Asal Sampai

Asal Sampai Medium yang memaparkan perkongsian ilmu dan isu semasa. Tapi apa yang penting...Asal Sampai mesejnya

🤍🇵🇸
10/10/2023

🤍🇵🇸

Kenyataan Media Presiden PAS

KEMPEN KIBARKAN BENDERA PALESTIN

Rakyat Palestin di Semenanjung Gaza sedang berhadapan dengan serangan dan pengeboman yang amat ganas oleh tentera regim zionis Israel.

Angka korban di kalangan rakyat Palestin telah meningkat kepada 510 orang termasuk 91 kanak-kanak dengan 2,750 orang lagi dilaporkan cedera termasuk 244 kanak-kanak. Manakala pelarian Palestin yang tinggal di tempat perlindungan di Semenanjung Gaza telah mencapai 137,000, atau 90 peratus kapasitinya.

Sejak semalam, tentera regim Zionis Israel telah melancarkan serangan udara dan pengeboman yang amat ganas ke atas bandar di Semenanjung Gaza, mengakibatkan kemusnahan besar termasuk mengebom masjid-masjid, sekolah dan hospital.

Presiden Amerika Syarikat Joe Biden telah mengarahkan kapal pengangkut pesawat terbesar tentera laut Amerika Syarikat dan kapal-kapal perang pengiringnya supaya segera berlepas ke Asia Barat untuk bersiap sedia berhampiran negara haram Israel bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Kementerian Pertahanan negara haram Israel juga telah mengarahkan supaya diwujudkan kepungan menyeluruh ke atas Semenanjung Gaza, tiada elektrik, makanan dan petroleum.

Justeru itu, atas dasar keimanan dan kemanusiaan terhadap saudara kita di Palestin, saya menyeru kepada seluruh umat Islam supaya kibarkan bendera Palestin di rumah kediaman, premis kedai dan kenderaan bagi menunjukkan sokongan kita bersama rakyat Palestin yang sedang berdepan dengan rejim Israel yang kejam lagi zalim.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 25 Rabi' al-Awwal 1445 / 10 Oktober 2023

Pakat doakan untuk saudara kita di sana. Perbanyakkan doa qunut nazilah🤲🏻
07/10/2023

Pakat doakan untuk saudara kita di sana. Perbanyakkan doa qunut nazilah🤲🏻

Kenyataan Media Presiden PAS

SERUAN MUNAJAT UNTUK AL-AQSA

1. PAS mengikuti secara dekat pertempuran yang berlaku antara Palestin dan Israel yang bermula pada hari ini. Serangan besar-besaran telah dilancarkan oleh HAMAS dan Jihad Islami dalam 'Operasi Taufan Al-Aqsa' selepas berlakunya ketegangan selama beberapa minggu di sempadan Gaza-Israel.

2. Saya menyeru kepada seluruh umat Islam untuk menunaikan solat hajat, membaca doa qunut nazilah dan bermunajat untuk saudara Islam kita di bumi Gaza, serta mengadakan 'Himpunan Solidariti bersama al-Quds' sebagai bantahan terhadap tindakan zalim Israel yang merampas tanah bumi Palestin.

Al-Quds adalah milik umat Islam.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 22 Rabi' al-Awwal 1445 / 7 Oktober 2023

—————————

PAS President's Media Statement

URGENT CALL TO PRAY FOR AL-AQSA

1. PAS is closely monitoring the escalating conflict between Palestine and Israel that erupted today. Following several weeks of heightened tension along the Gaza-Israel border, Hamas and Jihad Islami launched a large-scale offensive named 'Operation Al-Aqsa Flood.'

2. I earnestly urge all Muslims to engage in hajat prayer, recite the qunut nazilah supplication, and make dua for our Muslim brothers and sisters in Gaza. Let us also convene a 'Solidarity Gathering for al-Quds' as a strong protest against Israel's oppressive actions, which continue to infringe upon Palestinian territory.

Remember, Al-Quds rightfully belongs to the Muslim community.

ABDUL HADI AWANG
PAS President

Date: 22 Rabi' al-Awwal 1445 / 7th October 2023

—————————

بيان صحفي رئيس الحزب الإسلامي الماليزي

*الدعوة إلى المناجاة من أجل الأقصى*

١. يتابع الحزب الإسلامي الماليزي عن قرب المعركة بين فلسطين ودولة الكيان الإسرائيلي والتي تبدأ اليوم. فقد أطلقت حركة المقاومة الإسلامية (حماس) مع حركة الجهاد الإسلامي هجومًا كبيرًا باسم طوفان الأقصى بعد التوتر الدائم أسابيع عديدة في حدود قطاع غزة مع دولة الكيان الإسرائيل.

٢. وعليه، فأدعو جميع الأمة الإسلامية لأداء صلاة الحاجة، وقراءة دعاء قنوت النازلة ومناجاة الله تعالى من أجل إخواننا في قطاع غزة، كما أدعو إلى إقامة *اجتماع التضامن مع القدس* رفضًا لممارسات دولة الكيان الإسرائيلي الظالمة في استيلائها على الأراضي الفلسطينية.

*القدس ملك للأمة الإسلامية*

عبد الهادي أوانج
رئيس الحزب الإسلامي الماليزي

بتاريخ: ٢٢ ربيع الأول ١٤٤٥ هجرية / ٧ أكتوبر ٢٠٢٣م

MAKFI SIRI 3 (Dakwah & Tarbiah)ADAB-ADAB TERHADAP PEMIMPIN LIKE | SHARE
06/10/2023

MAKFI SIRI 3
(Dakwah & Tarbiah)

ADAB-ADAB TERHADAP PEMIMPIN

LIKE | SHARE


MAKFI SIRI 3 (Politik)FEDERALISME LIKE | SHARE
06/10/2023

MAKFI SIRI 3
(Politik)

FEDERALISME

LIKE | SHARE


Minda Presiden PASMENGAPA ISLAM DIBENCI?Firman Allah SWT:﴿وَدَّ كَثِيرٞ مِّنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَٰبِ لَوۡ يَرُدُّونَكُم مِّنۢ...
25/09/2023

Minda Presiden PAS

MENGAPA ISLAM DIBENCI?

