Radio Malaysia Kedahfm

Radio Malaysia Kedahfm KEDAHfm Mesra Harmoni | Stesen Radio No.1 di Utara
(593)

PERHILITAN PINDAH GAJAH LIAR JANTAN KE HABITAT SELAMATAlor Setar 15 Jan - Gajah liar jantan yang ditangkap di Kampung Ch...
15/01/2026

PERHILITAN PINDAH GAJAH LIAR JANTAN KE HABITAT SELAMAT

Alor Setar 15 Jan - Gajah liar jantan yang ditangkap di Kampung Charok Kapas, Kupang, semalam dipindahkan ke habitat selamat, dengan menggunakan dua gajah denak. Pengarah Perlindungan Kehidupan dan Liar dan Taman Negara Kedah (PERHILITAN) .
Dr Abdul Malek Mohd Yusof berkata haiwan tersebut berada dalam keadaan sihat selepas menjalani pemeriksaan veterinar, pemasangan mikrocip dan pengukuran morfologi sebelum dilepaskan ke habitat selamat.
Katanya menerusi kenyataan operasi pemindahan itu melibatkan 23 petugas dari PERHILITAN Kedah, dan Kelantan, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah serta anggota Polis Diraja Malaysia Kedah.
Pemindahan bermula sekitar 8.00 PAGI dengan pembinaan ‘loading bay’ dan penarikan haiwan, melibatkan dua gajah denak bernama Sanum dan Rambai, dan selesai kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Gajah jantan bersaiz tapak kaki 41 sentimeter itu dikesan sejak Disember tahun lalu dan dipercayai datang dari Hutan Simpan Gunung Inas.
Katanya usaha mengusir sebelum ini tidak berjaya dan aduan diterima daripada penduduk setempat sejak tiga minggu lalu.

LAPORAN ANUAR/HIDAYAH

15/01/2026
Assalamualaikum💕💕 Salam interaktif buat semua pendengar setia KEDAHfm✌🏻✌🏻Jom Teman Ezza‼️‼️⏰ Interaktif 102 🎧 https://rt...
15/01/2026

Assalamualaikum💕💕 Salam interaktif buat semua pendengar setia KEDAHfm✌🏻✌🏻Jom Teman Ezza‼️‼️

⏰ Interaktif 102
🎧 https://rtmklik.rtm.gov.my/radio/tempatan/kedah-fm
📞 Tel : 04-7713037/ 04-7717608
📱Whatsapp : 011-56686300
💻 FB : Radio Malaysia Kedahfm
📲 IG :
🤳🏻 TikTok :

9 WARGA ASING DITOLAK KEMASUKAN KE MALAYSIABUKIT KAYU HITAM, 15 JANUARI: Tidak memenuhi syarat kemasukan, 9 warga asing ...
15/01/2026

9 WARGA ASING DITOLAK KEMASUKAN KE MALAYSIA

BUKIT KAYU HITAM, 15 JANUARI: Tidak memenuhi syarat kemasukan, 9 warga asing termasuk enam wanita ditolak kemasukan ke Malaysia melalui Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam.

Kesemua warga asing terbabit terdiri daripada 6 warga Bangladesh; dan masing-masing seorang warga Taiwan, India dan Hong Kong.

Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Bukit Kayu Hitam, SAC Mohd Nasarudin M. Nasir berkata, kesemua warga Bangladesh terbabit telah ditolak kemasukan kerana warganegara itu tidak dibenarkan memasuki Malaysia melalui laluan darat.

Manakala seorang warga Taiwan dan India ditolak kemasukan kerana disyaki bukan pelancong tulen serta dipercayai tinggal melebihi tempoh dibenarkan dengan hanya menggunakan Pas Lawatan Sosial.

Turut ditolak kemasukan, seorang wanita warga Hong Kong kerana subjek mempunyai nama dalam senarai syak jabatan.

Kesemua tindakan penolakan kemasukan ini adalah berdasarkan Akta Imigresen 1959/63.

Semua individu yang terlibat telah diarah berpatah balik melalui negara Thailand untuk pulang ke negara asal masing-masing.

Tegas SAC Mohd Nasarudin, AKPS akan terus komited dalam memastikan pintu masuk negara sentiasa berada dalam kawalan rapi serta tidak disalahguna oleh mana-mana pihak.

WARTAWAN: FAKHRUL RAZI ISMAIL

FOTO: IHSAN AKPS BUKIT KAYU HITAM

SANTAI612   bersama DJ Pidot Candenj...kongsi kisah hgpa...Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih...kot2 ada kisah lama2 ka ...
14/01/2026

SANTAI612 bersama DJ Pidot Candenj...kongsi kisah hgpa...Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih...kot2 ada kisah lama2 ka berbaik semula...mai2 lekaih cita na...

Seni tak kenal bangsa, budaya milik kita bersama.🇲🇾 JEMPUTAN TERBUKA KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA 🇲🇾RTM & KELANTANfm d...
14/01/2026

Seni tak kenal bangsa, budaya milik kita bersama.

