dakwah wa tabligh muslim

dakwah wa tabligh muslim assalamu'alaikum wr wb. tuan-tuan yang dimuliakan mari sama-sama kita memikirkan agama.

10/11/2024
06/11/2024

Alhamdulillah,Ijtima nilphamari selesai

06/11/2024

Bayan untuk jemaah luar negeri dengan bahasa urdu

06/11/2024

Bayan Maghrib
Meninggalkan Asbab Termasuk Tidak Mahu Bekerja Adalah Kejahilan

IJTIMAK DAKWAH DUNIA BUTAJIRA HABSYAH

Pembayan : Hazratji Maulana Saad DB
Penterjemah Melayu : Maulana Lutfi Muharam

Seluruh Alam Buana ini berkhidmat kepada Baginda Nabi Saw..satu ketika Baginda Saw nak buang air dalam permusafiran ,maka pokok telah bergabung untuk beri perlindungan pada Nabi Saw nak buang air..Bayangkan untuk pekara jasad tubuh Nabi Saw pun Allah beri Nusrahtullah ..apatahlagi pekara yg Besar seperti kerja Dakwah pasti ada Bantuan Allah.

Tuan² berkumpul hari ni di medan ini atas mksud Nabi di hantar iaitu atas maksud menyambung kerja Dakwah Nabi Saw.

Dunia ini ialah darul asbab..Asbab ialah ujian..kita di perintah bukanlah Meninggalkan asbab tapi menangguhkan asbab dan mendahulukan amal..bergerak dgn janji Allah dan janji Allah bersama amal...contohnya Kita bukan di perintah untuk meninggalkan Ubat, tapi menangguhkan dulu dan mendahulukan amal,seperti solat 2 rakaat , sedekah kemudian barulah ubat.

Tawakkal tu bukanlah tinggalkan asbab ..contohnya saya nak tengok iman saya, Saya akan tinggalkan perniagaan saya..nak tengok apa jadi.itu bukanlah caranya..

Kisah Ashabul Kahfi brgerak nak selamatkan iman pun bawa bekal...bersama dgn mereka Asbab ..

Asbab Allah jadikan bukan sebagai perantaraan tapi perantaraan ialah hukum hakam dalam asbab .

Ada orang berpandangan Tanda Iman kuat ialah dia meninggalkan asbab ..tak perlu kerja , Tak perlu makan ubat ..ini ialah Kejahilan .

Tidak Sabit dalam mana² Hadis ataupun riwayat menjadi Amalan Nabi dan Para Sahabat yg mereka ini meninggalkan asbab .

Kefardhuan Haji Allah telah kenalkan syarat asbab .Allah boleh je buat kita pergi Haji Tanpa Asbab tapi Allah jadikan syarat untuk pergi haji itu bagi sesiapa yg cukup keperluan ..itulah asbab.sesiapa yg ada asbab pergilah haji..sesiapa yg tiada, tak wajib pergi.

Asbab ini ialah ujian dari Allah .Allah beri kita harta, rumah ,kenderaan adalah ujian adakah kita patuh perintah Allah ..kita hanya boleh meninggalkan asbab bila dalam keadaan terpaksa..seperti kisah Nabi Ibrahim As, nak di campak dalam Api..sudah tiada asbab yg boleh bantu Nabi Ibrahim As..

Dalam ayat Quran tentang haji ..untuk pergi Haji pun Allah perintahkan Watazawwadu, Berbekal lah oleh mu..bekal tu lah Asbab.

Saidina Abu Bakar merupakan Umat ini yg paling bertakwa .pun di hari pertama jadi khalifah , nak pergi bekerja di pasar ..Jual Kain.menunjukkan Para Sahabat bekerja dan tidak meninggalkan Asbab..

Ada kefahaman yg salah di kalangan Orang yg Buat Usaha Dakwah adalah kita Tak perlu kerja..Kita Tinggalkan Kerja.kerana ini tanda Iman kuat ..kita tawakkal je pada Allah .tak perlu kerja .ini adalah kejahilan..ini adalah tawakkal yg salah.

Nabi Saw sendiri , Orang kafir cemuh Nabi apa ni, dia makan dan minum dan pergi ke pasar..mereka nak Nabi tu macam Malaikat..tak makan Tak minum ..Tapi Hakikatnya inilah Dalil Nabi ialah manusia ..dan Nabi tidak Menolak Asbab.

Ada seorang datang jumpa Nabi Saw, kau campakkan diri kau ke laut nak tengok apa akan jadi..di jawab , Allah uji aku bukan aku yg nak uji Allah..kalau terjun dalam laut tu tanda nak uji Allah.kita berhadapan dgn ujian yg Allah datangkan bukan nak uji Allah ..orang yg tidak mahu bekerja dgn alasan tawakal ini seolah-olah nak Uji Allah.orang meninggal asbab ni seolah-oleh dia lagi hebat dari Nabi Saw .

Kita tak di suruh meninggalkan asbab .tapi menangguhkan asbab.contohnya solat dulu baru berubat..itulah kaedahnya .bukan tak berubat terus..

