Vanilla Pandan Studio

Vanilla Pandan Studio Follow untuk belajar UI/UX Design ๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€๐Ÿ’ป & Pelaburan Emas Quantum Metal ๐Ÿ“ˆโญ๏ธ

I'm a F&B web designer
I help F&B players build a tempting and delicious looking website

Tuan tuan dan Puan puan,Beli G*Ex10 ni, TAK SAMA dengan beli Emas Fizikal.It's a totally different kind of investment st...
18/08/2023

Tuan tuan dan Puan puan,

Beli G*Ex10 ni, TAK SAMA dengan beli Emas Fizikal.
It's a totally different kind of investment strategy.
Kita tidak boleh membeli unit G*E, kemudian tutup mata, perap pelaburan selama 5 tahun dan berharap ia akan menghasilkan keuntungan yang maksimum.
Ini adalah cara yang salah kerana di antara tempoh 5 tahun tersebut, "fluctuation" harga emas sudah berlaku berkali kali untuk kita melakukan proses jual beli.
Graf emas jangka pendek sangat volatile berbanding jangka masa panjang. Ini kerana pergerakan graf bergantung kepada perkembangan semasa dan pergolakan ekonomi dunia. As a matter of fact, setiap minit harga emas LIVE bertukar tukar.
Cuba semak sendiri, graf jangka masa 1 bulan dan 5 tahun, di sini. Lihat perbezaan ke"aktif"an antara dua tempoh ini. Click link di bawah dan ubah tempoh nya. ( 1 day / 1 months / 5 years )
https://www.bullionvault.com/chart-popup.do?metal=gold&timeScale=10m
Ok sambung.
Bila kita beli G*E, kita perlu menjadi PELABUR AKTIF. Kita perlu sedia melakukan jual dan beli bila tiba masanya, kerana transaksi berlaku hanya dengan beberapa klik sahaja di sistem Quantum Metal ini. Kita tidak perlu pergi ke kedai untuk menjual.
Apabila profit kita cecah 30% dan ke atas ( atau 3% atas harga gold spot ), bersedia lah untuk menjual emas anda kembali kepada syarikat QM.
Jangan tamak. Apabila harga kembali jatuh nanti, kita boleh beli semula menggunakan modal yang sama. Profit p**a kita boleh simpan di tabung lain seperti ASB atau Tabung Haji untuk diversify investment kita.
Harga emas ini naik dan turun beberapa kali dalam setahun. Jadi, kita kena sentiasa alert.
Ataupun, jika anda tiada masa, cari lah seorang consultant yang boleh memberi peringatan kepada anda, bila tiba masa untuk anda menjual pegangan emas anda.

Saya simpulkan dengan 2 infografik di bawah. Kalau tak faham, sila tanya consultant anda, Mereka yang berdaftar dengan syarikat dan benar benar memahami produk produk QM ini. Jangan rujuk pada yang bukan ahli nya.
Gambar yang saya olah di bawah merupakan Perbandingan di antara " HOW G*E WORKS & NOT HOW G*E WORKS "
Contoh graf yang digunakan, adalah graf prestasi harga emas 2022.
Rujukan asal graf boleh dilihat di link ini :
https://www.gold.org/goldhub/data/gold-prices

*PELUANG UNTUK ANDA BELI G*E10 / TAMBAH UNIT G*E10 (LAYER)*Katakan Anda Membeli Sekarang *USD1917* Jika Harga Emas Naik ...
10/08/2023

*PELUANG UNTUK ANDA BELI G*E10 / TAMBAH UNIT G*E10 (LAYER)*
Katakan Anda Membeli Sekarang *USD1917*
Jika Harga Emas Naik Kembali pada harga *USD2066* (4 MAY 2023)
Anda Target Nak Jual Pada Harga USD2066

*BERAPA KEUNTUNGAN ANDA?*
Pertama Kita Kena Tahu Spread untuk G*E10 = 3%
So untuk *UNTUNG* kita perlu kenaikan emas melebihi 3%.
2066/1917 = 7.77% Kenaikan Harga Emas

*PENGIRAAN UNTUNG KASAR*
= Kenaikan Emas % - Tolak Spreed %
= 7.77% โ€“ 3% = 4.77%
Untuk G*E10 = 10 X 4.77% = 47.7% Keuntungan
Untuk Pengiraan Untung Bersih = Perlu Menolak Caj Pengurusan Ketika anda menjual. Caj Pengurusan mengikut hari waktu kita jual.

