Resepiqoh

Resepiqoh Upload Setiap Hari
(3)

04/09/2024

BROWNIES KUKUS

Resepi Agar-Agar Pandan Gula Melaka Tiga LapisAntara manisan agar-agar yang menjadi kegemaran ramai adalah agar-agar pan...
04/09/2024

Resepi Agar-Agar Pandan Gula Melaka Tiga Lapis

Antara manisan agar-agar yang menjadi kegemaran ramai adalah agar-agar pandan gula melaka. Sedap agar-agar pandan gula melaka ni kalau makan masa sejuk.

Bahan Bahagian Atas:

400g air
250g air pandan
300g santan (guna santan kara)
10g agar-agar tali
220g gula
2 biji telur (pukul sekejap)
1 sdk garam
Sedikit pewarna hijau
Cara Membuat:

1. Masak agar-agar tali dengan air sampai agar-agar hancur. Kemudian masukkan gula, air pandan, santan, telur, garam dan sedikit pewarna hijau baru cantik.

2. Masak sampai megelegak, biar dalam 4 ke 5 minit sampai pecah antara air dan santannya. Pastu tapis ambik warna hijau santan saja tuang ke dalam loyang sejukkan seketika.

Bahan Bahagian Bawah:

400g air
150g gula merah
60g santan (santan kara)
1/2 sdk garam
6g agar-agar tali
Cara Membuat:

3. Masak agar-agar tali dengan air sampai agar-agar hancur, masukkan gula merah bila dah larut, masukkan santan dan sedikit garam. Kacau dan biar menidih kemudian tapis.

4. Lorekkan sedikit permukaan atas bahgian (hijau) tadi dengan sudu garfu, supaya melekat elok antara bahgian atas dan bawah, pastu tuang agar-agar gula merah biarkan sejuk. Ok dah siap.

Nota: Bila sejuk agar-agar akan nampak macam 3 layer dengan sendiri.

kredit: Qasih Jue Aisya

Dessert Agar-Agar Lumut Gula MerahRasa tak lengkap kalau menjamu tetamu tak ada dessert. Boleh sediakan awal-awal sebelu...
03/09/2024

Dessert Agar-Agar Lumut Gula Merah

Rasa tak lengkap kalau menjamu tetamu tak ada dessert. Boleh sediakan awal-awal sebelum majlis.

Bahan Lapisan Lumut:

400g air
300g air pandan
300g santan (satu kotak santan Kara ditambah air hingga cukup 300g)
10g agar-agar serbuk
230g gula pasir
2 biji telur
1 sk garam
Cara Membuat:

1. Satukan semua dan jerang hingga mendidih. Jangan dikacau lagi, biar mendidih lebih kurang 5 minit untuk mendapatkan tekstur lumut yang kasar.

2. Tuang ke dalam acuan anggaran dalam 3/4 penuh. Biarkan mengeras. Sementara itu, boleh sediakan;

Bahan Lapisan Gula Merah:

680g air
150g gula merah
10g agar-agar serbuk
Cara Membuat:

3. Campurkan semua bahan dan jerang hingga mendidih. Tambahkan 2 sudu santan. Cedok dan tuang ke atas lapisan lumut tadi.

4. Larik-larikkan dahulu lapisan agar-agar lumut dengan hujung mata pisau sebelum menuang lapisan gula merah supaya lapisan tidak terpisah bila dikeluarkan daripada acuan.

5. Sejukkan dahulu dalam peti ais baru boleh dihidangkan. Selamat mencuba.

kredit: Bam Azimad

Kek Lapis Cheese Masam Manis Guna Bahan Premiumlama dah tak buat kek lapis. Actually berangan nak buat kek ni masa anak ...
03/09/2024

Kek Lapis Cheese Masam Manis Guna Bahan Premium

lama dah tak buat kek lapis. Actually berangan nak buat kek ni masa anak dara lagi. Now anak dah dua baru sampai seru nak buat. Kek ni guna totally bahan premium, boleh cuba okeh. Rasa memang tiptop, ada campuran cream cheese and parmesan cheese. Resepi di bawah;

Bahan-Bahan:

450gm Pure Butter
100gm Gula Pasir Halus
10 biji Telur Gred AA
30gm Ovallette
250gm Cream Cheese
100gm Parmesan Cheese
3/4 tin Susu Pekat Manis F&N (Berat 500gm)
250gm Tepung Hong Kong/Tepung Pau
150gm Horlicks
2 Bungkus Hawflakes 4 Segi
Pewarna Hijau dan Oren
Cara Membuat:

1. Pukul butter, gula dan ovallette hingga putih gebu ringan. Masukkan cream cheese dan parmesan cheese. Pukul sampai berkrim dan licin.

2. Masukkan telur sebiji demi sebijik dan pukul sebati. Masukkan susu pekat dan pukul lagi sampai sebati.

3. Masukkan horlicks dan tepung perlahan-lahan dan pukul sehingga sebati. Bahagi kepada dua bahagian dan letakkan pewarna hijau dan oren. Gris dasar loyang sahaja 8×8 inci dan lapik baking paper.

4. Masukkan 7 sudu makan setiap lapisan dan bakar api atas bawah untuk LAPISAN PERTAMA sahaja. Suhu 170c darjah. Ikut oven masing-masing.

