Media Prihatin

Media Prihatin Perkongsian info semasa,kisah viral, nasihat, berita dan bantuan kerajaan di dunia digital. Layari

20/04/2022

528 ORG TAHANAN LARI DARI DEPOT Imigresen, Relau Sungai Bakap

Pada 20 APR 2022, lebih kurang jam 0420 maklumat diterima bahawa seramai lebih kurang 528 tahanan Depot Imigresen Sementara Imigresen, Sungai Bakap, Pulau Pinang telah melarikan diri dari depot berkenaan

๐Ÿ“ Seramai 528 etnik Rohingya daripada 664 tahanan melarikan diri daripada Depot Imigresen Sementara Relau Bandar Baharu, Kedah pada 4.30 pagi.

๐Ÿ“ Enam daripadanya meninggal dunia ketika melintas jalan di Kilometer 168 Lebuh Raya Utara Selatan menghala selatan, di Jawi ketika melarikan diri 6.50 pagi.

๐Ÿ“ Polis Pulau Pinang berjaya tahan semula 229 etnik Rohingya yang melarikan diri di kawasan Kilometer 168 Lebuh Raya Utara Selatan menghala selatan.

๐Ÿ“ Seramai 88 orang lagi ditahan oleh penduduk kampung dan Jabatan Imigresen di kawasan tidak jauh dari depot itu.

๐Ÿ“ Polis Pulau Pinang membantu mengesan 205 orang tahanan lagi terdiri daripada kanak-kanak hingga warga emas dipercayai masuk ke negeri itu untuk melarikan diri.

Sumber : whatsapp group

Pemain united bermain seakan akan sengaja untuk tewas
19/04/2022

Pemain united bermain seakan akan sengaja untuk tewas

Liverpool mudah menewaskan Manchester United 4-0 di Anfield menerusi 2 jaringan Mo Salah dan jaringan Luis Diaz dan Sadio Mane sekaligus berada di tangga

Bayaran haji bagi tahun 2022 masih kekal pada Rm9,980 melalui Tabung Haji.
09/04/2022

Bayaran haji bagi tahun 2022 masih kekal pada Rm9,980 melalui Tabung Haji.

Fahami apa itu Kos Haji, Bantuan Kewangan Haji dan Bayaran Haji.

Facemask selepas ni..kena dapat sijil..Pandai kerajaan cari duit untuk pembangunan negara..HIhihihi
07/04/2022

Facemask selepas ni..kena dapat sijil..
Pandai kerajaan cari duit untuk pembangunan negara..
HIhihihi

Take note guys ..Asal ada daki ja pakai sabun tonyoh timbang kilo tak jadi jugak..hihihi
07/04/2022

Take note guys ..

Asal ada daki ja pakai sabun tonyoh timbang kilo tak jadi jugak..hihihi

07/04/2022

Untung akak ni diet 6 bulan saja dah nampak hasilnya..

05/04/2022
28/03/2022

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ | ๐—ฆ๐˜‚๐—น๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ฏ๐—ฑ๐˜‚๐—น ๐—›๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—บ ๐— ๐˜‚๐—ฎ๐—ฑ๐˜‡๐—ฎ๐—บ ๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐—ต ๐—•๐—ฟ๐—ถ๐—ฑ๐—ด๐—ฒ - The Second Longest Bridge in Southeast Asia

Check out this shot of the Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Bridge, which connects Penang Island, Malaysia, to the mainland of Malay peninsula (West Malaysia).

The total length of the bridge is 15 miles (24 km), making it the longest in the country and in second in Southeast Asia. In November, the bridge is closed to traffic for several hours to host the Penang Bridge International Marathon, the longest bridge marathon in the world.

๐Ÿ“ท ๐‘๐‘Ž๐‘ง๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘–๐‘ง๐‘Ž๐‘™ ๐‘€๐‘œโ„Ž๐‘‘



- KA

28/03/2022

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

PERMOHONAN BANTUAN AWAL KEMASUKAN KE IPT SESI PENGAJIAN 2022

Syarat Permohonan:
1.Pemohon LAHIR di Negeri Kedah DAN BERMASTAUTIN SERTA MENETAP di Negeri Kedah. (Mengikut alamat pada surat tawaran IPT)

2.Pendapatan bulanan isi rumah RM3,000.00 DAN KE BAWAH.

3.Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT DALAM NEGARA atau LUAR NEGARA (bidang pengajian diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency) bagi peringkat DIPLOMA atau IJAZAH SARJANA MUDA secara SEPENUH MASA DAN telah membuat BAYARAN PENDAFTARAN AWAL PENGAJIAN.

