OH Ya

OH Ya Malaysian Ways of Aafiyat Lifestyle Bukan untuk mengajar. Cuma nak sama-sama faham. Misi Kami

Kami percaya kesedaran tak perlu datang dari perkara besar.

Kadang hidup ni bagi kita banyak isyarat kecil,
tapi kita cuma perasan bila ada yang menyentuh hati dan buat kita terfikir, “Oh ya… betul juga.”

Di sinilah OH Ya bermula. Kami kongsikan kisah dan isu yang dekat dengan hidup kita,
tentang kesihatan, keluarga, kehilangan, harapan, dan semua yang manusia rasa. Sebab bila kita faham, barulah kita mula jaga diri, hati, dan orang sekeliling. Kadang cuk

up satu kisah, satu ayat, atau satu doa yang sesuai pada waktunya. Itulah misi kami, menyampaikan cerita dan ilmu yang buat kita lebih tahu, lebih berjaga, dan lebih Aafiyat. Secara tidak langsung, setiap usaha kecil ini diharap dapat menyumbang kepada peningkatan kesejahteraan dan kesihatan rakyat Malaysia. Apa Yang Kami Kongsikan

• Kisah benar orang Malaysia dari hal kesihatan sampai kisah kehidupan.
• Fakta yang sahih, disampaikan dengan rasa.
• Renungan yang menyentuh emosi, bukan sekadar maklumat.
• Kandungan yang “viral dengan makna” sebab kesedaran pun boleh dari kisah trending yang diambil ikhtibar. Komuniti OH Ya

OH Ya bukan sekadar page. Yang mengikutinya adalah komuniti dari kita semua yang nak jadi lebih baik sedikit demi sedikit. Yang percaya bahawa bila kita mula ambil tahu, kita akan mula berubah untuk diri, keluarga dan masyarakat. Teruskan bersama komuniti OH Ya. Like, follow dan kongsi setiap sebaran yang bermanfaat,
kerana kesedaran tak berhenti bila kita baca, ia bermula bila kita sebarkan. OH Ya — Malaysian Ways of Aafiyat Lifestyle.

16/01/2026

Salam Israk Mikraj
27 Rejab 1447H

“Timing makan bukan musuh. Diet yang terlalu ekstrem selalunya jadi punca.”Ramai sebenarnya niat nak sihat. Nak kurus. N...
16/01/2026

“Timing makan bukan musuh. Diet yang terlalu ekstrem selalunya jadi punca.”

Ramai sebenarnya niat nak sihat. Nak kurus. Nak rasa ringan. Nak badan lebih terkawal.

Sebab tu ada yang tak makan sarapan waktu pagi, buat intermittent fasting (IF), atau jarakkan waktu makan.

Dan ini penting untuk disebut dengan jelas tanpa menakutkan sesiapa. Skip breakfast sendiri bukan satu masalah, dan bukan punca penyakit secara automatik.

Tubuh manusia sebenarnya fleksibel.
Ada orang berfungsi baik dengan sarapan.
Ada orang lebih selesa makan tengah hari & malam sahaja.

Kedua-duanya boleh sihat, bergantung pada corak pemakanan secara keseluruhan.

Malah, ulasan pemakanan menunjukkan bahawa skip breakfast tidak semestinya buruk untuk semua orang, dan kesannya terhadap kesihatan bergantung kepada:
• jumlah kalori harian
• kualiti makanan
• keseimbangan nutrien
• gaya hidup individu

Isu sebenar selalunya bukan bila kita makan,
tetapi bagaimana kita berdiet.

Beberapa kajian terdahulu menunjukkan bahawa risiko masalah kesihatan meningkat apabila diet menjadi terlalu ekstrem, terutamanya bila:
❌ kalori terlalu rendah
❌ berat badan turun terlalu cepat
❌ lemak sihat hampir sifar
❌ diet dibuat dalam tempoh singkat tetapi agresif

Kajian klinikal mendapati penurunan berat badan mendadak melalui diet sangat rendah kalori dikaitkan dengan peningkatan komplikasi metabolik dan pencernaan bukan kerana waktu makan, tetapi kerana tekanan fisiologi ke atas badan.

