Tadabbur QalBuku

Tadabbur QalBuku Tadabbur QalBuku

Bismillah...Peluang dan kemuliaan pasti akan menemui mereka yang bertekad membuat kebaikan dengan kemahiran & kebolehan ...
29/08/2024

Bismillah...

Peluang dan kemuliaan pasti akan menemui mereka yang bertekad membuat kebaikan dengan kemahiran & kebolehan yang Allah kurniai. Episod ini adalah permulaan bibit-bibit kemenangan yang bakal dikecapi hamba yang sentiasa taat pada perintah Tuhannya.

Mimpi Raja Mesir adalah salah satu mimpi benar dalam al-Quran. Tafsirannya menjadi panduan pengurusan kewangan yang utuh zaman berzaman, yang akan kita fahami pada siri kali ini. Ini juga sebagai bukti panduan wahyu tidak terhad pada kebaikan spiritual semata-mata, namun pasti juga mencakupi kebaikan material.

KELAS TADABBUR YUSUF SIRI KE-12 akan mengimbas kembali isi-isi penting Tadabbur Surah Yusuf dari 11 siri yang lepas, sebelum berehat sementara sepanjang September.

Tajuk: Menafsir Mimpi Penyelamat Mesir
Tarikh: 29 Ogos, Khamis
Masa: 10.00 - 11.30 pagi

KITA JUMPA NANTI إن شاء الله

**Link zoom di komen⬇️

ILMU PENYELAMAT BAHTERA RUMAHTANGGAKata orang, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan p**a suami isteri.Laut mana yang ta...
28/08/2024

ILMU PENYELAMAT BAHTERA RUMAHTANGGA

Kata orang, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan p**a suami isteri.

Laut mana yang tak berombak, bumi mana yang tak ditimpa hujan.

Lagikan sedekah senyum pun tak selalu mudah, inikan p**a ibadah paling panjang - PERKAHWINAN.

Begitulah lumrah hidup berumahtangga; tak mungkin sempurna tanpa ujian. Yang membezakan adalah persediaan diri suami isteri dengan ilmu agar dapat menyelesaikan konflik dengan lebih baik.

Rumahtangga yang teguh didirikan atas kebertanggungjawaban serta toleransi kedua-dua pihak. Maka, pengabaian hak & tanggungjawab pasti mengundang bibit-bibit keretakan.

Bagaimana mengemudi bahtera yang retak, lebih-lebih lagi ketika dilanda ombak?

Apa perlu bertahan memperbaiki keretakan demi sebuah harapan yang mendamaikan, atau tinggalkan saja kerana kudrat emosi yang sudah sampai ke penghujung?

Ikuti pandangan dari sudut perundangan Islam daripada Pegawai Syariah yang berpengalaman, bersama Tadabbur QalBuku [Exclusive Wanita] إن شاء الله.

BICARA SYARIAH:
Bertahan & Berdamai atau Bercerai?
Panel Syariah: Pn. Aiman binti Ruslan, Pegawai Syariah Jabatan Bantuan Guaman Selangor
Tarikh: 1 September 2024, Ahad.
Masa: 10.00 - 11.30 pagi
PLATFORM ZOOM (Tertutup)

DAFTAR DI SINI ⬇️
https://forms.gle/c2eFjLB3kaMckfxb6

Alhamdulillah, sempat mendengar perkongsian daripada Ustazah Maisarah pagi tadi berkenaan apakah yang harus kita sebagai...
23/08/2024

Alhamdulillah, sempat mendengar perkongsian daripada Ustazah Maisarah pagi tadi berkenaan apakah yang harus kita sebagai Ibu Ayah lakukan untuk mendidik anak mendepani zaman yang penuh fitnah ini.

Ya, kita bimbang dengan pelbagai sumber yang boleh mempengaruhi iman anak-anak kita tetapi kita perlu bertenang terlebih dahulu.

In Sha Allah setiap permasalahan ada solusinya. Maka, marilah bersama-sama kembali kepada Al-Quran agar dapat mengambil panduan dari mesej dan peringatan Allah buat kita❤️



Bertahan, Berdamai atau Bercerai? 🌹"Tak tahan dah dengan dia. Apa nak jadi, jadilah! Malas nak fikir.""Bosan dah dengan ...
22/08/2024

Bertahan, Berdamai atau Bercerai? 🌹

"Tak tahan dah dengan dia. Apa nak jadi, jadilah! Malas nak fikir."

"Bosan dah dengan perangai dia. Asyik saya saja yang berkorban. Dah tawar hati. Tiada rasa apa-apa."