5. Lapisan KEDUA dan seterusnya guna api ATAS sahaja. Letak hawflakes 9 keping di setiap dua lapisan. Untuk LAPISAN AKHIR guna api atas bawah lebih kurang 15 minit.

6. Biarkan kek sejuk baru keluarkan dari loyang. Wrap kek dengan cling wrap simpan dalam peti ais baru potong. Tips untuk dapatkan potongan yang cantik, kena simpan kek dalam chiller dulu. Selamat Mencoba.

kredit: Siti Suhaida Mohd Sani

Resepi Puding Pandan Gula Melaka Lemak ManisPuding ini memiliki rasa yang luar biasa dengan gabungan rasa pandan yang se...
03/09/2024

Resepi Puding Pandan Gula Melaka Lemak Manis

Puding ini memiliki rasa yang luar biasa dengan gabungan rasa pandan yang segar dan aroma harum gula melaka. Bahan-bahanya pun mudah untuk didapati dan mudah untuk disediakan, sesiapa pun boleh cuba buat.

Bahan Lapisan Pandan:

25-30g agar-agar tali (direndam)
1 tin susu cair
1 kotak santan KARA
1 cawan gula
1 cawan air pandan
1/2 sudu teh garam.
2@3 ketul kecik gula batu
Bahan Lapisan Gula Melaka:

1/4 agar-agar yang direndam untuk lapisan Pandan
2 keping gula melaka
1/4 cawan gula merah
2 cawan air
Sehelai daun pandan disimpul
Cara Membuat:

1. Ambil 3/4 sahaja agar-agar yang direndam tadi, masukkan semua bahan Lapisan Pandan kecuali santan. Kacau sebati gunakan api sederhana. Masak hingga mendidih dan semua agar-agar hancur.

2. Masukkan santan dan masak lagi hingga mendidih. Padamkan api dan tuang adunan ke dalam loyang 8 x 8 inci. Sejukkan.

3. Dalam periuk, satukan gula melaka, gula merah, agar-agar, air dan daun pandan. Kacau sebati. Masak hingga mendidih dan agar-agar hancur. Tutup api.

4. Bila puding pandan dah keras, cakar permukaan puding dengan garfu untuk memastikan lapisan agar-agar gula melaka tak lekang dari puding pandan.

5. Tapis agar-agar gula melaka dan tuang ke atas puding pandan. Sejukkan dalam peti sejuk sehingga keras. Apabila sudah keras, keluarkan dari peti sejuk dan terbalikkan atas papan kek.

6. Potong dan hiaskan dengan potongan daun pandan jika s**a. Selamat mencuba.

kredit: Nur Masri

Resipi Puding Oreo Beryl’s Gourmet Pure CocoaCara buat puding coklat oreo menggunakan pure coca atau serbuk koko tulin. ...
03/09/2024

Resipi Puding Oreo Beryl’s Gourmet Pure Cocoa

Cara buat puding coklat oreo menggunakan pure coca atau serbuk koko tulin. Memang jelas terasa coklatnya bila dimakan. Kalau nak guna serbuk milo pun boleh.

Bahan-Bahan:

1 bungkus agar-agar @ 20gm
5 cawan air
2 cawan gula
1 tin susu cair (400gm)
1 cawan Beryl’s Gourmet Pure Cocoa Powder/milo
1 bungkus Oreo (137gm)
Cara Memasak:

1. Panaskan agar-agar bersama air hingga agar-agar larut. Kemudian masukkan gula. Kacau dan biarkan hingga larut baru masukkan susu cair. Masak hingga mendidih. Kacau betul-betul ya, kemudian tapis.

2. Asingkan 4 cawan adunan agar-agar ke dalam periuk yang lain dan campurkan Beryl’s Gourmet Pure Cocoa Powder atau serbuk milo. Kacau hingga sebati.

3. Tuangkan 2 cawan campuran pure cocoa atau milo ke dalam loyang atau acuan. Masa ini api untuk periuk adunan pure cocoa/milo dikecilkan dan sentiasa dikacau untuk elak agar-agar membeku.

4. Apabila permukaan agar-agar pure cocoa/milo dalam acuan sudah mengeras, tuangkan kesemua adunan periuk yang asli (warna putih) dalam acuan. Taburkan kesemua Oreo.

5. Apabila permukaan agar-agar putih oreo sudah mengeras, tuang lapisan akhir dengan lebihan agar-agar pure cocoa/milo (puding akan ada 3 lapisan). Biarkan membeku dalam suhu bilik, kemudian bila sudah dingin baru masukkan dalam peti sejuk.

Tip Untuk Melapis Supaya Puding Melekat Sempurna

Jangan tunggu sehingga lapisan membeku, takut tidak melekat dengan lapisan berikutnya.
Jika sudah mengeras, guriskan permukaan lapisan dengan garpu sebelum tuang lapisan seterusnya.
Pastikan adunan agar-agar sentiasa panas di atas api supaya dalam melekat dengan baik dengan adunan sebelumnya.

kredit: Reen Khan

Kuih Talam Berlauk Guna Acuan Kecil Lebih MudahBahan-Bahan Inti:450g Ayam/daging kisarSebiji bawang besar potong dadu2 u...
03/09/2024

Kuih Talam Berlauk Guna Acuan Kecil Lebih Mudah

Bahan-Bahan Inti:

450g Ayam/daging kisar
Sebiji bawang besar potong dadu
2 ulas bawang putih dikisar
2 ulas bawang merah dikisar
Sedikit halia dikisar
5 sudu besar rempah kari daging
Sedikit cili kisar.
Garam, perasa, gula secukupnya
Cara Membuat:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dikisar sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan rempah kari. Kacau rata sehingga hingga garing dan naik minyak.