Firman Allah SWT:

﴿وَدَّ كَثِيرٞ مِّنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَٰبِ لَوۡ يَرُدُّونَكُم مِّنۢ بَعۡدِ إِيمَٰنِكُمۡ كُفَّارًا حَسَدٗا مِّنۡ عِندِ أَنفُسِهِم مِّنۢ بَعۡدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ ٱلۡحَقُّۖ فَٱعۡفُواْ وَٱصۡفَحُواْ حَتَّىٰ يَأۡتِيَ ٱللَّهُ بِأَمۡرِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ١٠٩﴾

“Sebahagian besar Ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat menyesatkan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, kerana hasad dengki yang (timbul) daripada diri mereka sendiri, setelah nyata bagi mereka kebenaran. Maka, maafkanlah dan biarkanlah mereka hingga Allah mendatangkan perintah-Nya. Sesungguhnya, Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” [Surah al-Baqarah: 109]

Kump**an Ahzab yang bermusuh terhadap Islam kini, terdiri daripada berbagai-bagai agama yang berfahaman sekularisme iaitu fahaman memisahkan agama daripada urusan kehidupan manusia. Sehingga melahirkan berbagai-bagai ideologi yang berhaluan kanan atau kiri, di Timur mahupun di Barat.

Semua ideologi liberal kapitalisme dan demokrasi Barat atau sosialisme dan komunisme serta demokrasinya, kini menemui kegagalan apabila tidak mampu menyelesaikan masalah negara masing-masing. Sejarah membuktikan berlakunya kejatuhan Blok Timur sehingga dirombak dasar dan konsepnya. Kini, terserlah p**a kegagalan demokrasi Barat dan liberal kapitalisme yang mencetuskan masalah politik, ekonomi dan sosial di negara masing-masing.

Namun begitu, sikap bermusuh terhadap Islam terus berlangsung dengan menyebarkan kebencian terhadap Islam. Keadaan ini berlaku bukan kerana ajarannya yang salah, akan tetapi kerana sifat dengki dan dendam terhadap Islam.

Kelahiran Nabi Muhammad SAW telah disebut dalam kitab suci agama-agama tersebut tetapi fakta itu telah disembunyikan oleh para paderi dan sami. Kebenaran hanya ternyata apabila kajian perbandingan agama dilakukan secara jujur. Kedatangan Islam yang pernah berjaya selama beberapa abad dan mencipta tamadunnya dilupakan daripada lipatan sejarah. Adapun kejatuhan umat Islam bukanlah kerana kelemahan ajarannya, tetapi kerana meninggalkan ajarannya.

Kejayaan Islam menepati konsep wasatiyyah dan prinsip aqidahnya yang kukuh. Firman Allah SWT:

﴿وَكَذَٰلِكَ جَعَلۡنَٰكُمۡ أُمَّةٗ وَسَطٗا لِّتَكُونُواْ شُهَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِ وَيَكُونَ ٱلرَّسُولُ عَلَيۡكُمۡ شَهِيدٗاۗ...١٤٣﴾

“Dan demikian (p**a) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang wasatiyyah (adil, sederhana, dan pilihan) agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Nabi Muhammad SAW) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu...” [Surah al-Baqarah: 143]

Firman Allah SWT:

﴿كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِۗ وَلَوۡ ءَامَنَ أَهۡلُ ٱلۡكِتَٰبِ لَكَانَ خَيۡرٗا لَّهُمۚ مِّنۡهُمُ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَأَكۡثَرُهُمُ ٱلۡفَٰسِقُونَ١١٠﴾

“Kamu (wahai umat Muhammad) ialah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh kepada segala perkara yang makruf (baik) dan melarang daripada segala perkara yang mungkar (buruk dan keji), serta kamu p**a beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar keimanan). Dan seandainya Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang sepatutnya), tentulah (iman) itu menjadi lebih baik bagi mereka. (Akan tetapi), antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka ialah orang-orang yang fasiq.” [Surah Ali ‘Imran: 110]

Kejayaan umat Islam melakukan perubahan dalam perkembangan tamadun dunia kepada Islam ditumpang oleh seluruh manusia sehingga kini, namun jasa umat Islam tidak dihargai. Lebih menyedihkan, umat Islam dijajah dan dibelasah habis-habisan, tanah airnya ditakluk, penganutnya dizalimi, hartanya dirompak dan dicuri, termasuklah hasil ilmuwan dalam segala lapangan.

Namun demikian, apa yang kita dapat saksikan kini, tamadun Barat yang paling dibangga-banggakan itu telah memakan diri mereka sendiri, apabila agama Islam yang memandu ilmu bukan sahaja dipisahkan daripada ilmunya, malah ditolak ajarannya.

Kini, telah berlaku tanda-tanda kemusnahan tamadun Barat, namun permusuhan terhadap Islam masih diteruskan. Musuh gagal menghapuskan Islam dan tidak berjaya memadamkan cahayanya, sehingga mereka dihalau keluar daripada tanah air umat Islam.

