Teksi stand Alor Gajah

Teksi stand Alor Gajah Perkhidmatan teksi terus ke destinasi anda�

03/01/2022
Program sumbangan dari YB Datuk Seri Mohd Redzuan Bin Md Yusof (Ahli Parlimen Alor Gajah) pada 08/04/21 Khamis jam 1230
09/04/2021

Program sumbangan dari YB Datuk Seri Mohd Redzuan Bin Md Yusof (Ahli Parlimen Alor Gajah) pada 08/04/21 Khamis jam 1230

Salam sejahteraSemoga kita dalam rahmat Allah dan diberkati segala kebaikan.Saya selaku pemandu teksi negeri melaka meng...
14/03/2021

Salam sejahtera

Semoga kita dalam rahmat Allah dan diberkati segala kebaikan.

Saya selaku pemandu teksi negeri melaka mengucapkan terima kasih kepada Tuan Ah Soon diatas sumbangan bungkusan barangan dapur yang amat tepat pada masa dan sangat kami perlukan masa kini bagi meringankan beban pemandu teksi yang menghadapi kesukaran memperolehi pendapatan akibat Pendemik Covid 19.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua warga dan AJK Tadbir GTSM khasnya kepada Tuan Kamal GTSM berusaha meletakan Negeri Melaka sebagai penerima sumbangan ini.

Terima kasih juga di ucapkan kepada Persatuan Gabungan Melaka yang diterajui oleh En Zul, En Lokman dan AJK tadbir yang lain bagi menguruskan tempat dan aturcara mengikut SOP yang di tetapkan bagi melancarkan agihan sumbangan ini.

Akhir kata ucapan terima kasih kepada penyumbang dan semua yang terlibat bagi menjayakan sumbangan ini agar sumbangan ini selamat sampai kepada kami.

AlhamdulillahSyukur kami kepada Allah pencipta semesta Alam, dan selawat dan Salam kepada Baginda Nabi Muhamad saw. Teri...
05/02/2021

Alhamdulillah

Syukur kami kepada Allah pencipta semesta Alam, dan selawat dan Salam kepada Baginda Nabi Muhamad saw.

Terima kasih kepada MAIM kerana peka dan sudi menyalurkn bantuan kepada pemandu teksi beragama Islam berpengkalan di Alor Gajah. Sumbangan kit makanan sebanyak 21pek beras 5kg dan bungkusan makanan pelbagai amat tepat pada masa dan sangat diperlukan ketika ini pada 05/02/21.

Kami Berdoa agar Covid19 cepat berakhir agar kami pemandu teksi dapat mencari nafkah untuk keluarga seperti sediakala.

Terima kasih juga kepada Gabungan Persatuan Teksi Melaka menyelaraskan pembahagian yg diterajui oleh YDP En Zul, En Lokman, AJK dan rakan2 teksi Melaka sentral.



29/07/2020
11/07/2020



Perkara: Kenderaan Ehailing menunggu dan merompak penumpang.  Tempat : Di perkarangan hentian bas express terminal bas A...
11/07/2020

Perkara: Kenderaan Ehailing menunggu dan merompak penumpang.

Tempat : Di perkarangan hentian bas express terminal bas Alor Gajah Melaka.

Masa : 3.00 PTG - 8.00 MLM

Kawasan hentian bas express adalah kawasan larangan menunggu. Kami melihat dan mendapati banyak kenderaan Ehailing menunggu dan membuat tawar menawar untuk mendapatkan trip penghantaran tanpa menggunakan Applikasi(prebet sapu moden)

Keadaan demikian membuatkan pemandu teksi yang berpengkalan di belakang hentian bas jauh dari pandangan penumpang terkilan dan merasa kegiatan Ehailing ini sudah keterlaluan. Kami sudah memohon kepada MPAG untuk memindahkan Pengkalan Teksi Alor Gajah di hadapan terminal bas Alor Gajah tetapi MPAG tidak meluluskan dengan alasan kawasan tersebut tidak sesuai untuk di jadikan Pengkalan Teksi. Kami sudah memohon Papan tanda 'EHAILING DAN TEKSI DILARANG MENUNGGU PENUMPANG DISINI' dilekatkan di tiang susur dimana kenderaan EHAILING berkumpul dan merompak penumpang. Namun hanya papan tanda mudah alih 'NO PARKING' di letakan kemudian hilang entah kemana.

