Mat Don

Mat Don Youtuber / Movie Reviewer
Youtube Channel : Mat Don
(2)

๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐Ÿ–,๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ ๐’๐”๐๐’๐‚๐‘๐ˆ๐๐„๐‘๐’ !Alhamdulillah, Mat Don berjaya mencapai 8,000 subscribers awal bulan September ini. Seti...
03/09/2024

๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐Ÿ–,๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ ๐’๐”๐๐’๐‚๐‘๐ˆ๐๐„๐‘๐’ !

Alhamdulillah, Mat Don berjaya mencapai 8,000 subscribers awal bulan September ini. Setiap 1,000 subscribers baharu merupakan pencapaian bagi someone macam aku. Walaupun aku bergerak agak perlahan atas beberapa faktor namun alhamdulillah, masih lagi ada di sini.

Acapkali aku berkata pada diri sendiri untuk berhenti membuat ulasan kerana aku rasa macam aku memang tak mampu ubah apa-apa pon. Tapi setiap kali rasa nak berhenti tu hadir kuat, pasti akan ada 1 DM daripada orang yang tidak dikenali, kawan rapat atau orang dalam industri yang menzahirkan rasa terima kasih kerana sentiasa jujur.

Semoga aku berjaya capai 10,000 sebelum 2024 ini tamat dan semoga aku sentiasa diberi kekuatan agar tidak berhenti mengulas filem atau membuat konten berkaitan filem.

Izinkan aku menzahirkan rasa terima kasih tidak terhingga kepada semua yang support daripada hari pertama sampai lah sekarang dan terima kasih juga kepada yang cadangkan nama aku kepada distributor, advertising agency dan orang-orang filem.

Jangan lupa subscribe kepada yang belum !

Link Youtube : https://www.youtube.com/

Review filem Harimau Malaya : The Untold Journey (2024) arahan Afdlin Shauki dan Liyana Jasmay, pengarah bersama, sudah ...
31/08/2024

Review filem Harimau Malaya : The Untold Journey (2024) arahan Afdlin Shauki dan Liyana Jasmay, pengarah bersama, sudah keluar dan boleh ditonton di Channel Mat Don.

Link : https://www.youtube.com/watch?v=Cgk1AmqYL0w

Jangan lupa subscribe, road to 10K subscribers !

PENAFIAN : Video ini merupakan pandangan 'speaker' semata-mata. Ianya tidak ada kena-mengena dengan pandangan orang lain dan bertujuan hanya untuk berkongsi ...

๐Ÿ“ ๐…๐ˆ๐‹๐„๐Œ ๐๐„๐‘๐‹๐” ๐“๐Ž๐๐“๐Ž๐ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐Š๐„๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€๐€๐Pembikin daripada Malaysia sudah banyak menerbitkan atau membikin filem-filem ya...
30/08/2024

๐Ÿ“ ๐…๐ˆ๐‹๐„๐Œ ๐๐„๐‘๐‹๐” ๐“๐Ž๐๐“๐Ž๐ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐Š๐„๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€๐€๐

Pembikin daripada Malaysia sudah banyak menerbitkan atau membikin filem-filem yang bertemakan kemerdekaan ataupun perjuangan dan untuk tahun ini, Mat Don memilih untuk menyenaraikan hanya 5 sahaja daripada keseluruhan filem tersebut.

Ini bukanlah bermakna filem-filem yang lain tidak bagus ataupun tidak perlu untuk ditonton. Tujuan penulisan ini adalah untuk kita sama-sama meraikan karya-karya pembikin filem tempatan dan juga filem yang berlatar belakangkan Malaysia.

1. ๐‘ฉ๐’–๐’Œ๐’Š๐’• ๐‘ฒ๐’†๐’‘๐’๐’๐’ˆ (1981) ๐’‚๐’“๐’‚๐’‰๐’‚๐’ ๐‘ฑ๐’Š๐’๐’” ๐‘บ๐’‰๐’‚๐’Ž๐’”๐’–๐’…๐’…๐’Š๐’

Filem ini berdasarkan kisah benar mengenai perjuangan pihak polis mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950 daripada serangan komunis. Bukit Kepong telah memenangi beberapa anugerah dalam Filem Festival Malaysia (FFM) ke-3 termasuklah Anugerah Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik. Filem ini merupakan filem termahal pada tahun 80-an dengan kos pembikinan melebihi daripada RM1 juta.

2. 1957 : ๐‘ฏ๐’‚๐’•๐’Š ๐‘ด๐’‚๐’๐’‚๐’š๐’‚ (2007) ๐’‚๐’“๐’‚๐’‰๐’‚๐’ ๐‘บ๐’‰๐’–๐’‰๐’‚๐’Š๐’Ž๐’Š ๐‘ฉ๐’‚๐’ƒ๐’‚

Filem drama sejarah terbitan Persona Pictures Sdn. Bhd ini merupakan sebuah filem sejarah yang mencatatkan kronologi kemerdekaan sebelum dan selepas melalui perspektif anak muda pada zaman moden yang ingin menerbitkan sebuah buku mengenai kemerdekaan. 1957 : Hati Malaya dibintangi oleh barisan pelakon-pelakon hebat seperti Rusdi Ramli, Maya Karin, Kamarulzaman Taib, Sharifah Amani, Adlin Aman Ramlie, Bront Palarae dan ramai lagi.

