11/11/2022
HEBAHAN NOTIS KESIAPSIAGAAN KEMUNGKINAN BANJIR KILAT PADA 11 NOVEMBER 2022
Berdasarkan maklumat ramalan hujan dari model Numerical Weather Prediction (NWP) oleh Jabatan Meteorologi Malaysia dan sistem Southeastern AsiaOceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS), terdapat risiko berlakunya banjir kilat di beberapa lokasi sekiranya hujan lebat/ribut petir yang signifikan (dalam tempoh 12 jam).
Negeri-negeri yang terlibat adalah Pulau Pinang, Selangor, Johor, Pahang, Kuala Lumpur & Sarawak.
Notis kesiapsiagaan ini dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang berisiko untuk berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat bagi tempoh tersebut.
Sila patuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir. Sila layari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook dan Twitter untuk maklumat lanjut dari
semasa ke semasa.