Satu demi satu tanah air umat Islam mencapai kemerdekaan pada zahir politiknya, tetapi kesan penjajahan pemikiran masih berlarutan, di samping kejahilan beragama umat Islam sendiri yang tidak bertafaquh (memahami) urusan agama Islam yang disebut oleh Allah SWT dalam firman-Nya:

﴿۞وَمَا كَانَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ لِيَنفِرُواْ كَآفَّةٗۚ فَلَوۡلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرۡقَةٖ مِّنۡهُمۡ طَآئِفَةٞ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِي ٱلدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوۡمَهُمۡ إِذَا رَجَعُوٓاْ إِلَيۡهِمۡ لَعَلَّهُمۡ يَحۡذَرُونَ١٢٢﴾

“Dan tidaklah sepatutnya orang-orang yang beriman itu semuanya keluar (pergi berperang). Mengapa tidak pergi daripada tiap-tiap golongan antara mereka beberapa orang untuk bertafaquh (memperdalam pengetahuan dan kefahaman mereka tentang agama), dan untuk memberikan peringatan kepada kaum mereka (yang keluar berjuang) apabila mereka telah kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat menjaga diri mereka (daripada melakukan larangan Allah dengan petunjuk-Nya).” [Surah al-Tawbah: 122]

Sesungguhnya, bertafaquh itu dituntut dalam semua urusan ajaran Islam, seperti aspek aqidah, syariat, akhlak dan pelaksanaan yang bijaksana dalam urusan dakwah, politik, ekonomi, pelajaran, pendidikan dan lain-lain. Akan tetapi, kefahaman secara tafaquh telah menurun dalam kalangan umat Islam apabila terpaksa menghabiskan banyak masa melawan penjajah dan menghadapi kezaliman musuh tanpa menyerah kalah.

Musuh Islam pada hari ini telah mengambil kesempatan daripada dua gejala negatif yang muncul akibat berlakunya kejahilan agama dalam kalangan umat Islam. Akibatnya, muncul dua kump**an; kalangan yang bertasahul (bermudah-mudah dan melonggarkan pegangan agamanya) dan bertasyaddud (melampau batas dalam aspek pendekatan dan cara pelaksanaannya).

Kalangan bertasahul bukan sahaja mencipta kefahaman Islam liberal dan Islam sekular yang membolehkan beriman dengan sebahagian ajaran Islam dan menolak sebahagian yang lain, malah menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Bahkan, ada yang menganut berbagai-bagai ideologi ciptaan manusia dan teorinya. Kalangan ini disokong oleh negara penjajah supaya terus bertapak penjajahannya terhadap umat Islam.

Allah SWT memberi amaran melarang perbuatan ini, sepertimana firman-Nya:

﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُواْ فِي ٱلسِّلۡمِ كَآفَّةٗ وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيۡطَٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوّٞ مُّبِينٞ٢٠٨ فَإِن زَلَلۡتُم مِّنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَتۡكُمُ ٱلۡبَيِّنَٰتُ فَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ٢٠٩﴾

“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan! Sesungguhnya, syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (208) Akan tetapi, jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (209)” [Surah al-Baqarah: 208–209]

Firman Allah SWT:

﴿وَأَنزَلۡنَآ إِلَيۡكَ ٱلۡكِتَٰبَ بِٱلۡحَقِّ مُصَدِّقٗا لِّمَا بَيۡنَ يَدَيۡهِ مِنَ ٱلۡكِتَٰبِ وَمُهَيۡمِنًا عَلَيۡهِۖ فَٱحۡكُم بَيۡنَهُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُۖ وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡ عَمَّا جَآءَكَ مِنَ ٱلۡحَقِّۚ لِكُلّٖ جَعَلۡنَا مِنكُمۡ شِرۡعَةٗ وَمِنۡهَاجٗاۚ وَلَوۡ شَآءَ ٱللَّهُ لَجَعَلَكُمۡ أُمَّةٗ وَٰحِدَةٗ وَلَٰكِن لِّيَبۡلُوَكُمۡ فِي مَآ ءَاتَىٰكُمۡۖ فَٱسۡتَبِقُواْ ٱلۡخَيۡرَٰتِۚ إِلَى ٱللَّهِ مَرۡجِعُكُمۡ جَمِيعٗا فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ فِيهِ تَخۡتَلِفُونَ٤٨ وَأَنِ ٱحۡكُم بَيۡنَهُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡ وَٱحۡذَرۡهُمۡ أَن يَفۡتِنُوكَ عَنۢ بَعۡضِ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ إِلَيۡكَۖ فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَٱعۡلَمۡ أَنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعۡضِ ذُنُوبِهِمۡۗ وَإِنَّ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلنَّاسِ لَفَٰسِقُونَ٤٩ أَفَحُكۡمَ ٱلۡجَٰهِلِيَّةِ يَبۡغُونَۚ وَمَنۡ أَحۡسَنُ مِنَ ٱللَّهِ حُكۡمٗا لِّقَوۡمٖ يُوقِنُونَ٥٠﴾

“Dan Kami telah turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk membenarkan Kitab-kitab suci yang telah diturunkan sebelumnya dan sebagai batu ujian terhadap Kitab-kitab yang lain itu. Maka, jalankanlah hukum antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa-apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah kamu mengikuti kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) daripada apa yang telah datang kepadamu daripada kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki, nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu, berlumba-lumbalah kamu dalam berbuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Hanya kepada Allah jua tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa-apa yang kamu berselisihan padanya. (48) Dan hendaklah kamu menjalankan hukum antara mereka dengan apa-apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah kamu menuruti kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu daripada sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian, jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya, Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab sebahagian daripada dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya, kebanyakan daripada umat manusia itu ialah orang-orang yang fasiq. (49) Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang mempunyai keyakinan? (50)” [Surah al-Ma’idah: 48–50]

Walau bagaimanapun, kecintaan kepada Islam dalam kalangan yang bertasahul itu tidak pernah padam walaupun mereka sendiri berada dalam kejahilan.