*NASIHAT : DILARANG MENGUNAKAN WANG TERDESAK / KECEMASAN DAN PERLU HOLDING POWER KETIKA EMAS JATUH*

"๐˜ฟ๐™ค๐™ฃ๐™š  ๐™จ๐™š๐™˜๐™ช๐™ง๐™š ๐™™๐™ช๐™ž๐™ฉ ๐™ง๐™ž๐™ฃ๐™œ๐™œ๐™ž๐™ฉ ๐™๐™ˆ๐Ÿ”๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ ๐™™๐™–๐™ก๐™–๐™ข ๐™–๐™ ๐™–๐™ช๐™ฃ ๐™š๐™ข๐™–๐™จ ๐™‚๐˜พ๐˜ผ, ๐™ฉ๐™ช๐™ ๐™–๐™ง ๐™™๐™ช๐™ก๐™ช ๐™ฃ๐™ž๐™ก๐™–๐™ž ๐™™๐™ช๐™ž๐™ฉ ๐™Ÿ๐™–๐™™๐™ž ๐™ฃ๐™ž๐™ก๐™–๐™ž ๐™š๐™ข๐™–๐™จ ๐™—๐™–๐™ง๐™ช ๐™ฉ๐™–๐™ฃ๐™ฅ๐™– ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™ฎ๐™š๐™จ๐™–๐™ก๐™ฃ๐™ฎ๐™– ๐™๐™–๐™ฃ...
10/08/2023

"๐˜ฟ๐™ค๐™ฃ๐™š ๐™จ๐™š๐™˜๐™ช๐™ง๐™š ๐™™๐™ช๐™ž๐™ฉ ๐™ง๐™ž๐™ฃ๐™œ๐™œ๐™ž๐™ฉ ๐™๐™ˆ๐Ÿ”๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ ๐™™๐™–๐™ก๐™–๐™ข ๐™–๐™ ๐™–๐™ช๐™ฃ ๐™š๐™ข๐™–๐™จ ๐™‚๐˜พ๐˜ผ, ๐™ฉ๐™ช๐™ ๐™–๐™ง ๐™™๐™ช๐™ก๐™ช ๐™ฃ๐™ž๐™ก๐™–๐™ž ๐™™๐™ช๐™ž๐™ฉ ๐™Ÿ๐™–๐™™๐™ž ๐™ฃ๐™ž๐™ก๐™–๐™ž ๐™š๐™ข๐™–๐™จ ๐™—๐™–๐™ง๐™ช ๐™ฉ๐™–๐™ฃ๐™ฅ๐™– ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™ฎ๐™š๐™จ๐™–๐™ก๐™ฃ๐™ฎ๐™– ๐™๐™–๐™ฃ๐™œ๐™ช๐™จ๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™๐™ˆ๐Ÿ” ๐™๐™„๐˜ฝ๐™ ๐™ฃ๐™ž ๐™—๐™–๐™ฎ๐™–๐™ง ๐™ ๐™ค๐™ข๐™ž๐™ฉ๐™ข๐™š๐™ฃ๐Ÿ˜"
Selalu GCA RM500-RM1000 je kalini biz partner tukar duit dalam nilai emas banyak sikit.
"๐˜ฟ๐™ช๐™ž๐™ฉ ๐™—๐™š๐™ก๐™–๐™ฃ๐™Ÿ๐™– ๐™๐™–๐™ฃ๐™œ๐™ช๐™จ ๐™Ÿ๐™–๐™™๐™ž ๐™–๐™จ๐™š๐™ฉ ๐™š๐™ข๐™–๐™จ?"
Hanya di QM semudah ABC backup perbelanjaan dengan emas๐Ÿช™
Buat GCA apa dapat?
โœ…Belanja & bayar komitmen macam biasa
โœ…Dapat pegang tunai tanpa jual emas
โœ…Dapat lindung nilai matawang dalam bentuk grammage emas, emas naik nilai grammage emas kita naik
โœ…Dapat lindung nilai duit kertas kita dari dimakan inflasi sebab emas kalis inflasi
โœ…Simpan duit simpanan 15% sahaja tapi emas dapat simpan nilai 100% bergantung berapa kita simpan
โœ…Jadikan Emas Pencen anda
โœ…Belanja hangus jadi aset emas
Banyakkan manfaat GCA?
Langkah seterusnya ialah ๐™ˆ๐™๐™‡๐˜ผ ๐™Ž๐™€๐™†๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™‰๐™‚ ๐™๐™‰๐™๐™๐™† ๐™€๐™‡๐˜ผ๐™† ๐˜ฟ๐™๐™„๐™ ๐™ƒ๐˜ผ๐˜ฝ๐™„๐™Ž ๐˜ฝ๐™€๐™‚๐™„๐™๐™ ๐™Ž๐˜ผ๐™ƒ๐˜ผ๐™…๐˜ผโ€ผ๏ธ