2. Seterusnya, masukkan daging atau ayam yang dikisar. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak hingga kering sedikit. Angkat dan toskan lebihan minyak.

Bahan Kuih Talam:

3 cwn tepung gandum
6 sudu besar tepung jagung
1 Kotak santan
5 cwn air
1 biji telur
1 kiub Pati ayam/Maggi cukup rasa
Cara Membuat:

1. Panaskan kukusan. Satukan semua bahan, blend dan tapis. Sapu minyak pada acuan dan tuang adunan ke dalam acuan. Setelah air dalam kukusan menggelegak, kukus adunan selama 15 minit.

2. Biarkan kuih sejuk seketika, cungkil dengan lidi untuk keluarkan kuih daripada acuan. Letak inti, hiaskan dengan cili merah dan dan daun sup. Selamat mencuba.

kredit: Nur Masri

Rahsia Kek Sarang Semut Sedap Tak Perlu PerapKek sarang semut memang ramai orang jual kan. Tapi nak tau tak rahsia kek s...
03/09/2024

Rahsia Kek Sarang Semut Sedap Tak Perlu Perap

Kek sarang semut memang ramai orang jual kan. Tapi nak tau tak rahsia kek sarang semut yang sedap dan gerenti orang akan repeat order? Tak berbau hanyir telur, sarang sampai ke atas, kurang manis dan tak perlu perap. Resepi untuk 1 biji loyang saiz 6 inci.

Mula-mula buat gula hangus;

170g gula
200g air
Cairkan gula sampai gelap perang dan sedikit berbuih. Masukkan air sedikit demi sedikit. Api perlahan. Kene sentiasa kacau ye, jangan biarkan nanti hangit, kek jadi pahit. Dah siap tutup api, biar je atas dapur tu sebab kite nak tuang gula panas-panas atas adunan.

Bahan-Bahan Lain:

3 biji telur saiz B
70g majerin/butter/minyak (saya pakai minyak masak)
125g susu pekat manis (resepi memang dah kurang manis, tak perlu kurangkan lagi)
120g tepung gandum
6g soda bikarbonat
1 sk Vanila star brand (jangan lebih jangan kurang)

Cara Membuat:
1. Campurkan semua bahan termasuk gula hangus yang panas tadi. Whisk sebati dan tapiskan. MESTI TAPIS. Lepas tapis, whisk lagi hingga sabati. Masukkan ke dalam loyang saiz 6 inci, alaskan baking paper terlebih dahulu.

2. Bakar pada suhu 180c api bawah sahaja selama 35 minit. Kemudian api atas dan bawah selama 10 minit atau sehingga masak. Agak-agak atas kek tu dah kering helok, tak gedik-gedik tu kire masaklah tu. Tunggu sejuk sikit baru keluarkan dari loyang.

kredit: Dilla Dessert

03/09/2024

Kue Tradisional

Resepi Lompang Pandan Dihidangkan Dengan Kelapa ParutSarapan pagi kami hari ni. kami nak share resepi kuih lompang panda...
03/09/2024

Resepi Lompang Pandan Dihidangkan Dengan Kelapa Parut

Sarapan pagi kami hari ni. kami nak share resepi kuih lompang pandan cara kami.

Bahan-Bahan:

1 1/2 cawan tepung beras
1 sdb tepung ubi
3/4 cawan gula pasir
1/2 sdk air kapur
1/2 sdk garam halus
2 cawan air daun pandan (blend 10 helai daun pandan dengan 2 cawan air)
Kelapa parut ambil putih sahaja dicampur dengan sedikit garam halus kemudian dikukus sekejap.
Cara Membuat:

1. Satukan tepung beras, tepung ubi, gula pasir dan garam. Masukkan air daun pandan yang telah ditapis ke dalam campuran tepung tadi. Gaul sebati.

2. Kemudian, masukkan air kapur dan gaul lagi sehingga semua bahan sebati. Sebelum dikukus, pastikan air dalam kukusan betul-betul mendidih.

3. Sapukan acuan lompang dengan minyak. Panaskan acuan lompang dalam kukusan selama 5 minit (ni untuk dapatkan lesung pipit kat tengah-tengah kuih tu).

4. Lepas 5 minit, keluarkan acuan, dan tuang adunan kuih tadi dalam acuan hingga hampir penuh. Kemudian kukus semula kuih selama 20 minit.

5. Selepas siap dimasak, pastikan kuih betul-betul suam atau sejuk baru keluarkan dari acuan lompang. Hidangkan dengan kelapa parut, siap!.

