Jurunikah Taman Nirwana Ampang

Jurunikah Taman Nirwana Ampang Penolong Pendaftar Perkahwinan

JOM SEWA BILIK NIKAH MAMTNSewaan Bilik Nikah lengkap dengan harga terendah di Masjid Al-Mustaqim Taman Nirwana Ampang Pa...
05/06/2024

JOM SEWA BILIK NIKAH MAMTN

Sewaan Bilik Nikah lengkap dengan harga terendah di Masjid Al-Mustaqim Taman Nirwana Ampang

Pakej termasuk :

✅️ Set Pelamin
✅️ Meja Akad Nikah
✅️ Kerusi Tetamu
✅️ Pembesar Suara
✅️ Meja Hantaran
✅️ Welcome Board
✅️ Penghawa Dingin
✅️ Lantai Karpet
✅️ Parking Kenderaan Yang luas

Jom lock tarikh bahagia anda

Hubungi Ustaz Reduwan 013-230 1281/Ustaz Asyraf 013-205 5309 🌟




https://vt.tiktok.com/ZSYJfQ4nJ/

30/05/2024

⚔️CEGAH JENAYAH SYARIAH⚔️

Mahu bernikah di luar negara? Maklumkan dahulu pendaftar perkahwinan di dalam negeri.

Nikah di luar negara tanpa kebenaran pendaftar perkahwinan di Selangor adalah kesalahan yang boleh dikenakan DENDA TIDAK MELEBIHI RM1,000 atau PENJARA SELAMA TEMPOH TIDAK MELEBIHI 6 BULAN atau kedua-duanya.

- Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003

Untuk lebih info berkaitan undang-undang syariah ikuti JAIS di saluran WhatsApp https://whatsapp.com/channel/0029VaVekegJP213apEM9Q1b




MAKLUMAT RINGKAS KPD BAKAL PENGANTIN‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Masih ramai calon yg mengisi borang mohon kebenaran...
22/08/2023

MAKLUMAT RINGKAS KPD BAKAL PENGANTIN

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Masih ramai calon yg mengisi borang mohon kebenaran berkahwin tak peka proses & SOP semasa. Ringkasnya begini:

1. Sila isi Borang Mohon Berkahwin di sppim.gov.my
Dah siap isi baru cetak.
Jika dua-dua pemohon lelaki & perempuan dari negeri Selangor atau negeri yg guna sppim, isi sekali sahaja, kongsi akaun/katalaluan utk print sebelah lelaki & perempuan.

2. Berkuatkuasa 15/9/2021 Borang Mohon Kahwin MESTI DAPATKAN pengesahan (tandatangan & cop) Penolong Pendaftar Perkahwinan (PPP) Kariah tempat tinggal sebelum hantar borang ke Pej Agama Islam Daerah (PAID).

3. Pastikan dokumen lengkap & susun ikut turutan bila bertemu PPP Kariah:

LELAKI datang seorang dgn dokumen:
i) Borang 2 (Permohonan Kebenaran Berkahwin)
ii) Salinan mykad pemohon
iii) Salinan mykad pasangan
iv) Keputusan Ujian HIV
v) Salinan Sijil Kursus Kahwin & asal
vii) Borang Mastautin (JIKA alamat mykad tak sama dgn alamat semasa)

PEREMPUAN datang bersama WALI dgn dokumen:
i) Borang 2 (Permohonan Kebenaran Berkahwin)
ii) Salinan mykad pemohon
iii) Salinan mykad pasangan
iv) Keputusan Ujian HIV
v) Salinan Sijil Kursus Kahwin & asal
vi) Salinan mykad wali
vii) Salinan Surat Nikah atau Surat Cerai Ibubapa
viii) Dokumen kelulusan kebenaran kahwin pihak Lelaki.

4. Setelah dapat pengesahan PPP Kariah, baru hantar dokumen ke PAID.

5. Berkuatkuasa 18/10/2021 semua urusan di PAID & JAIS tidak perlu temujanji, walk-in sahaja.

Nota: Ujian Saringan HIV mesti dari Klinik Kesihatan Kerajaan sahaja. Buat temujanji di qmedasia.

Ringkasnya begitu. Tak lah susah sangat. Rancang & susun. Proses kelulusan PAID tak lama. Boleh mula mohon dlm tempoh 1 - 3 bulan sebelum tarikh nikah.

Sekian dimaklumkan.