Pemandu teksi dahulunya penah di nobatkan sebagai Duta kecil kepada pelancungan negara dan kami yakin kami masih lagi mengekalkan gelaran itu.Kami berharap Pihak berwajib membaca keluh kesah pemandu pemandu teksi di kawasan terminal bas Alor Gajah kerana kami sangat memerlukan bantuan dari Pihak berwajib untuk menyelesaikan masalah kami.








disediakan oleh
Zaili Ali

27/06/2020

Sejarah Alor Gajah

Nama Alor Gajah berpunca daripada tabiat sekumpulan gajah liar yang kononnya diketuai oleh seekor gajah putih. Gajah berkenaan dilihat sangat gemar berjalan secara berkumpulan menurut alur sebatang sungai yang terdapat di bandar ini. Atas keadaan itu penduduk tempatan menamakan bandar ini sebagai Alor Gajah.

Alor Gajah pada mulanya didiami oleh orang Minangkabau pada kurun ke-12. Apabila berlaku penghijrahan beramai-ramai penduduk Minangkabau di Tampin pada masa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka maka wujudlah pemerintahan Melayu di Bandar Alor Gajah.

Semasa zaman penjajahan British di Tanah Melayu seorang pegawai British telah ditempatkan di Alor Gajah bagi mengutip hasil. Sesuai dengan peranan dan tanggungjawab tersebut, Pejabat Daerah telah ditubuhkan agar perlaksanaan tugas dapat dijalankan dengan sempurna. Alor Gajah juga terkenal dengan pahlawan Naning iaitu Dato' Dol Said yang menentang British di dalam Perang Naning pada tahun 1832 adalah dari sebuah kawasan hutan yang dipercayai menjadi laluan gajah-gajah liar.Selain itu, Alor Gajah juga pernah mempunyai landasan kereta api dari Pulau Sebang terus ke Bandaraya Melaka (melalui Alor Gajah) tetapi telah ditutup semasa pendudukan Jepun 1942.Stesen Kereta Api Pulau Sebang yang dibuka pada tahun 1905 masih lagi beroperasi pada masa kini yang lebih dikenali dengan nama stesen Kereta Api Tampin/Pulau Sebang. Pihak KTMB sedang merancang untuk membina semula laluan kereta api hingga ke Bandaraya Melaka dari Pulau Sebang. Jika diluluskan projek itu dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-10. Daerah Alor Gajah juga turut terlibat Projek Landasan Kereta Api Berkembar Elektrik yang sedang giat dilaksanakan sekarang antara Seremban ke Gemas. Lokasi stesen KTMB Pulau Sebang sekarang akan dipindahkan beberapa meter ke arah selatan dari stesen sedia ada. Apabila stesen KTMB Pulau Sebang siap pada tahun 2012 turut dilengkapi dengan Perhentian Bas dan Teksi Pulau Sebang. Hal ini kelak menjadikan Pulau Sebang mempunyai sistem pengangkutan yang bersepadu yang melibatkan kereta api bas dan teksi. Secara tidak langsung Projek Sebang Sentral yang pernah diuar-uarkan menjadi kenyataan. Potensi Bandar Pulau Sebang akan bertambah maju. Limpahan pembangunan bukan sahaja akan berlaku di Bandar Alor Gajah tetapi turut dirasai dengan lain-lain kawasan yang berhampiran. Kerajaan Negeri Melaka mahukan Stesen KTMB Pulau Sebang kelak tidak lagi dibayangi dengan Tampin sebaliknya Stesen KTMB ini merupakan stesen yang terletak di daerah Alor Gajah, Melaka.

Sehingga kini Daerah Alor Gajah telah mempunyai 25 orang Pegawai Daerah sejak tahun 1938.

Copypaste

08/06/2020

PERKHIDMATAN TEKSI KERETASEWA MELAKA DAN SELURUH MALAYSIA :

PENGKALAN ALORGAJAH 065562000

Sila iklankan perkhidmatan Teksi Keretasewa Anda disini.

1. SILA TULISKAN LOKASI PANGKALAN.
2. JENIS SEDAN, MPV ATAU VAN.
3. BERSEDIA MENGHANTAR KEDESTINASI?.
4. NAMA PEMANDU.
5. NO HP.

07/06/2020
19/05/20-Sumbangan kit makanan Covid19 daripada kerajaan Negeri Melaka kepada Persatuan kebajikan pemandu Dan Tuan Punya...
07/06/2020

19/05/20-Sumbangan kit makanan Covid19 daripada kerajaan Negeri Melaka kepada Persatuan kebajikan pemandu Dan Tuan Punya Kereta Sewa Pekan Alor Gajah Melaka.

13/12/2019

Need taxi call me 0176267990

Address

Alor Gajah
78000

Telephone

+6065562000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Teksi stand Alor Gajah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Teksi stand Alor Gajah:

Videos

Share