Malah, analisis besar dalam jurnal perubatan juga mendapati tiada bukti konsisten bahawa skip breakfast sahaja menyebabkan kesihatan merosot bagi semua individu.

Kesan yang dilihat selalunya dipengaruhi oleh konteks diet keseluruhan, bukan satu tabiat tunggal.

Sebab itu juga, intermittent fasting bukan masalah. Ramai amalkannya dengan baik cukup kalori, cukup protein, cukup lemak sihat dan badan berfungsi dengan tenang.

Kadang-kadang badan cuma perlukan:
✅️tenaga yang konsisten
✅️nutrien yang mencukupi
✅️dan lemak sihat dalam kadar sederhana
Termasuk sumber semula jadi seperti minyak zaitun extra virgin, yang sering digunakan dalam pemakanan seimbang untuk menyokong fungsi metabolik dan hormon.

Selama bertahun-tahun, panduan pemakanan menekankan pengambilan karbohidrat, pengurangan lemak dan pengiraan kalori.Namu...
15/01/2026

Selama bertahun-tahun, panduan pemakanan menekankan pengambilan karbohidrat, pengurangan lemak dan pengiraan kalori.

Namun, trend kesihatan hari ini menunjukkan peningkatan:

- Obesiti
- Diabetes pada usia lebih muda
- Penyakit hati berlemak
- Gangguan hormon

Ramai yang mengikuti panduan ini dengan niat untuk menjaga kesihatan. Namun, perubahan pola penyakit ini mendorong semakan semula panduan pemakanan.

Bagi tempoh 2025–2030, panduan pemakanan di Amerika Syarikat telah dikemaskini. Pendekatan kini lebih menekankan kualiti makanan, bukan sekadar jumlah kalori, selari dengan fokus kesihatan jangka panjang dan pencegahan penyakit tidak berjangkit.

Antara mesej utama panduan terkini:

• Protein disarankan pada setiap hidangan
Sumber protein termasuk ayam, ikan, telur, daging, kekacang dan produk soya.

• Lemak sihat kini diiktiraf sebagai komponen penting, setara dengan protein
Digalakkan diambil setiap hari dalam kuantiti kecil, seperti minyak zaitun, kekacang, avokado dan produk tenusu penuh lemak tanpa gula.

• Pengambilan sayur dan buah perlu mencukupi setiap hari
Sayur: 3 hidangan sehari
Buah: 2 hidangan sehari

• Bijirin penuh digalakkan, manakala karbohidrat bertapis dan diproses perlu dikurangkan.

• Pengambilan makanan ultra-proses dan gula tambahan juga perlu dihadkan.

Kaedah penyediaan makanan turut diberi perhatian. Disarankan memilih kaedah bakar, panggang atau tumis berbanding goreng.

Ringkasnya, lebihkan makanan sebenar, kurangkan makanan berproses.

Itu langkah asas untuk menjaga kesihatan jangka panjang.

“Senang bila bermadu dengan kawan sendiri."Itu kisah yang dilalui Shuhadah Jaafar bila suaminya, Muhammad Azizi Zakaria,...
15/01/2026

“Senang bila bermadu dengan kawan sendiri."

Itu kisah yang dilalui Shuhadah Jaafar bila suaminya, Muhammad Azizi Zakaria, berterus terang mahu berkahwin dengan rakannya sendiri, Nor Azura Mohd Azmin di Kemaman Terengganu.

Pada awalnya, sedih itu ada. Terkejut pun ada.
Tak ada isteri yang “ok je” bila nak dimadukan.

Tapi Shuhadah pegang satu perkara yang sangat besar maknanya: “Yang penting, mereka tak ada hubungan di belakang saya.”