Nota: Tips supaya kuih cantik, pastikan tutup pengukus dibalut dengan kain bersih supaya air wap tak menitik semasa kuih dimasak. Selamat mencuba.

kredit: Wirawati Negara

Resepi Kuih Legend Tepung Bungkus Lemak Manis SedapTeringin sangat nak makan kuih legend tepung bungkus ni sebab dah lam...
02/09/2024

Resepi Kuih Legend Tepung Bungkus Lemak Manis Sedap

Teringin sangat nak makan kuih legend tepung bungkus ni sebab dah lama sangat tak makan. Susah nak jumpa orang jual jadi buat sendiri la walaupun banyak langkah-langkahnya. Kite buat versi asal tau, inti balut dengan tepung pulut. Tapi selalu tengok orang tak balut, terus buh inti selepek atas badan tepung beras tu.

Alhamdulillah anak-anak dan suami s**a makan, siap cakap sedap sangat. Terasa semua manis, masin lemaknya, lembut dan gedik gitu. Puas hati buat sendiri.

Bahan Inti Kelapa:

1 biji kelapa parut putih
1 cawan gula melaka
4 sudu besar gula pasir
1/4 sudu teh garam halus
1/2 cawan air
2 helai daun pandan – disimpul
2 sudu besar tepung gandum
Bahan Tepung Balut Inti:

2 cawan tepung pulut
1 cawan air
Tepung Lemak (Badan)
5 cawan santan sederhana pekat (2 cwn santan pekat + 3 cwn air)
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu teh membukit garam halus
Daun pisang secukupnya – dibasuh, potong & di layur atas api
Cara Membuat:

1. Inti Kelapa; Satukan gula melaka, gula pasir, garam, air dan daun pandan. Masak di atas api hingga gula larut dan mendidih. Masukkan kelapa. Kacau hingga rata dan air sedikit kering. Campurkan tepung gandum, kacau sebati dan air kering tapi masih lembap. Sejukkan inti dan gentel bulat saiz guli.

2. Bebola Pulut; Gaul tepung pulut dengan air hingga menjadi doh yang agak lembut. Teksturnya seperti adunan buah melaka tu ye. Leperkan doh dan masukkan inti kelapa. Balut nipis je, kemudian gentel bulat.

3. Tepung Lemak; Kacau sebati dulu santan, garam dan tepung beras. Kemudian, kacau sentiasa di atas api sederhana hingga pekat tapi bila di angkat dengan senduk ia masih meleleh.

4. Sudukan adunan tepung lemak di atas daun pisang, jangan tebal sangat. Selepas tu, letak 2 biji bebola inti. Kemudian, tutup dengan tepung lemak secara nipis di atasnya. Lipat dan balut kemas. Satu adunan saya dapat 36 biji.

5. Didihkankan pengukus dengan air. Kukus selama 20 minit di atas api yang sederhana. Hidangkan panas-panas atau sejuk dari peti ais.

kredit: Nor Al Fatihah

Resepi BrowniesBahan A:400g compound dark choc beryl’s150g butter (saya guna buttercup)Bahan B:90g gula caster90g brown ...
02/09/2024

Resepi Brownies

Bahan A:

400g compound dark choc beryl’s
150g butter (saya guna buttercup)
Bahan B:

90g gula caster
90g brown sugar
4 biji telur (saya pakai telur gred biasa je)
100g tepung gandum (saya pakai tepung bakers choice)*
30g serbuk koko*
1 sudu teh baking powder*
1 sudu teh esen vanila
Bahan B yang bertanda (*) diayak terlebih dahulu.
Kalau nak pakai tepung gandum self-raising pun boleh. Baking powder dah tak perlu.

Cara Membuat:

1. Bahan A; cairkan semua sekali secara double boiling. Api kena slow. Bahan B; Whisk kan telur, gula caster dan sugar brown. Jangan pukul sampai telur kembang tau. Pukul untuk sebatikan gula dengan telur je.

2. Lepas dah sebati, campurkan Bahan A yang dicairkan tadi dan whiskkan. Masuk panas-panas. Sebatikan semua sekali.

3. Masukkan tepung, serbuk koko, baking powder yang telah diayak dan seterusnya masukkan esen vanila. Whisk kan sampai sebati. Jangan terlalu lama. Cukup bagi dia sebati. Sebab kalau lama nanti jadi macam kek coklat moist. Adunan mestilah pekat dan likat.

4. Tuangkan dalam dalam loyang yang dilapik baking paper. Boleh tabur kekacang ikut s**a. Saya tabur hirisan badam atas brownies. Saya pakai loyang 10 untuk satu adunan. Loyang 7 saya sediakan dua bekas. Boleh letak half-half. Separuh adunan dapat dalam 500++g.

5. Sebelum bakar, panaskan oven terlebih dahulu dalam 10 minit. Suhu 170c api bawah yang ada kipas. Bakar dalam oven selama 40 minit. Agak-agak dah masak, boleh try cucuk dengan batang lidi. Kalau adunan masih melekat pada lidi, brownies masih belum masak. Kalau adunan tak melekat, tanda brownies dah masak. Dan nanti kedutnya akan nampak cantik. Ikut oven masing-masing (Saya pakai oven Pensonic AE-600N. Rak atas sekali).

6. Bila brownies dah sejuk, boleh start deco. Make sure untuk brownies loyang 10, beli plate besar sikit. Saiz 12 inci. Untuk brownies loyang 7, boleh beli plate saiz 8/9 inci. Baru nampak kemas dan terletak cantik. Untuk box pulak, boleh beli brownies/talam box. Make sure saiz plate kena sama dengan saiz box.