4.Permohonan dibuka untuk pelajar SEMESTER PERTAMA KEMASUKAN BAHARU KE IPT TAHUN 2022 SAHAJA dan hendaklah dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan.

5.Pelajar SIJIL/ASASI/MATRIKULASI/FOUNDATION/SARJANA/PhD/Pasca-Siswazah/Separuh Masa/Luar Kampus/Program Persediaan Perguruan/Institusi Perguruan/Latihan Separa Perubatan di Kolej Perubatan/Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia TIDAK LAYAK memohon.

Kadar Bantuan:
RM300.00

Kaedah Permohonan:
Secara dalam talian melalui pautan https://sppnk.kedah.gov.my/ibakipt

Tarikh Permohonan (Fasa 1):
๐Ÿ—“๏ธ 20 Mac 2022 (Ahad) hingga 14 April 2022 (Khamis)

Info Lanjut:
๐Ÿ“žHotline : 04 702 7272 / 7283
๐Ÿ“งE-mel : [email protected]
๐Ÿ“Unit Penajaan (BAKIPT)
Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah
Aras 2, Blok C, Wisma Darul Aman
05503 Alor Setar Kedah

Peringatan:
Setiap pemohonan hendaklah dibuat secara DALAM TALIAN sahaja.

Terima kasih.

28/03/2022

KENYATAAN MEDIA BERKAITAN PEMBAYARAN FASA 1 BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

๐Ÿ“Œ Pembayaran Fasa 1 BKM, 8.6 juta penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM100 hingga RM300

๐Ÿ“Œ Setiap penerima yang layak akan menerima bayaran secara berperingkat ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐š๐ข ๐Ÿ๐Ÿ– ๐Œ๐š๐œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ (๐ˆ๐ฌ๐ง๐ข๐ง) melibatkan peruntukan berjumlah hampir RM2.0 bilion.

๐Ÿ“Œ Semakan status kelulusan BKM boleh dibuat mulai 28 Mac 2022 melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my.

Kenyataan media ini boleh dicapai menerusi laman web rasmi Pejabat Perdana Menteri :

Sumber : https://www.pmo.gov.my/2022/03/kenyataan-media-berkaitan-pembayaran-fasa-1-bantuan-keluarga-malaysia-bkm/

Alhamdulillah,manusia boleh berubah ๐Ÿ˜ŠAdik ni viral dulu sebab tunjuk jari tengah..tp masyarakat tak terus menghukum, skr...
25/03/2022

Alhamdulillah,manusia boleh berubah ๐Ÿ˜Š
Adik ni viral dulu sebab tunjuk jari tengah..
tp masyarakat tak terus menghukum, skrg dah jadi famous dh..

Kredit : page I'm Kamaludin

25/03/2022
Keperluan org x sama..ada yang sangat memerlukan,ada yang keluarkan nak renovate rumah..ada yg keluarkan untuk bercuti.....
24/03/2022

Keperluan org x sama..
ada yang sangat memerlukan,
ada yang keluarkan nak renovate rumah..
ada yg keluarkan untuk bercuti..
ada yang nak melabur,
ada yang nk jadikan modal bisnes.

Semoga yang baikยฒ saja..

Nabi Muhammad SAW diriwayatkan pernah dibelah dada dan dicuci hatinya oleh malaikat Jibril. Walaubagaimanapun, para ulam...
24/03/2022

Nabi Muhammad SAW diriwayatkan pernah dibelah dada dan dicuci hatinya oleh malaikat Jibril.

Walaubagaimanapun, para ulama' berkhilaf pendapat tentang bilangan pembedahan dada tersebut.

Nabi Muhammad SAW diriwayatkan pernah dibelah dada dan dicuci hatinya oleh malaikat Jibril. Para ulama' berkhilaf pendapat tentang bilangan

Tak lama dah bulan Ramadhan al Mubarak. Solat sunat Tarawih hanya ada pada bulan Ramadhan dan beruntunglah pada yang mam...
24/03/2022

Tak lama dah bulan Ramadhan al Mubarak. Solat sunat Tarawih hanya ada pada bulan Ramadhan dan beruntunglah pada yang mampu untuk menunaikannya.

https://mediaprihatin.com/2022/03/panduan-solat-sunat-tarawih/

Umat Islam wajib berpuasa pada bulan Ramadhan al-Mubarak pada setiap tahun. Pelbagai ibadat juga amat digalakkan untuk dilakukan seperti ibadat solat sunat Tarawih, tadarus AlQuran, bersedekah, berzakat dan Qiyamullail.