"Masing-masing buat hal sendiri saja. Bertahan pun sebab anak-anak. Hadap sajalah, hidup bukannya lama."
...

Diri sedar tidak bahagia, namun tetap memilih bertahan.

Hati pedih menahan luka, namun tiada sesiapa yang dipercaya.

Jiwa kosong tiada makna, namun buntu memilih cahaya.

Wajah mulus hilang serinya, namun tetap teguh sembunyi rasa.

Lompong manakah yang perlu diisi?
Apa kurangnya diriku ini?
Salahkah keputusanku ini?
Sampai bilakah aku mampu bertahan?
...

Allahuakbar.

Siksanya jiwa, pedihnya hati. Bahagia yang dikejar, semakin jauh melarikan diri.

Impian yang dibina, semakin luluh, runtuh, berantakan. Meninggalkan serpihan debu yang berterbangan.

Tidak mungkin mampu disentuh, apatah lagi ingin digenggam.

Ada yang memilih untuk berundur. Ada juga yang memilih untuk terus berjuang.

Dan ada juga yang memilih untuk terus tegak berdiri tanpa bermimpi untuk menang.
...

Jadi, apakah solusinya?
Benarkah jalan yang kulalui ini?
Tepatkah keputusanku ini?
Tercapaikah matlamat hidupku?
Bagaimanakah untuk menang tanpa menyakiti dan disakiti?

Ayuh sahabat, sertai kami mencari kunci keluarga bahagia, melalui landasan Al-Quran.

'Bicara Syariah : Bertahan, Berdamai atau Bercerai?'
Pada hari Ahad, 1 September
Jam 10 pagi hingga 11.30 pagi
Bersama Tadabbur QalBuku di platform zoom
...

"Ya Allah, bantulah kami keluar dari kebuntuan ini. Ampuni kami yang sering melampaui batas dalam memandang takdir."

"Ampuni kami yang tidak mampu bertahan dengan ketetapan-Mu. Tunjukkan kami jalan yang benar dan yang Kau redai."

"Semoga ujian ini, menjadikan kami semakin mencintai dan bergantung harap hanya kepadaMu."

Amin ya rabb. 🤲🏻💕

Jom, klik link di komen! 👇🏻

Jemput Like dan Repost TikTok kami ya
21/08/2024

Jemput Like dan Repost TikTok kami ya

Check out QalBukuMy’s post.

☀️ Tak mungkin bergelap hati orang beriman, malah dia mampu melihat cahaya di sebalik kegelapan musibah. Episod Yusuf AS...
21/08/2024

☀️ Tak mungkin bergelap hati orang beriman, malah dia mampu melihat cahaya di sebalik kegelapan musibah.

Episod Yusuf AS di penjara mengajar kita tentang kekuatan hati dan kebijaksanaan, dalam menghadapi kesulitan.

Di sebalik jeriji besi, Yusuf tidak melihat dirinya sebagai seorang tahanan, tetapi sebagai hamba yang diberi peluang untuk memperkenalkan cahaya tauhid kepada tahanan-tahanan lain. Tiada kegelapan segelap syirik kepada Allah.

Ketika dihimpit musibah, bagaimana kita mampu mengubah persepsi hingga dapat melihatnya sebagai peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah dan bangkit untuk diri & orang lain?

Ikuti sesi perkongsian kami, menggali inspirasi dan menemukan kekuatan baru dalam menghadapi liku-liku kehidupan إن شاء الله

Tadabbur Surah Yusuf: Menjemput Cahaya dalam Musibah (Ayat 36-42)

☀️ 21 Ogos, Rabu
🕰️ 10.00 - 11.30 pagi
🎥 Platform Zoom & FB Tadabbur QalBuku [Exclusive Wanita] (Rakaman tidak diberikan)

**Link zoom di komen

JUMPA NANTI😊

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِAYATUL KURSI selalu kita baca selepas solat, tapi pernahkah kita terfikir mengapa ...
15/08/2024

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

AYATUL KURSI selalu kita baca selepas solat, tapi pernahkah kita terfikir mengapa Ayatul Kursi dinobatkan sebagai ayat teragung dalam Al-Quran?

Apabila ditelusuri, sebenarnya setiap ayat yang terkandung dalam Ayatul Kursi, setiap satunya menyembuhkan kita.

Bermula dengan menyingkirkan dunia & segala makhluk seisinya, kita memusatkan seluruh fokus hanya kepada ALLAH SWT.

Kemudian, kita hayati satu demi satu sebab mengapa hanya Allah yang berhak dituju.

