Melaka Hari Ini

Melaka Hari Ini News l Media l Entertaiment l Advertising
DM Paid Review l Paid Content
Media Utama Melaka Reach to 25 Million

15/01/2025

"Kopi Wafiy – Dihasilkan dengan Teliti, Dinikmati dengan Cinta."

Setiap uncang Kopi Wafiy dicipta dengan penuh ketelitian untuk memastikan anda menikmati rasa kopi yang asli dan berkualiti.

✨ Proses Pembuatan Kopi Wafiy:
1️⃣ Pemilihan Bahan Terbaik
Kami hanya menggunakan biji kopi premium dan halia asli yang segar, dipilih dengan teliti untuk menjamin kualiti dan rasa unggul.

2️⃣ Adunan Resipi Tradisi & Moden
Gabungan tradisi lama dan teknologi moden menghasilkan rasa unik yang kekal memikat dan sesuai untuk setiap generasi.

3️⃣ Penyediaan Bersih & Berkualiti
Dihasilkan dalam persekitaran yang bersih dan mematuhi piawaian tertinggi untuk memastikan kesegaran dan manfaat kesihatan kekal terjaga.

4️⃣ Dibungkus dengan Kasih Sayang
Setiap uncang dibungkus untuk memudahkan anda menikmati pengalaman kopi terbaik, di mana sahaja dan bila-bila masa.

☕ Kopi Wafiy – lebih daripada sekadar minuman, ia adalah pengalaman rasa dan kehangatan yang membawa anda lebih dekat kepada alam semula jadi.

📦 Dapatkan Sekarang!
👉 https://shopee.com.my/mamadbinkhamis
👉 https://bit.ly/nakbelikopi
📞 Pertanyaan: Hubungi En. Mamad di +60 13-631 5893.

Waktu solat di Negeri Melaka hari ini.Semoga ibadah kita diterima Allah S.W.T dan semoga mendapat keberkatan dalam urusa...
14/01/2025

Waktu solat di Negeri Melaka hari ini.

Semoga ibadah kita diterima Allah S.W.T dan semoga mendapat keberkatan dalam urusan seharian. 🤲🏻🤲🏻


14/01/2025
Eco Cruise Sungai Linggi Bakal Dilancarkan di Jeti Kuala Linggi pada 2025Eco Cruise Sungai Linggi, sebuah produk pelanco...
14/01/2025

Eco Cruise Sungai Linggi Bakal Dilancarkan di Jeti Kuala Linggi pada 2025

Eco Cruise Sungai Linggi, sebuah produk pelancongan terbaru, bakal dilancarkan pada tahun 2025. Produk ini menawarkan pengalaman yang unik di mana pengunjung dapat menyusuri Sungai Linggi sambil menikmati hidangan dalam bot. Cruise ini bertujuan memberikan pemandangan alam semula jadi yang memukau dan pengalaman baru kepada pelancong yang ingin menikmati suasana sungai dengan cara yang berbeza.

Sungai Paya Lebar, salah satu kawasan dalam laluan cruise ini, terkenal dengan panorama paya bakau dan pokok berembang yang menjadi habitat bagi kelip-kelip. Kawasan ini telah menerima perhatian daripada pengunjung yang menggambarkan suasana tersebut seperti "mini Amazon" di Malaysia, menjadikannya destinasi yang amat menarik untuk para pencinta alam.

Selain pemandangan alam yang menakjubkan, Eco Cruise Sungai Linggi turut menawarkan pengalaman singgah di sangkar ikan dan kota simpang yang penuh dengan tapak peninggalan sejarah. Salah satu tarikan utama sepanjang sungai adalah kehadiran "Sang Buaya", yang sering kelihatan bersidai di sepanjang pesisir Sungai Linggi, menambah keunikan pengalaman tersebut.

Inisiatif terbaru ini juga dijangka memberi manfaat ekonomi yang besar kepada penduduk tempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi dan DUN Ayer Limau, serta seluruh warga Melaka. Pelancaran Eco Cruise Sungai Linggi berpotensi mencipta peluang pekerjaan dan merangsang ekonomi setempat, memberi limpahan manfaat kepada komuniti tempatan.

Terima kasih kepada Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka, yang telah memberikan sokongan dan dokongan yang berterusan kepada Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka (PPSPM) dalam merealisasikan inisiatif ini. Sokongan beliau memainkan peranan penting dalam memajukan industri pelancongan dan ekonomi negeri Melaka.

14/01/2025

"Matanya mungkin tak nampak, tapi hatinya pasti tahu. ❤️🐱"

Sumber: (FB)

BAJET 2025 MELAKA CAKNA PENUNTUT IPT
14/01/2025

BAJET 2025 MELAKA CAKNA PENUNTUT IPT

KUALA LINGGI 14 Januari - Rata-rata mahasiswa di negeri ini menyifatkan Bajet 2025 Negeri Melaka yang dibentang Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh seb

14/01/2025

14 Januari – Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengadakan jelajah ‘town hall’ di setiap institusi pengajian tinggi (IPT) di Negeri Melaka.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, ia bertujuan untuk mendengar dengan lebih jelas, lontaran suara anak-anak muda mengenai prestasi pentadbiran Kerajaan Negeri serta mengangkat apa jua cadangan dan idea para mahasiswa.