Kredit: Ust Abd Rash*t Bin Omar

SPPIM Web Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia

30/05/2023
Kejayaan untuk orang Muslim! Kegembiraan Morocco 30x kali ganda terukir di Qatar. Team dan pelanggan setia Olive House s...
11/12/2022

Kejayaan untuk orang Muslim! Kegembiraan Morocco 30x kali ganda terukir di Qatar.

Team dan pelanggan setia Olive House semestinya tengah menyambut kegembiraan Morocco semalam dengan Raja Segala Minyak Zaitun yang 30x kali ganda hebat.

Kalau team Morocco pun dah hebat semestinya produk pun hebat juga kan? Hehehe. Jangan lupa juga kita pakat pakai baju Maroc (Morocco) sambil tayang olivie.

Jom dapatkan Raja Segala Minyak Zaitun dari bumi Morocco dan raikan kejayaan ini.

Yang paling penting anda berpeluang menyertai “Cabutan Bertuah Aafiyat 2022” dengan hanya tekan link ini bit.ly/3FhCOHa

Morocco, Pelopor MINYAK ZAITUN bersedia benam Portugal! Sejarah baru sekali lagi tercipta di bumi islam iaitu Qatar sete...
10/12/2022

Morocco, Pelopor MINYAK ZAITUN bersedia benam Portugal!

Sejarah baru sekali lagi tercipta di bumi islam iaitu Qatar setelah Morocco berjaya melangkah ke peringkat suku akhir buat kali pertama.

Kalau korang nak tau, Raja Segala Minyak Zaitun kita adalah berasal dari El-Borouj, Morocco.

Admin dapat rasa yang mesti player Morocco ni minum Minyak Zaitun dulu sebelum masuk padang. Patut tengok perform lain macam ja.

Apa pun kita kena lah sokong Morocco untuk next game lawan dengan Portugal. Amalkan Minyak Zaitun kalau nak perform macam player Morocco.

Jom dapatkan Raja Segala Minyak Zaitun kerana anda berpeluang menyertai “Cabutan Bertuah Aafiyat 2022” di https://aafiyatlifestyle.com/world-cup-contest/ dan layak memenangi Gelang Emas, Wang Dinar dan sebagainya.

Penduduk dunia telah rasmi mencecah 8 bilion orang hari ini.👍🏻
15/11/2022

Penduduk dunia telah rasmi mencecah 8 bilion orang hari ini.👍🏻

Suami isteri wajib faham perkara ini.Semakin dekat hubungan anda berdua dengan Allah, semakin eratlah hubungan anda berd...
22/09/2022

Suami isteri wajib faham perkara ini.

Semakin dekat hubungan anda berdua dengan Allah, semakin eratlah hubungan anda berdua.

Dari sinilah bertambahnya rezeki, keberkatan, kebahagiaan, ketenteraman dan banyak lagi.

Sebaliknya, semakin jauh hubungan anda berdua dengan Allah, semakin rengganglah hubungan anda berdua.

Dari sinilah Allah tarik rezeki sedikit demi sedikit, ada pergaduhan, kesengsaraan, keserabutan dan banyak lagi.

Suami isteri, yakinlah bahawa Allah adalah sebaik-baik tempat untuk kita mengadu dan memohon pertolongan.

Maka mohonlah yang terbaik demi kebaikan rumah tangga kalian.

22/09/2022

10 rutin kecil yang akan membawa kepada perbezaan besar dalam hidup seharian kita adalah:

1. Mengemas tempat tidur.

2. Menyenaraikan semua tugasan esok hari sebelum kamu tidur malam ini.

3. Tidak berlengah. Gunakan “konsep 2 minit” iaitu buat sesuatu tugas dalam masa 2 minit. Lepas 2 minit sambung, berehat 1 minit dan sambung lagi buat kerja selama 2 minit.

Konsep ini boleh ditukar kepada beberapa minit yang kita selesa. Ia tak lebih dari 25 minit.

4. Susun atur senarai “to-do-lists” kita mengikut matlamat hidup kita.

5. Tetapkan ”deadline” kamu sendiri bila nak siap semua tugasan.

6. Selain mengambil keputusan untuk senyap atau tak tengok media sosial langsung, pilih orang yang ingin kamu follow. Follow lah mereka yang memberi inspirasi selalu. Contohnya page Tok Abah, cewah!