Adapun kump**an bertasyaddud p**a bersemangat melaksanakan Islam, sehingga melampaui batas tanpa melaksanakan kebijaksanaan petunjuk Allah dan hikmah Rasulullah SAW yang dihuraikan oleh para ulama’.

Firman Allah SWT:

﴿يُؤۡتِي ٱلۡحِكۡمَةَ مَن يَشَآءُۚ وَمَن يُؤۡتَ ٱلۡحِكۡمَةَ فَقَدۡ أُوتِيَ خَيۡرٗا كَثِيرٗاۗ وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّآ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَٰبِ٢٦٩﴾

“Dia (Allah) menganugerahkan al-hikmah (kefahaman yang dalam tentang al-Quran dan al-Sunnah) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Maka, sesungguhnya, yang dianugerahi hikmah, dia benar-benar telah mendapat kurnia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakal yang dapat mengambil pengajaran (daripada firman Allah).” [Surah al-Baqarah: 269]

Firman Allah SWT:

﴿ٱدۡعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِٱلۡحِكۡمَةِ وَٱلۡمَوۡعِظَةِ ٱلۡحَسَنَةِۖ وَجَٰدِلۡهُم بِٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِۦ وَهُوَ أَعۡلَمُ بِٱلۡمُهۡتَدِينَ١٢٥ وَإِنۡ عَاقَبۡتُمۡ فَعَاقِبُواْ بِمِثۡلِ مَا عُوقِبۡتُم بِهِۦۖ وَلَئِن صَبَرۡتُمۡ لَهُوَ خَيۡرٞ لِّلصَّٰبِرِينَ١٢٦ وَٱصۡبِرۡ وَمَا صَبۡرُكَ إِلَّا بِٱللَّهِۚ وَلَا تَحۡزَنۡ عَلَيۡهِمۡ وَلَا تَكُ فِي ضَيۡقٖ مِّمَّا يَمۡكُرُونَ١٢٧﴾

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik serta berdebat menghadapi mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya, Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. (125) Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan seksaan yang ditimpakan kepadamu. Akan tetapi, jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar. (126) Bersabarlah (wahai Muhammad) dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah dan janganlah kamu bersedih hati terhadap (kejahatan) mereka dan janganlah kamu bersempit dada terhadap apa-apa yang mereka tipu dayakan. (127)” [Surah al-Nahl: 125–127]

Firman Allah SWT:

﴿ٱذۡهَبَآ إِلَىٰ فِرۡعَوۡنَ إِنَّهُۥ طَغَىٰ٤٣ فَقُولَا لَهُۥ قَوۡلٗا لَّيِّنٗا لَّعَلَّهُۥ يَتَذَكَّرُ أَوۡ يَخۡشَىٰ٤٤﴾

“Pergilah kamu berdua kepada Fir‘aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas. (43) Maka, berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan dia ingat atau takut. (44)” [Surah Taha: 43–44]

Kini, kita menyaksikan munculnya kump**an-kump**an Islam yang ekstrem yang mahukan perubahan yang cepat dan mengambil pendekatan melampau tanpa mengambil kira umat Islam yang tenggelam dalam kejahilan, lalu bertindak melampau. Tindakan tersebut mencetuskan perpecahan, pergaduhan dan peperangan sesama sendiri, sehingga diambil kesempatan oleh musuh.

Kini, kita menyaksikan gerakan yang dinamakan reformasi digerakkan atas nama demokrasi liberal dan Arab Spring. Sehingga mencetuskan pertempuran antara rakyat dan polis dalam keadaan seagama dengan dokongan kuasa asing yang mendukung demokrasi. Pada masa yang sama, mereka menyokong diktator yang boleh digunakan di negara-negara Islam.

Kita menyaksikan keadaan yang lebih melampau hari ini apabila berlakunya perang saudara oleh kump**an seperti ISIS dan Daesh dengan bantuan senjata daripada negara-negara tertentu, tetapi dibayar daripada harta umat Islam sendiri. Adapun Israel dan negara-negara lain dibiarkan mengganas terhadap umat Islam.

Sesungguhnya, mereka telah lupa akan amaran Rasulullah SAW:

‌لَا ‌تَرْجِعُوا بَعْدِي كُفَّارًا ‌يَضْرِبُ ‌بَعْضُكُمْ رِقَابَ بَعْضٍ

“Janganlah kalian kembali menjadi kafir setelah aku (wafat), sehingga sebahagian kalian memenggal leher sebahagian yang lain.” [Muttafaq ‘alayh: Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab al-‘Ilm, No. 121, dan Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-Iman, No. 65, daripada Jarir.]

Ramai kalangan umat Islam yang masih cintakan Islam walaupun berada dalam kejahilan. Mereka mempunyai kemanisan iman, sepertimana yang dinyatakan melalui hadis Rasulullah SAW:

‌ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ ‌حَلَاوَةَ ‌الإِيمَانِ: أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا، وَأَنْ يُحِبَّ المَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ.

“Tiga perkara yang apabila ada pada diri seseorang, ia akan mendapatkan manisnya iman: Dijadikannya Allah dan rasul-Nya lebih dicintainya daripada selain kedua-duanya. Jika ia mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah. Dan dia benci kembali kepada kekufuran seperti dia benci apabila dilempar ke neraka.” [Muttafaq ‘alayh: Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab al-Iman, No. 16, dan Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-Iman, No. 43, daripada Anas. Lafaz bagi al-Bukhari.]