🇲🇾 JEMPUTAN TERBUKA KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA 🇲🇾

RTM & KELANTANfm dengan sukacitanya menjemput seluruh warga negara Malaysia tanpa mengira bangsa, latar belakang dan budaya untuk menyertai dan memeriahkan Pertandingan Dikir Barat RTM 2026.

Seni Dikir Barat bukan sekadar warisan Kelantan,
tetapi khazanah budaya Malaysia yang menyatukan kita semua.

🎶 Dua kategori dipertandingkan:
▪️ Kumpulan Lelaki
▪️ Kumpulan Wanita

📅 Tarikh-tarikh penting:
Saringan: 7 & 8 Februari 2026
Suku Akhir: 3 & 4 April 2026
Separuh Akhir: 18 April 2026
Akhir: 25 April 2026

📌 Tarikh akhir penyertaan:
🗓️ 15 Januari 2026

📲 Imbas Kod QR untuk muat turun borang dan syarat penyertaan.
☎️ Sebarang pertanyaan: 017-963 7871 (Urus Setia Pertandingan)

Ayuh bersama-sama kita raikan seni, budaya dan perpaduan Malaysia.




PerpaduanMelaluiBudaya
Kelantanfm
PenuhiCitaRasaAnda

14/01/2026

[Langsung]

Sidang Media Jurucakap Kerajaan oleh Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil.

salam buat semua💕💕💕Sedekah pagi hari anda dengan senyumanjom Layanz Kedahfm moga semua ceria ceria selalu doa untuk semu...
14/01/2026

salam buat semua💕💕💕
Sedekah pagi hari anda dengan senyuman
jom Layanz Kedahfm moga semua ceria ceria selalu doa untuk semua agar sihat hendaknya dalam menjalani kehidupan yg sementara ini✌🏻

Jom Teman Ezza‼️‼️

⏰ Interaktif 102
🎧 https://rtmklik.rtm.gov.my/radio/tempatan/kedah-fm
📞 Tel : 04-7713037/ 04-7717608
📱Whatsapp : 011-56686300
💻 FB : Radio Malaysia Kedahfm
📲 IG :
🤳🏻 TikTok :

Kerugian Lebih RM108,000: Individu Diperdaya Sindiket Tawaran Bantuan Mangsa ScamKUALA MUDA, 13 Januari 2026 — Seorang i...
14/01/2026

Kerugian Lebih RM108,000: Individu Diperdaya Sindiket Tawaran Bantuan Mangsa Scam

KUALA MUDA, 13 Januari 2026 — Seorang individu dilaporkan mengalami kerugian sebanyak RM108,001 selepas diperdaya sindiket penipuan yang menawarkan bantuan untuk mendapatkan semula wang sebagai mangsa scam.

Menurut Kenyataan Media Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kedah, laporan polis berhubung kes tersebut telah diterima oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda pada 11 Januari 2026 jam 12.09 tengah hari.

Siasatan awal mendapati, pada 16 Mei 2025 kira-kira jam 3 petang, pengadu telah melayari Facebook dan tertarik dengan satu iklan yang menawarkan bantuan kepada mangsa penipuan kewangan. Pengadu kemudiannya menekan pautan iklan berkenaan, meninggalkan maklumat peribadi serta nombor telefon sebelum dihubungi melalui aplikasi WhatsApp.

Pengadu diminta membuat bayaran pendahuluan kononnya bagi tujuan membuka fail dan memproses permohonan mendapatkan semula wang yang telah hilang sebelum ini. Antara 28 Mei hingga 18 Jun 2025, pengadu telah melakukan lapan transaksi pindahan wang secara dalam talian daripada akaun Maybank miliknya ke beberapa akaun bank berlainan atas nama individu dan syarikat berbeza.

Walaupun laporan polis telah dibuat, pengadu masih diminta membuat bayaran tambahan dengan alasan proses pemulangan wang sedang dijalankan.

Siasatan lanjut mendapati pengadu pernah menjadi mangsa scam sebelum ini, dan tiga kertas siasatan telah dibuka berkaitan kes pinjaman wang tidak wujud, masing-masing di Sungai Petani dan Padang Serai.

Sehubungan itu, PDRM khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Komersil menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan iklan dalam talian yang menawarkan bantuan mendapatkan semula wang daripada scammer, kerana ia sering menjadi taktik penipuan berlapis.

Orang ramai disaran membuat semakan terlebih dahulu dengan pihak polis atau balai berhampiran sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan yang mencurigakan. Semakan juga boleh dibuat melalui aplikasi Semak Mule, Facebook JSJK PDRM, atau menghubungi National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997.

PDRM turut mengingatkan orang ramai agar menjadi rakyat yang bijak dan sentiasa berwaspada bagi mengelakkan diri daripada terpedaya dengan sindiket penipuan.

Wartawan: MOHD ZULHADE BIN MOHD ZUKI

Address

Jalan Kuala
Alor Setar
05400

Opening Hours

Monday 06:00 - 00:00
Tuesday 06:00 - 00:00
Wednesday 06:00 - 00:00
Thursday 06:00 - 00:00
Friday 06:00 - 00:00
Saturday 06:00 - 00:00
Sunday 06:00 - 00:00

Telephone

+60771 3037

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Radio Malaysia Kedahfm posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category