3. ๐‘ท๐’‚๐’๐’๐’‰ (2003) ๐’‚๐’“๐’‚๐’‰๐’‚๐’ ๐‘จ๐’…๐’Ž๐’‚๐’ ๐‘บ๐’‚๐’๐’†๐’‰

Paloh ialah sebuah filem drama sejarah Malaysia arahan Adman Salleh, pengarah yang terkenal dengan filem Bintang Malam (1991) dan Amok (1995). Filem yang ditulis oleh Adman Salleh dan Al Jafree Md Yusop ini berlatar belakangkan tahun 1944, selepas konflik antara Komunis dan tentera Jepun. Filem ini telah memenangi beberapa anugerah di FFM ke-17 termasuklah Anugerah Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik.

4. ๐‘บ๐’‚๐’“๐’‹๐’‚๐’ ๐‘ฏ๐’‚๐’”๐’”๐’‚๐’ (1958) ๐’‚๐’“๐’‚๐’‰๐’‚๐’ ๐‘ณ๐’‚๐’Ž๐’ƒ๐’†๐’“๐’•๐’ ๐‘จ๐’—๐’†๐’๐’๐’‚๐’๐’‚ & ๐‘ท. ๐‘น๐’‚๐’Ž๐’๐’†๐’†

Filem klasik Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ini pada awalnya diarahkan oleh Lamberto Avellana sebelum diambil alih oleh P. Ramlee. Sungguhpun filem ini diterbitkan oleh syarikat Singapura, namun filem ini berlatar belakangkan peperangan di Tanah Melayu sekitar tahun 1940-an. Dibintangi oleh pelako-pelakon hebat ketika itu seperti P. Ramlee, Jins Shamsuddin dan Salleh Kamil.

5. ๐‘ณ๐’†๐’‡๐’•๐’†๐’๐’‚๐’ ๐‘จ๐’…๐’๐’‚๐’ (2000) ๐’‚๐’“๐’‚๐’‰๐’‚๐’ ๐‘จ๐’›๐’Š๐’› ๐‘ด. ๐‘ถ๐’”๐’Ž๐’‚๐’

Filem ini berkisarkan tentang perjuangan pegawai tentera Tanah Melayu, Adnan Saidi (Leftenan Adnan) yang berjuang untuk membebaskan Tanah Melayu daripada taklukan tentera Jepun semasa Perang Dunia ke-2. Leftenan Adnan ditayangkan pada 31 Ogos 2000 sempena hari kemerdekaan dan telah berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM 4.8 juta.

Banyak lagi filem-filem yang bertemakan perjuangan, kemerdekaan, nasionalisme yang wajar diangkat dan dijadikan bahan tonton rakyat Malaysia namun banyak juga yang sukar untuk ditonton kerana akses yang terhad.

Cuba komen filem apakah yang anda rasa wajar semua rakyat Malaysia tonton untuk membangkitkan semangat perjuangan dan nasionalisme dalam diri mereka.

------------------------------------------------------------------------

Support channel ni dengan -
Belanja Mat Don ko-fi : ko-fi.com/matdon

Donate through Paypal : https://www.paypal.com/donate/?business=RGNUDPL3TAMPC&no_recurring=0¤cy_code=USD

------------------------------------------------------------------------

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-67 !


Ulasan penuh filem Takluk : Lahad Datu (2024) oleh Mat Don telah dimuat naik YT Channel Mat Don. Jemput tonton semua & j...
26/08/2024

Ulasan penuh filem Takluk : Lahad Datu (2024) oleh Mat Don telah dimuat naik YT Channel Mat Don. Jemput tonton semua & jangan lupa share. Macam biasa, kita highlight apa yang best dan apa yang perlu diperbaiki lagi !

Tonton di Youtube Mat Don ! Link di bawah !

Jangan lupa subscribe ! Road to 10k Subscribers !

LINK FULL REVIEW :
https://youtu.be/h5WTrWQTVz4?si=gke2yX_HzCaeOMS7

24/08/2024

TAKLUK : LAHAD DATU (2024) - Sebuah filem yang diinspirasikan daripada kisah benar mengenai pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu pada tahun 2013. Full review akan datang di Youtube Channel Mat Don.

ใ‚šviral

23/08/2024

Filem baharu Dhanush, Raayan sudah mula ditayangkan di Prime Video dan kini berada dalam Top 10 Filem di Malaysia untuk platform Prime.

Jemput tonton ulasan penuh aku untuk filem ke-50 Dhanush ini dan jangan lupa subscribe Youtube Channel Mat Don sekarang ! Road to 10K subscribers !



