13/06/2022
UPAH KHIDMAT BANTUAN UTK CIUM HAJARUL ASWAD
Jgn rasa kesal atau ralat jika tidak dpt cium atau sentuh hajarul aswad,Ciuman sebagai sunnah semata-mata sahaja..
Menurut ajaran Islam, mencium Hajarul Aswad merupakan sunnah Nabi S.A.W. semata-mata, dan ini ditegaskan oleh Khalifah Umar Al-Khattab apabila sebelum beliau mencium batu itu (Hajar Aswad), beliau berkata-kata:
“Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah SAW menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad).”
Jika ada peraturan spt ini,pastinya semua dpt merasainya
Kepada yg pertama kali, jgn terpedaya dgn ajakan seseorang yg menawarkan utk membawa kita dekat dgn hajarul aswad, kerana tawaran itu meminta ganjaran upahan sebanyak 500riyal atau mungkin lebih..mereka akan "pegang" kita hingga selesai membuat bayaran baru mereka lepaskan kita..
Ada strategi sebenarnya kalau ingin mencuba mencium Hajarul Asawad ini yg penting kita berdoa..berusaha dan bertawakal In shaa Allah..
Lihat Lebih Sedikit