Maka, diharamkan sewenang-wenangnya bersikap melampau terhadap sesuatu pihak tanpa perhitungan yang betul dan istiqamah, termasuk terhadap musuh. Firman Allah SWT:

﴿وَقَٰتِلُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ ٱلَّذِينَ يُقَٰتِلُونَكُمۡ وَلَا تَعۡتَدُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُعۡتَدِينَ١٩٠﴾

“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya, Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” [Surah al-Baqarah: 190]

Pendekatan secara hikmah (bijaksana) dan tadaruj (berperingkat) perlu dilaksanakan terhadap umat yang tenggelam dalam kejahilan. Begitu juga dalam menghadapi kalangan bukan Islam yang wajib disampaikan Islam kepada mereka. Maka, hendaklah didahului dengan pendekatan damai, menurut firman Allah SWT:

﴿۞وَإِن جَنَحُواْ لِلسَّلۡمِ فَٱجۡنَحۡ لَهَا وَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ٦١ وَإِن يُرِيدُوٓاْ أَن يَخۡدَعُوكَ فَإِنَّ حَسۡبَكَ ٱللَّهُۚ هُوَ ٱلَّذِيٓ أَيَّدَكَ بِنَصۡرِهِۦ وَبِٱلۡمُؤۡمِنِينَ٦٢﴾

“Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya, Dialah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (61) Dan jika mereka bermaksud menipumu, maka sesungguhnya, cukuplah Allah (menjadi pelindungmu). Dialah Tuhan yang memperkuatmu dengan pertolongan-Nya dan dengan (dukungan) orang-orang Mukmin. (62)” [Surah al-Anfal: 61–62]

Firman Allah SWT:

﴿۞وَلَا تُجَٰدِلُوٓاْ أَهۡلَ ٱلۡكِتَٰبِ إِلَّا بِٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُ إِلَّا ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ مِنۡهُمۡۖ وَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا بِٱلَّذِيٓ أُنزِلَ إِلَيۡنَا وَأُنزِلَ إِلَيۡكُمۡ وَإِلَٰهُنَا وَإِلَٰهُكُمۡ وَٰحِدٞ وَنَحۡنُ لَهُۥ مُسۡلِمُونَ٤٦﴾

“Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab, melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali dengan orang-orang zalim antara mereka, dan katakanlah, ‘Kami telah beriman kepada (Kitab-kitab) yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepadamu; Tuhan kami dan Tuhan kamu adalah satu; dan kami hanya kepada-Nya berserah diri.’” [Surah al-‘Ankabut: 46]

Kita menyaksikan kegagalan senjata Islamofobia dalam memerangi Islam, sehingga mencetuskan kesedaran ingin tahu secara jujur oleh orang yang berakal sihat dalam kalangan bukan Islam. Keadaan ini memberi kesan yang positif kepada perkembangan Islam di negara bukan Islam.

Maka, laksanakanlah kewajipan menyampaikan Islam kepada semua mengikut petunjuk Allah SWT:

﴿وَمَنۡ أَحۡسَنُ قَوۡلٗا مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَٰلِحٗا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ٣٣ وَلَا تَسۡتَوِي ٱلۡحَسَنَةُ وَلَا ٱلسَّيِّئَةُۚ ٱدۡفَعۡ بِٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُ فَإِذَا ٱلَّذِي بَيۡنَكَ وَبَيۡنَهُۥ عَدَٰوَةٞ كَأَنَّهُۥ وَلِيٌّ حَمِيمٞ٣٤ وَمَا يُلَقَّىٰهَآ إِلَّا ٱلَّذِينَ صَبَرُواْ وَمَا يُلَقَّىٰهَآ إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٖ٣٥﴾

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh, dan berkata, ‘Sesungguhnya, aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?’ (33) Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. (34) Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar. (35)” [Surah al-Fussilat: 33–35]

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 9 Rabi‘ul Awwal 1445 / 25 September 2023

[Bil: 80 / 2023]

Kredit: Abdul Hadi Awang

ISU SEMASA MINGGU INI🍿 Netanyahu promosi normalisasi israel-negara arabhttps://alhijrahnews.com/netanyahu-padam-palestin...
25/09/2023

ISU SEMASA MINGGU INI

🍿 Netanyahu promosi normalisasi israel-negara arab

https://alhijrahnews.com/netanyahu-padam-palestin-dari-peta-promosi-normalisasi-israel-negara-arab/

🍿 M***i perlu tampil dahulu cerahkan isu yang berkait tentang agama

https://alhijrahnews.com/mufti-perlu-tampil-jelaskan-isu-agama-elak-dimanip**asi-politik/

🍿 Pengurusan Mahkamah Syariah perlu diperkasakan dan ditambah baik- Agong

https://alhijrahnews.com/pengurusan-mahkamah-syariah-hendaklah-terus-diperkasa-ditambah-baik-agong/

🍿 Sultan Johor sedia laksana tugas negara, Yang di-Pertuan Agong dijadualkan berakhir hujung Januari depan

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/09/1155716/sultan-johor-sedia-laksana-tugas-negara-rakyat-akan-sentiasa

🍿 Pelajar tikam rakan sampai mati

https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2023/09/1156419/pelajar-tikam-rakan-sampai-mati

🍿 Presiden Algeria minta PBB jalankan undian keahlian penuh kepada Palestin

https://www.bharian.com.my/dunia/afrika/2023/09/1155115/presiden-algeria-minta-jalankan-undian-keahlian-penuh-kepada-palestin

MADAH JAUHARI || SIRI 5 عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْم الدَّارِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْه...
23/09/2023

MADAH JAUHARI || SIRI 5

عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْم الدَّارِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : الدِّيْنُ النَّصِيْحَةُ . قُلْنَا لِمَنْ ؟ قَالَ : لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُوْلِهِ وَلأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِيْنَ وَعَامَّتِهِمْ . [رواه البخاري ومسلم

Dari Abu Ruqayyah Tamim Ad Daari RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : Agama adalah nasihat. Kamil berkata : Kepada siapa ? Beliau bersabda : Kepada Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya dan kepada pemimpin kaum muslimin dan rakyatnya.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jom hayati madah jauhari kali ini.