24/03/2022

Juri dalam perbicaraan kes bekas ketua pelaburan perbankan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng akhirnya melihat bukti kukuh tentang barang kemas yang dibeli dengan wang dicuri daripada skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Fasa endemik bermula 1 April
22/03/2022

Fasa endemik bermula 1 April

FASA PERALIHAN KE ENDEMIK
Langkah 6 โ€“ Amalkan TRIIS

Semua individu perlu bertanggungjawab untuk melakukan ujian kendiri sekiranya bergejala. Ujian kendiri juga digalakkan sekiranya mengesyaki telah dijangkiti virus COVID-19 atau sebagai saringan sebagai langkah berjaga-jaga.

โœ”๏ธ Kit ujian kendiri mudah didapati di kedai-kedai dan di farmasi.

โœ”๏ธ Pastikan ianya diluluskan oleh MDA.

โœ”๏ธ Lakukan ujian mengikut tatacara kit ujian tersebut.

โœ”๏ธ Keputusan ujian samaada positif atau negatif perlu dilaporkan ke dalam MySejahtera.

โœ”๏ธ Sekiranya positif, isolasi diri serta merta secara bertanggungjawab sehingga tarikh yang dinyatakan pada HSO yang akan diberikan melalui MySejahtera dan ikuti tatacara TRIIS.

โœ”๏ธ Semua kontak dalam masa tiga hari sebelum gejala/ujian perlu dilaporkan ke dalam MySejahtera.

21/03/2022

Berhati - hati semasa memandu, terutamanya waktu malam,hujan dan gelap..

Kadang kita dah berjaga habis baik dah,tapi manusia lain atau haiwan pulak punca jadi kemalangan..

18/03/2022

Terima kasih bro atas perkongsian

Kos Padang Bola RM10 Juta Adalah Penipu โ€ผ๏ธPemilik JDT, TMJ telah kongsikan harga pemasangan rumput Zeon Zoysia yang kini...
18/03/2022

Kos Padang Bola RM10 Juta Adalah Penipu โ€ผ๏ธ

Pemilik JDT, TMJ telah kongsikan harga pemasangan rumput Zeon Zoysia yang kini digunakan di JDT dan bakal dipasang di Stadium Nasional Bukit Jalil.

TMJ mengatakan Kos pemasangan rumput tersebut adalah RM900 Ribu dan tidak melebihi RM1 Juta.

โ€œAwak bayangkan, sesiapa saja di sini yang memberitahu kos buat padang bola adalah RM7 juta hingga RM10 juta adalah penipu, cerita karut.

โ€œAwak rasa berapa saya bagi dia? Tak sampai RM1 juta, RM900,000 lebih sahaja. Saya selamatkan duit rakyat dan duit kerajaan sekurang-kurangnya RM10 juta. Ini duit rakyat, bukan itu sahaja, penyelenggaraan hanya RM200,000 (lebih kurang) setahun.

โ€œSaya tahu ramai orang agak sedih kerana dedahkan nilai ini. Ini duit rakyat, jangan main-main dengan duit rakyat.โ€

-TMJ-

Kredit: Vocket FC

Sedih jadi mcm ni ๐Ÿฅฒ
16/03/2022

Sedih jadi mcm ni ๐Ÿฅฒ

16/03/2022

FASA PERALIHAN KE ENDEMIK
Langkah 1 - Fahami tentang COVID-19

Untuk hidup selamat bersama virus COVID-19, kita perlu kenali dan fahami tentang COVID-19.

Virus COVID-19, iaitu SARS-CoV-2:
๐Ÿ‘‰ Mudah merebak dan mampu menyebabkan kerosakan pelbagai organ terutamanya paru-paru.
๐Ÿ‘‰Sering bermutasi menghasilkan varian baru yang mungkin lebih ganas dan mudah merebak.
๐Ÿ‘‰ Kebarangkalian mutasi adalah tinggi apabila virus ini dapat merebak dengan mudah.

Penyakit COVID-19 berkemungkinan tidak menunjukkan sebarang gejala, tetapi golongan berumur 60 tahun ke atas atau mempunyai komorbid amat berisiko mendapat gejala teruk dan mungkin berakhir dengan kematian.

๐Ÿ’ชMari kita sama-sama hentikan rantaian penularan COVID-19โ—

Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui tiga skim iaitu i-Les...
16/03/2022

Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu.

Berdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.

Justeru itu, pada hari ini Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.

Penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.

Ini merupakan keputusan yang sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

Walaupun Kerajaan memberikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.

Saya berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan.