Adalah orang p**a salah faham, Asbab lah yg menjadi punca hajatnya tertunai..Yg Akan terjadi hanya kehendak Allah sahaja..sekalipun itu kehendak Anbiya ,sekalipun kehendak Malaikat , Yang Berlaku hanyalah Kehendak Allah..perkataan InsyAllah itu ialah kita nak menafikan kehendak kita ,usaha kita ,keinginan kita..kehendak Allah saja akan terjadi..

Saya akan bagi contoh supaya kamu jelas.Bagaimana kehendak Allah mengatasi kehendak Nabi..Kisah Nabi Sulaiman As dalam riwayat yg Sahih, Beliau ada kehendak nak menggauli seratus orang Isterinya dan setiap dari meraka akan melahirkan seorang Anak lelaki yg setiap dari mereka akan jadi pejuang jalan Allah.

Ada Malaikat datang ingatkan Nabi Sulaiman untuk sebut insyAllah..kehendak Nabi Sulaiman itu tidak di penuhi bahkan tidak lahir pun seorang anak melainkan seorang itu pun cacat.

kehendak Nabi Sulaiman As tidak di sempurnakan tapi tanda Mukmin pada Nabi Sulaiman ialah Mukmin itu kegagalan dalam sesuatu perkara dia akan belajar untuk semakin kenal Allah.Bila seorang mukmin tak dapat sesuatu dia akan muhasabah diri dan akan dekatkan dia dgn Allah..ini tanda Mukmin..

Orang Beriman ,kalau dia dapat apa yg dia nak pun dia akan kembali kepada Allah , kalau dia tak dapat pun dia akan muhasabah diri dan akan kembali kepada Allah..

Ada orang mengatakan maksud Tawakal ialah meninggalkan asbab sedangkan maksud Asbab ialah menggunakan asbab yg kita ada Tapi kita bergantung kepada Allah .

Ada orang kata seseorang yg bersedekah dia telah buang Asbab sebenarnya tidak ..kalau sedekah harta itu ialah menggunakan Asbab untuk pergantungan kepada Allah .kerana sedekah ialah amal .adalah untuk kita dapat faedah dari Allah...inilah tawakal sebenarnya ..menggunakan asbab dalam keadaan yakin dan penggantungan hanya kepada Allah sahaja.

Melihat kepada kebergantungan kita kepada Allah ..kita makan ubat tp tu ikhtiar dalam hati kita tak yakin dgn umat .yakin dgn Allah yg Menyembuhkan ..kebergantungan kita hanya kepada Allah .inilah Tawakal sebenar ..

Kalau satu orang tu dia tinggalkan Asbab..Malas kerja contohnya ..tak kerja...kononnya ini tanda Iman dia kuat ..dia tak kerja ..hanya tawakkal katanya tapi di hati dia berharap pada makhluk bantu dia..maka dia telah menjadikan makhluk penggantungannya ..Bahkan dia takkan jadi orang tawakkal namun jadi orang yg s**a meminta minta .

Hukum Alam ini boleh berubah ..ada orang kata fitrah Alam ni tak boleh berubah .ada je orang makan ubat tapi tak sembuh..kahwin tapi tak dapat anak..ada pekerjaan tapi susah .ada harta tapi hidup tak tenang .asbab ada tapi Hasil tiada ..ada Api tapi tak panas..ada awan tapi tak turun hujan .Yang tidak brtukar hanyalah Hukum Allah sahaja.

kami dapati dalam sirah ,ketika Baginda Saw dalam ketakutan ,Baginda Saw akan minta Allah hilangkan ketakutan , Baginda Tak minta Ya Allah datangkanlah Jibrail .Bahkan Hari ni orang yg ada masalah, ketika berdoa dia minta bantu Allah , dia p**ak ajar Allah apa nak buat ..contohnya kau datanglah Sifulan Ni bantu aku .Walhal Nabi Saw ajar terus minta Allah bantu bukan ajar Allah cara nak kita di Bantu untuk selesaikan masalah ..seolah-olah orang ini mengingkari Qudrat Allah ..Allah Maha Berkuasa untuk membuat sesuatu .

Bila kita berdoa , kita minta terus dari Allah. Cara bagaimana Allah nak bantu itu urusan Allah...nak minta Allah terima doa kita , tawasul dgn amal. Dalam Hadis sahih cerita tentang 3 pemuda terperangkap dalam Gua ..semua mereka Berdoa dgn tawasul dgn Amal mereka..Allah telah beri bantuan kepada mereka..

jadi kita jangan jadi macam Firaun , bila dah di tenggelamkan Allah di laut merah, barulah nak minta tolong dgn Allah..kita jangan Firaun dah terdesak baru cari Allah...

Kesempurnaan Iman adalah kesempurnaan ketaatan.ketaan kita kepada Allah dan amalan kita dgn cara Rasulullah Saw.sebahgian orang membahaskan Iman tentang aqidah sahaja sedangkan dia juga meliputi semua maksudnya termasuk cara istinjak pun perlu dgn cara Nabi Saw...