Dengan besar hati, kami ingin menjemput sahabat-sahabat yang berkelapangan untuk menyertai Usrah QalBuku bertadabur AYATUL KURSI (QS 2:255) إن شاء الله.

TADABBUR CIRCLE
🗓️ 16 OGOS 2024
📌 JUMAAT
⏰ 10.00 - 11.00 pagi

Kita berkongsi ilmu, berdiskusi & berukhwah di Tadabbur Circle.
Jumpa esok! 🥰

Apabila khabar telah tersebar, ramai yang berminat menjadi penyampai. Apa niat di sebalik _Like, Comment & Share_ kisah-...
13/08/2024

Apabila khabar telah tersebar, ramai yang berminat menjadi penyampai. Apa niat di sebalik _Like, Comment & Share_ kisah-kisah rumahtangga orang?
Cinta tapi merosakkan, teguh berdiri tapi jauh melarikan diri & kehinaan yang sebenarnya kemuliaan; hanya mata hati yang celik dapat memahami makna yang tersirat.
Ketika semua di sekeliling hanya akan menarik diri yang lemah menuju kehinaan, ketika itu diputuskan "Wahai Tuhan, Penjara Lebih Ku Kasihi."
إن شاء الله
🌺 Tadabbur Surah Yusuf Siri 10 (Ayat 30 - 35)
📌 14 Ogos, Rabu
📌 10.00 - 11.30 pagi
Kita jumpa pagi esok إن شاء الله :)

09/08/2024

Setiap hari kita mengulangi al-Fatihah. Namun, mutiara hikmahnya tak mungkin habis digali.

Justeru, kami ingin menjemput sahabat-sahabat yang berkelapangan untuk menyertai Tim QalBuku bertadabur Surah Al-Fatihah secara santai tapi sampai jam 2.30 petang ini.

TADABBUR CIRCLE
9 OGOS 2024
2.30 - 3.30 PETANG

Join Zoom Meeting
https://us06web.zoom.us/j/84618327141?pwd=bCyOO356A0lYhV4BQ9fyof4iLdqqS3.1

Meeting ID: 846 1832 7141
Passcode: 754786

Jumpa nanti, kita berukhuwah di sana🥰

Zoom is the leader in modern enterprise video communications, with an easy, reliable cloud platform for video and audio conferencing, chat, and webinars across mobile, desktop, and room systems. Zoom Rooms is the original software-based conference room solution used around the world in board, confer...

09/08/2024

Assalamualaikum, selamat pagi sahabat-sahabat pencinta Al-Quran🙂

MAKLUMAN

📌Perubahan Jadual Pengajian Ogos 2024

Kami ingin memaklumkan terdapat beberapa perubahan pada Jadual Pengajian Ogos 2024.

🔸 TADABBUR CIRCLE (Usrah QalBuku - Diskusi Surah Al-Fatihah)
Jumaat Minggu 2 & Minggu 4,
9 & 23 Ogos 2024
2.30 - 3.30 petang

🔸 KELAS TAHSIN TILAWAH
Jumaat Minggu 3 & Minggu 5,
16 & 30 Ogos 2024
9.30 - 11.00 pagi

Mohon maaf atas kelewatan makluman.

Terima kasih atas sokongan sahabat-sahabat. Semoga kita terus diberi kefahaman al-Quran إن شاء الله 🤲🏻

Assalamualaikum wbt semua sahabat QalBuku🥰In Sha Allah, pagi ini akan berlangsung kelas TADABUR SURAH YUSUF SIRI 9 bersa...
08/08/2024

Assalamualaikum wbt semua sahabat QalBuku🥰

In Sha Allah, pagi ini akan berlangsung kelas TADABUR SURAH YUSUF SIRI 9 bersama jemputan istimewa, USTAZ MUHAMMAD BIN BOKHARI.

Jumpa nanti, In Sha Allah 😊

Link zoom di komen⬇️

🌺🌺🌺🌺🌺Orang yang berusaha menjauhi maksiat pasti dilindungi Allah. Namun, adakalanya ujian tak terhenti di situ. Penolaka...
06/08/2024

🌺🌺🌺🌺🌺
Orang yang berusaha menjauhi maksiat pasti dilindungi Allah. Namun, adakalanya ujian tak terhenti di situ.

Penolakan mentah-mentah pasti membakar rasa pemangsa, lalu dia melemparkan fitnah untuk mencemar maruah & karakter mangsa. Hamba Allah mesti teguh membela maruah dirinya dengan bukti yang kukuh.

Tadabur Surah Yusuf kali ini cuba menyingkap isu-isu yang rumit & sensitif seputar gangguan s*ksual, yang berlaku sama ada di rumah mahupun tempat kerja.