Prime Video MY

๐‡๐€๐‘๐ˆ๐Œ๐€๐” ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐€ ๐“๐‡๐„ ๐”๐๐“๐Ž๐‹๐ƒ ๐‰๐Ž๐”๐‘๐๐„๐˜ (๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’) - ๐…๐ˆ๐‹๐„๐Œ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐๐„๐Œ๐ˆ๐๐€๐“ ๐๐Ž๐‹๐€ ๐’๐„๐๐€๐Š ๐€๐“๐€๐” ๐…๐€๐Œ? Afdlin Shauki kembali dengan filem b...
18/08/2024

๐‡๐€๐‘๐ˆ๐Œ๐€๐” ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐€ ๐“๐‡๐„ ๐”๐๐“๐Ž๐‹๐ƒ ๐‰๐Ž๐”๐‘๐๐„๐˜ (๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’) - ๐…๐ˆ๐‹๐„๐Œ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐๐„๐Œ๐ˆ๐๐€๐“ ๐๐Ž๐‹๐€ ๐’๐„๐๐€๐Š ๐€๐“๐€๐” ๐…๐€๐Œ?

Afdlin Shauki kembali dengan filem baharu tahun ini bertajuk Harimau Malaya : The Untold Journey (2024) yang diarahkan oleh beliau serta dibantu oleh pengarah kedua, Liyana Jasmay.

Filem ini diterajui oleh Meerqeen, Tony Eusoff, Sophia Albarakbah, Hazama, Namron dan ramai lagi pelakon-pelakon lain.

Harimau Malaya The Untold Journey (HMTUJ) ini diinspirasikan oleh kisah benar mengenai perjalanan pasukan bola sepak kebangsaan kita (Malaysia) untuk layak ke Asian Football Confederation (AFC) Cup selepas 42 tahun.

Afdlin memilih untuk menceritakan perjalanan ini melalui 4 perspektif iaitu melalui perspektif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), peminat tegar bola sepak, pemain bolasepak kebangsaan serta barisan jurulatih kebangsaan baharu.

Penulisan skrip dan karakter seawal 30 minit pertama itu sudah cukup untuk tahu bahawa anda akan menonton sebuah filem yang lebih kepada menjilat daripada meraikan pasukan bolasepak kebangsaan kita.

Tidak cukup dengan dengan penulisan skrip yang teruk, susunan cerita yang berterabur, sound mixing yang naik turun, color palette yang berubah-ubah serta suntingan yang c**a marba turut membuatkan perjalanan anda sebagai penonton menjadi lebih menyengsarakan.

Afdlin seperti tidak tahu bagaimana hendak menceritakan kisah ini dengan baik dan bagaimana hendak gabungkan 4 perspektif tersebut dengan baik di titik klimaks terakhir.

Malaysia ada banyak filem-filem yang bertemakan kesukanan yang baik serta boleh dijadikan rujukan oleh Afdlin seperti Ola Bola (2016), Suatu Ketika (2019), Gemenceh Boys (2023) serta Gold (2024).

Filem-filem tersebut memang tidak sempurna tapi ianya mempunyai satu benda penting bila berbicara soal kesukanan iaitu semangat kesukanan yang jelas boleh dilihat dalam setiap karakter.

Walaupun HMTUJ diceritakan melalui 4 perspektif berbeza tapi satu perspektif pon tidak dapat membangkitkan semangat kesukanan dan cinta terhadap sukan bola sepak dalam diri penonton.

Akhir kata, filem ni akan membuatkan penonton kembali skeptikal dengan filem-filem lokal yang gunakan ayat "diinspirasikan / berdasarkan kisah benar" kerana ia gagal memberikan inspirasi, kepuasan mahupun emotional connection kepada penonton ataupun kepada peminat bola sepak tanah air.

Seperti peminat-peminat Harimau Malaya yang kecewa dengan pemain bolasepak dalam filem ini, saya juga kecewa dengan Harimau Malaya tetapi yang versi filem.



10/08/2024

Terima kasih atas jemputan ke Malam Gala Takluk : Lahad Datu di GSC MidValley, 8 Ogos lalu.

Filem ni diinspirasikan daripada kisah benar mengenai peristiwa pencerobohan Lahad Datu daripada pengganas Sulu pada tahun 2013. Diterajui oleh barisan pelakon seperti Syafiq Kyle, Kamal Adli, Fikry Ibrahim, Anding Indrawani, Eman Manan dan ramai lagi.

Sempena Bulan Kemerdekaan ni, jangan lupa tonton Takluk yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 22 Ogos ini !

ใ‚šviral

Sekitar Malam Gala Takluk : Lahad Datu, sebuah filem Zulkarnain Azhar, pengarah Air Force : Selagi Bernyawa (2022). Takl...
09/08/2024

Sekitar Malam Gala Takluk : Lahad Datu, sebuah filem Zulkarnain Azhar, pengarah
Air Force : Selagi Bernyawa (2022).

Takluk diinspirasikan daripada kisah benar mengenai peristiwa pencerobohan Lahad Datu daripada pengganas Sulu pada tahun 2013.

Diterajui oleh barisan pelakon seperti Syafiq Kyle, Kamal Adli, Fikry Ibrahim, Anding Indrawani, Eman Manan dan ramai lagi.