Like • Share • Follow
Asal Sampai

19/09/2023

Catatan Duha
Sekiranya anda berkeyakinan boleh melakukan perkara-perkara yang besar, nescaya anda akan memiliki tekad yang besar dan mampu menghapus segala rintangan. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 3 Rabiul Awal 1445. 19 September 2023 Selasa.

ISU SEMASA MINGGU INI📌 Sempat makan malam bersama sebelum rentunghttps://www.bharian.com.my/berita/kes/2023/09/1154205/t...
18/09/2023

ISU SEMASA MINGGU INI

📌 Sempat makan malam bersama sebelum rentung

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2023/09/1154205/tiga-beranak-rentung-sempat-makan-malam-bersama-keluarga

📌 Kenaikan harga barang, ramai terjejas

https://alhijrahnews.com/peniaga-tersepit-akibat-kenaikan-harga-barang/

📌 84% tanah wakaf telah dibangunkan

https://alhijrahnews.com/84-peratus-tanah-wakaf-telah-dibangunkan/

📌 Tahfiz digalakkan kerjasama dengan Institusi TVET

https://alhijrahnews.com/tahfiz-digalak-kerjasama-dengan-institusi-tvet/

📌 Bayi kini mudah menghidap penyakit ekzema

https://alhijrahnews.com/mengurus-ekzema-anak-apa-ibu-bapa-perlu-tahu/

📌 Remaja perempuan ditemui selamat, lari kerana perselisihan faham dengan keluarga

https://alhijrahnews.com/remaja-perempuan-hilang-ditemukan-selamat-di-rumah-rakan/

Minda Presiden PASAQIDAH DIKETEPIKAN DAN HILANG MARUAH MELAKUKAN APA-APA SAHAJAAqidah dan maruah ialah dua perkara penti...
18/09/2023

Minda Presiden PAS

AQIDAH DIKETEPIKAN DAN HILANG MARUAH MELAKUKAN APA-APA SAHAJA

Aqidah dan maruah ialah dua perkara penting dalam kejadian manusia secara tabii, tanpa dipedulikan oleh mereka yang berada di luar tabii.

Al-Quran sebagai kitab mukjizat tetap memberikan jawapan yang sebenar:

Aqidah kepercayaan kepada Tuhan yang Maha Mengetahui dan percaya akan hisab-Nya yang Maha Adil pada Hari Kiamat, mengikut sempadan halal dan haram serta perhitungan dosa dan pahala, sehingga tiada sesiapa yang dapat melepaskan dirinya.

Maruah harga diri manusia yang mulia dengan akal yang sihat, s**a akan kebaikan, dan benci akan kejahatan mengikut fitrahnya secara tabii. Manusia memiliki nafsu seperti binatang tetapi berakal, tidak seperti binatang yang tidak berakal. Maka, akalnya yang waras bertindak mengikut sempadan jati diri seseorang.

Al-Quran Kalam Allah menegaskan bahawa aqidah kepercayaan kepada Allah (Tuhan) menjadi fitrah (tabii) manusia. Firman Allah SWT:

﴿وَلَئِن سَأَلۡتَهُم مَّنۡ خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ لَيَقُولُنَّ ٱللَّهُۚ قُلِ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِۚ بَلۡ أَكۡثَرُهُمۡ لَا يَعۡلَمُونَ٢٥﴾

“Dan sesungguhnya, jika kamu bertanya kepada mereka, ‘Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?’ Tentu mereka akan menjawab, ‘Allah.’ Katakanlah, ‘Segala puji bagi Allah;’ tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.” [Surah Luqman: 25]

Termasuk kalangan ateisme yang tidak percaya kepada Tuhan, apabila mereka terdesak, mereka tetap mencari Tuhan. Firman Allah SWT:

﴿هُوَ ٱلَّذِي يُسَيِّرُكُمۡ فِي ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِۖ حَتَّىٰٓ إِذَا كُنتُمۡ فِي ٱلۡفُلۡكِ وَجَرَيۡنَ بِهِم بِرِيحٖ طَيِّبَةٖ وَفَرِحُواْ بِهَا جَآءَتۡهَا رِيحٌ عَاصِفٞ وَجَآءَهُمُ ٱلۡمَوۡجُ مِن كُلِّ مَكَانٖ وَظَنُّوٓاْ أَنَّهُمۡ أُحِيطَ بِهِمۡ دَعَوُاْ ٱللَّهَ مُخۡلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ لَئِنۡ أَنجَيۡتَنَا مِنۡ هَٰذِهِۦ لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلشَّـٰكِرِينَ٢٢﴾

“Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan, (berlayar) di lautan. Sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera, dan meluncurlah bahtera itu membawa orang-orang yang ada di dalamnya dengan tiupan angin yang baik, dan mereka bergembira kerananya, datanglah angin badai, dan (apabila) gelombang dari segenap penjuru menimpanya, dan mereka yakin bahawa mereka telah terkepung (bahaya), maka mereka berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya semata-mata. (Mereka berkata), ‘Sesungguhnya, jika Engkau menyelamatkan kami daripada bahaya ini, pastilah kami akan termasuk orang-orang yang bersyukur.’” [Surah Yunus: 22]

Lebih-lebih lagi kalau berada di atas pesawat udara yang menghadapi bahaya dan tiada pergantungan langsung, keadaan lebih cepat menggerakkan fitrah mereka mencari penyelamat dan meminta Tuhan menyelamatkan mereka daripada bahaya yang mendatang.