Saya halalkan resepi Brownies Kedut saya. Yang nak menjual pun boleh. Doakan saya menjadi isteri yang solehah, wanita yang serba boleh, sihat walafiat, dipermudahkan segala urusan oleh Allah, dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, dianugerah zuriat keturunan anak-anak yang cantik hensem comel, sihat walafiat, soleh dan solehah. Aamiin Allahumma aamiin.

kredit: Ezty Razali

Resepi Apom Lenggang KuihMakan petang harini. Kueh fav sis masa kecik-kecik. Kuih ni sangat famous belah utara. Selalu b...
02/09/2024

Resepi Apom Lenggang Kuih

Makan petang harini. Kueh fav sis masa kecik-kecik. Kuih ni sangat famous belah utara. Selalu balik sana susah nak jumpa orang melayu jual, ada pun india yang jual. Tapi sis ambik dalam group masakan. Tak sangka menjadi apom lengang sis. Tepi-tepi tu crunchy sangat, tengah tu lembut, sebijik rasa macam makan kat pasar malam. Ni sis share resepi apom lenggang.

Bahan-Bahan:

1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula
1 biji telur
1 cawan air
1 cawan santan
1/2 cawan kelapa parut jika s**a, tak bubuh pun tak apa
1 st mauripan
Sedikit gram.
Cara Membuatnya:

1. Masukkan semua bahan dalam blender kecuali kelapa parut. Blend semua bahan dan tapis ke dalam bekas dan tutup. Perap selama sejam. Kemudian buka dan kacau adunan serta masukkan kelapa parut. Kacau hingga sebati.

2. Seterusnya, panaskan kuali, sapu minyak dan masukkan adunan sesenduk ke dalam kuali. Kemudian lenggang la dan tutup dengan tudung periuk. Bila apom agak masak dan kekuningan, boleh la angkat dan gulung. Dah siap. Selamat mencuba.

kredit: Nor Atika Nazirah

Jemput-Jemput Bilis Lembut Tak Guna Yis atau SodaBagi yang dok s**a rasa jemput yang lembut sebab yis atau soda, boleh t...
02/09/2024

Jemput-Jemput Bilis Lembut Tak Guna Yis atau Soda

Bagi yang dok s**a rasa jemput yang lembut sebab yis atau soda, boleh try resepi mok mertua mokcik ni. Lembutnya hanya guna air panas. Rasanya dok mudoh muak macam jemput yis dan soda.

Bahan-Bahan: Anggaran sahaja, selebihnya terserah pada taste masing-masing.

1/2 kg gandum
1 cawan ikan bilis (blend dengan air, kalo tak nak blend pun tak apa, tapi kalau blend rasa lagi kuat ikan bilis tu)
1/2 senduk gula
1 sk garam
1 sb perisa maggi cukup rasa
Air panas secukupnya
Cara Membuat:

1. Satukan semua bahan dan masukkan air panas, kacau hati-hati tau, jangan derah-derah kot ngecik ke kak dio mokcik dok tanggungjawab. Jemput ni bia dia ada rasa manis sikit, masin sikit kira jadilah.

2. Sebelum satukan bahan-bahan tu panaskan dulu minyak, sedang molek habis adun bahan-bahan terus boleh goreng. Doklah menunggu lama sangat anok nok makan.

3. Goreng dengan api sederhana kuat, nak api kuat pun boleh, kalau nak rangup, lama sikit la goreng. Tapi lebihnya nok cerita pasal jemput ni, sapa ke esok pun masih lembut, kalo jemput soda tu, petang tu dah keras kan?. Jom pakat cuba.

kredit: Nurul Husna Mohamed Daud

Resepi Kek Tapak Kuda Dengan Inti Coklat MelelehPertama kali cuba buat kek tapak kuda, jadi kek tapak kuda nya. Nak beli...
02/09/2024

Resepi Kek Tapak Kuda Dengan Inti Coklat Meleleh

Pertama kali cuba buat kek tapak kuda, jadi kek tapak kuda nya. Nak beli tak terbeli, jadi cuba lah buat sendiri, senang je rupanya, lepas nie boleh buat lagi.

Bahan-Bahan:

3 Biji telur + 2 biji kuning telur gred A
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu besar ovellete
1 sudu besar esen vanilla
2 sudu besar susu tepung
1/2 cawan marjerin/butter (dicairkan)
1 Coklat emulco/serbuk koko
Cara Membuat:

1. Satukan semua bahan kecuali marjerin cair dan coklat emulco. Pukul sampai gebu semua bahan sehingga bertukar menjadi warna putih. Kemudian, masukkan marjerin cair dan kaup balik sehingga rata.

2. Asingkan dalam 3 senduk adunan dan masukkan 1 sudu besar coklat emulco, kacau sebati, yang ni untuk lapis bahagian bahagian dalam kek nanti. Dan simpan sedikit untuk buat corak atas kek.

3. Saya guna loyang saiz 9×9 inci, lapik dengan baking paper ye. Mula-mula lapis adunan yang dicampur dengan serbuk koko tadi, kemudian letak adunan putih tu sehingga habis. Kemudian, lorekkan bahagian atas kek tersebut dengan adunan coklat emulco tadi.

4. Seterusnya, bakar di dalam ovan yang telah dipanaskan. Saya bakar dengan suhu 160c api atas dan bawah selama 30 minit atau terpulang pada oven masing-masing.

