28/06/2024
MESYUARAT MAJLIS PERUNDINGAN KOPERASI PERINGJAT NEGERI KEDAH BIL. 1/2024
Mesyuarat telah diadakan pada 24 Jun 2024 jam 10:00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Aras Bawah Blok E Wisma Darul Aman. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi MPKN Kedah YB Dato’ Haji Mohd. Salleh bin Saidin. Anggota mesyuarat adalah terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta dan koperasi. Kehadiran adalah seramai 44 orang termasuk pegawai SKM.
Peranan MPKN adalah sebagai forum untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan pembangunan koperasi dengan menggalakkan rangkaian kerja, perkongsian maklumat, kepakaran serta pengalaman antara pihak yang mempunyai kepentingan dalam sektor koperasi.
Antara pengisian dalam mesyuarat:
· Pembentangan Kertas Makluman berkaitan Program Jom Jelajah Koperasi oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia
· Peranan dan Fungsi oleh Institut Koperasi Malaysia Zon Utara (IKMa)
· Peranan dan Fungsi FELCRA Berhad.