Istimewa minggu ini dengan kehadiran Jurulatih Tadabur jemputan, Ustaz Muhammad bin Bokhari dari Akademi Sinergi Ikhlas.

Temui kami *8 Ogos, Khamis* nanti *jam 10.00 pagi* di *FB Tadabbur QalBuku [Exclusive Wanita]* إن شاء الله 🌺

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ*Jadual Pengajian OGOS 2024*🌺 MINGGU 13 OGOS, SABTU9.00 PAGI - 12.00 TENGAH HARI*B...
06/08/2024

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
*Jadual Pengajian OGOS 2024*

🌺 MINGGU 1

3 OGOS, SABTU
9.00 PAGI - 12.00 TENGAH HARI
*BENGKEL TEKNIK ASAS TADABUR*

🌺 MINGGU 2

8 OGOS, KHAMIS
10.00 - 11.30 PAGI
*BICARA TADABUR: MARUAH YANG TERBELA (Surah Yusuf Ayat 26 - 29)*

9 OGOS, JUMAAT
9.30 - 11.00 PAGI
*TAHSIN TILAWAH*

🌺 MINGGU 3

14 OGOS, RABU
10.00 - 11.30 PAGI
*Tadabbur Surah Yusuf (Ayat 30 - 35): PENJARA LEBIH KU KASIHI*

16 OGOS, JUMAAT
9.30 - 11.00 PAGI
*TAHSIN TILAWAH*

🌺 MINGGU 4

21 OGOS, RABU
10.00 - 11.30 pagi
*Tadabbur Surah Yusuf (Ayat 36 - 42): CAHAYA IMAN DALAM PENJARA*

23 OGOS, JUMAAT
9.30 - 11.00 PAGI
*TAHSIN TILAWAH*

🌺 Minggu 5

28 OGOS, RABU
10.00 - 11.30 pagi
*Tadabbur Surah Yusuf (Ayat 43 - 49): MIMPI RAJA*

30 OGOS, JUMAAT
9.30 - 11.00 PAGI
*TAHSIN TILAWAH*

*********
Sumbangan Dana Program-program Ilmu Tadabbur QalBuku boleh disalurkan ke akaun Bendahari Nur Aimuni Mohd Fadzil *RHB Bank
16444 1000 39336*

Assalamualaikum wbt semua sahabat.Tahniah untuk yang sudah berdaftar BENGKEL TEKNIK ASAS TADABBUR AL QURAN esok 😊Bagi ya...
02/08/2024

Assalamualaikum wbt semua sahabat.

Tahniah untuk yang sudah berdaftar BENGKEL TEKNIK ASAS TADABBUR AL QURAN esok 😊

Bagi yang belum, masih boleh berdaftar dengan pakej BERKUMPULAN RM 60 (2 orang).

Atau yang mahu memberi hadiah kepada seseorang boleh juga berdaftar sebagai penyumbang.

Tekan link di bawah👇 untuk mendaftar..

https://forms.gle/5DjPkjDtqgKrx3Jj7

Assalamualaikum dan selamat pagi sahabat2 QalBuku yang dikasihi🙂MAKLUMANSesi Terapi Qurani tidak dapat diteruskan pada m...
31/07/2024

Assalamualaikum dan selamat pagi sahabat2 QalBuku yang dikasihi🙂

MAKLUMAN

Sesi Terapi Qurani tidak dapat diteruskan pada minggu ini kerana Coach Yati masih dalam proses penyembuhan.

Kami mendoakan semoga Allah memberi kesembuhan sempurna kepada semua yang sedang diuji dengan kesakitan & dipermudah segala urusan.

Kelas Tadabbur Yusuf berehat minggu ini dan إِنْ شَاءَ ٱللَّٰهُ akan diteruskan pada minggu hadapan dengan satu 'surprise'.

Kami juga ingin mengajak sahabat-sahabat untuk menyertai BENGKEL TEKNIK ASAS TADABUR yang akan berlangsung pada SABTU, 3 OGOS JAM 9 AM - 12 PM

DAFTAR DI SINI: https://forms.gle/5DjPkjDtqgKrx3Jj7

Inilah kesempatan anda untuk membuka minda dan menyentuh jiwa dengan mukjizat Al-Quran إِنْ شَاءَ ٱللَّٰهُ

Terima kasih💕

30/07/2024

MAKLUMAN

Assalamualaikum semua.
Mohon maaf kelas Tahsin Tilawah pagi ni terpaksa ditunda ke tarikh baru yang akan diberitahu kemudian.