5. Bila dah masak, boleh lah sejukkan dahulu kek tersebut, kemudian potong 2 bahagian kek tersebut. Terbalikkan kek dan tekan sedikit bahagian tengah. Letak inti coklat tadi atau inti yang dis**ai, kemudian terus lipat dan wrap dengan kemas.

Nota: Jika tidak s**a inti meleleh, boleh simpan dalam peti sejuk terlebih dahulu, kalau s**a meleleh boleh terus potong dan makan. Selamat mencuba.

kredit: Nor Khomariah Norrohman

Resepi Mini Cupcake Red Velvet Cheese LelehJom buat mini cupcake red velvet dengan topping cream chese leleh. Sangat mud...
02/09/2024

Resepi Mini Cupcake Red Velvet Cheese Leleh

Jom buat mini cupcake red velvet dengan topping cream chese leleh. Sangat mudah dan sedap hanya guna acuan lompang dan dikukus sahaja. Sesiapa pun boleh buat, kalau nak buat niaga pun boleh sebab budak-budak memang s**a kek comel macam ni.

Bahan-Bahan:

2 biji telur
1/2 cawan gula
1 sudu besar ovalette
1/2 cawan susu pekat
1 cawan minyak
1 cawan air
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil serbuk baking powder
1/2 sudu kecil serbuk soda bikarbonat
Pewarna merah & red velvet emulco
Bekas lompang
Cara Membuat:

1. Pecahkan telur, masukkan gula dan ovalette. Mix sehingga sebati. Kemudian, masukkan susu dan minyak. Mix lagi sehingga semua bahan sebati.

2. Tuangkan tepung, serbuk baking powder, dan serbuk soda bikarbonat ke dalam adunan. Kacau dengan sudu kasi rata. Kalau terus putar guna mixer takut nanti bersepah tepung luar bekas.

3. Seterusnya, titiskan pewarna dan red velvet emulco. Baru boleh mix semula guna mixer. Masukkan air 1/2 cawan dulu, kalau rasa pekat tuangkan lagi sikit-sikit. Pekat sangat pun tak boleh nanti kek bantat.

4. Sapu minyak guna tisu dalam bekas lompang tu untuk elakkan kek melekat, senang nak keluarkan nanti bila masak. Agihkan adunan dalam bekas lompang, isi dalam 3/4 bekas saja.

5. Dengan menggunakan api yang sederhana besar, kukus kek selama 20 minit. Sementara tunggu kek sejuk, boleh putar topping cheese.

Bahan Untuk Topping Cheese:

Cheese Tatura (250gram)
1-2 sudu besar krimwell (boleh cari dekat kedai kek)
Gula icing secukup rasa
Susu cair
Cara Membuat:

1. Putar cheese sampai agak-agak kembang dan lembut. Masukkan krimwell serta icing. Mix sampai sebati dan takda ketulan (nak manis, letak gula icing banyak. Nak kurang manis, letak gula icing sikit saja).

2. Masukkan susu cair sikit-sikit je. Nak cair, letak lebih. Ikut selera sendiri. Final step, letakkan cheese atas kek. Nak guna pipping bag pun boleh, tabur-tabur sikit untk hias nak bagi nampak cantik.

kredit: Nuralia Idayu

02/09/2024

Cenil Gula Pasir

Resepi Karipap Rangup Boleh Juga Buat FrozenKadang malas nak buat, terasa nak makan karipap beli je senang cita. Tapi bi...
02/09/2024

Resepi Karipap Rangup Boleh Juga Buat Frozen

Kadang malas nak buat, terasa nak makan karipap beli je senang cita. Tapi bila mai mood rajin buat sendiri, puas hati dapat banyak biji, selebih kita frozenkan. Saya s**a kulit karipap berjerawat macam ni, sedap. Saja nak share sini, resepi kulit karipap cara saya;

Bahan-Bahan:

Sekilo tepung gandum
3 sdb tepung beras
3 sdb planta/majerin
2 senduk kecil mnyak masak (panaskan)
1 sdk air kapur
Sedikit garam halus
Sedikit air sejjuk (ais) – air ni saya agak-agak saja ikut kelembutan doh.
Cara Membuat:

1. Satukan tepung gandum, tepung beras, garam, planta atau majerin dan air kapur dalam 1 bekas.

2. Panaskan minyak masak, kemudian tuang ke dalam adunan tepung tadi, kacau dengan senduk ye, hati-hati sebab panas. Bila tepung dah jadi macam serbuk roti, masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sampai doh menjadi lembut elok.

3. Nak karipap bejerawat, pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan dalam tepung adunan, masa bancuhan awal. Inti karipap buat macam biasa, rempah daging, ubi kentang, daun sup, daun kari dan isi ayam.

