RADIO Baling -LIVE FM

RADIO Baling -LIVE FM radiobaling live
(3)

17/09/2023

Jom karoke

15/06/2023

Santai ii sat lama sungguh xlive

14/06/2023
05/06/2022

Geng gendang silat

Baru-baru Ini Pada 31/03/2022, Pihak DJMUDAOFFICIAL Membariskan Gandingan Duet DJ Najmi & Dj Afiq Di Majlis Raikan Alia ...
01/04/2022

Baru-baru Ini Pada 31/03/2022, Pihak DJMUDAOFFICIAL Membariskan Gandingan Duet DJ Najmi & Dj Afiq Di Majlis Raikan Alia Shazlin Dan Mamat Yang Berlokasi di Baling, Kedah.
-
-
Pihak DJMUDAOFFICIAL Mendoakan Semoga Ikatan Cinta Yang Terjalin Diantara Pasangan Ini Terus Mekar Selamanya. Selamat Pengantin Baru❤️
-
-
Jom Booking Slot Dj Untuk Majlis Anda dengan Kami Sekarang👇🏻
www.wasap.my/60179583040/DJMUDAOFFICIAL



30/10/2021

Part 4

30/10/2021

Sambung live bnjir di kupang
Mintak tolong share dan doa semoga dipermudahkan segala urusan

30/10/2021

Banjir di kupang

29/09/2021

Hujang2 bnjir

Assalamualaikum Good Morning semua.....semoga kita semua sihat selalu
05/03/2021

Assalamualaikum Good Morning semua.....semoga kita semua sihat selalu

Alolo comelnya! banyak pet pergi kerja hantar makanan. Ni betul-betul Food PANDA ni 😂 Dimaklumkan bahawa semalam merupak...
10/02/2021

Alolo comelnya! banyak pet pergi kerja hantar makanan. Ni betul-betul Food PANDA ni 😂

Dimaklumkan bahawa semalam merupakan hari terakhir pemuda tersebut menjadi rider.

"Hari last, bawak sekali budak malas ni pi cedok order sebelom gantung beg..."

Semoga terus dimurahkan rezeki, terima kasih atas usaha bantu para peniaga hantar makanan & barang-barang kepada pelanggan.

Kredit: Jaii

Lebih kurang jam 12.30 tengahari aku singgah di Car Wash area Kuantan. Berhentikan kereta, matikan enjin dan serahkan ku...
06/02/2021

Lebih kurang jam 12.30 tengahari aku singgah di Car Wash area Kuantan. Berhentikan kereta, matikan enjin dan serahkan kunci kereta kepada budak cuci kereta. Nepal ke, Myanmar ke aku tak pasti. Terlihat kereta parking sebelah kereta aku Chevrolet Camaro (Transformers) yang dalam kiraan harga bagi aku yang perminat supercar ini dalam harga RM400k pada permulaannya.

Aku melangkah masuk ke bilik menunggu kaca. Pada perkiraan aku lebih baik duduk menunggu di dalam aircond, memandangkan cuaca agak panas. Aku duduk dan memandang ke belakang dan menegur brother yang kebetulan sedang membaca. Aku agak buku-buku bermotivasi tinggi di tangannya.

Aku pun bertanya,

"Kereta bos ke tu?"

Smart giler! Dia hanya menganguk sambil tersenyum...

"Dari mana bos?"

Dari Tun Hussien Onn katanya. Bisnes ke?

Consultant jawabnya.

Oooh...

"Consultant untuk pinjaman perniagaan dan penasihat kepada bank-bank di Malaysia".

"Waww"!!!
Mesti best jawab hati aku.

"Saya dah 30 tahun dalam bidang ini," katanya.

Aku tanya dia, "Macam mana ye jika saya mahu mengembangkan perniagaan yang ada kepada lebih besar dengan modal yang tak seberapa ada?"