7. Membaca 5-10 muka surat sesuatu buku.

8. Perbanyakkan sayuran dalam hidangan seharian kamu.

9. Sentiasa amalkan sifat syukur dalam diri atau menyenaraikan 10 kesyukuran dan tulis di dalam diari.

10. Mulakan hobi lama atau sesuatu perkara menyeronokkan yang bermanfaat dan buat kamu rasa hidup sepanjang hari.

Semoga kehidupan kita semakin hari semakin bermakna ya. Tok Abah doakan semua.

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Terus tempa kejayaan demi kejayaan ya.

16/09/2022
5 CARA MERAWAT PENYAKIT TIROID 1. Memperbanyakkan makanan yang kaya dengan iodin seperti ikan air masin dan rumpai laut....
10/09/2022

5 CARA MERAWAT PENYAKIT TIROID

1. Memperbanyakkan makanan yang kaya dengan iodin seperti ikan air masin dan rumpai laut.

2. Mengurangkan kobis, turnip, kacang tanah dan mustard yang menghalang penggunaan iodin oleh badan.

3. Memperbanyakkan makanan yang kaya dengan vitamin B seperti ikan, bijirin dan benih untuk mengatasi masalah kehilangan berat badan.

4. Makanan kaya protein seperti ikan dan telur untuk penggantian tisu otot dalam kes kehilangan berat badan yang serius.

5. Mengurangkan rokok, alkohol dan kafein yang dapat meningkatkan kadar metabolisme.

Batuk & Gatal Tekak sangat popular ketika bulan ini 🤢🩸Mungkin disebabkan oleh faktor Cuaca, Covid-19 🦠 dan Influenza yan...
08/09/2022

Batuk & Gatal Tekak sangat popular ketika bulan ini 🤢🩸Mungkin disebabkan oleh faktor Cuaca, Covid-19 🦠 dan Influenza yang merebak dengan lajunya.
Haa..Nak tahu apa solusinya? Admin nak kongsikan 2 produk yang InshaAllah dapat membantu kita yang sedang menghadapi masalah Batuk & Gatal Tekak.✅💚💚
Solusinya ialah madu asli dan juga minyak habbatus sauda. Penerangan lanjut dalam info di atas.
Ingat! Mencegah lebih baik daripada Merawat 💉
Dapatkan Madu dari Pergunungan Kyrgyzstan dan Minyak Habbatus Sauda yang asli hanya di Olive House atau di Aafiyat Mall 🏪








07/09/2022

SOP baharu pemakaian pelitup muka berkuatkuasa mulai HARI INI (Rabu, 7 Sept 2022).

"Wajib pakai pelitup muka hanya kepada pesakit Covid-19, ketika guna pengangkutan awam & semasa berada di fasiliti kesihatan."- Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, 7 September 2022

“Saya juga jaga pemakanan. Tidak pernah tambah nasi dan hanya mengamalkan pengambilan separuh. Itupun, kadang-kadang tid...
02/09/2022

“Saya juga jaga pemakanan. Tidak pernah tambah nasi dan hanya mengamalkan pengambilan separuh. Itupun, kadang-kadang tidak habis".

https://www.utusan.com.my/gaya/2022/09/rumah-saya-tak-ada-gula-zaidi-omar/

KUALA LUMPUR: Pelakon berpengalaman, Zaidi Omar mengakui, amalan tidak makan gula dan kerap minum air kosong membantu dirinya untuk sentiasa sihat dan kekal bertenaga pada usia 64 tahun. Kata Zaidi, dia amat menjaga pemakanan dan tidak menyentuh minuman manis sejak dahulu lagi. “Di rumah saya tida...

30/08/2022
Pertimbangan perlu diberikan untuk berhenti menggunakan paracetamol kepada pesakit yang berisiko serangan jantung atau s...
27/08/2022

Pertimbangan perlu diberikan untuk berhenti menggunakan paracetamol kepada pesakit yang berisiko serangan jantung atau strok.

https://relevan.com.my/2022/03/01/paracetamol-tingkatkan-serangan-jantung-jika-diambil-dengan-kerap/

PEMBELIAN paracetamol telah meningkat dengan mendadak selepas koronavirus melanda dunia. Ia merupakan ubat penahan sakit yang cukup popular digunakan untuk melegakan kesakitan dan juga diberikan kepada pesakit menghidap penyakit kronik. Walau bagaimanapun, satu kajian baru-baru ini memberi amaran pe...