Petua: Sebelum klim karipap, sapu air keliling karipap then klim tekan kuat sikit yer, in shaa Allah nanti goreng tak terbukak. Cara saya macamtulah.

kredit: Qasih Jue Aisya

Resepi Tart Nenas Premium Gemuk Padat Dengan IntiBahan-Bahan:250g pure butter salted3 sudu bsr susu pekat1/4 cwn gula pa...
01/09/2024

Resepi Tart Nenas Premium Gemuk Padat Dengan Inti

Bahan-Bahan:

250g pure butter salted
3 sudu bsr susu pekat
1/4 cwn gula pasir halus
2 biji kuning telur sahaja (saiz A atau B)
Sedikit pewarna kuning lemon
Sedikit esen vanila
2 sudu bsr minyak sapi
1/4 cwn susu tepung*
1 sudu bsr tepung beras*
1 sudu bsr tepung custard*
1/2 cwn tepung jagung
3 cwn tepung gandum cap rose (ayak)
Bahan Untuk Sapuan:

Kuning telur
Sedikit susu segar
Sedikit pewarna kuning lemon

Cara Membuat:

1. Satukan butter (suhu bilik), susu pekat, gula, kuning telur, pewarna kuning, esen vanila, dan minyak sapi. Kacau guna senduk jer sekadar sebati sahaja.

2. Ayak bahan bertanda (*), masukkan dalam adunan tadi dan kacau rata. Tambah tepung jagung, kacau lagi. Last seklai, tambah tepung gandum yang dah diayak sikit demi sikit. Sambil uli guna tangan sampai doh lembut tak lekat di tangan serta boleh dibentuk, berhenti tambah tepung ok.

3. Terap doh dan letak inti, gulung cantik-cantik dan susun dalam dulang. Lapik dulang dengan baking paper supaya tak lekat bila dah siap bakar nanti. Sapu kuning telur pada permukaan tart nenas.

4. Panaskan oven, set suhu 170-180c dan bakar selama 20-30 minit atau sampai masak. Ikut suhu oven masing-masing yer. Dah masak, biar sejuk dulu baru susun dalam balang.

Nota: Tip gentel inti jem nenas supaya tak lekat di tangan. Simpan sekejap jem dalam peti sejuk sebelum gentel inti. Sapu minyak kat tapak tangan.

kredit: Haspidah Hassan

Apam Jepun Atau Apam Balik Mini Inti Kacang MerahSalam semua. Sis s**a sangat beli apam balik mini inti kacang merah yan...
01/09/2024

Apam Jepun Atau Apam Balik Mini Inti Kacang Merah

Salam semua. Sis s**a sangat beli apam balik mini inti kacang merah yang biasa jual di pasar malam tu. Tapi tak tau apa nama sebenar kuih tu, ada yang kata apam jepun.

Bahan A:

2 biji telur gred C
3 sudu besar gula
Bahan B:

2 cwn tepung gandum
1 cwn air
1/2 cwn santan
1 camca teh yis kering
1/2 camca teh soda bikarbonat
2 sudu besar marjerin dicairkan
1 camca teh esen vanila
Sedikit pewarna kuning
Inti kacang merah (beli je yang dah siap kat Kedai bahan Kek)

Cara Membuat:

1. Blender bahan A hingga berbuih dan gula hancur, ketepikan. Dalam bekas lain, bancuh semua bahan B. Kemudian, masukkan bahan A tadi dan kacau sebati.

2. Perap bahan dalam bekas bertutup selama lebih kurang 1 jam (hingga adunan kembang). Panaskan kuali l***r, sapu minyak. Sapu minyak juga pada keliling acuan.

3. Tuang adunan 1/2 acuan. Sudukan inti, kemudian tutup dengan adunan lagi. Tutup kuali. Biar hingga bahagian atas dah mula mengeras boleh la balikkan. Bila kedua-dua bahagian dah berwarna kecoklatan, boleh la angkat.

kredit: Rahmah Rosmin

Resepi Puding Lapis Pandan Santan Lemak ManisJom hari ni kita buat puding lapis pandan dan santan. Resepi ini menggunaka...
01/09/2024

Resepi Puding Lapis Pandan Santan Lemak Manis

Jom hari ni kita buat puding lapis pandan dan santan. Resepi ini menggunakan perisa pandan dan santan kelapa asli. Memang cukup rasa lemak manis santan dan wangi dari daun pandan. Kalau disimpan boleh tahan 4-5 hari di dalam peti sejuk.

Bahan-Bahan: Loyang 8 inci

Lapisan Pertama –

10g agar agar serbuk (1 paket)
4 cawan air (1 liter)
air pandan yang dikisar (5 hingga 6 helai dau pandan + 1 cawan air. Kisar & tapis)
3/4 cawan gula (150g)
sedikit essen vanila
Lapisan Kedua –

2 setengah cawan air
10 gram agar agar serbuk
3/4 cawan gula (150g)
200g santan pekat
1 tin susu cair (370ml)
sedikit garam
Cara Membuat:

Lapisan Pertama –

1. Masukkan kesemua bahan lapisan pertama ke dalam periuk, kacau sebati dulu baru hidup api perlahan. Kacau hingga mendidih. Anggaran dalam 15 minit, kacau hingga mendidih. Bila dah mendidih, matikan api dan kacau lagi 5 minit dan sila tapis.

2. Satu layer saya buat dalam s**atan 1 cawan (250ml). Wajib guna cawan atau apa-apa bekas yang ada s**atan supaya layer sekata. Jadi tuang layer pertama dan sejukkan dalam peti ais selama 5 minit.

3. Lebihan adunan pertama ni letak atas loyang atau apa-apa bekas dan isikan dengan air panas supaya agar-agar lebihan tadi tidak mengeras.