Dia tersenyum dan katanya,

"Saya nasihatkan guna apa yang kita ada tanpa membuat sebarang pinjaman bank. Apa yang ada, besarkan modal. Saya bermula dari kecil. Mula ada RM10k, kemudian RM20k, RM60k, RM80k, kemudian kepada RM100k, RM200k, RM400k dan RM800k. Cuba guna sumber yang ada untuk kegunaan perniagaan. Paling seronok jika dapat RM1 juta yang pertama. Selepas itu untuk mendapat RM1 juta yang ke-2 terlalu mudah dan pantas," katanya.

Aku terdiam..

"Ramai orang susah datang berjumpa saya, mereka bertanya apa rahsia saya? Saya akan berkata,

"Allah jadikan dunia ini untuk kita, kita dikurniakan akal, gunakan sebaik mungkin. Jujur dan jangan menipu. Ramai yang tak yakin janji Allah sedangkan dia suruh berdoa, mintalah apa sahaja dan "pasti" akan ditunaikan.

"Yang paling utama, kita kena bersihkan seluruhnya. Solat 5 waktu, duha jangan tinggal, bangun tahajud malam. Minta sungguh-sungguh. Pekerja saya, bila azan bergema, saya arahkan tinggalkan kerja 'sekarang'. Tiada nilai 1 sen pun jika buat kerja waktu tu! Allah panggil kita menghadap dia. Tapi kadang kala kita cakap,

"Tunggu j*p aku nak siapkan lagi 1 lagi!"

Allah itu pencipta alam semesta. Kita boleh cakap p**a pada dia macam tu?,"

Dammm !!!
Tersentap aku..

Katanya lagi,

"Ramai yang datang minta kerja. Soalan pertama saya tanya, "Awak solat tak 5 waktu?"

Jika ada master, degree , diploma atau bapak gajah sijil pun, jika tak solat saya tak akan terima. Ada yang datang nak suruh support buat pinjaman RM100k, RM1 juta, RM50 juta atau RM500 juta saya boleh tolong. Bagi kertas kerja pada saya, saya selidik dan sain serta recommend pada bank dan bank akan luluskan. Tetapi soalan pertama saya tanya dulu,

"Awak solat tak 5 waktu? Jika tidak, awak balik saja," katanya.

Ada yang berkata, "Abang tu bawa 'Transformers' pergi masjid". Jika saya, bawa Kancil je. Katanya, "Kereta itu milik Allah. Dia bagi pinjam je tu. Apa salahya saya bawak dia pergi menghadap Allah? Hati niat kena betul, jangan niat nak menunjuk-nunjuk. Niatkan nak cepat menghadap Allah, nak memotivasikan orang lain supaya lebih rajin berusaha. Kereta itu saya beli hampir RM700k import. Di atas jalan raya Malaysia cuma ada 2 biji je orang pakai. Saya bukan tak mahu Ferrari atau Lamborgini. Sebab ekzos dia bising. Kereta Chevrolet Mustang ini lagi laju dari Ferrari atau Lamborgini. Kereta ini 6.2CC. Ferrari dan Lamborgini baru 4.8CC. 10% dari pendapatan saya tetap untuk anak yatim, fakir miskin. Niat apa yang kita ada untuk manfaat pada orang lain. Kereta itu cuma besi yang diisi enjin, dituang minyak. Start dan berjalanlah dia. Jika kita ukur panjangnya pun dah tak muat masuk kubur".

Satu lagi pesan saya. "Berkawan", kita yang perlu pilih. Pilih orang yang boleh membawa kita kepada kebaikan di dunia dan yang paling utama, Akhirat.

Dunia ini pinjaman. Carilah pinjaman yang terbaik disini. Untuk kekayaan sebenar di sana.

Waah !!! hebat giler bila berjumpa somebody.

InsyaAllah, kata-katanya dan pengalaman beliau sangat-sangat membantu.

Sampaikan...
Selalu kita akn tanya apa rahsia utk kaya...tapi kita lupa utk jaga hubungan dgn Yang Maha Kaya...