Ayat ini nampak ringkas, tapi sebenarnya di situlah teras isu poligami yang selalu orang elak bincang.
Bukan soal boleh atau tak boleh semata-mata.
Bukan soal hukum sahaja. Tapi soal cara.

Lepas hampir tujuh tahun berumah tangga, Shuhadah ambil masa. Berfikir. Menimbang. Menenangkan hati sendiri. Bukan sebab mudah, tapi sebab tak mahu perkara yang haram jadi lebih besar bila disorokkan.

Dan yang buat ramai orang berhenti sekejap bila baca kisah ini, suami pilih untuk jujur.
Tak kahwin lari di negara jiran.
Tak sembunyi kononnya “tak nak bagi isteri sakit hati”.

Terus terang.
Ikut saluran yang betul.

Di sinilah realiti poligami yang jarang dibincangkan secara jujur:
✔️ Ia bukan cerita romantik
✔️ Ia bukan jalan mudah
✔️ Ia bukan sekadar “aku mampu dari segi nafkah”

Ia cerita tentang emosi dan mampu berlaku adil.
Tentang ego yang perlu ditundukkan.
Tentang amanah yang berlapis.
Dan tentang keberanian memikul akibat daripada pilihan sendiri.

Ini bukan kisah nak “glorify” poligami.
Ini kisah kejujuran sebelum keputusan,
dan tanggungjawab bila hati diuji.
Kadang-kadang dalam hidup,
yang paling berat bukan apa yang kita pilih.

Moga setiap pengorbanan diganti keberkatan.
Dan min doakan semoga mereka bahagia hingga ke jannah.

Kredit : Harian Metro

Dulu kerap keluar tanpa fikir panjang. Sekarang, duduk diam di rumah pun dah cukup tenangkan hati.Bukan sebab kita tak s...
14/01/2026

Dulu kerap keluar tanpa fikir panjang. Sekarang, duduk diam di rumah pun dah cukup tenangkan hati.

Bukan sebab kita tak s**a orang. Cuma badan dan emosi dah tak sama macam dulu.

Kita mula pilih yang ringkas. Yang selesa. Yang tak menyusahkan badan.

Kalau badan cepat lenguh, itu bukan tanda kita lemah. Itu tanda badan minta kita berhenti sekejap dan dengar.

Waktu tidur pun berubah. Mudah mengantuk awal, tapi senang terjaga tengah malam.

Dan tanpa sedar, kita mula ambil berat tentang kesihatan. Mula baca label. Mula fikir kesan jangka panjang.

Kalau anda rasa, “eh, ni macam cerita aku”, itu normal.

Ramai yang lalui fasa yang sama. Cuma kita jarang bercerita.

Penuaan bukan sesuatu yang perlu ditakutkan. Ia cuma peringatan halus supaya kita jaga diri dengan lebih baik.

Perlahan pun tak apa. Yang penting, jangan abaikan diri sendiri.

Ramai tak sedar, usus bukan sekadar tempat hadam makanan. Ia sering digelar otak kedua kita.Apa yang kita makan setiap h...
13/01/2026

Ramai tak sedar, usus bukan sekadar tempat hadam makanan. Ia sering digelar otak kedua kita.

Apa yang kita makan setiap hari memberi kesan langsung kepada kesihatan usus dan kesihatan jangka panjang.

Di Malaysia, hampir 250,000 kes kanser direkodkan antara 2017 hingga 2023. Kanser kolorektal (kanser usus) merupakan antara kanser paling kerap berlaku.

Kajian menunjukkan pengambilan daging diproses setiap hari meningkatkan risiko kanser usus, terutamanya apabila diet rendah serat. Namun, 95% rakyat Malaysia masih tidak mengambil sayur dan buah pada kadar mencukupi.

