaan kerana tanah tersebut tidak wajar diberikan kepada NGO kerana ianya bernilai besar bagi manfaat rakyat secara keseluruhannya.

Sebelum diberikan kepada persatuan berkenaan tanah tersebut diurus oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dengan segala hasil disalurkan untuk manfaat rakyat Terengganu namun apabila diserahkan kepada NGO segala manfaat keuntungan bukan lagi milik rakyat secara keseluruhannya tetapi hanya menjadi milik NGO berkenaan sahaja.

Untuk rekod juga persatuan berkenaan hanya membayar hanya 1.7% (RM 500 ribu) daripada jumlah keseluruhan nilai premium tanah yang sepatutnya dibayar iaitu 20% daripada nilai sebenar tanah RM29.3 juta.

Hok aloh!

Nak tau cerita penuh, disini https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=981410159891466&id=100040674737393&mibextid=ZbWKwL

07/06/2023

Bukan UMNO yang menggagalkan Muafakat Nasional tapi orang lain. Menjadi resam dunia, orang lain yang makan nangka, UMNO yang terkena getahnya.

Disaat UMNO dibekukan akaun banknya, mereka melutut kepada PPBM. Dan sekarang apabila PPBM p**a dibekukan akaun banknya, sekonyong² dengan muka tebal mereka pergi bertemu Tun Mahathir mengharapkan talian hayat.

Walaupun berpaling muka saat ditanya mengenai Memali dan terpaksa menelan air liur tatkala Almarhum Tuan Guru Nik Aziz disama taraf dengan Lim Kit Siang.

Inilah sikap bermuka-muka pemimpin parti yang berteraskan Islam kononnya.

07/06/2023
Berita baik buat rakyat Malaysia dari seorang Menteri UMNO. Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) In...
07/06/2023

Berita baik buat rakyat Malaysia dari seorang Menteri UMNO.

Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Insolvensi (Pindaan) 2023 dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas 18 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Terdahulu, ketika menggulung perbahasan RUU berkenaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman memperbetulkan persepsi masyarakat yang sebelum ini mengaitkan ramai orang muda diisytiharkan muflis.

"Itu sebabnya kerajaan nak bantu individu bankrap. Usaha yang pertama adalah peningkatan had muflis daripada RM50,000 kepada RM100,000. Dulu mula-mula RM30,000.

"Kalau (masih kekal) RM30,000, saya percaya dan yakin jumlah yang disebut lebih banyak," katanya.

Beginilah cara Menteri Undang-Undang UMNO bekerja. Ini secara tak langsung dapat membantu rakyat yang terkesan dengan status bankrap.

Selepas ini kita tunggu kes Pulau Batu Putih p**a.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/05/1105506/dewan-rakyat-lulus-ruu-insolvensi-pindaan-2023?fbclid=IwAR0SPC4bywXEQDetRE3QLpJGO-LlZHLEJY5J_kkpqhCHLaiM-ULsC-NVyRk

Ahhhh sudah!SU Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan kata perbahasan Laporan Ketua Audit Negara umpama membuka ruang u...
07/06/2023

Ahhhh sudah!

SU Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan kata perbahasan Laporan Ketua Audit Negara umpama membuka ruang untuk sesetengah individu dibahaskan dan secara tak langsung membuka aib.

Selama ini pimpinan PAS membuka aib dan membahaskan secara langsung kes 1MDB boleh p**ak walaupun banyak ketidakadilan berlaku dalam proses perbicaraan berlaku.

Tidak p**ak dia kata apa-apa.

Pengerusi PN dalam setiap ceramah dan kempen banyak memalukan pimpinan UMNO sehingga tahap memfitnah Presiden UMNO. Pimpinan PN banyak mengeluarkan kata-kata kesat terhadap UMNO.

Yang ini boleh p**ak ya?

Tapi nak bahas kedudukan kewangan negara seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara tiba² mengaibkan individu?

Oh...faham.

https://fb.watch/k-MV-VMX2L/?mibextid=ZbWKwL

Begitulah PAS dan PN. Apa saja kelebihan yang memihak kepada mereka akan dihalalkan tapi yang tidak memberi kelebihan akan ditentang. Inilah politik PAS dan PN.

Politik tiga suku.

Ada buat salah ke sampai takut nak berbahas?

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=979448486754300&id=100040674737393&mibextid=ZbWKwL

Selama ini kita tahu yang pihak pembangkang akan selalu meminta supaya usul berkaitan Laporan PAC dibahaskan. Supaya dap...
06/06/2023

Selama ini kita tahu yang pihak pembangkang akan selalu meminta supaya usul berkaitan Laporan PAC dibahaskan. Supaya dapat menjadi check and balance kepada kewangan negara.

Tapi kali ini pelik sikit sebab pembangkang beria-ria tak mahu usul Laporan PAC dibahaskan di Dewan Rakyat dan mahu usul itu disokong tanpa dibahaskan.

Rupanya ada udang disebalik batu.

Ini ada salah satu contoh.

Kementerian Kesihatan telah menempah 500 ventilator dan bayaran pendahuluan RM30 juta telah dibuat. Tetapi pembekal hanya dapat menyerahkan 136 unit sahaja.

Daripada 136 unit itu p**a, hanya 28 unit boleh digunakan. 108 lagi rosak.

Daripada 108 yang rosak, hanya 15 sahaja boleh dip**angkan kembali kepada pembekal. 93 unit tidak boleh dikembalikan kerana tiada dokumen perolehan daripada KKM kepada pembekal kerana dibuat di bawah Tatacara Perolehan Darurat.

Kerugian kepada negara adalah RM13 juta.

Ini baru satu. Ada banyak lagi.

Belum cukupkah satu alasan ini? Atau adakah sudah cukup laungan bersih dan stabil tanpa bukti?

Bacaan penuh dikomen.

Address

Kuala Lumpur
Bangsar
53100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hasli Alias posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share


Other Digital creator in Bangsar

Show All