Selain itu, Takluk turut ditayangkan dalam format Dolby Atmos dan bagi pendapat Mat Don yang sudah pon menonton filem tersebut, keputusan tersebut adalah keputusan yang betul.

Bunyi dentuman RPG, Sniper dan Machine Gun dalam filem ni akan mencairkan telinga dan mengukir senyum di setiap wajah penonton.

Maka sempena dengan Bulan Kemerdekaan ni, jangan lupa tonton Takluk yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 22 Ogos ini dan semaikan semangat kenegaraan dalam diri kita.


Syafiq Kyle
Kamal Adli
Fikry Ibrahim

๐”๐‹๐€๐’๐€๐ ๐’๐„๐‘๐ˆ๐„๐’ ๐๐€๐…๐’๐” ๐’๐”๐ƒ๐€๐‡ ๐ƒ๐ˆ๐Œ๐”๐€๐“ ๐๐€๐ˆ๐Š !!Series baharu Viu bertajuk Nafsu sudah pon tamat ditayangkan dan sekarang kita s...
07/08/2024

๐”๐‹๐€๐’๐€๐ ๐’๐„๐‘๐ˆ๐„๐’ ๐๐€๐…๐’๐” ๐’๐”๐ƒ๐€๐‡ ๐ƒ๐ˆ๐Œ๐”๐€๐“ ๐๐€๐ˆ๐Š !!

Series baharu Viu bertajuk Nafsu sudah pon tamat ditayangkan dan sekarang kita semua boleh binge watch kesemua 8 episod siri tersebut. Minggu lalu aku berpeluang untuk tonton kesemua 8 episod siri ini dan apa yang aku boleh katakan ianya adalah sebuah siri yang mempunyai premis menarik dan disaluti dengan visual dan runut bunyi yang baik.

Namun aku rasa seolah kurang bernafsu seusai menonton siri ini, nak tau ulasan lebih lanjut? Tonton ulasan penuh di Youtube Channel Mat Don sekarang.

Jangan lupa subscibe ! Road to 10K subscibers 2024 !

Link : https://youtu.be/x8be0a2suW0?si=I0Wq2ntJfFFf4iws



04/08/2024

KILL (2024) - Filem Hindi action pack yang mempunyai jalan cerita biasa tapi penuh dengan adegan ganas dan brutal serta memuaskan hati peminat filem aksi.

๐‘๐„๐•๐ˆ๐„๐– ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐๐€๐…๐’๐” (๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’) - ๐“๐Ž๐๐ˆ๐Š ๐˜๐€๐๐† ๐๐„๐‘๐€๐“ ๐ƒ๐„๐๐†๐€๐ ๐๐„๐๐”๐‹๐ˆ๐’๐€๐ ๐˜๐€๐๐† ๐‘๐ˆ๐๐†๐€๐Viu tampil dengan siri drama seram thriller baha...
03/08/2024

๐‘๐„๐•๐ˆ๐„๐– ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐๐€๐…๐’๐” (๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’) - ๐“๐Ž๐๐ˆ๐Š ๐˜๐€๐๐† ๐๐„๐‘๐€๐“ ๐ƒ๐„๐๐†๐€๐ ๐๐„๐๐”๐‹๐ˆ๐’๐€๐ ๐˜๐€๐๐† ๐‘๐ˆ๐๐†๐€๐

Viu tampil dengan siri drama seram thriller baharu bertajuk Nafsu, yang diarahkan oleh Sein Qudsi, pengarah sama untuk series Viu Original, Hilang (2022).

Siri yang mempunyai 8 episod ini dibintangi oleh barisan pelakon yang bagus seperti Kamal Adli, Azira Shafinaz, Khayrisyah Kemal, Nia Atasha dan Aqasha.

Nafsu berkisarkan tentang Sam (Kamal Adli) yang mempunyai deria keenam melihat benda-benda ghaib cuba untuk mencari adik perempuan bekas kekasihnya yang hilang kerana dipercayai diculik oleh sekumpulan ajaran sesat yang mengamalkan ilmu hitam.

Pencarian Sam dan Dina (Azira Shafinaz) membawa mereka ke satu penemuan dan rahsia yang melibatkan keluarga kedua mereka serta sebuah propaganda besar yang telah dirancang selama beberapa tahun.

Nafsu merupakan karya solo Sein yang mempunyai premis menarik serta dibikin dengan cantik daripada segi visual dan muzik latar yang membantu dalam mengangkat sesebuah babak ke satu tahap lain.

Selain daripada visual yang cantik untuk menjamu mata penonton, penggunaan wide lens untuk merakam muka karakter dengan lebih dekat serta memberikan satu perasaan kurang senang kepada penonton adalah pilihan yang tepat oleh 'cinematographer'.

Namun, siri ini mengetengahkan isu yang agak berat seperti penggunaan ilmu hitam, ajaran sesat serta perbezaan ideologi dan kepercayaan maka penulisan skrip untuk jalan cerita serta watak harus diteroka dan diketatkan lagi agar ianya bukan sahaja dapat dihadam dengan baik oleh penonton malah turut memberikan kesan dalaman kepada mereka.