15/03/2022

Ajal dihempap mesin penurap tar

Alor Setar: Lelaki ditemukan mati dipercayai dihempap mesin penurap tar di sebuah premis di Sungai Baru, Kuala Sungai, di sini hari ini.

Berikutan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar tiba di lokasi untuk membantu mengeluarkan mangsa yang berusia lingkungan 60 tahun.

Ketua BBP Alor Setar, Ahmad Naufal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 11.47 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Zulkiflee Mat Esa bersama polis dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tiba di lokasi dan mendapati mangsa masih di bawah mesin penurap tar berkenaan.

"Operasi mengeluarkan mangsa menggunakan dua unit forklift untuk mengangkat mesin penurap tar berkenaan.

"Mangsa dikeluarkan dan disahkan sudah meninggal dunia oleh pihak KKM," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahmad Naufal berkata, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Disiarkan pada: Mac 15, 2022 @ 2:43pm

14/03/2022

Nak main bola atau nak lawan tomoi??

Elok sangat la,lepas red card terus kelab buang terus player macam ni..hantar masuk event tomoi.

Power tarikan kerja kosong mcDonald ni..Budakยฒ muda dapat iphone seronok sangat la..๐Ÿคญ
14/03/2022

Power tarikan kerja kosong mcDonald ni..
Budakยฒ muda dapat iphone seronok sangat la..

๐Ÿคญ

13/03/2022

Rawatan salur akar

13/03/2022

Gigi geraham bongsu yang tertanam

13/03/2022

๐Ÿ‘‰Orang awam yang berhasrat untuk mendapatkan rawatan kecantikan estetik dinasihatkan:

โœ”๏ธMendapatkan rawatan di hospital atau klinik yang berdaftar atau berlesen bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586]

โœ”๏ธMelalui khidmat pengamal perubatan berdaftar yang mempunyai "Letter of Credentialing and Privileging (LCP)"

โœ… Bagi memastikan perkhidmatan jagaan kesihatan diterima selamat dan berkualiti.

๐Ÿ”Ž Semak senarai premis berdaftar atau berlesen melalui pautan https://medicalprac.moh.gov.my

๐Ÿ”Ž Semak senarai pengamal perubatan berdaftar dengan LCP melalui pautan https://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2118

โŒProsedur-prosedur ini berpotensi untuk menyebabkan komplikasi kesihatan, kecacatan dan kematian kepada pelanggan jika dikendalikan individu tidak bertauliah.

โค๏ธ Dikongsikan risiko kesihatan rawatan estetik daripada individu tidak bertauliah.

12/03/2022

Cantik kereta Hyundai model baru ni, Ioniq 5..futuristik sangat

12/03/2022

Khabarnya kes kereta BMW kena tarik oleh bank..kes macam ni kena check kedua-dua pihak..

Owner kereta maklum kata bayaran kereta cantik..geng tarik kereta kata dah tunggak 8 bulan..

Kena tunggu hari Isnin pulak tunggu bank CIMB bukak..

Permohonan calon guru tajaan KPM untuk lepasan SPM 2019,2020 dan 2021 akan dibuka pada 15 Mac 2022.Jangan lepaskan pelua...
11/03/2022

Permohonan calon guru tajaan KPM untuk lepasan SPM 2019,2020 dan 2021 akan dibuka pada 15 Mac 2022.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi guru (DG41).

Maklumat lanjut permohonan layari link dibawah :

https://mediaprihatin.com/2022/03/permohonan-calon-guru-tajaan-kpm-pismp-2022/

KPM mempelawa warganegara Malaysia lulusan SPM 2019, 2020 dan 2021 yang berkelayakan dan berpotensi untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan - PISMP.

Design dah mantap..baru la tak malu abahยฒ nk beli...design masih muda.
11/03/2022

Design dah mantap..baru la tak malu abahยฒ nk beli...design masih muda.

Macam mana nk laporkan ujian kendiri di MySejahtera.
11/03/2022

Macam mana nk laporkan ujian kendiri di MySejahtera.

10/03/2022
08/03/2022
Cantik jugak,tapi gear sampai 4 saja mana nak cukup.
08/03/2022

Cantik jugak,tapi gear sampai 4 saja mana nak cukup.

Yamaha 135LC versi enjin suntikan bahan api (juga dipanggil sebagai V8) akhirnya dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia hari ini, dengan harga RM7,798 tidak termasuk insurans, dalam pilihan tiga warna iaitu Crystal Cyan, Midnight Star โ€ฆ

Address

Alor Setar

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Media Prihatin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share


Other News & Media Websites in Alor Setar

Show All

You may also like