#EspressoWarna x Nasional FM Radio Brunei bersama Dr Maliki Osman
Ayuh ikuti temu bual khas Hari Raya ini - gabungan Mediacorp Warna 942 dan RTB Nasional FM bersama kru Espresso Warna A B Shaik, Mariam Mas'od dan DJ Md Naqiuddin dari Nasional FM Radio Brunei!
Jom bersembang bersama tamu istimewa, Dr Maliki Osman, Menteri Di Pejabat Perdana Menteri, Dan Menteri Kedua Pendidikan Merangkap Ehwal Luar Singapura yang sedang membuat lawatan ke Brunei Darussalam.!
Ikuti wawancara khas ini yang berlangsung secara LIVE dari konti RTB Nasional FM & Warna 942!
[LIVE] WUKUF ARAFAH 1443 HIJRAH 8 JULAI 2022
WUKUF ARAFAH 1443
Nasional FM bersama Nur Islam FM membawakan awda siaran langsung wukuf di padanga arafah. Teruskan bersama tetamu undangan :
Yang Mulia
Dr Haji Hambali bin Haji Jali
Repost from @upa.ppdb
•
TEMBURONG, Rabu 30 Mac - Dua individu warganegara tempatan telah ditahan pihak polis kerana di percayai cuba untuk menyeludup masuk sejumlah barangan tegahan ke negara ini.
Insiden yang berlaku pada 30 Mac 2022 sekitar jam 10.11 pagi itu, seorang lelaki berumur 46 tahun bersama seorang perempuan berumur 35 tahun ditahan oleh keanggotaan detektif beserta peronda Balai Polis Bangar, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) kerana telah di dapati memandu dalam keadaan yang mencurigakan di kawasan Kg Negalang Unat, Daerah Temburong.
Hasil pemeriksaan awal keatas kenderaan yang dipandu telah menemukan sejumlah bungkusan kotak plastik di percayai barang tegahan iaitu minuman keras yang disorokkan di bahagian belakang kerusi serta di bahagian bonet belakang kenderaan.
Sebanyak 120 botol minuman keras pelbagai jenama telah didapati hasil pemeriksaan lanjut dijalankan ke atas penemuan bungkusan kotak berkenaan.
Kesemua barang tegahan dirampas dan kedua-dua individu terlibat dibawa Balai Polis Bangar dan seterusnya diserahkan ke Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi peralihan sisatan.
PPDB ingin menegaskan kepada orang ramai agar tidak terlibat dan terjerumus dengan apa jua kegiatan jenayah yang mendatangkan impak negatif dalam kehidupan seharian dan agensi penguatkuasa undang-undang akan mengambil tindakan yang tegas untuk mengekang kegiatan jenayah ini daripada terus berleluasa.
Untuk maklumat lanjut sila layari
www.police.gov.bn
#upappdb #ppdb_bn
Repost from @rtb.bn
•
LAGU: INI NEGARAKU
ARTIS: HANIF IQBAL, EZAH HASHIM, WAFI RUSLI AND NAZMO
LIRIK: HANIF IQBAL AND NAZMO
KOMPOSER: HANIF IQBAL
MUSIC ARRANGEMENT: NAZMO
TERBITAN: UNIT PROMO DAN PUBLISITI AWAM, SPSTV
#rtb
#radiotelevisyenbrunei
#hk38
#hkbd38
#nbd
#nbd38
#brunei
#bruneidarussalam🇧🇳
Repost from @rtb.bn
•
Lagu: Iqrar Kemerdekaan
Pencipta Lagu: Awang Omar Hj Amit
Penulis Lirik: Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti Hj Mohd Daud
Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam Ke-38.
#rtb
#brunei
#negarabruneidarussalam🇧🇳
#nbd38
#hk38
Repost from @rtb.bn
•
Haflut Takharruj Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah kali ke-9,
diadakan pada hari Rabu, 15 Rejab 1443 H, 16 Februari 2022 M,
bertempat Di Dewan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
Tahniah kepada para graduan. Semoga terus melangkah maju kehadapan demi bangsa dan negara.
#rtb
#brunei
Ikuti KUIZ HARI RADIO SEDUNIA bermula 12 Feb 2022 hingga 13 Feb 2022..
.
Jawab kedua-dua soalan Dan Hantarkan melalui WhatsApp Nasional FM 8333923 atau DM IG @Nasionalfm923
.
Dengan menaip JAWAPAN awda, NAMA dan KAD PINTAR awda..
.
Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah yang menarik Wang tunai sebanyak $50.
.
Hanya 5 orang pemenang dipilih dan akan di hubungi oleh Penerbit.
Repost from @upa.ppdb
•
MUARA, Isnin 24 Jan - Aksi kejar mengejar telah berlaku semalam melibatkan seorang penunggang motosikal (suspek) dan juga keanggotaan peronda daripada Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalulintas (JSKLL), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) pada 23 Januari 2022 sekitar jam 11.11 malam.
Menurut siasatan awal, semasa rondaan dijalankan di kawasan Jambatan RIPAS lalu terserempak dengan sebuah motosikal yang keluar dari jalan Kampong Kasat dalam keadaan yang mencurigakan, peronda bertugas segera mengambil tindakan mengejar untuk membuat pemeriksaan tetapi gagal disebabkan suspek enggan bekerjasama untuk berhenti malah cuba untuk melarikan diri.
Insiden kemalangan kemudian berlaku di kawasan persimpangan Kg Mentiri di mana dipercayai suspek telah hilang kawalan mengakibatkan motosikal yang ditunggangi terjatuh seraya melanggar peronda bertugas beserta sebuah kenderaan yang sedang berada di hala yang sama.
Sejurus kemalangan berlaku, Keanggotaan Balai Polis Muara, PPDB segera ke tempat kejadian bagi menjalankan siasatan. Suspek dan peronda bertugas dibawa ke Hospital RIPAS bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan rawatan lanjut.
Suspek adalah seorang lelaki warganegara tempatan berumur 24 tahun dan tidak mempunyai lesen memandu yang sah. Punca kejadian masih dalam siasatan pihak polis.
Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) ingin mengingatkan dan menegaskan kepada semua pengguna jalanraya untuk sentiasa mematuhi undang-undang yang telah diperuntukan di negara ini.
Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) tidak akan berkompromi dan sentiasa tegas dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan bagi memastikan penduduk dan rakyat negara ini sentiasa dalam keadaan aman dan selamat.
Untuk maklumat lanjut sila layari
www.police.gov.bn
#upappdb #ppdb_bn