Sepanjang menonton siri ni, aku rasakan yang bukan sahaja jalan cerita nya longgar malah penulisan tentang hubungan sesama watak juga tidak ketat menyebabkan beberapa babak yang sepatutnya menjadi 'emotional' dan terkesan kepada penononton tidak sampai.

Selain itu, pacing siri yang bukan sahaja perlahan malah susunannya juga tidak disusun dengan baik menyebabkan babak-babak 'revelation' menjadi kurang memberikan impak kepada penonton.

Selepas Hilang (2022), Sein sekali lagi membuktikan bahawa beliau adalah salah seorang pengarah yang berbakat dan perlu diberikan lebih banyak peluang untuk mengarah karya-karya beliau yang seterusnya.

Sungguhpun Nafsu kurang memberikan kepuasan kepada aku sebagai penonton tapi Sein berjaya membuktikan bahawa beliau adalah salah seorang pengarah yang berbakat dan mempunyai citarasa yang bagus.

Looking forward for your next project!





Viu Malaysia

Baru lepas binge watched series   dekat Viu. Quite okay series to watch but can be better if they explore more on the st...
03/08/2024

Baru lepas binge watched series dekat Viu. Quite okay series to watch but can be better if they explore more on the story and characters because the topic was quite heavy and to make the manipulation palpable, required a good writing.

Review out soon !

๐‘๐„๐•๐ˆ๐„๐– ๐Œ๐€๐๐‰๐”๐Œ๐Œ๐„๐‹ ๐๐Ž๐˜๐’ ๐‚๐€๐๐€๐ˆ ๐Ÿ“๐ŸŽ,๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ ๐•๐ˆ๐„๐–๐’ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐‰๐€๐Œ!Dalam masa 24 jam, video review Manjummel Boys (2024) berjaya capa...
01/08/2024

๐‘๐„๐•๐ˆ๐„๐– ๐Œ๐€๐๐‰๐”๐Œ๐Œ๐„๐‹ ๐๐Ž๐˜๐’ ๐‚๐€๐๐€๐ˆ ๐Ÿ“๐ŸŽ,๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ ๐•๐ˆ๐„๐–๐’ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐‰๐€๐Œ!

Dalam masa 24 jam, video review Manjummel Boys (2024) berjaya capai 50K views di Tiktok. Lepas isyak tadi video review tersebut sudah cecah 40K views dan dalam masa 1 jam, terus berjaya cecah 50K views.

Ini merupakan video terpantas yang berjaya capai rekod tersebut ! Terima kasih semua kerana sudi tonton, share, komen dan follow tiktok Mat Don.

Will this be another Jigarthanda's moment? Let's wait and see!
Follow Tiktok Mat Don and help me reach 10K followers this year guys ! Appreciate it ๐Ÿค

Link : https://www.tiktok.com/.don?_t=8oVnKy1ywzt&_r=1


31/07/2024

MANJUMMEL BOYS (2024) - Filem Malayalam pertama yang berjaya kutip 200 crores. Berjaya menambat hati penonton dengan jalan cerita yang biasa tapi mampu buatkan anda terkesima.

30/07/2024

RAAYAN (2024) - Sebuah filem aksi Dhanush yang penuh dengan 'brutalism' dan drama tentang kasih sayang seorang abang yang menatang adik-adiknya dari kecil hingga penuh, semenjak ditinggalkan ibu bapa mereka. Filem ni berjaya buat aku happy dan excited separuh perjalanan sebelum dia hilangkan perasaan aku sepenuh nya untuk separuh lagi.

ใ‚š

๐‘๐ž๐ฏ๐ข๐ž๐ฐ ๐‰๐ข๐ ๐š๐ซ๐ญ๐ก๐š๐ง๐๐š ๐ƒ๐จ๐ฎ๐›๐ฅ๐ž ๐— ๐‚๐ž๐œ๐š๐ก ๐Ÿ“๐ŸŽ๐ŸŽ๐Š ๐•๐ข๐ž๐ฐ๐ฌ ๐๐ข ๐“๐ข๐ค๐ญ๐จ๐ค!Terima kasih kepada semua yang sudi tonton, share, like, komen da...
29/07/2024

๐‘๐ž๐ฏ๐ข๐ž๐ฐ ๐‰๐ข๐ ๐š๐ซ๐ญ๐ก๐š๐ง๐๐š ๐ƒ๐จ๐ฎ๐›๐ฅ๐ž ๐— ๐‚๐ž๐œ๐š๐ก ๐Ÿ“๐ŸŽ๐ŸŽ๐Š ๐•๐ข๐ž๐ฐ๐ฌ ๐๐ข ๐“๐ข๐ค๐ญ๐จ๐ค!

Terima kasih kepada semua yang sudi tonton, share, like, komen dan follow tiktok Mat Don daripada dulu. Tak sangka ada juga video yang berjaya cecah 500K views di platform Mat Don.

Untuk mereka yang followers dah cecah 100K mungkin biasa, tapi untuk Mat Don yang masih bertatih dan belum lagi berjaya capai 10K followers di Tiktok dan Youtube, ia merupakan satu pencapaian besar.