Peringat utk diri sendiri dan kawan2 yg bakal kaya.
Saya mohon kepada gadis-gadis dan juga para abang-abang, adik-adik, baca post ni sampai habis. Saat memandang kain sempit mu, seluar ketat mu, baju sendat mu, tudung singkat mu, solat dan ibadahmu. Aku ingin sekali menegurmu. Namun. Sering saja terkaku. Rasa tak mampu. Kerana merasa diri bukanlah insan yang terbaik untuk menegur. Jauh di sudut hati terasa bimbang. Aku bimbang di akhirat kelak. Kau akan mempersoalkan aku. "Kau sahabat aku. Kenapa kau tak tegur aku dulu ? Kau memang sengaja nak aku ke neraka kan ? Kau sengaja nak bahagia masuk syurga sendirian kan ? Aku kurang ilmu agama. Tapi kau tinggi ilmu agama. Mana ajaran agama kau tu ? Kenapa kau tak guna untuk bantu aku ? Kau tunggulah di akhirat kelak. Aku akan tarik kau masuk neraka sebab kau tak tegur aku." AllahuAkhbar. Sahabat. Begini lah cara aku menegur mu. Dengan post kecil ini. Hari ini. Sekurang - kurangnya. Bila aku di soal Nya di akhirat nanti. Tentang apa yang aku lakukan untuk sahabatku. Aku boleh jawab bahawa. "Aku telah menegur mereka. Dengan post kecil ku ini. Dan dengan selemah-lemah iman ku. Iaitu mendoakan mereka dari jauh.
"Aamiin. KITA BERSAHABAT KERANA ALLAH S.W.T.

Terima kasih tekun membaca, siapa kata rakyat Malaysia malas membaca.

(Perkongsian Manfaat.)

Kisah benar 21/02/2015

Sumber : Az Mi

JANGAN SAMPAI MERANA UNTUK BERGAYA...Termenung saya dalam LRT. Kawan saya nak sangat sangat jumpa saya di KL. Urgent san...
05/02/2021

JANGAN SAMPAI MERANA UNTUK BERGAYA...

Termenung saya dalam LRT. Kawan saya nak sangat sangat jumpa saya di KL. Urgent sangat katanya. Sampai di KL jumpa saya, belanja saya berbuka. Lepas solat magrib menangis depan saya merayu sangat nak pinjam duit RM8500 nak bayar kereta tertunggak selama 6 bulan.

Saya terkejut beruk. barangkali beruk pun terkejut tengok saya terkejut. RM8500 tu. Lagi terkejut baru 2 hari ini tengok kes kereta H nak kena tarik sebab tak bayar tunggakan.

Saya kata. Merayu keluar air mata darah sekali pun aku tak mampu nak beri Rm8500. Rm8500 ini belum tentu kau dapat bayar dan belum tentu boleh selesaikan masalah kau untuk akan datang. Nak taknak kau kena cairkan aset yang kau ada jika nak selamatkan kereta,atau berbincang dengan pihak bank,bukan sorok kereta begitu.

kau boros sangat,iphone tu aku tengok setiap tahun tukar,jam tu,brand tissot belum layak untuk kita bro. Aku dah nasihat banyak kali jangan beli Alphard walaupun gaji 5-6k sebulan. Bila aku halang kau beli,kau cakap aku tak beri semangat.

Inilah masalah orang kita,beli kereta ni bukan perlu beri semangat macam nak lumba lari dalam guni. Alphard bukan keperluan kau. Aku dah pesan pakai myvi je dulu. Aku 3 tahun pakai myvi baru beli kereta lain,itu pun sebab ada keperluan dan mampu. Lagi pun kau tinggal di KL,LRT kelana jaya depan mata dah.

Kita ni nak pakai apa apa buat kira kira terlebih dahulu,sesuai tak dengan pendapatan dan keperluan kita. Ini tidak,tengok orang pakai alphard kita pun nak pakai,orang pakai iphone kita pun nak pakai,sanggup berhutang dengan telco janji dapat pakai iphone. jika bank susah nak lulus kenderaan kita sehingga terpaksa guna penjamin,itu bermakna kita tak layak memiliki kereta.

Sebenarnya beli kerata ini satu beban jika kita tak manfaat kereta itu untuk dapatkan pendapatan lain. Kita akan terbeban dengan kos kos terutama minyak petrol,service,tayar dan kos lain yang kita tak nampak. Lagi sakit jika kereta yang kita beli itu CC tinggi.