Kalau tidak ikut sunnah walaupun pekara istinjak maka itu tanda Iman dia terjejas..ada orang kata cukup sekadar iman dalam hati , dan dia pun tak solat , tak ikut sunnah, tak taat perintah Allah , sedangkan tuntunan iman ni menyeluruh dalam semua aspek kehidupan .perbuatan nya mengingkari agama walaupun dia tak cakap dgn mulut dia.

Qadhi Abu Yusuf rah. Di jemput makan oleh Menteri Di Baghdad , dalam majlis tersebut Qadhi Abu Yusuf mengatakan Rasulullah Saw s**a labu...Qadhi Abu Yusuf ni ketua Hakim Baghdad waktu itu..menteri tu cakap tapi aku tak s**a Labu. Dengan sebab tu ketua hakim terus perintahkan menteri ni boleh di pancung sebab mengingkari pada pekara yg di s**ai oleh Nabi Saw walhal labu ni benda kecil je benda adat je, tapi di kira ingkar walaupun bab makan apatahlagi pekara ibadah dan lain2..maka menteri itu segera bertaubat dan tak jadi di pancung.

Aspek Iman ini menyeluruh termasuk macam mana ketaatan kita kepada Allah dan bagaimana kita ikut Sunnah Nabi Saw..

Ketika balik perang Khaibar , sahabat brhenti di satu tempat ..ada satu pokok yg mana orang kafir kalau nak rehat gantung pedang di pokok itupun Nabi Saw melarang kerana tasyabbuh menyerupai orang kafir..puasa benda ibadah pun Nabi Saw suruh puasa 9 dan 10 Muharam supaya berkhilaf dgn orang Yahudi.

Orang tak kan dapat Hidayat Kalau kita lawan orang yg nak lawan kita...orang akan dapat Hidayat ,kalau kita berlaku ihsan pada orang yg memusuhi kita..ikram mereka..

Wakil Bazan Gabenor Parsi di yaman, di hantar untuk bunuh Nabi Saw tapi bila di ikram..akhirnya Beriman pada Allah..

Orang yg terpaksa tinggalkan pakaian Sunnah di sebabkan Undang²..tapi hati dia bergejolak nak amalkan Sunnah..maka dia sama seperti orang kena diebetis yg tak boleh makan gula lagi tapi hati nya begitu bergejolak nak makan gula...maka orang begini di maafkan.

Orang Islam yg teruk ialah orang yg dahlah tinggalkan Sunnah bahkan dia bangga dgn cara itu...lebih teruk lagi apabila dahlah tinggalkan sunnah , dia meremehkan dan mempermainkan sunnah .

Orang batil yg memujuk kita suruh meninggalkan sunnah walaupun satu sunnah sama seperti kapak yg tak der hulu kapak, minta dgn hutan, bagilah saya sedikit kayu, nak buat jadi pemegang kapak..walaupun dia minta sedikit saja tapi apabila dia dapat saja hulu kapak , maka seluruh hutan akan di tebang..itulah perjumpaannya..

Keberanian akan datang dalam diri Umat apabila mereka buat usaha Dakwah..orang muhajirin yg miskin , pergi jumpa raja -raja besar ,dan dakwah mereka ..tidak gentar..seperti Saidina Rib'ie bin Amir ..kerana mereka membuat Dakwah .

Kenapa umat hari ini di hina, kerana mereka meninggal Dakwah dan mereka meninggalkan Sunnah Nabi Saw..ataupun mereka ikut sunnah dalam sebhgian² perkara dan meninggalkan Sunnah dalam perkara yg lain...

Saidina Umar Ra kita di muliakan Allah dgn Islam .kalau kita cari kemuliaan selain dari Islam..Maka Allah akan hina kita...

Menggabungkan Dakwah dgn Amal Soleh..Siapakah dia Agama yg terbaik , orang yg menggabungkan Dakwah dgn Amal Soleh...

Orang yg telah buat perngorbanan untuk Agama saja mampu tolak tawaran dunia...Saidina Abdullah Huzafah mampu total kekayaan empayar Rom kerana beliau telah buat pergorban demi pengorbanan untuk Agama sebelum itu lagi.

Kepentingan bergerak untuk keluar Dakwah itu ialah tonggak bagi Dakwah...sangat penting hingga sahabat yg menangguhkan keluar jalan Allah di p**au kan.mereka bukan tak nak keluar macam orang munafik zaman tu tapi menangguhkan pun dah di p**au..turun ayat tentang mereka..

Kita perlu meninggalkan tempat kita pergi ke tempat Lain .kisah pemuda yg telah bunuh 99 orang ..kemudian bunuh lagi seorang ..dia bergerak dari tempat dia .menunjukkan perlu meninggalkan tempat yg pernah berlaku maksiat..nak hijrah diri kena bergerak ..

Seseorang yg tak mahu korban keluar jalan Allah tidak akan merasai kemanisan Iman.untuk itu kita semua sedia insyallah.

Us khann Daie
Muhajir Madani

Address

Jalan Perwira
Pekanbaru

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when dakwah wa tabligh muslim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to dakwah wa tabligh muslim:

Videos

Share


Other Social Media Agencies in Pekanbaru

Show All