Terima kasih sekali lagi dan jangan lupa untuk terus support !

Link Tiktok : https://www.tiktok.com/.don?is_from_webapp=1&sender_device=pc

Semalam buat pertama kali live di Tiktok menggunakan Tiktok Live Studio. Susah gak nak maintain tiktok live studio ni se...
27/07/2024

Semalam buat pertama kali live di Tiktok menggunakan Tiktok Live Studio. Susah gak nak maintain tiktok live studio ni sebab kena kerap buat live kalau nak dapat access percuma. Tapi alhamdulillah, total viewers yang singgah nak cecah 1K selama 2 jam live, 4K likes dan 300 comments macam tu.

And for the first time ever, dapat gift daripada kawan yang singgah tengok live kita semalam. Terima kasih ๐Ÿ™Œ๐Ÿป

InshaAllah akan cuba buat live seminggu sekali kalau sempat or kalau ada topic-topic menarik.

Jemput follow akaun tiktok Mat Don : https://www.tiktok.com/.don?_t=8oMRi27BSke&_r=1

22/07/2024

Lubuk (2024) : Sebuah filem yang unexpectedly buat aku impressed second half of the film. Kalau hampa nak tonton, boleh layan filem ni masih ditayangkan di pawagam sekarang !

ใ‚š ใ‚švirall

Manjummel Boys (2024) - Filem Malayalam Pertama Kutip 200 Crores !Berdasarkan sebuah kisah benar yang berlaku sekitar ta...
21/07/2024

Manjummel Boys (2024) - Filem Malayalam Pertama Kutip 200 Crores !

Berdasarkan sebuah kisah benar yang berlaku sekitar tahun 2006 di mana sekumpulan anak muda daripada Manjummel, Ernakulam mengadakan trip percutian ke Kodaikanal dan terperangkap di sebuah gua Guna apabila salah seorang kawan mereka terjatuh ke dalam lubang sedalam 800 kaki.

Filem yang ditulis dan diarahkan Chidambaram ini bukan dibikin dengan sewenang-wenangnya namun dirangka dengan begitu cantik dari segi susunan, sinematografi, suntingan dan muzik latar yang sangat membantu menaikkan babak tegang.

Walaupun setiap kisah benar mempunyai merit yang tersendiri, tugas pengarah dan penulis untuk memastikan yang merit tersebut tidak disia-siakan dengan membikin sebuah filem yang memberikan penonton sebuah pengalaman sinema yang baik.

Chidambaran bukan sahaja menceritakan kisah ini melalui sudut pandangan rakan-rakan yang cuba menyelamat malah dia turut bermain dari sudut psikologi dengan menyelit babak-babak flashback zaman mereka kanak-kanak dengan transisi dan sinematografi yang cantik.

Salah satu perkara menarik dalam filem ini adalah foreshadow yang diletakkan secara bersahaja pada awal penceritaan tetapi bertukar menjadi sebuah babak 'emotional' kerana pertaruhan pada babak itu lebih serius berbanding pada awal penceritaan.

Filem ini bukan sahaja tentang kemandirian namun juga tentang semangat setiakawan yang tidak mudah berputus asa dan sentiasa simpan harapan sungguhpun orang di sekeliling berkata sebaliknya.

Sekian.

Belanja Mat Don ko-fi : ko-fi.com/matdon



Ulasan filem Lubuk (2024) kini dah dimuat naik ke dalam Youtube Channel Mat Don. Jemput tonton sekarang.Sebuah filem yan...
20/07/2024

Ulasan filem Lubuk (2024) kini dah dimuat naik ke dalam Youtube Channel Mat Don. Jemput tonton sekarang.

Sebuah filem yang unexpectedly buat aku impressed on second half of the film. Masih ditayangkan di pawagam sekarang !

Full review : https://youtu.be/cLwZoSpEIGw


PENAFIAN : Video ini merupakan pandangan 'speaker' semata-mata. Ianya tidak ada kena-mengena dengan pandangan orang lain dan bertujuan hanya untuk berkongsi ...

20/07/2024

MAHARAJA (2024) - Sebuah filem yang membuatkan kita tergamam, terpaku dan nak luruh jantung di penghujung. Bayangkan nak menuju ke penghujung, jantung kita nak luluh apabila tahu kisah sebenar Maharaja tapi lagi nak luruh apabila kisah sebenar antagonist direveal di penghujung.

ใ‚šviral

๐Œ๐ˆ๐’๐“๐„๐‘๐ˆ ๐‹๐”๐๐”๐Š ๐€๐Š๐€๐ ๐“๐„๐‘๐”๐๐†๐Š๐€๐ˆ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐ˆ๐๐ˆ!Lubuk berkisarkan tentang sebuah rumah agam yang menjadi tempat perlindungan dan p...
18/07/2024

๐Œ๐ˆ๐’๐“๐„๐‘๐ˆ ๐‹๐”๐๐”๐Š ๐€๐Š๐€๐ ๐“๐„๐‘๐”๐๐†๐Š๐€๐ˆ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐ˆ๐๐ˆ!