Step 1. GAJI RM1000 buat GCA. PROSES GCA (Dari Bank Terus ke GCA). Bila kita Buat GCA Rm1000. 1) Dapat tunai dalam bank ...
10/08/2023

Step 1.

GAJI RM1000 buat GCA.
PROSES GCA (Dari Bank Terus ke GCA).

Bila kita Buat GCA Rm1000.
1) Dapat tunai dalam bank Rm850.
2)Dapat gram dalam Holding Inventory anggaran 3.57142gram(bergantung harga emas semasa).

Step 2

Tambah modal RM150 + RM850(duit dalam bank) = Rm1000.

RM1000 buat GCA lagi..

Bila kita Buat GCA Rm1000.
1) Dapat tunai dalam bank Rm850.
2)Dapat gram dalam Holding Inventory anggaran 3.55871gram(bergantung harga emas semasa).

Step 3.

Ulang perkara sama setiap bulan.

Target Simpanan ni 3 tahun dan keatas..sekiranya kita urgent nak guna duit boleh terminate bila-bila masa kecuali sabtu dan Ahad - dapat balik 15% + Untung.

Kalo kita berjaya buat simpanan ni.

SATU Tahun - dapat anggaran 42.03767gram.

DUA Tahun - dapat anggaran 84.07534gram.

TIGA Tahun - dapat anggaran 126.11301gram

EMPAT Tahun - dapat anggaran 168.15068gram.

LIMA Tahun - dapat anggaran 210.18835gram.

*Penting-pastikan untung dulu baru terminate.

*PELUANG TERBAIK UNTUK BELI G*E10 / TAMBAH UNIT*Harga Emas Tengah Turun ke paras USD1934.80 sekarang.  Jika anda Beli Se...
09/08/2023

*PELUANG TERBAIK UNTUK BELI G*E10 / TAMBAH UNIT*
Harga Emas Tengah Turun ke paras USD1934.80 sekarang. Jika anda Beli Sekarang dan Jual Pada Harga USD2080
Potensi Kenaikan adalah 7.5% jika di tolak Spread 3% = 4.5%
Kadar Kenaikan G*E 10 X 4.5% = 45% Untung Kasar
Bersih = Sila Tolak Fee Management sewaktu jualan.

*Jom Gandakan Aset anda melalui G*E10*
*Jangan Guna Duit Kecemasan untuk belian G*E*

08/08/2023

*KENAPA BEST & PERLU INVEST DALAM EMAS GANDAAN G*EX10 DI QUANTUM METAL?*

Kelebihan beli dan invest emas dalam G*EX10 menyebabkan kuantiti emas anda akan digandakan 10x ganda.
Contoh mudah Jika anda ada modal belian emas RM1,000 sebenarnya anda akan dapat kuantiti emas yg bernilai RM10,000
Just imagine jika anda ada wang simpanan lebihan yang mempunyai kuasa holding power RM10,000 kuantiti emas anda di Quantum Metal berganda menjadi RM100,000

Bila harga emas dunia naik keuntungan emas anda dikira daripada kuantiti gandaan emas anda Wow bestnya ..