Fahaman tidak percaya kepada adanya Tuhan adalah di luar tabii yang tidak boleh dianggap sifat manusia yang sebenar, bahkan melanggar sifar sebagai makhluk. Firman Allah SWT:

﴿أَفَغَيۡرَ دِينِ ٱللَّهِ يَبۡغُونَ وَلَهُۥٓ أَسۡلَمَ مَن فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ طَوۡعٗا وَكَرۡهٗا وَإِلَيۡهِ يُرۡجَعُونَ٨٣﴾

“Maka, apakah mereka mencari agama yang lain daripada agama Allah, padahal kepada-Nyalah menyerahkan diri segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan s**a mahupun terpaksa, dan hanya kepada Allah jua mereka dikembalikan.” [Surah Ali ‘Imran: 83]

Adapun maruah p**a ialah perasaan penghormatan harga diri yang membezakan manusia dengan binatang yang tidak ada nilai moral dan akal, hanya nafsu semata-mata. Maruah menyebabkan manusia itu mempunyai rasa aib dan hina diri apabila terdedah melakukan kejahatan ketika tidak dapat mengawal nafsunya, kemudian datang perasaan malu dan penyesalan. Inilah kurnia Allah kepada manusia. Firman Allah SWT:

﴿۞وَلَقَدۡ كَرَّمۡنَا بَنِيٓ ءَادَمَ وَحَمَلۡنَٰهُمۡ فِي ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ وَرَزَقۡنَٰهُم مِّنَ ٱلطَّيِّبَٰتِ وَفَضَّلۡنَٰهُمۡ عَلَىٰ كَثِيرٖ مِّمَّنۡ خَلَقۡنَا تَفۡضِيلٗا٧٠﴾

“Dan sesungguhnya, telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki daripada yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.” [Surah al-Isra’: 70]

Firman Allah SWT:

﴿وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَـٰٓئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٞ فِي ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةٗۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ فِيهَا مَن يُفۡسِدُ فِيهَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَۖ قَالَ إِنِّيٓ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ٣٠﴾

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat, ‘Sesungguhnya, Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.’ Mereka berkata, ‘Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?’ Tuhan berfirman, ‘Sesungguhnya, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.’” [Surah al-Baqarah: 30]

Manusia p**a berbeza dengan para malaikat yang suci dan mulia serta langsung tidak bernafsu, mereka hanya taat semata-mata kepada Allah. Firman Allah SWT:

﴿أَوَ لَمۡ يَرَوۡاْ إِلَىٰ مَا خَلَقَ ٱللَّهُ مِن شَيۡءٖ يَتَفَيَّؤُاْ ظِلَٰلُهُۥ عَنِ ٱلۡيَمِينِ وَٱلشَّمَآئِلِ سُجَّدٗا لِّلَّهِ وَهُمۡ دَٰخِرُونَ ٤٨ وَلِلَّهِۤ يَسۡجُدُۤ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِ مِن دَآبَّةٖ وَٱلۡمَلَـٰٓئِكَةِ وَهُمۡ لَا يَسۡتَكۡبِرُونَ ٤٩ يَخَافُونَ رَبَّهُم مِّن فَوۡقِهِمۡ وَيَفۡعَلُونَ مَا يُؤۡمَرُونَ۩٥٠﴾

“Dan apakah mereka tidak memerhatikan segala sesuatu yang telah diciptakan Allah yang bayangannya berbolak-balik ke kanan dan ke kiri dalam keadaan sujud kepada Allah, sedang mereka merendah diri? (48) Dan kepada Allah sahajalah bersujud segala apa yang berada di langit dan semua makhluk yang melata di bumi dan (juga) para malaikat, sedang mereka (malaikat) tidak menyombongkan diri. (49) Mereka takut kepada Tuhan mereka yang di atas mereka dan melaksanakan apa-apa yang diperintahkan (kepada mereka). (50)” [Surah al-Nahl: 48–50]

Manusia dimuliakan oleh Allah dengan aqidah beragama dan bermaruah diri, bersama akal, hidayah, dan ilmunya. Diletakkan pada dirinya p**a pancaindera melalui anggota pada jasadnya yang dapat melihat, mendengar, dan berfikir.

Maka, manusia yang hilang maruahnya juga berada di luar tabii daripada asal kejadiannya yang sebenar yang tidak boleh dimasukkan dalam perhitungan yang betul.

Seseorang manusia itu melakukan apa-apa sahaja kejahatan, maksiat, dan kemungkaran apabila aqidah kepercayaan kepada Allah diketepikan dan apabila maruah diri tidak ada lagi. Perasaan malunya juga hilang sehingga boleh melakukan apa-apa sahaja dengan rasa tidak bersalah. Firman Allah SWT:

﴿وَلَقَدۡ ذَرَأۡنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِۖ لَهُمۡ قُلُوبٞ لَّا يَفۡقَهُونَ بِهَا وَلَهُمۡ أَعۡيُنٞ لَّا يُبۡصِرُونَ بِهَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٞ لَّا يَسۡمَعُونَ بِهَآۚ أُولَـٰٓئِكَ كَٱلۡأَنۡعَٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّۚ أُولَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡغَٰفِلُونَ١٧٩﴾

“Dan sesungguhnya, Kami jadikan untuk (isi Neraka Jahanam) kebanyakan daripada jin dan manusia; mereka mempunyai hati (tetapi) tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah), mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” [Surah al-A‘raf: 179]

Oleh kerana manusia itu mempunyai akalnya dan tidak seperti binatang yang tidak berakal, maka apabila manusia melakukan kejahatan mengikut nafsunya, jadilah dirinya lebih hina daripada binatang yang tidak berakal. Manusia bersama nafsunya melakukan semua perkara tanpa mengira baik dan jahat serta menjadi lebih jahat daripada binatang yang tidak berakal.