Kanser usus sering dikesan lewat kerana simptom awal yang tidak ketara.
Pencegahan melalui pemakanan seimbang, aktiviti fizikal, berhenti merokok dan saringan awal adalah langkah paling berkesan.

Jaga usus. Mencegah lebih baik daripada merawat.

13/01/2026

76 pesakit jantung sehari dirawat di HSIS Serdang.
Ia kekal punca kematian utama di Malaysia.
Pakar gesa pencegahan awal.

Kenapa Pagi Sekolah Lepas Cuti Panjang Selalu Jadi Drama?Jam dah bunyi. Anak masih melekat dengan tilam.Ada yang tarik s...
12/01/2026

Kenapa Pagi Sekolah Lepas Cuti Panjang Selalu Jadi Drama?

Jam dah bunyi.
Anak masih melekat dengan tilam.
Ada yang tarik selimut balik.
Ada yang terus menangis walaupun belum bangun.

Kita kejut elok-elok.
Kali kedua masih sabar.
Masuk kali ketiga… suara pun mula berubah sikit. Dan dalam kepala terlintas,
“Kenapa payah sangat nak bangun ni…”

Kalau pagi rumah anda macam ni, memang normal. Bukan anda seorang sahaja.
Minggu-minggu awal sekolah memang selalu jadi macam ni.

Ramai ibu bapa berkongsi:
– Anak susah nak bangun
– Anak nampak cepat letih
– Emosi senang berubah
– Balik sekolah terus baring
– Fokus di kelas belum konsisten

Kenapa situasi ni jadi lebih ketara lepas cuti sekolah yang panjang?

✔️Bila cuti panjang mungkin tidur makin lewat, bangun makin lambat dan waktu tak menentu buat badan tak sempat masuk fasa tidur dalam (deep sleep).

✔️Skrin malam-malam buat mata pejam, otak masih aktif. Pagi bangun pun rasa tak segar
walaupun “cukup jam tidur”.

✔️ Sarapan tinggi gula atau tak cukup nutrisi menjadikan tenaga cepat drop. Manis beri tenaga sekejap.Lepas tu badan ‘crash’ sebelum tengah hari.

Apa ibu bapa boleh buat (realistik & praktikal):

✅ Laraskan waktu tidur berperingkat. Awalkan 15–20 minit setiap malam. Tak perlu paksa terus awal.

✅ Tutup skrin sekurang-kurangnya 1 jam sebelum tidur.Ganti dengan baca buku, berbual ringan, doa bersama.

✅ Pastikan anak dapat makanan bernutrisi tinggi
Gabungan protein, lemak sihat dan makanan sebenar bantu tenaga lebih stabil sepanjang hari.

✅ Cahaya pagi bantu ‘reset’ badan. Buka langsir awal pagi atau biar anak terdedah cahaya matahari sekejap.

Baru mula sekolah, badan anak memang ambil masa. Kita sabar sikit dulu dan cuba bantu mereka.

Tadi min termakan roti yang dah berkulat. 😔Dah makan separuh, baru perasan tompok kelabu tu.Tarikh luput? Belum lagi. Te...
12/01/2026

Tadi min termakan roti yang dah berkulat. 😔
Dah makan separuh, baru perasan tompok kelabu tu.

Tarikh luput? Belum lagi.
Terus berhenti. Terus buang.

Ramai tak sedar, roti berkulat selalunya tak buat kita terus jatuh sakit. Badan akan cuba lawan. Paling biasa akan rasa loya atau nak muntah.

Tapi kulat boleh hasilkan toksin, dan walaupun bahagian lain nampak elok, hyphae (akar halus kulat) sebenarnya dah merebak ke seluruh roti. Sebab tu memang tak selamat nak sambung makan.

Untuk pengusaha, mohon lebih peka. Check kualiti sebelum jual.