Tapi itulah orang kita. Sesetengahnya sanggup ‘ikat perut’ demi nak pakai kereta yang nampak mewah. tujuannya satu,nanti balik kampung nampak gah,nak rasa lebih berbanding adik beradik lain,nak orang respect terutama kawan kawan sekolah dulu. sedangkan benda itu sekej*p dan itulah tanda riak yang merosakkan hati kita. Akhirnya terasa bahang bebanan kita itu adalah anak isteri.

Mula jadi panas baran,marah marah anak isteri,mula abaikan nafkah anak isteri. Dan paling sedih isteri juga akhirnya terpaksa gadai segala barang kemas demi nak selamatkan kereta yang tertunggak.

Sebab itulah saya menghasut anak anak muda supaya jangan buat apa apa loan selagi tiada keperluan. Selagi boleh pakai motor,pergi kerja naik bas,naik LRT redah jelah. Janji ada buat simpanan,beli aset terutama rumah. Jika teringin sangat nak pakai kereta mulakan dengan kereta murah. Dari situ kita akan belajar bagaimana nak ‘bela’ kereta.

Betullah peribahasa melayu mengatakan;

‘Ukur baju di badan sendiri’

Dari kisah ini,ambillah pengajaran supaya kita tidak lagi buat sesuatu untuk nampak kaya,tapi hakikatnya hutang keliling pinggang dan bagi nasihat kepada adik adik kita yang baru nak ‘up’ tu. Jangan kerana mahukan pujian dimedia sosial yang hanya beberapa minit kita sanggup merana 9 tahun.

Ebit LewMenangis bahagia sangat di Semporna 2hari disini dapat 490 orang masuk Islam mengucap syahadah dari 4 buah kampu...
02/02/2021

Ebit Lew

Menangis bahagia sangat di Semporna 2hari disini dapat 490 orang masuk Islam mengucap syahadah dari 4 buah kampung. Niat kerana dengar orang memerlukan bekalan makanan terus ke kawasan Bajau Laut yang tiada negara.

Melihat hidup mereka hidup atas air. Ada atas bot. Hidup atas air sepenuhnya. Sekali-sekala ke darat. Mereka tiada agama. Sampai mereka bertanya tentang tuhan. Kami tidak tahu tentang tuhan. Mereka dengan rela hati ingin memeluk Islam. Sayu dengar mereka mengucap syahadah.

Syukur tadi selesai bawa kayu dan mula bina sekolah. Kami cadang bina 3 sekolah. Tadi dah dapat 6 guru untuk mengajar asas 3M dan Asas Islam. Akhlak dan kasih sayang. Tadi dah letak kayu. Sebulan akan siap semuanya. Saya akan bayar gaji guru. Dan akan cuba bantu mereka secara berterusan. Cikgu akan tinggal disana.

Menangis jer hari ini. Terima kaseh Maritim menyediakan dan bantu kami dari mula sampai habis. Terima kasih PDRM. Terima kasih Komando 69 dan PGA dan ATM. Terima kaseh Pengurusan Taman-taman Sabah yang memudahkan kami bina sekolah. Terima kasih NGO yang terlalu banyak membantu mereka. Ini sedikit usaha kecil kami. Semoga menjadi asbab kebaikan.

Tujuan posting ini bukanlah untuk mengaibkan mana-mana pihak. Tapi sekadar untuk pedoman hidup kita.Perkongsian dari Fb ...
28/01/2021

Tujuan posting ini bukanlah untuk mengaibkan mana-mana pihak. Tapi sekadar untuk pedoman hidup kita.