Penyampai kita, Puan Azimah kurang sihat. Sama-sama kita doakan kesembuhan buat Puan Azimah & dipermudahkan Allah dalam segala urusan, In Sha Allah🤲🏻

Pernah tak terdetik dalam hati,"Takkanlah Al-Quran hanya sekadar dibaca sahaja. Selama ni baca tak faham jadi tak dapat ...
26/07/2024

Pernah tak terdetik dalam hati,

"Takkanlah Al-Quran hanya sekadar dibaca sahaja. Selama ni baca tak faham jadi tak dapat nak amal. Sedangkan kita tahu Al-Quran itu ada petunjuk dan panduan untuk hadapi ujian hidup."😢

"TAPI nak luangkan masa belek tafsir untuk keluarkan hikmah setiap ayat tak sempat p**a."

Entah itu kesedaran atau keluhan hanya kita yang merasa.

Jadi, takkan kita nak tinggalkan usaha untuk terus dalami Al-Quran. Dapat faham ayat melalui terjemahan pun usaha yang cukup baik berbanding cuma baca.

Atas sebab itu, marilah sama-sama kita pelajari teknik asas tadabbur 3 Ogos ini ya.

Paling kurang dapat 1 ayat untuk faham dan amal. Pastu tambah lagi 1 ayat. Semoga kita makin bersemangat untuk faham ayat-ayat yang lain p**a, In Sha Allah.

Masih sempat untuk dapatkan yuran early bird RM29 sahaja.

Daftar hari ni ya!⬇️
https://forms.gle/5DjPkjDtqgKrx3Jj7

24/07/2024
Assalamualaikum, selamat pagi sahabat2. Kalau minggu lepas kita dah pun menelusuri perjalanan seorang hamba yang muhsin,...
23/07/2024

Assalamualaikum, selamat pagi sahabat2.

Kalau minggu lepas kita dah pun menelusuri perjalanan seorang hamba yang muhsin, In Sha Allah pagi ni akan diteruskan lagi dengan tadabbur ayat 23 hingga 25 Surah Yusuf.

Dijemput sahabat2 yang berkelapangan untuk hadir ya. Ajak kawan2 dan kenalan yang lain juga😊

Link zoom di komen ⬇️

Alhamdulillah, terima kasih sahabat2 yang sertai kelas pagi ni🥰Banyak yang kita belajar hari ni. Tadabbur Surah Al-Masad...
23/07/2024

Alhamdulillah, terima kasih sahabat2 yang sertai kelas pagi ni🥰

Banyak yang kita belajar hari ni.

Tadabbur Surah Al-Masad dan juga tentang tajwid yang ada bait2 syair. Dahulunya ditulis oleh ahli bahasa. Kemudian baru dikeluarkan buku tajwid.

Dakwah dengan cerita, kita perlu naikkan semula kemahiran Bahasa.

Bukan saja Sains & Teknologi, bahkan kemahiran Bahasa juga penting untuk dikuasai.

Sepanjang proses belajar perbaiki bacaan, semoga kita dapat mendalami mesej yang Allah nak sampaikan dalam setiap ayat yang dibaca, in Sha Allah 🤲
......

SURAH AL-MASAD: Tali yang dipintal

🔸Dalam Surah Al-Masad, disebut jelas nama bapa saudara Rasulullah saw iaitu Abu Lahab.

🔸Kenapa sampai ada surah khas yang menyebut nama Abu Lahab?

🔸Bila Allah ada sebut dalam Al-Quran, bermakna ia penting.

🔸Allah nak bagitau yang watak Abu Lahab ini wujud hingga ke hari ini, mungkin ada dalam diri kita tanpa kita sedar.

🔸Supaya kita akan lebih berhati-hati dan muhasabah diri.

🔸Bila diceritakan dalam Al-Quran, ia ada kaitan dengan kita.

🔸Jangan hanya kita berbangga menjadi Umat Nabi Muhammad saw, tapi sejauh mana kita dah mengikut Sunnah Nabi.

🔸Walaupun Abu Lahab ada kelebihan dari segi rupa, harta kekayaan dan anak-anak, tapi tak berguna sedikit pun harta dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya (ayat 2).

🔸Maksud 'tabbat' : binasa secara perlahan-lahan. Ambil masa yang lebih lama merasakan sengsara.

🔸Dikisahkan Abu Lahab pernah menyebut perkataan 'Celaka' sebanyak 2 kali kepada Rasulullah saw (semasa Nabi berdakwah secara terbuka & semasa di Bukit Safa)

🔸Isteri Abu Lahab (Ummu Jamil) juga dinyatakan dalam surah ini sebagai pembawa kayu bakar.