Beliau memaklumkan, sesi dialog itu juga berperanan memberi penjelasan dan penerangan berkaitan segala usaha Kerajaan Negeri.

🎥 Zaidi Yaacob

14/01/2025

Gaisss Jualan Rahmah memang adelee🤭 Siapa p**ak cakap dah tkde. Macam biasa min akan update lokasi untuk sebulan pada setiap awal bulan. Lepastu min dengau cerita ada JUALAN RAHMAH ISTIMEWA sempena TAHUN BARU CINA. Haaa nak tahu bila dan kat mana? Follow rapat rumah biru KPDN Melaka okay😎


W.R.U.R AKHIRI PENANTIAN DUA DEKAD SK KAMPONG TENGAH
14/01/2025

W.R.U.R AKHIRI PENANTIAN DUA DEKAD SK KAMPONG TENGAH

KUALA LINGGI 14 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.UR) yang dicetuskan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh nyata memberi impak kepada kes

14/01/2025

14 Januari – Sebanyak 323 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) akan dibina di setiap daerah dalam Negeri Melaka pada tahun ini.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Melaja, Datuk Rais Yasin berkata, setakat ini, sebanyak 2,000 permohonan telah diterima menerusi sistem dalam talian untuk penilaian selanjutnya.

“Untuk permulaan, kita membuat penyerahan surat tawaran kepada 100 orang penerima RMR yang bertuah maknanya ada baki sebanyak 223 lagi.

“Sebuah rumah berharga RM75,000 tetapi hanya RM55,000 sahaja yang pemilik perlu bayar dengan kadar RM300 sebulan manakala RM20,000 lagi diberi subsidi oleh kerajaan," katanya.

🎥 Faris Haikal Zakaria

Menarik Minggu Ini📌 Pameran Retrospektif Budaya & Warisan Melaka Dalam Seni Miniatur📍 Muzium Sejarah & Etnografi, Banda ...
14/01/2025

Menarik Minggu Ini

📌 Pameran Retrospektif Budaya & Warisan Melaka Dalam Seni Miniatur
📍 Muzium Sejarah & Etnografi, Banda Hilir
📆 17- Disember 2024 - 28 Februari 2025
⏱️ 9.00 pagi - 5.00 petang

📌 Pameran Manifestasi : Teks Sulalatus Salatin ke Visual
📍Balai Seni Lukis Melaka
📆 18 Januari - 30 April 2025
⏱️ 9.00 pagi - 5.00 petang

📌 Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) Peringkat DUN Kuala Linggi
📍Dewan Terbuka SK Othman Shawal, Kuala Sungai Baru
📆 18 Januari 2025 (Sabtu)
⏱️ 10.00 pagi

📌 Pertandingan Dam Aji Peringkat DUN Kuala Linggi sempena WRUR
📍 Rumah Kahwin, Kuala Sungai Baru, Melaka
📆 18 Januari 2025 (Sabtu)
⏱️ 8:00 pagi - 5:00 petang

📌 Program Mesra Madani Majlis Perbandaran Jasin (MPJ)
📍 Dataran DIVA MPJ
📆 18 Januari 2025 (Sabtu)
⏱️ 7.30 pagi - 1.00 petang

Bantuan SARA sehingga RM100 sebulan akan dikreditkan melalui MyKad penerima yang berdaftar di bawah eKasih mulai esok, 1...
14/01/2025

Bantuan SARA sehingga RM100 sebulan akan dikreditkan melalui MyKad penerima yang berdaftar di bawah eKasih mulai esok, 15 Januari 2025 📣

Bagi tahun 2025, penyaluran SARA melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke negeri Sabah dan Sarawak berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada tahun 2024.

Di bawah program SARA, penerima boleh membeli barangan keperluan asas terpilih dengan menggunakan MyKad di kedai-kedai runcit berdaftar yang kini berjumlah lebih 1,200 buah di seluruh negara, berbanding 700 buah pada tahun 2024.

Barang keperluan asas yang boleh dibeli adalah seperti barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan, selain daripada barang makanan asas.

Mulai esok, Soalan lazim (FAQ) dan semakan status kelayakan SARA di Portal Rasmi STR:
🔗 https://bantuantunai.hasil.gov.my

Mekanisme pelaksanaan SARA:
🔗https://www.mykasih.com.my



SUMBER: Kementerian Kewangan (FB)

14/01/2025

14 Januari - Sebanyak 18 kemalangan dengan lima kematian direkodkan membabitkan pelajar pergi dan balik sekolah di Melaka sepanjang tahun lalu.

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Melaka, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, jumlah kemalangan dan kematian itu bagaimanapun menurun berbanding tahun-tahun sebelumnya susulan pelbagai program advokasi keselamatan jalan raya dilakukan di sekolah-sekolah seluruh negeri.