Perkongsian dari Fb Solihah Md Radzi
Petang td solihah ada terbaca posting adik Bella Audri berkaitan walker food panda perempuan. Adik nie nama nya Lin, muda lagi baru 22 Tahun. Tak ada kenderaan apa2, so dia join food panda walker untuk cari kerja. Terkesan disebabkan PKP.
Bella & suami dia serta beberapa org geng foodpanda ada buat collection utk beli kan basikal utk adik Lin. Alhamdulillah collection depa dah cukup dan tunggu nak beli basikal utk adik Lin nanti. Nak di jadikan cerita malam tadi singgah beli makan solihah & baru nak sembang dengan husband mengenai adik Lin.
Tak sangka Allah temukan kami, dalam keadaan hujan solihah nampak dia berjalan kaki sambil galas beg food panda. Ya Allah sedih sgt2. Terus mintak husband uturn parking terus dekat dgn adik Lin. 😭
Solihah jumpa dia dalam keadaan baju dia basah kuyup, nampak air mata dia macam menangis.
Dalam keadaan macam tue tak sampai hati nak tinggalkan dia sorang2. Perempuan p**ak tue dengan hujan. So, kami tumpangkan adik Lin naik sekali walau pada mulanya dia agak segan, then terus bawak dia ke rumah customer.
Berkali-kali adik Lin mintak maaf takut menyusahkan kami 😭 Takut basahkan kusyen kereta sebab baju dia basah. Ya Allah dik sesungguhnya malam ni Allah memang nak takdirkan kami bertemu adik Lin sebagai pengajaran utk kami. Biar lah kusyen kereta tue basah nanti kering lah sendiri.
Sepanjang dalam kereta, cuba berborak dgn adik Lin, bayangkan jam 11 pagi dia berjalan kaki daripada taman seluang ke giant dan seterusnya ke rumah-rumah customer dia, jam 8 malam dia akan stop dan balik. Sebelum tue dia akan ke bank utk bank in duit. Lepas bank in baru dia balik guna grab car.
So, lepas hantar makanan ke rumah customer, kami bawak dia ke bank. Dah selesai terus kami bawak dia beli makanan malam, katanya tak makan lagi. Dah tapau makanan kami tumpangkan dia hantar ke rumah adik lin.
Balik rumah sambil type posting nie rasa sebak sangat. Umur 22 Tahun dia dah lalui kehidupan yang mcm ni untuk cari rezeki yang halal. Kak solihah dan suami doakan Semoga Adik Lin Kaya dan Berjaya satu hari nanti. Jangan patah semangat! InsyAallah Allah sentiasa bersama kita, yang penting cari kerja yang halal.

Ya Allah kau pelihara keselamatan Adik Lin ini daripada segala perkara yang membahayakan beliau dalam mencari rezeki.

Kredit : Solihah Md Radzi

"MEMAKAN HARTA HARAM "Diantara Bahaya memakan Harta Haram. Pertama pelakunya akan masuk Neraka. Hal ini berdasarkan Sabd...
25/01/2021

"MEMAKAN HARTA HARAM "

Diantara Bahaya memakan Harta Haram. Pertama pelakunya akan masuk Neraka.
Hal ini berdasarkan Sabda Nabi Muhammad SAW.

"Barang siapa yang mengambil hak milik orang muslim dengan menggunakan Sumpah.
Maka Allah akan mewajibkannya masuk Neraka dan diharamkan masuk Surga "
( HR. MUSLIM )

■ Pemakan Harta Haram tidak akan mencapai Derajat Taqwa.
■ Pemakan Harta Haram tidak diterima Amalnya dan di Tolak Doanya.
■ Pemakan Harta Haram biasanya orang-orang Munafik dan Kafir yang sudah terbiasa makan Hasil Haram.
■ Pemakan Harta Haram biasanya dilakukan dengan cara hidup penuh kecurangan.

Rasulullah Bersabda :
"Demi Dzat yang jiwaku berada dalam Genggaman_Nya. Seorang yang memasukkan sekerat daging Haram dalam perutnya. Maka tidak akan diterima Amalnya selama 40 hari dan barang siapa yang dagingnya tumbuh dari barang Haram dan Riba. Maka Neraka lebih utama untuk membakarnya"
( HR. MUSLIM TIRMIDZI )

Orang yang Memakan Harta Haram sama dengan membunuh dirinya sendiri beserta anak istrinya dan kluarganya.

Naudzubilahiminzalik..... 😥😥😥

Semoga kita semua Terhidar dari Segala Hal yang akan menjadikannya Haram kedalam Perut Keluarga Kita.