🔸Isterinya yang mengumpul ranting-ranting berduri & meletakkan di jalan, bertujuan menghalang dakwah Rasulullah saw.

🔸Pembawa kayu bakar juga bermaksud orang yang s**a mengapi-apikan/membesarkan sesuatu isu sehingga menjadi lebih marak.

🔸Jadi hati-hati, tengok pada diri & orang di sekeliling kita mungkin ada sifat sebegini, nauzubillahi min zalik.

🔸Maka sebagai ibu bapa, ambillah peranan ceritakan kepada anak-anak.

🔸Ceritakan watak orang hebat seperti Rasulullah saw dan para sahabat supaya anak lebih kenal pejuang hebat ini melebihi superhero yang diidolakan masa kini.

🔸Ceritakan juga watak-watak yang perlu kita jauhi & elakkan seperti Abu Lahab serta isterinya.

🔸Kitalah yang berperanan ketengahkan kepada anak-anak kisah inspirasi & pengajaran daripada Al-Quran.

🔸Belajar, tambah ilmu dan sampaikan p**a kepada yang lain.

Wallahua'lam. Terima kasih Puan Azimah❤️

22/07/2024

Jemput semua wanita USRAH Tadabbur QalBuku Tadabbur QalBuku [Exclusive Wanita] tajuk MENELADANI MARYAM

"Ummi, kenapa kita kena tau maksud dalam Bahasa Melayu?"Itu pertanyaan si kecil Ammar masa tasmik surah Al-'Alaq usai so...
22/07/2024

"Ummi, kenapa kita kena tau maksud dalam Bahasa Melayu?"

Itu pertanyaan si kecil Ammar masa tasmik surah Al-'Alaq usai solat Maghrib semalam.

Di tangannya buku Al-Quran Pertamaku: Juzuk 'Amma.

Pastu dia teruskan bertanya, "Maksud dia (Al-'Alaq) segumpal darah?"

Ummi pun jawab ringkas, supaya kita faham apa yang kita baca dan hafal tu.

Kita tak faham Bahasa Arab jadi kenalah cuba faham dalam bahasa kita kan. Sekurang-kurangnya kita tau ayat tu cerita tentang apa.

Contohnya bila baca surah berkaitan Hari Kiamat.

Dengar nama pun dah gerun, tapi kalaulah kita baca saja tanpa faham maksud, mungkin kita takda rasa apa pun betul tak.

Sebab tu sebaiknya lepas kita baca Al-Quran, ambil sedikit masa untuk baca terjemahan.

In Sha Allah pasti ada ayat yang dapat kita ambil sebagai peringatan atau pengajaran walaupun belum jelas pesanan yang tersirat.

Untuk kita faham dengan lebih mendalam, tetap perlu rujuk tafsir atau boleh dengar kuliah tadabbur daripada asatizah yang bertauliah.

Menyentuh tentang tadabbur, seperti mana kata Ustaz Syaari,

🔸Tadabbur tak boleh berlaku kalau kita tak buka hati
🔸Ianya hanya boleh berlaku dengan kita minta tolong daripada Allah, "Ya Allah, bantu saya"
🔸Bukan terus semak, belek tafsir tapi yang pertama sekali adalah memperuntukkan AKAL, HATI & MASA untuk belajar,
"Tuhan, bantu saya dapat hidayah daripada Al-Quran"
🔸Bukan hanya boleh baca saja tapi saya nak boleh dapat hidayah daripada Al-Quran, saya terkesan dengan Al-Quran
🔸Setiap ayat dalam Bahasa Arab kita kena tahulah maksudnya dalam Bahasa Melayu & bila kita dah faham, maka kita cuba sedaya upaya untuk keluarkan apa yang tersirat, apa yang agaknya Allah nak sampaikan
🔸Bagaimana surah yang dah dibaca dan dihafal itu boleh memberikan kekuatan kepada kita

Atas kesedaran itu jugalah kami nak ajak sahabat2 untuk ikuti BENGKEL TEKNIK ASAS TADABBUR (melalui peringkat terjemahan) pada 3 Ogos ini.

Mudahan bila membaca Al-Quran, kita dapat tadabbur sendiri ayat-ayatnya. Refleksi diri dan keluarkan hikmah yang menatijahkan kepada tindakan yang benar, yang mengikut syariat Islam, In Sha Allah❤️


Assalamualaikum dan selamat pagi sahabat2 QalBuku🥰Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik dan permudahkan semua urusa...
22/07/2024

Assalamualaikum dan selamat pagi sahabat2 QalBuku🥰

Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik dan permudahkan semua urusan kita🤲🏻

In Sha Allah, kita sambung lagi pengisian rohani & pengukuhan jiwa dalam perjumpaan usrah malam ini ye.