Kadang-kadang kita anggap stres itu perkara biasa. Sebab semua orang sibuk.Semua orang penat. Semua orang “tahan”.Yang b...
08/01/2026

Kadang-kadang kita anggap stres itu perkara biasa. Sebab semua orang sibuk.
Semua orang penat. Semua orang “tahan”.

Yang buat ia berbahaya bukan stres itu sendiri,
tetapi stres yang dibiarkan terlalu lama tanpa kawalan.

Bila stres dan anxiety jadi kronik,
ia bukan duduk di fikiran saja. Ia mula keluar melalui badan.

Antara kesan yang terbukti berlaku:
✔️Masalah kulit jerawat, ekzema, rambut gugur.
✔️Insomnia, s**ar tidur, kerap terjaga dan bangun pagi masih rasa letih.
✔️ Kekejangan & ketegangan otot, leher, bahu, belakang mudah sakit kerana badan sentiasa dalam mode berjaga.
✔️Sistem imun melemah, badan lebih mudah jatuh sakit dan ambil masa lebih lama untuk pulih.
✔️Sukar fokus & mudah lupa. Stres ganggu fungsi otak menjadikan kita kurang produktif.
✔️ Rasa ketat di dada & sesak nafas. Selalunya berkait dengan anxiety tetapi sering disalah anggap sebagai penat biasa.

Ini tanda-tanda badan sedang minta perhatian.
Nak mula jaga diri, tak perlu perubahan besar.

Cukup dengan langkah kecil yang konsisten:
1️⃣ Bangun sedikit awal, beri ruang untuk tenangkan fikiran
2️⃣ Jangan rasa bersalah untuk berehat. Rehat itu keperluan
3️⃣ Amalkan pernafasan dalam bila rasa sesak atau gelisah
4️⃣ Bergerak ringan, brisk walk atau luang masa dengan keluarga
5️⃣ Amalkan pemakanan bernutrisi tinggi
— kurangkan makanan ultra-proses
— cukupkan protein, sayur, buah & lemak baik
6️⃣ Jangan pendam seorang diri. Berbual atau dapatkan bantuan bila perlu

Stres mungkin tak boleh dielakkan. Tetapi ia tak sepatutnya mengawal hidup kita. Mulakan dengan satu langkah kecil hari ini.

Badan anda akan rasa bezanya.

Niat ayah ni baik. Nak anak kurang sikit main handphone. Jadi dia belikan seekor kucing.Harapnya, ada teman yang boleh t...
07/01/2026

Niat ayah ni baik. Nak anak kurang sikit main handphone. Jadi dia belikan seekor kucing.

Harapnya, ada teman yang boleh tarik perhatian anak daripada skrin.

Tak ada marah. Tak ada drama. Tak ada paksaan.

Tapi yang berlaku…
anak masih duduk dengan handphone.
Dan kucing p**a datang rapat, duduk di sisi, ikut sama “tengok”.

Satu gambar yang nampak kelakar, tapi sebenarnya menyimpan realiti ramai ibu bapa hari ini.

Kadang kita rasa bersalah bila anak terlalu lama dengan skrin.

Kadang kita tertanya, “Aku gagal ke sebagai mak ayah?”

Dunia yang anak-anak kita membesar sekarang
bukan dunia yang sama seperti dulu.
Skrin bukan sentiasa jadi "musuh".
Ia cuma sebahagian daripada kehidupan moden yang perlukan kita untuk guide anak.

Hubungan tak semestinya hilang, ia cuma berubah cara.

Mungkin cara nak bagi keseimbangan hari ini
realitinya bukan menjauhkan anak daripada skrin sepenuhnya, tetapi memastikan mereka membesar dengan rasa disokong, bukan ditinggalkan.

Sumber: FB users sharing

07/01/2026

Awal 2026 ni,
buka phone ja… makanan.
Scroll sikit… makanan lagi.
Yang azam nak kurus, azam tu tengah diuji betul-betul.

Address

Alor Setar
05150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when OH Ya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to OH Ya:

Share