Lubuk berkisarkan tentang sebuah rumah agam yang menjadi tempat perlindungan dan pusat komuniti bagi gelandangan di sebuah bandar terpencil. Namun, rahsia gelap rumah agam itu dibongkar oleh penghuni hingga mampu mengancam nyawa mereka.

Dibintangi oleh barisan pelakon seperti Tony Eusoff, Junainah M. Lojong, Megat Sharizal, Chew Kin Wah, Alvin Wong, Han Zalini, Amirah Razak, Danish Adam dan Ali Arami.

Untuk pengetahuan semua juga, Lubuk merupakan sebuah filem yang diklasifikasikan PG-16 yang membawa maksud filem tersebuah adalah untuk penonton yang berumur 16 tahun ke atas sahaja.

Jom tonton Lubuk yang dah mula ditayangkan di pawagam seluruh negara hari ini !



๐Ÿ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐†๐ˆ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐Œ๐„๐‘๐”๐๐†๐Š๐€๐ˆ ๐Œ๐ˆ๐’๐“๐„๐‘๐ˆ ๐‹๐”๐๐”๐Š !Lubuk berkisarkan tentang sebuah rumah agam yang menjadi tempat perlindungan ...
17/07/2024

๐Ÿ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐†๐ˆ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐Œ๐„๐‘๐”๐๐†๐Š๐€๐ˆ ๐Œ๐ˆ๐’๐“๐„๐‘๐ˆ ๐‹๐”๐๐”๐Š !

Lubuk berkisarkan tentang sebuah rumah agam yang menjadi tempat perlindungan dan pusat komuniti bagi gelandangan di sebuah bandar terpencil. Namun, rahsia gelap rumah agam itu dibongkar oleh penghuni hingga mampu mengancam nyawa mereka.

Dibintangi oleh barisan pelakon seperti Tony Eusoff, Junainah M. Lojong, Megat Sharizal, Chew Kin Wah, Alvin Wong, Han Zalini, Amirah Razak, Danish Adam dan Ali Arami.

Untuk pengetahuan semua juga, Lubuk merupakan sebuah filem yang diklasifikasikan PG-16 yang membawa maksud filem tersebuah adalah untuk penonton yang berumur 16 tahun ke atas sahaja.

Jangan lupa untuk tonton Lubuk yang akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 18 Julai ini !



๐Ÿ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐†๐ˆ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐Œ๐„๐‘๐”๐๐†๐Š๐€๐ˆ ๐Œ๐ˆ๐’๐“๐„๐‘๐ˆ ๐‹๐”๐๐”๐Š !Lubuk berkisarkan tentang sebuah rumah agam yang menjadi tempat perlindungan ...
16/07/2024

๐Ÿ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐†๐ˆ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐Œ๐„๐‘๐”๐๐†๐Š๐€๐ˆ ๐Œ๐ˆ๐’๐“๐„๐‘๐ˆ ๐‹๐”๐๐”๐Š !

Lubuk berkisarkan tentang sebuah rumah agam yang menjadi tempat perlindungan dan pusat komuniti bagi gelandangan di sebuah bandar terpencil. Namun, rahsia gelap rumah agam itu dibongkar oleh penghuni hingga mampu mengancam nyawa mereka.

Dibintangi oleh barisan pelakon seperti Tony Eusoff, Junainah M. Lojong, Megat Sharizal, Chew Kin Wah, Alvin Wong, Han Zalini, Amirah Razak, Danish Adam dan Ali Arami.

Untuk pengetahuan semua juga, Lubuk merupakan sebuah filem yang diklasifikasikan PG-16 yang membawa maksud filem tersebuah adalah untuk penonton yang berumur 16 tahun ke atas sahaja.

Jangan lupa untuk tonton Lubuk yang akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 18 Julai ini !



๐Ÿ‘ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐†๐ˆ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐Œ๐„๐‘๐”๐๐†๐Š๐€๐ˆ ๐Œ๐ˆ๐’๐“๐„๐‘๐ˆ ๐‹๐”๐๐”๐Š !Lubuk berkisarkan tentang sebuah rumah agam yang menjadi tempat perlindungan ...
15/07/2024

๐Ÿ‘ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐†๐ˆ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐Œ๐„๐‘๐”๐๐†๐Š๐€๐ˆ ๐Œ๐ˆ๐’๐“๐„๐‘๐ˆ ๐‹๐”๐๐”๐Š !

Lubuk berkisarkan tentang sebuah rumah agam yang menjadi tempat perlindungan dan pusat komuniti bagi gelandangan di sebuah bandar terpencil. Namun, rahsia gelap rumah agam itu dibongkar oleh penghuni hingga mampu mengancam nyawa mereka.

Dibintangi oleh barisan pelakon seperti Tony Eusoff, Junainah M. Lojong, Megat Sharizal, Chew Kin Wah, Alvin Wong, Han Zalini, Amirah Razak, Danish Adam dan Ali Arami.

Untuk pengetahuan semua juga, Lubuk merupakan sebuah filem yang diklasifikasikan PG-16 yang membawa maksud filem tersebuah adalah untuk penonton yang berumur 16 tahun ke atas sahaja.