Lapisan Kedua –

4. Masukkan kesemua bahan lapisan inib dalam periuk, kacau sebati dulu baru hidup api perlahan. Kacau hingga mendidih. Anggaran dalam 20 minit, kacau hingga mendidih. Bila dah mendidih, matikan api dan kacau lagi 5 minit.

5. Tuang perlahan-lahan ke atas lapisan pertama tadi dan sejukkan selama 5 minit. ULANG CARA YANG SAMA BAGI SETIAP LAYER SAMPAI HABIS ADUNAN. Setiap lapisan wajib SEJUKKAN SELAMA 5 minit di dalam peti ais baru tuang layer seterusnya.

6. Walaupun kita dah tuang air panas supaya lebihan puding tidak mengeras sewaktu tunggu setiap lapisan tu sejuk, jadi jangan risau panaskan balik atas api perlahan sampai adunan cair balik dan tambahkan sedikit air.

7. Lapisan terakhir boleh sejukkan selama 2-3 jam dalam peti ais. Dah siap! Ketahanan puding ini selama 4-5 hari di dalam peti ais. Selamat Mencuba!.

kredit: Muhammad Ali

Puding Lapis Buah NagaSatu lagi resepi puding yang boleh anda cuba, puding buah naga. Nampak cantik elok dan berseri, ra...
01/09/2024

Puding Lapis Buah Naga

Satu lagi resepi puding yang boleh anda cuba, puding buah naga. Nampak cantik elok dan berseri, rasa sayang nak makan. Tapi bila cuba sekali pasti nak makan lagi sebab rasa manis buah naga dengan jelly tu memang kena sangat. Jom cuba!

Bahan-Bahan:

Lapisan Puding –

2 setengah cawan air
7g serbuk agar-agar (guna yang 1 paket 10g tu sahaja)
1 tin susu cair
setengah cawan gula (100g)
setengah cawan dairy whipping cream (optional)
setengah cawan buah naga yang dikisar halus
sedikit garam
Lapisan Jelly –

3 g serbuk agar–agar
2 setengah cawan air
1/2 cawan gula
1/2 cawan buah naga yang dikisar
Cara Membuat:

Lapisan Puding –

1. Mas**an kesemua bahan lapisan ini, kacau sampai mendidih. Dah mendidih matikan api dan masukkan buah naga yang dipotong dadu. Sebatikan. Tuang separuh sahaja dari adunan ke dalam loyang 8 inci. Bagi suam dulu baru masuk dalam peti sekejap sementara buat lapisan jelly.

Lapisan Jelly –

2. Mas**an semua bahan dan kacau sampai mendidih. Matikan api dan tuang perlahan-lahan ke atas puding tadi. Jika puding anda sudah mengeras sepenuhnya, wajib cucuk-cucuk dengan garpu. Jika puding anda masih separuh set (boleh nampak texture puding berkedut-kedut sikit jika digoyangkan), means dia separuh sejuk jadi tak perlu cucuk.

3. Tuang perlahan-lahan dan sejukkan dalam peti selama 5 minit. Adunan puding pastinya akan mengeras balik. Jadi lebihan tadi panaskan atas api balik dan tambah air suam sikit. Kacau hingga mendidih dan mendidih matikan api dan tuang perlahan-lahan keatas jelly tadi.

4. Sejukkan selama 4 jam dan boleh makan! Selamat mencuba..!

kredit: Muhammad Ali

Resepi Biskut Makmur Susu Sedap Bahan-Bahan Makmur:4 cawan tepung gandum (sangai dulu ya lepas tu sejukkan)1/2 cawan gul...
01/09/2024

Resepi Biskut Makmur Susu Sedap

Bahan-Bahan Makmur:

4 cawan tepung gandum (sangai dulu ya lepas tu sejukkan)
1/2 cawan gula castor
1/4 cawan susu tepung (tak kisah jenama apa pon)
3 sb buttercup @ minyak sapi (cairkan dan sejukkan)
Minyak jagung secukupnya
500gram kacang tanah

Cara Membuat:

1. Campur bahan semua diatas, gaul sampai jadi macam serbuk roti. Lepas tu guang minyak jagung sikit-sikit, uli sampai jadi doh. Kalau nak makmur gebu, kena letak minyak uli sampai doh tak berderai.

2. Letak inti kacang ditengah; 500gram kacang tanah (disangai, saya letak minyak sikit ja, sangai sampai kacang berubah warna. Buang kulit dan blend atau tumbuk). Letak sikit gula + minyak jagung dalam inti kacang yang dah diblend tadi (tujuan dia untuk senang nak letak inti dalam doh macam bulatkan).

3. Bakar dengan suhu 150c selama 20-25 minit (bergantung suhu oven masing masing). Bila dah sejuk baru boleh salut dengan gula. Tok (nenek) saya pesan kena betul-betul sejuk baru gaul, baru boleh tutup bekas tu. Kalau tidak nanti kue cepat hapak (tak tahan lama).

Bahan Salutan Makmur:

Gula aising
Susu tepung (terpulang nak letak atau tak)
Selamat Mencuba..

kredit: Awatif Fuzi

Address

Larangan Kel. , Larangan
Brebes
52262

Website

https://www.tiktok.com/@resepiqoh?lang=id-ID, https://www.instagram.com/resepiqoh/

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Resepiqoh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share

Category

Nearby media companies


Other Video Creators in Brebes

Show All

You may also like