Jemput ramai2 hadir😊

Link zoom di komen⬇️

Seseorang bertanya kepada ulamak,"Sebanyak mana nak baca dan faham Al Quran setiap hari?"Jawab ulamak,"Sebanyak mana keb...
18/07/2024

Seseorang bertanya kepada ulamak,

"Sebanyak mana nak baca dan faham Al Quran setiap hari?"

Jawab ulamak,

"Sebanyak mana kebahagiaan dunia akhirat yg kamu mahukan".

😭😭😭

Tepuk diri, tanya hati.
Aimuni, banyak mana kebahagiaan kamu nak?

Kebahagiaan yg bagaimana kamu nak?

Semua ada dengan Al Quran sebagai manual kehidupan yang bukan untuk diulang baca tanpa faham, tapi bacalah walau satu ayat yang kamu faham dgn tadabbur, maka kamu akan rasa 'kelainan' rasa ayat itu.

Maka, ulang dan ulang baca, istiqamahkan kerana ia mampu mengubah kualiti kehidupan kamu, mengubah perspektif pemikiran kamu, mengubah lifestyle kamu.

Setiap ayat dalam Al Quran impak 'zasss' nya tak sama bagi setiap orang.

Ada orang, ada ayat yang menjadi 'ubat' untuk dia bangkit dan sembuh.

Orang lain p**a, ayat yang lain menjadi 'ubat' untuk dia bingkas dan move on.

Ayat yang tak sama.

Jadi kata Ustaz Asyari,

"Jika anda jumpa ayat yang beri anda impak bila membaca dan faham maksudnya, maka peganglah ayat itu, ulang baca dan istiqamahkan kerana 'ubat' setiap orang tak sama disebabkan 'sakit' kita yang tak sama."

Jemput join Tadabbur QalBuku Tadabbur QalBuku [Exclusive Wanita] untuk berbagai lagi kelas, bengkel dan usrah yang dijalankan khas untuk wanita.


TAHSIN TILAWAH SIRI 3 - SURAH AL-IKHLAS🌹Sedikit tazkirah ringkas daripada Puan Azimah:✨Adab dulu baru ilmu✨Tugas kita un...
16/07/2024

TAHSIN TILAWAH SIRI 3 - SURAH AL-IKHLAS🌹

Sedikit tazkirah ringkas daripada Puan Azimah:

✨Adab dulu baru ilmu
✨Tugas kita untuk usaha, bukan tengok pada hasil
✨Lepas belajar, sampaikan kepada orang lain - anak2, anak buah.. In Sha Allah baru ilmu akan berkembang
✨Infak ilmu, doa Allah datangkan orang yang nak ilmu tu
✨Surah Al-Ikhlas - Allahus Somad :
1. Pemilik kepada himpunan sifat/nama2 yang baik
2. Tujuan: Kepada Allah lah manusia menuju
✨As-Somad dalam hidup kita: dalami & hayati maksudnya, jadi kita akan sungguh2 nak baca.
Itulah tauhid, nampak mudah Esa kan Allah tapi jangan dipandang remeh
✨Perkataan 'ikhlas' tidak ada dalam surah Al-Ikhlas
✨Maksud mendalam, tersembunyi, kita perlukan Allah
✨Berasal dari perkataan 'khalasa' bermaksud susu yang suci bersih, baru diperah, tiada campuran
✨Ikhlas: kosongkan hati & pergantungan daripada selain Allah
✨Kata Imam Ghazali, kadang2 kita tak dapat sesuatu sebab kita tak kosongkan untuk Allah sahaja, tak review niat - hanya nak redha Allah

Wallahua'lam, semoga bermanfaat 🌹

PERSOALAN MANUSIA TERJAWAB DALAM SURAH AL-FATIHAHSurah Al-Fatihah hanya mengandungi 7 ayat. Tapi sangat mendalam maknany...
16/07/2024

PERSOALAN MANUSIA TERJAWAB DALAM SURAH AL-FATIHAH

Surah Al-Fatihah hanya mengandungi 7 ayat. Tapi sangat mendalam maknanya. Ia adalah kunci kepada 113 surah yang lain di dalam Al-Quran.

Setiap manusia yang sedar pasti akan tertanya-tanya akan persoalan tentang kewujudan diri.

Di barat menyebutnya dengan istilah ‘existential crisis’. Iaitu manusia mula tertanya-tanya persoalan-persoalan seperti;

“Where am I going?”

“What am I doing?”

“What is the meaning of life?”

Dan mungkin banyak lagi yang seumpamanya.