***
Beli 1 Unit digandakan 10x ganda, wahh menarik macam mana tu ?
Ya, melalui tawaruq financing, modal kita akan digandakan menjadi 10x kali ganda.
Modal RM1,000 contohnya kita dapat RM10,000 (bersamaan nilai emas 43 gram anggaran).

Modal RM10,000 kita dapat RM100,000 (bersamaan nilai emas 430 gram).
Modal RM100,000 kita sudah mempunyai nilai emas RM 1,000,000 (bersamaan nilai emas 4.3 kg emas).Tawaruq financing ini adalah pembiayaan tertangguh yang mana kita tidak perlu bayar setiap bulan.

Kita hanya perlu keluarkan kos management fee sekali sahaja, upfront 3.5% dari jumlah pembiayaan dan menariknya fee ini akan dip**angkan secara pro rate.
Ia akan dibayar setelah kita mahu menjual balik emas tersebut, iaitu setelah kita telah mendapat keuntungan dari kenaikan harga emas semasa dunia (LME) London Metal Exchange.

Sebagaimana konsep kita beli rumah, kita hanya bayar 10% sahaja dan bakinya adalah dari pembiayaan pihak bank. konsep yang sama digunapakai di Quantum Metal yang mana tidak ada mana-mana syarikat atau kedai emas yang menawarkan konsep yang sama sepertinya.

Kenapa perlu kepada gandaan 10X?
Ia memaksimumkan keuntungan dalam tempoh masa yang pendek.
Tak perlu tunggu Emas naik sampai 50% ataupun 100% sekalipun, hanya perlu tunggu kenaikkan 1% ke atas sahaja. Kita sendiri yang tentukan berapa keuntungan yang kita target.

Contohnya jika harga emas naik 1% sahaja kita telah untung 10%, jika harga emas naik 10% kita telah untung 100%.
So kalau harga emas turun, apa risikonya. Tak perlu risau sebab di QM tiada Margin Call ataupun Forced Sell. Hanya perlu tunggu harga Emas kembali naik semula sahaja.
Begitulah seterusnya.

07/08/2023

ASAL AKU BARU TAU PASAL QUANTUM METAL NI?. ITโ€™S VERY GOOD PRODUCT GUYS

Sebelum ni to be honest memang aku tak pernah amek port pasal gold investment ni. Aku assume gold investment ni hanya untuk orang yang berduit sahaja. Aku pernah dengar pasal Quantum Metal. Tapi dok dengar yang negatif je, so aku ignore lah. Sampai lah aku di jemput oleh 1 orang ni.

Aku nak berterima kasih kepada seorang ni, dia membuka minda aku. Aku nampak sisi yang berbeza dalam gold investment ni.

Dia ni aku klasifikasikan sebagai otai dalam emas. Dia dah berkecimpung dalam trading emas lebih dari 15 tahun. Boleh kata seorang yang dikenali dengan emas di Malaysia ni. Orang yang dah 15 tahun bermain dengan emas pon percaya dengan Quantum Metal.

Aku nak share something yang buat aku mesmerize psal Quantum Metal ni.

Produk Gold Convert Account atau kami panggil GCA, it's a very brilliant product. Pada orang yang nak ada saving emas dan pada masa yang sama nak guna cash, produk ni sangat sesuai. Korang akan dapat cash balik sebanyak 85% dari nilai belian emas tu.

Contoh korang buat GCA RM1000, korang akan dapat balik RM850. So duit tu boleh belanja seperti biasa, habiskan. Pada masa yang sama korang dah ada lebih kurang 3.6g simpanan emas, ia bergantung kepada harga emas semasa. Dalam contoh ni andai 1 gram emas bernilai RM280.