Jangan lupa untuk tonton Lubuk yang akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 18 Julai ini !



๐Ÿ’ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐†๐ˆ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐Œ๐„๐‘๐”๐๐†๐Š๐€๐ˆ ๐Œ๐ˆ๐’๐“๐„๐‘๐ˆ ๐‹๐”๐๐”๐Š !Lubuk berkisarkan tentang sebuah rumah agam yang menjadi tempat perlindungan ...
14/07/2024

๐Ÿ’ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐†๐ˆ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐Œ๐„๐‘๐”๐๐†๐Š๐€๐ˆ ๐Œ๐ˆ๐’๐“๐„๐‘๐ˆ ๐‹๐”๐๐”๐Š !

Lubuk berkisarkan tentang sebuah rumah agam yang menjadi tempat perlindungan dan pusat komuniti bagi gelandangan di sebuah bandar terpencil. Namun, rahsia gelap rumah agam itu dibongkar oleh penghuni hingga mampu mengancam nyawa mereka.

Dibintangi oleh barisan pelakon seperti Tony Eusoff, Junainah M. Lojong, Megat Sharizal, Chew Kin Wah, Alvin Wong, Han Zalini, Amirah Razak, Danish Adam dan Ali Arami.

Untuk pengetahuan semua juga, Lubuk merupakan sebuah filem yang diklasifikasikan PG-16 yang membawa maksud filem tersebuah adalah untuk penonton yang berumur 16 tahun ke atas sahaja.

Jangan lupa untuk tonton Lubuk yang akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 18 Julai ini !



๐Œ๐€๐‘๐Š ๐‹๐„๐„ ๐Š๐„๐Œ๐๐€๐‹๐ˆ ๐ƒ๐„๐๐†๐€๐ ๐…๐ˆ๐‹๐„๐Œ '๐๐’๐˜๐‚๐‡๐Ž๐‹๐Ž๐†๐ˆ๐‚๐€๐‹ ๐“๐‡๐‘๐ˆ๐‹๐‹๐„๐‘'Pengarah Eraser (2023), Mark Lee See Teck kembali dengan sebuah fi...
13/07/2024

๐Œ๐€๐‘๐Š ๐‹๐„๐„ ๐Š๐„๐Œ๐๐€๐‹๐ˆ ๐ƒ๐„๐๐†๐€๐ ๐…๐ˆ๐‹๐„๐Œ '๐๐’๐˜๐‚๐‡๐Ž๐‹๐Ž๐†๐ˆ๐‚๐€๐‹ ๐“๐‡๐‘๐ˆ๐‹๐‹๐„๐‘'

Pengarah Eraser (2023), Mark Lee See Teck kembali dengan sebuah filem 'psychological thriller' yang dibarisi oleh barisan pelakon yang bagus dan 'underrated' bertajuk Lubuk.

Filem ini berkisarkan tentang sebuah rumah agam yang menjadi tempat perlindungan dan pusat komuniti bagi gelandangan di sebuah bandar terpencil. Namun, rahsia gelap rumah agam itu dibongkar oleh penghuni hingga mampu mengancam nyawa mereka.

Antara barisan pelakon adalah Tony Eusoff, Junainah M. Lojong, Megat Sharizal, Chew Kin Wah, Alvin Wong, Han Zalini, Amirah Razak, Danish Adam dan Ali Arami.

Beberapa pelakon dalam filem ini 'underrated' kerana walaupun mereka pernah membawa watak dengan bagus dalam filem mereka sebelum ini, namun kebanyakan penonton Malaysia masih kurang mengenali mereka.

Sebagai contohnya Junainah M. Lojong yang pernah memeran watak seorang ibu yang penyayang dalam Redha (2016) hingga berjaya merangkul Anugerah Pelakon Wanita Harapan ketika Festival Filem Malaysia 2017.

Untuk pengetahuan semua juga, Lubuk merupakan sebuah filem yang diklasifikasikan PG-16 yang membawa maksud filem tersebuah adalah untuk penonton yang berumur 16 tahun ke atas sahaja.

Jangan lupa untuk tonton Lubuk yang akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 18 Julai ini !

Belanja Mat Don ko-fi : ko-fi.com/matdon



12/07/2024

React Trailer Lubuk - Barisan Pelakon 'Underrated' ?

Lubuk merupakan sebuah filem arahan Mark Lee bergenre psychological thriller serta dibintangi oleh ramai pelakon 'underrated'. Antara barisan pelakon filem ni adalah Tony Eusoff, Junainah M. Lojong, Megat Sharizal, Chew Kin Wah, Alvin Wong, Han Zalini dan ramai lagi.

Jemput tonton video reaction trailer daripada Mat Don dan jangan lupa subscribe dekat Youtube mat ! Dah nak dekat 8K subscribers dah. InshaAllah hopefully this year dapat achieve 10K subscribers.

https://www.youtube.com/

Road to 10K subscribers ! Let's go !

Address

Jalan Datuk Kumbar
Alor Setar

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mat Don posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mat Don:

Videos

Share

Category


Other Video Creators in Alor Setar

Show All

You may also like