4 persoalan (mengikut sesi tadabbur bersama Ustaz Syaari Abd Rahman)

1) Dari mana aku datang?
- Kita datang daripada Allah yang menciptakan. Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujian hanya untuk Allah.

(Dijawab oleh ayat 1-3 Surah Al-Fatihah)

2) Ke mana aku akan pergi)
- Ke akhirat. Pengakhiran kita sama ada di syurga atau neraka. Allah sebutkan apa yang kita buat di dunia, bukan habis setakat di dunia. Tapi ada hari pembalasan menunggu kita di sana.

(Dijawab oleh ayat 4 Surah Al-Fatihah)

3) Apa yang perlu aku buat di sini?
- Tugas kita di dunia adalah untuk beribadah kepada Allah. Dan mintalah pertolongan hanya kepada Allah Taala. Tak ada yang lain boleh bantu kita kecuali Allah sahaja satu-satunya tempat pergantungan.

(Dijawab oleh ayat 5 Surah Al-Fatihah)

4) Bagaimana untuk selamat sampai ke sana?
- Berjalanlah di atas jalan yang lurus, iaitu jalan taqwa. Mintalah supaya diberikan taufiq dan hidayah oleh Allah. Semoga Allah jauhkan kita daripada termasuk dalam golongan manusia yang sesat dan dimurkai.

Banyak kisahnya-kisah Allah nukilkan di dalam Al-Quran contoh-contoh umat yang mendapat nikmat. Seperti Maryam As, Zakaria As, Musa As dll.

Dan Allah juga mengisahkan kepada kita di dalam Al-Quran tentang manusia manusia yang sesat dan dimurkai seperti kisah orang Yahudi, Nasrani, Firaun dan Qarun.

(Dijawab oleh ayat 6-7 Surah Al-Fatihah)


Surah Al-Fatihah adalah ibu Al-Quran (Ummul kitab). Induk dan juga rumusan kepada 113 surah dan 6236 ayat Al-Quran.

Semoga dengan mentadabbur dan mendalami surah Al-Fatihah membuka jalan untuk kita memahami 113 surah yang lain di dalam Al-Quran.


03/11/2022

‼️ DULU SYARIKAT TEMPAT KERJA DITUTUP KERANA PANDEMIK, SEKARANG INCOME MOBILE SPA LEBIH BESAR DARI GAJI DAHULU! ‼️

Dengarkan kisah Puan Ain Ibrahim yang pernah jatuh dalam hidup dan sekarang bangkit untuk hidup yang lebih BEST bersama mobile spa BOTG 😍


Nak tahu kenapa projek mobile spa BOTG sangat berbaloi untuk anda sertai? Pakej tak sampai Rm1000 pun 😱

✅ Buat duit hari-hari >> Permintaan untuk mobile spa sangat tinggi

✅ Income 6 penjuru >> Kalau tak sempat nak buat servis spa, boleh fokus 5 penjuru income yang lain

✅ Training 1 to 1 >> Trainer akan bagi fokus 100%

✅ Support group 24/7 >> Habis je training terus dapat support group yang aktif

✅ Marketing tools disediakan >> Pelbagai bahan marketing dan teknik akan diajarkan

✅ Peluang untuk buka FRANCHISE mobile spa seluruh Malaysia tanpa modal

✅ Peluang travel luar negara >> Me time bersama geng wanita BOTG


HARGA RUNTUH JIMAT Rm1149 - SEAT LIMITED
Nak tahu lebih lanjut?

www.wasap.my/60199805803/SayaNakJoinBOTG-AI

www.wasap.my/60199805803/SayaNakJoinBOTG-AI

www.wasap.my/60199805803/SayaNakJoinBOTG-AI

Setiap hari dalam support group Alumni BOTG mesti ada sharing testimoni berjaya buat duit mobile spa 😍Alhamdulillah sist...
03/11/2022

Setiap hari dalam support group Alumni BOTG mesti ada sharing testimoni berjaya buat duit mobile spa 😍

Alhamdulillah sistem mobile spa BOTG sangar PROVEN!

Kami akan bantu macam mana untuk balik modal dengan cepat dalam masa sebulan! Jangan risau.

Hanya perlu bertindak dan buat apa yang kami kongsikan. InsyaAllah boleh buat duit hari-hari dengan MOBILE SPA BOTG 🥰

Berminat bersama Projek Mobile Spa BOTG?

www.wasap.my/60199805803



Address

Ampang
68000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tadabbur QalBuku posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Tadabbur QalBuku:

Videos

Share


Other Digital creator in Ampang

Show All

You may also like