Itu kalau ko buat GCA RM1,000, kalau buat RM4,000. Ko kiralah sendiri.

So sikit-sikit korang boleh simpan emas. Buat GCA setiap bulan silap2 emas terkumpul boleh cecah 1kg. Untuk 1kg emas ni nilai dia boleh mencecah RM300,000 untuk harga emas sekarang beb.

Yang sangat terkesan pada aku ialah duit ni korang buat GCA ke tak buat GCA ke memang akan habis, memang burn beb. So dari burn macam tu je baik buat GCA dulu. Dapat jugak ko kumpul emas. Yang kaya boleh lah buat banyak, yang tak berapa nak kaya buatlah ikut kemampuan masing-masing.

Lepas tu untuk produk Gold Asset Enhance atau mudah di panggil dengan G*E. Dalam G*E ni ada 2, pertama x10 yang ke-2 x5. Dalam penulisan ni aku nak share yang x10. Produk ni sesuai untuk orang yang ada simpanan cash yang tak terusik. Dari simpan macam tu je baik beranak kan dia. Bak kata orang let money make money.

Aku nak tanya korang ada ke orang beli emas dengan harga 10% je?. Contoh beli emas RM10,000 dengan harga RM1,000. Kalau nak beli RM100,000 dengan harga RM10,000 je.

Ni lah dia produk G*Ex10. Ko beli 1 unit G*Ex10 ni Quantum Metal akan bagi pembiayaan sebanyak 9 unit lagi. Untuk 1 unit G*Ex10 ni harga dia dalam USD iaitu 250 USD. Tapi dalam contoh ni aku amek kira 250 USD ni bersamaan dengan RM1,000, senang nak citer.

Anda korang beli 1 unit(RM1,000) je korang dah boleh dapat lebih kurang 35.7g emas. Contoh ni aku andaikan harga emas semasa RM280 per gram. Kalau beli dekat kedai emas biasa RM1,000 ni korang dapat 3.6g je beb. Tapi dengan produk G*Ex10 ni boleh dapat sepuluh kali ganda. Ha sebab tu nama dia x10.

Nanti bila harga emas naik ko jual lah. Lepas tu yang bestnya dengan G*Ex10 ni spread dia yang paling rendah dalam market iaitu 3% je. Andai capai 4% je korang dah ada untung 1%. Perlu ingat sebab dia dah ganda jadi x10 so 1% tu bersamaan dengan 10%. Korang untung 10% beb walau hanya 1% spread.

Mesti korang akan cakap eh macam pelik je. Patuh syariah ke?. Donโ€™t worry Quantum Metal ada sijil sah patuh syariah dari reputable company iaitu dari Tawafuq Consultancy. Company ni bukan company cap ayam beb, Shopee, Bank Islam, PUNB antara client dorang.

Untuk pengetahuan korang Quantum Metal ni supply emas untuk 4 bank yang besar dekat negara kita ni. Bank Muamalat, Alliance Bank, Al-Rajhi Bank dan Affin Bank. Memang reputable company and trusted.

Peluang jana pendapatan dalam Quantum Metal ni pon sangat best. Tak de amek ape2 exam pon, semua orang layak. Yang best nya FREE je beb. No entrance fee, 1 sen pon Quantum Metal tak charge untuk jadi ejen dorang.

So tu je aku nak share dalam penulisan kali ni. Kalau korang ada soalan nak tanya boleh tinggalkan komen.

Andai ada sapa2 yang nak join Quantum Metal, register dekat link bawah ni lepas tu boleh contact aku. Jom sama2 dalam Quantum Metal

https://my.quantummetal.com/register?_inviteCode=qm%3a%2f%2fcustomer%2f85658ab8-3749-40e6-a063-51ce0bd562ad

https://youtu.be/Jqfwe8aevIA
06/07/2023

https://youtu.be/Jqfwe8aevIA

Kan sekarang ni dah ada web builder yang dahsyat2 untuk bina website. So nak buat apa nak belajar coding lagi?Adakah belajar coding untuk bina website dah ta...