26/08/2022

KHUTBAH JUMAAT
"KIBLAT MERDEKA"
26.8.2022 | 28 MUHARRAM 1444 H
جوم انفاق تابوڠ جمعة سوراو نور الحكمة ڬراند بركة هوتيل : 26227800024376 ( بڠک RHB )

Bersempena bulan kemerdekaan ini, Olive House dengan berbesar hati ingin meneruskan set promosi 'ANAK KUAT' untuk anda s...
25/08/2022

Bersempena bulan kemerdekaan ini, Olive House dengan berbesar hati ingin meneruskan set promosi 'ANAK KUAT' untuk anda semua.
Kesihatan adalah satu nikmat yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Jadi, merdekakan diri anda dari dibelanggu masalah kesihatan, bermula terutamanya dengan anak-anak kita.
Anak sihat, keluarga aafiyat.

Biasa kita dengar madu digunakan sebagai perubatan kan....Apa kata admin share resepi cara buat smoothie buah-buahan yan...
22/07/2022

Biasa kita dengar madu digunakan sebagai perubatan kan....
Apa kata admin share resepi cara buat smoothie buah-buahan yang menggunakan madu kyrgyzstan dari Chef Dr. Ezani...yumm yumm...
Bahan-bahan -:
2 biji pisang
1 biji mangga
1 cawan yoghurt
1 cawan blueberry
2 sudu besar Madu dari Pergunungan Kyrgyzstan Olive House
1 cawan ais
Cara-cara :
- Kisarkan ais bersama bahan-bahan hingga
smooth
Hiaskan dengan:
-Pisang, mangga, blueberry, granola dan kekacang
-Drizzle sedikit Madu Dari Pergunungan
Kyrgyzstan bagi sedikit pemanis dan rasa lebih
lazat
Lepas tu dah boleh minum....sedap dan berkhasiat tanpa sebarang gula putih😍
Jom share pada kawan-kawan dan family!!!🥰

✨ AafiyatSharing : Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Hari Arafah ?1. Hari Wukuf di Arafah adalah bagi penduduk Makkah; ad...
05/07/2022

✨ AafiyatSharing : Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Hari Arafah ?

1. Hari Wukuf di Arafah adalah bagi penduduk Makkah; adalah sehari sebelum Hari Nahar (Hari Raya Aidil Adha).
Iaitu pada hari Sabtu ini, bersamaan 9 Zulhijjah 1443 bersamaan 9 Julai 2022.

2. Tarikh Hari Wukuf bagi mengerjakan ibadah haji akan diisytihar oleh kerajaan Arab Saudi.
Bagi negara berlainan terbit matahari seperti Malaysia, penentuan 9 Zulhijjah adalah mengikut ketentuan imkanur-rukyah negara masing-masing.

3. Puasa Hari Arafah mempunyai kelebihan menghapuskan dosa setahun sebelum dan setahun selepas sebagaimana riwayat Muslim;

Daripada Abi Qatadah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah:

يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ

Maksudnya: “Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang”. [Riwayat Muslim (1977)]

⚡⚡⚡⚡⚡⚡

Nak kekal bertenaga ketika berpuasa?

✨ Jom cuba bersahur dengan Minyak Zaitun, Madu dan Habbatus Sauda.

Jangan risau, semuanya ada dalam set promosi Aafiyat Travel Kit dan Kombo Aafiyat D’haramain, dapatkan segera sebelum Sabtu ni ya!

Sumber : https://muftiwp.gov.my/en/falak/bayan-al-falak/2564-bayan-al-falak-siri-2-idul-adha-dan-puasa-hari-arafah, https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/1099-irsyad-al-hadith-siri-ke-115-kelebihan-kelebihan-hari-arafah








Harap sahabat-sahabat semua alert ya dengan gejala influenza dan virus influenza yang semakin popular sekarang ni😊
05/07/2022

Harap sahabat-sahabat semua alert ya dengan gejala influenza dan virus influenza yang semakin popular sekarang ni😊

Address

Jalan Ampang Putra
Ampang
68000

Opening Hours

Monday 06:00 - 21:00
Tuesday 06:00 - 21:00
Wednesday 06:00 - 21:00
Thursday 06:00 - 21:00
Friday 06:00 - 21:00
Saturday 06:00 - 21:00
Sunday 06:00 - 21:00

Telephone

+60132301281

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jurunikah Taman Nirwana Ampang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Jurunikah Taman Nirwana Ampang:

Videos

Share