06/09/2024
APAM GEBU
(kredit kpd pemilik resepi)
Bahan-bahan:
2 biji telur gred A
Satu sudu besar ovalette
3/4 cawan gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan air ice cream soda
2 cawan tepung gandum
Cara-cara:
Pukul telur, ovalette, gula dan esen vanilla sampai pekat dan kembang. Betul2 kembang tau. Biar bertanduk gitu. Pakai mixer baru cantik. Lepastu masukkan air ice cream soda dan mixer lagi sampai sebati. Dalam 30 saat gitu. Lepastu masukkan tepung gandum perlahan-lahan. Ni kaup balik je. Jangan mixer. Nanti apam jadi padat dan keras lepas masak. Bila adunan dah siap, bahagikan kepada warna-warna kes**aan anda. Dan masukkan dalam cup saiz sedang2. Ikut kreativiti la nak dapat kelopak macam tu. Kukus dengan API KUAT selama 10 minit. Penutup periuk kukus balut dengan kain batik. JANGAN buka penutup hingga sampai waktu, takut nanti kembang tu menguncup malu. Dan MESTI guna api kuat kalau nak dia merekah macam tu. Dan kalo nak dia merekah sampai keluar cup tu, korang bohlah banyak sikit dalam cup tu.
Untuk adunan ni, kalau pakai cup macam dalam gambar, dapat 18 cup. Dan jangan riso. Sis punya tak manis sangat. Kalau nak kurang lagi manis, 1/2 cawan gula cukup. Kalau nak tengok cara buat, tengok dekat Youtube, channel Buat Orang Lapo.
Sedikit tips yang Sis baca daripada blog2 orang:
1. Masa kukus air mesti dah mendidih betul.
2. Guna api kuat. Supaya apam merekah.
3. Air soda tu mesti yang baru. Jangan yang dah buka. Nanti gas tak cukup. Tak kembang.
4. Ovalette check. Takut dh expired atau rosak. 5. Guna cup kecik dan keras sikit supaya tak lembut bila dikukus. Kalau cup melembut, nanti apam tak naik.
6. Pukul telur, ovalette, dan gula mesti gebu segebunya. Seeloknya pakai mixer. Kalau pakai blender, susah nak dapat gebu ala2 meringue tu.
7. Masukkan tepung slow2 dan kaup balik saja. Jangan mixer. Kalau over mix, nanti lepas masak, apam jadi keras sebab padat sangat.
8. Balut penutup periuk kukus supaya wapair tak menitik atas apam.
9. Jangan buka penutup periuk kukus nak check2