MASIH ADA HARAPAN KE NAK CEBURI BIDANG WEB DESIGN ATAU WEB DEVELOPMENT NI?Ada tak korang yang dalam situasi macam niSemp...
27/06/2023

MASIH ADA HARAPAN KE NAK CEBURI BIDANG WEB DESIGN ATAU WEB DEVELOPMENT NI?

Ada tak korang yang dalam situasi macam ni

Sempat lagi ke nak belajar web development atau design?. umur dah lanjut

Nak belajar nak kene masuk universiti ke?

Belajar bidang lain, boleh ke nak belajar web design atau development?

jawapan dia of course boleh

Hai assalamualaikum saya Irsyad Ilham, seorang web designer dan juga full stack developer. So dalam penulisan kali ni saya nak share journey saya macam mana saya boleh terjebak dengan web design dan development. Macam mana saya belajar sendiri tanpa enroll mana-mana universiti atau kolej atau mana-mana courses.

Pada anda yang dulu study bidang yang tiada kaitan, jom saya kongsikan sedikit cerita berkenaan dengan latar belakang pendidikan saya. Saya sekolah dulu budak vokasional je, ambil bidang penyejukan dan penyamanan udara, budak aircond. Lepas tu saya habis sekolah dapat offer masuk uitm buat diploma pengurusan pelancongan. Kemudian habis diploma saya sambung degree dalam bidang pengurusan perhotelan.

Ha tulah dia latar belakang pendidikan saya. Memang tak ada kaitan langsung dengan design atau programming. jadi macam mana saya boleh belajar web design dan web development sendiri?

Ok first jom saya kongsikan macam mana saya belajar grafik design dulu. So cerita dia bermula semasa saya buat diploma dulu. Saya ni memang s**a seni, memang s**a art. Tapi tak pandai melukis dan memang tak kreatif juga. So nak di jadikan cerita masa saya buat diploma dulu saya di tempatkan di kolej yang ramai budak-budak art design dan secara tak langsung majoriti kawan-kawan saya budak art design. Ada budak photography, graphic design dan fine art.

So di sebabkan minat saya terhadap art ni. Lebih spesifik graphic design lah sebenarnya. Jadi setiap kali kawan saya balik dari kelas dan dorang akan dapat assignment, standard lah belajar kat universiti lecturer akan bagi assignment. Jadi saya s**a tengok dorang ni buat keje dorang, saya akan tengok dengan teliti apa benda yang dorang buat. Macam mana dorang guna software designing ni, macam Adobe Illustrator dan Adobe Photoshop.

Jadi saya juga ambil kesempatan untuk belajar sekali dengan dorang berkenaan dengan grafik design. Cerita ni berlarutan dari semester pertama sehingga semester ke lima. Setiap kali dorang balik kelas saya akan tengok setiap inci kerja-kerja dorang dan lepas tu saya terus praktikkan apa yang saya belajar.

Lepas tu saya sambung degree, masa degree ni saya dah tak duduk sekali dengan kawan-kawan art design saya. Saya duduk dengan kawan satu bidang dengan saya iaitu hotel sebab nak mudah belajar. Sebabnya dulu masa buat diploma keputusan saya memang lepas-lepas hidung je nak sambung degree ni hahaha. So time degree ambil keputusan untuk sungguh-sungguh belajar. Masa degree tak ada cerita pasal saya belajar design mahupun web development. So kita skip cerita degree ni

Lepas habis degree, niat saya sebenarnya nak bekerja dalam event industry. Sebab zaman degree dulu saya banyak join dan organize event. Long story short saya di kenalkan dengan seorang businessman, niatnya untuk bekerja manage event. Tetapi sebaliknya yang jadi, iaitu dia minta untuk saya jadi businessman macam dia jugak. So secara tidak langsung saya terus jump dalam entrepreneurship dengan guidance dari dia. Tetapi tak lama saya bersama dengannya, hanya setahun lebih je. Kemudian saya join dengan kawan saya bersama membangunkan bisnes.