🎥 Zaidi Yaacob

W.R.U.R MEDAN PERKASA USAHAWAN
14/01/2025

W.R.U.R MEDAN PERKASA USAHAWAN

KUALA LINGGI 14 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) menjadi medan buat Kerajaan Negeri memperkasakan usahawan perusahaan mikro, kecil dan sede

TIGA BERITA PILIHAN PEMBACA MELAKA HARI INI14 Januari 2025 (Setakat jam 6.00 petang) 1. MASUK PERCUMA 20 FEBRUARI DITUNG...
14/01/2025

TIGA BERITA PILIHAN PEMBACA MELAKA HARI INI
14 Januari 2025 (Setakat jam 6.00 petang)

1. MASUK PERCUMA 20 FEBRUARI DITUNGGU-TUNGGU RAKYAT MELAKA
https://www.melakahariini.my/masuk-percuma-20-februari-ditunggu-tunggu-rakyat-melaka/

2. 5 KEMALANGAN MAUT LIBAT PELAJAR SEKOLAH DI MELAKA SEPANJANG 2024
https://www.melakahariini.my/5-kemalangan-maut-libat-pelajar-sekolah-di-melaka-sepanjang-2024/

3. W.R.U.R: LALUAN BAHARU PENGANGKUTAN AWAM DI KUALA LINGGI
https://www.melakahariini.my/w-r-u-r-laluan-baharu-pengangkutan-awam-di-kuala-linggi/

Kanser Serviks juga dikenali sebagai Kanser Pangkal Rahim.Pada peringkat awal kanser, ia berlaku di sekitar serviks iait...
14/01/2025

Kanser Serviks juga dikenali sebagai Kanser Pangkal Rahim.

Pada peringkat awal kanser, ia berlaku di sekitar serviks iaitu bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan va**na. Kemudian, pada peringkat lewat p**a, kanser merebak ke tisu-tisu atau organ berhampiran seperti pundi kencing dan bahagian usus.

Pengesanan dan rawatan awal boleh dilakukan melalui ujian HPV dan pap smear. Ujian-ujian ini boleh dilakukan di klinik kesihatan dan hospital kerajaan secara PERCUMA.








SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKHIDMATAN 80 PEGAWAI SYARAK DI MASJID TANAH DISAMBUNG
14/01/2025

PERKHIDMATAN 80 PEGAWAI SYARAK DI MASJID TANAH DISAMBUNG

KUALA LINGGI 14 Januari - Seramai 80 pegawai syarak di Parlimen Masjid Tanah menerima surat penyambungan tugas bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R

14/01/2025

Pelbagai program menarik sempena sambutan Ulang Tahun Perbandaran Jasin Ke-18 antaranya:

📌 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐒𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐏𝐉
📍 𝐃𝐚𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐃𝐕𝐀 𝐌𝐏𝐉
📆 𝟭𝟴 𝗝𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱 (𝗦𝗔𝗕𝗧𝗨)
⏱️ 𝟕.𝟑𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢 - 𝟏.𝟎𝟎 𝐩𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠

𝗠𝗮𝗻𝗮 𝗟𝗮𝗴𝗶? 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮 𝗟𝗲𝗿...

𝐉𝐨𝐦! “𝐋𝐢𝐤𝐞, 𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐡𝐚𝐫𝐞”
𝐌𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐒𝐨𝐬𝐢𝐚𝐥 𝐑𝐚𝐬𝐦𝐢 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐫𝐛𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐉𝐚𝐬𝐢𝐧

𝐅𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤 / 𝐈𝐧𝐬𝐭𝐚𝐠𝐫𝐚𝐦 / 𝐘𝐨𝐮𝐭𝐮𝐛𝐞 / 𝐗 / 𝐓𝐢𝐤𝐓𝐨𝐤 : @𝐦𝐩𝐣𝐚𝐬𝐢𝐧𝐨𝐟𝐟𝐢𝐜𝐢𝐚𝐥
𝐖𝐞𝐛𝐬𝐢𝐭𝐞 : 𝐰𝐰𝐰.𝐦𝐩𝐣𝐚𝐬𝐢𝐧.𝐠𝐨𝐯.𝐦𝐲
𝐄𝐦𝐞𝐥 : 𝐢𝐧𝐟𝐨@𝐦𝐩𝐣𝐚𝐬𝐢𝐧.𝐠𝐨𝐯.𝐦𝐲

YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh
YB Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
YB Datuk Rais Yasin
YB Datuk Zulkiflee Bin Datuk Seri Hj. Mohd Zin
Kerajaan Negeri Melaka
Melaka Hari Ini









Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:
Majlis Perbandaran Jasin
📞 06-5291245
📧 [email protected]
🌐 https://www.mpjasin.gov.my

Address

Kompleks CMI (dahulu Dikenali Sebagai Rumah Media Melaka), Jalan Lingkaran MITC
Ayer Keroh
75450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Melaka Hari Ini posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Melaka Hari Ini:

Share

Kenali Melaka Hari Ini

Melaka Hari Ini merupakan satu-satunya akhbar harian terbitan kerajaan negeri Melaka yang ditubuhkan pada 8 Mei 1982. Dengan moto Media Rasmi Negeri Melaka, Melaka Hari Ini akan menyalurkan informasi dan berita-berita terkini di Negeri Melaka.

#MelakaHariIni #WeAreBack