Aamiin Allahuma Aamiin..

Paku Aji pohon hiasan,Tempat tumbuh di gunung  tinggi;Loghat Baling pusaka warisan,Dari mulut  jatuh ke hati. # Tahniah ...
24/01/2021

Paku Aji pohon hiasan,
Tempat tumbuh di gunung tinggi;
Loghat Baling pusaka warisan,
Dari mulut jatuh ke hati.

# Tahniah & terima kasih pelukis poster.

19/01/2021

DJ bru MLM niy

*"DAHSYATNYA SHOLAWAT NABI"*-------------------------------*"MALAIKAT JIBRIL"*”Wahai Rasulullah.. Barang siapa yang memb...
17/01/2021

*"DAHSYATNYA SHOLAWAT NABI"*
-------------------------------

*"MALAIKAT JIBRIL"*

”Wahai Rasulullah.. Barang siapa yang membaca shalawat kepadamu tiap tiap hari sebanyak sepuluh kali maka akan aku bimbing tangannya dan akan aku bawa dia melintasi titian (Shirathal Mustaqim) seperti kilat menyambar”.

*"MALAIKAT MIKAIL"*

”Ya Rasulullah..mereka yang bersholawat kepadamu akan aku beri mereka itu minuman dari telagamu(telaga Kautsar)".

*"MALAIKAT ISROFIL"*

”Mereka yang bershalawat kepadamu..aku akan sujud kepada ALLAH dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga ALLAH mengampuni Seluruh dosa2 orang itu (orang yang bershalawat)”.

*" MALAIKAT IZRAIL"*

”Ya Rasulallah..Bagi mereka yang bershalawat kepadamu..akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh pada Nabi Nabi”.

Kitab Kifayatul Atqiya.
"Syahdan, diceritakan tentang seorang perempuan datang kepada Hasan Al Basri kemudian berkata, “Sesungguhnya aku memiliki seorang anak gadis yang telah meninggal,aku begitu ingin melihatnya dalam mimpi."

"Maka aku datang kepadamu agar engkau mengajarkan kepadaku bagaimana aku bisa melihatnya.”

Maka Imam Hasan Al Basri pun mengajarkannya Suatu amalan sehingga ia dapat melihat anaknya dalam mimpinya."

"'Betapa terkejut perempuan tersebut ketika ia melihat anaknya dalam keadaan diadzab/disiksa, lehernya dibelenggu, kakinya diikat.

Dengan hati penuh kesedihan ia pun memberitahukan apa yang ia lihat kepada Imam Hasan Al Basri, dan beliaupun turut sedih mendengarnya."

"Selang beberapa lama, Imam Hasan Al Basri melihat dalam mimpi beliau, gadis tersebut telah berada di dalam surga duduk diatas tahta dan memakai mahkota. Si gadis pun berkata,”Wahai Imam Hasan Al Basri, tidakkah engkau mengenaliku? Aku adalah anak dari perempuan yang datang kepadamu”.
Imam Hasan Al Bisri pun terkejut dan bertanya: ”Apa yang membuatmu menjadi seperti yang aku lihat sekarang ?”Gadis itupun menjawab,”Ada seseorang laki-laki melewati pekuburan yang mana aku jg dikuburkan disitu, kemudian ia bersholawat kepada Nabi sekali.

"Ketika itu, di pekuburan itu ada 550 orang yang sedang diadzab termasuk aku diantara nya. Lalu terdengarlah seruan, “Angkat siksa mereka dengan berkat shalawatnya laki-laki ini!!” Berkat shalawat itulah para ahli kubur itu pun mendapatkan ampunan ALLAH.....
Kitab Mukasyafatul Qulub- Imam Abu Hamid Al Ghozali
- -------------- -----------

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِ مُحَمَّدٍ

_*" ALLAHUMMA SHOLLI 'ALAA MUHAMMAD WA 'ALAA ALI MUHAMMAD"*_

Address

Baling
09100

Telephone

+60192856479

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RADIO Baling -LIVE FM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to RADIO Baling -LIVE FM:

Videos

Share

Category


Other Radio Stations in Baling

Show All

You may also like