Di sinilah bermula episode struggling hustling dalam berbisnes. Dalam company role saya adalah dalam kerja-kerja teknikal, especially dalam design asset-asset company macam poster, banner, bunting dan macam-macam lagi. So tulah dia cerita career saya. Memang tak ada langsung kaitan dan web development dan web design to be specific, just buat kerja-kerja as a graphic designer je. Sekarang saya nak kongsikan cerita macam mana saya termasuk dalam web design dan web development.

Dalam run bisnes tu, kami ada masalah yang mana kami memerlukan website, to be specific kami perlukan web application. Kami p**ak masa tu tengah sengkek gila-gila. Memang duit sangat-sangat tipis makan pun tak cukup, makan bercatu, sewa pejabat tertunggak, nak tuang minyak kereta pun berkira-kira. Di pendekkan cerita masa tu kawan saya ada kenalan yang buat servis bina website. So kami pun nyatakan hasrat dan keperluan kami lah, website yang macam mana kami perlukan. So dia pun quote kami, katanya ni harga kawan-kawan yang berjumlah hanya RM800 je. Masa tu kami memang terkedu dengar harga tu, mana nak cekau duit masa tu. Sebenarnya nilai tu sangat murah ye kalau nak ikut harga market.

So kami pun cari lah jalan lain dan nak di jadikan cerita kawan saya teringat yang dia ada kawan yang dulu time study dia ada belajar buat website ni. So kami pun jumpa dengan dia nyatakan hasrat dan terus bagi tahu yang kami memang ada kekangan bajet. So dia hanya guide kami je macam mana nak bina website menggunakan platform WordPress. Dia tak ambil untung langsung pun, bagi guidance atas tiket kawan. So alhamdulillah kami dah ada website kami yang pertama.

Malangnya tak lama kami menggunakan website tu sebab kami sebenarnya memerlukan lebih dari itu. Masa tu website kami tu tak boleh bagi apa yang kami nak. Kami memang memerlukan web application sebenarnya, bukan hanya sekadar website biasa. So kami jadi buntu lagi sekali. Masa ni lah saya angkat tangan dan offer diri untuk belajar sendiri bina web application. Kene belajar design website dan programming language seperti HTML, CSS, PHP, MySQL dan Javascript. Dengan dana yang sangat-sangat sedikit dan tak boleh nak beli masa. Andai berlarutan memang kami akan bungkus, gulung tikar.

Memang tak masuk akal sebenarnya untuk orang yang zero knowledge dalam programming untuk siapkan app dalam tempoh 2 bulan. Ni memang kerja gila. Sepanjang berbisnes, kawan saya selalu tunjukkan pada masa satu quote โ€œYou never know how strong you are until being strong is the only choice you haveโ€, anda tidak akan tahu betapa kuatnya anda sehingga jadi kuat je pilihan yang anda ada. So saya paksa diri saya untuk belajar 5 benda(HTML, CSS, PHP, MySQL dan Javascript) ni serentak. Masa ni jadual saya bangun pagi solat subuh, lepas tu belajar coding tanpa henti sampai 2 hingga 3 pagi. Saya hanya berhenti menjamah makanan dan solat. Macam tu la rutin harian saya, tiada hari cuti.

Masa ni tido pun mimpi coding, makan pun teringat-ingat coding. Terngiang-ngiang code dalam kepala. Dalam tempoh 2 bulan, dengan penuh dedikasi dan kerja keras saya dapat hasilkan sebuah web application yang kami perlukan. Fuhhh, memang gila lah. Betul lah kata quote tu โ€œYou never know how strong you are until being strong is the only choice you haveโ€. Andai jadi kuat je pilihan yang anda ada, anda akan lihat potensi anda yang sebenar yang anda tidak terjangkau di fikiran. Anda tidak ada pilihan, anda hanya ada 1 pilihan je. Change or die.

Sejak saat ini juga lah saya belajar web design atau ui/ux design to be specific. Saya jugak explore lebih mendalam berkenaan dengan web development. Apa tu MVC. Modern Javascript framework, CSS framework, backend development dan mobile application development. Dari semasa ke semasa saya terus improve design skills dan development skills.

