Haaaa!!
Bulan dua belaih ni, mai lah singgah Aloq Staq.
Jangan selek asyik nak pi Langkawi saja.
Dah alang-alang lalu kat Aloq Staq ni, mai singgah pusing-pusing sehari dua.
Nak pi Kola Kedah, boleh singgah Loqstaq.
Nak pi Kola Peghelih pun boleh mai singgah semalam dekat Loqstaq ni.
Dijamin tak rugi sekupang pun.
Sumber asal video : Page Afnan Hamimi Taib Azamudden
#maisinggahalorsetar2024
#thegreaterkedah
#kedahsejahtera
#alorsetarbandarwarisan
#afnanhamimi
Jom beramai-ramai ke Hari Terbuka Menara Alor Setar buat julung kalinya akan diadakan pada 24 hingga 26 November 2023 (Jumaat - Ahad), bermula dari jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam.
Menara Alor Setar akan memperkenalkan Pakej Perkahwinan bertempat di dewan berputar yang pertama di Malaysia iaitu "Sky View Revolving Glass Hall” dan dewan baru iaitu "Star Grand Hall" yang akan menjadi lokasi pertunjukan hiasan pelamin perkahwinan dan 'showroom' serta turut diperkenalkan juga dewan serbaguna iaitu “Mega View Banquet Hall" yang boleh digunakan dengan pelbagai majlis seperti Majlis Perkahwinan, Majlis Akad Nikah, Majlis Pertunangan, Majlis Berendoi, Majlis Akikah, Majlis Hari Kelahiran dan pelbagai majlis boleh diadakan di atas puncak awangan Menara Alor Setar.
Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan antaranya Pertandingan Mewarna kategori kanak-kanak, Pertandingan Karaoke Terbuka, Pertandingan Gubahan Bunga, Aktiviti Zumba, Fun Walk, Persembahan 'Live Band', Persembahan Tarian Tradisional dan banyak lagi aktiviti-aktiviti menarik menanti anda.
Tidak lepas juga pelbagai penyertaan dari gabungan 'food vendor’ seperti artisan, desert, kopi, manisan, dan terdapat juga pameran jualan daripada Telekom Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Jabatan Kraftangan Negeri Kedah, Hotel dan pelbagai lagi dari syarikat swasta, syarikat insuran, agensi dan banyak lagi.
Disamping itu, persembahan 'live band' dan lain-lain acara sepanjang 3 hari ini pasti akan memberikan pengalaman menarik kepada anda dan sangat bermakna untuk anda mengenali lebih lanjut mengenai Menara Alor Setar.
“JOM PAKAT MAI MENARA ALOR SETAR”
#thegreaterkedah #menaraalorsetar #kedah #kedahdarulaman #kedahtourism
Pemandangan bandaraya Alor Setar di waktu malam.
Video 🎥 : Hasif Bakri
#maisinggahalorsetar #kedahtourism #kedahdarulaman