Kepada anda yang merasakan dah terlambat atau belajar di luar bidang, mahupun bekerja di luar bidang. Anda masih ada peluang dan masih belum terlambat. Anda hanya perlu mula. Jangan tunggu betul-betul bersedia sebab anda tidak akan pernah betul-betul bersedia, go on je.

Ok guys harap penulisan ni dapat membantu dan dapat beri sedikit harapan yang anda masih ada peluang.



https://irsyadilham.com

Youtube video:
https://youtu.be/dv7HMQeoAtE

Boleh ke nak switch bidang ke web design /development?. kelayakan akademik luar bidang, takde kaitan langsung. Don't worry jom saya kongsikan journey saya

Done deliver 1 projek web designSebuah restoran yang berkonsepkan hidangan makanan laut. Menu โ€œseafood terbalikโ€ (shell ...
11/11/2022

Done deliver 1 projek web design

Sebuah restoran yang berkonsepkan hidangan makanan laut. Menu โ€œseafood terbalikโ€ (shell out) mmg terangkat

Sape2 yang datang Melaka nak cari shell out yang best. Korang kene try beb. Review pon positive d sosmed

Terima kasih Restoran 7 Terbalik di atas kepercayaan yang diberikan untuk membangunkan website kedai makan anda

Servis dalam projek ini
- web design
- logo design
- food photography

Link website
https://restoran7terbalik.com

Irsyad Ilham
F&B Designer
https://irsyadilham.com

Tiada yg lebih menggembirakan bila client d puji ade website yg cantikSelaku designer, terima kasih atas kepercayaan  yg...
10/11/2022

Tiada yg lebih menggembirakan bila client d puji ade website yg cantik

Selaku designer, terima kasih atas kepercayaan yg d berikan kpd sy untuk membangunkan sebuah website syarikat

https://restoran7terbalik.com

Grilled Salmon Ala Thai
20/10/2022

Grilled Salmon Ala Thai

Capati
20/10/2022

Capati

Grilled salmon with garlic honey sauce served with sauteed vegetables
19/10/2022

Grilled salmon with garlic honey sauce served with sauteed vegetables

Design in progress ๐Ÿ˜
07/10/2022

Design in progress ๐Ÿ˜

Alhamdulillah done deliver website 8272 Barakah CornerMenu special dia Roti Canai Merecik. Memang padu rasanyaPernah fea...
21/09/2022

Alhamdulillah done deliver website 8272 Barakah Corner
Menu special dia Roti Canai Merecik. Memang padu rasanya

Pernah featured didalam rancangan Wanita Hari Ini TV3

Siapa2 yang datang di Melaka boleh la try. 8272 Barakah Corner ni berada di kawasan Tengkera, Melaka

Servis untuk website ini
- web design - food photography

https://barakahcorner.com

My portfolio
https://irsyadilham.com

Anda tidak akan tahu seberapa kuatnya anda, sehingga menjadi kuat adalah pilihan yang anda adaTeruskan fighting!!!Never ...
08/08/2022

Anda tidak akan tahu seberapa kuatnya anda, sehingga menjadi kuat adalah pilihan yang anda ada

Teruskan fighting!!!
Never give up!!!
Jatuh 5 kali bangun 6 kali

Social media silih berganti, website kekal selamanyaAwal 2000's Friendster dan MySpace adalah social media pilihan pengg...
07/08/2022

Social media silih berganti, website kekal selamanya

Awal 2000's Friendster dan MySpace adalah social media pilihan pengguna

Namun hari ni mereka sudah tidak lagi diperkatakan majoriti masyarakat

Namun website masih kekal utuh sejak lebih 30 tahun yang lalu

Adakah kita tidak perlu guna social media?.

Sangat perlu, social media merupakan alat komunikasi dengan pelanggan

Anda rasa posting bermanfaat.

Jika ya silalah share supaya ramai lagi orang boleh dapat manfaat yang sama

Address

Ayer Keroh
75450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Vanilla Pandan Studio posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Vanilla Pandan Studio:

Videos

Share

Nearby media companies



You may also like