Kini, manusia sedang menghadapi krisis nilai yang paling parah dari bawah sehingga atas, apabila urusan kehidupan dan kemasyarakatan seperti politik, ekonomi, dan segala pengurusannya dipisahkan daripada agama. Maka, perhitungan dosa dan pahala dalam urusan ibadat sahaja. Adapun urusan keduniaan tidak ada penilaian dosa dan pahala seperti rasuah, salah laku, dan segala bentuk kezaliman terhadap rakyat dalam urusan dunia.

Walaupun ada undang-undang, tetapi tidak mempunyai rohnya, menjadikan undang-undang laksana sarang labah-labah yang menangkap serangga yang halus, boleh dirempuh burung yang besar.

Ditambah p**a menjadikan mereka yang tidak ada maruah kerana takbur, lebih rakus daripada binatang yang bernafsu tanpa akal. Akalnya digunakan p**a untuk kejahatan yang lebih melampau daripada binatang yang tidak berakal.

Keadaan tersebut menjadikan rompakan, pencurian, dan rasuahnya lebih besar berkali ganda. Gandaannya lebih berlipat kali sekiranya orang yang berkuasa dilantik menjadi pemimpin negara apabila menjadikan dirinya mengatasi tindakan undang-undang, sehingga melakukan pembohongan dan bersumpah p**a dengan nama Allah.

Rasulullah SAW sebelum kewafatannya, tampil ke masjid dalam keadaan uzur setelah solat untuk menyampaikan ucapan bagi membersihkan dirinya di hadapan para jemaah, walaupun Baginda SAW seorang yang bersifat maksum (terpelihara daripada dosa). Baginda antara lain menegaskan:

أَلَا ‌فَمَنْ ‌كُنْتُ ‌جَلَدْتُ ‌لَهُ ‌ظَهْرًا فَهَذَا ظَهْرِي فَلْيَسْتَقِدْ، وَمَنْ كُنْتُ أَخَذْتُ لَهُ مَالًا فَهَذَا مَالِي فَلْيَأْخُذْ مِنْهُ، وَمَنْ كُنْتُ شَتَمْتُ لَهُ عِرْضًا فَهَذَا عِرْضِي فَلْيَسْتَقِدْ.

“Ketahuilah, sesiapa yang pernah aku memukul belakangnya, maka inilah belakangku, silalah balasnya. Sesiapa yang pernah aku mengambil hartanya, maka inilah hartaku, silalah ambil gantinya. Dan sesiapa yang pernah aku menghina maruahnya, maka inilah diriku, silalah balasnya.” [Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, Jld. 8, Hlm. 44 dan al-Bayhaqi, Dala’il al-Nubuwwah, Jld. 7, Hlm. 179]

Rasulullah SAW menunjukkan jiwanya yang besar, paling kuat aqidahnya, dan paling tinggi maruahnya.

Begitulah juga para khalifah dan para raja Islam yang mengikuti teladan Baginda Nabi SAW bersikap terbuka dan sedia dihukum di alam dunia kerana mengelak daripada dibicarakan di alam akhirat. Kepercayaan mereka bahawa dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) secara salah tidak boleh membebaskan mereka di mahkamah Allah pada Hari Akhirat.

Islam menegaskan konsep keadilan yang tegas dan adil, bahawa seseorang yang dituduh tidak dianggap bersalah selagi belum dibuktikan. Pembebasan seseorang berlaku setelah selesai proses kehakiman yang adil, bukan diberhentikan sebelum selesai prosesnya dengan cara yang tidak beraqidah dan tidak bermaruah.

Seseorang yang tidak bersalah serta beraqidah dan bermaruah berani berhadapan dengan proses kehakiman secara sempurna, bukan melarikan diri dengan cara yang tidak bermaruah.

Seseorang yang benar-benar beriman dan bermaruah, kalau bersalah, dia rela dihukum di dunia. Kalau tidak, nanti akan dihukum pada Hari Akhirat oleh Allah yang Maha Mengetahui yang tetap mengadili dengan proses kehakiman-Nya. Firman Allah SWT:

﴿ٱلۡيَوۡمَ نَخۡتِمُ عَلَىٰٓ أَفۡوَٰهِهِمۡ وَتُكَلِّمُنَآ أَيۡدِيهِمۡ وَتَشۡهَدُ أَرۡجُلُهُم بِمَا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ٦٥﴾

“Pada hari ini, Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa-apa yang dahulu mereka usahakan.” [Surah Yasin: 65]

Adapun DNAA di alam dunia sekadar cerita hukuman Firaun yang dinyatakan oleh firman Allah SWT:

﴿قَالُواْ لَن نُّؤۡثِرَكَ عَلَىٰ مَا جَآءَنَا مِنَ ٱلۡبَيِّنَٰتِ وَٱلَّذِي فَطَرَنَاۖ فَٱقۡضِ مَآ أَنتَ قَاضٍۖ إِنَّمَا تَقۡضِي هَٰذِهِ ٱلۡحَيَوٰةَ ٱلدُّنۡيَآ٧٢﴾

“Mereka berkata, ‘Kami sekali-kali tidak akan mengutamakan kamu daripada bukti-bukti yang nyata (mukjizat), yang telah datang kepada kami dan daripada Tuhan yang telah menciptakan kami. Maka, putuskanlah apa yang hendak kamu putuskan. Sesungguhnya, kamu hanya akan dapat memutuskan dalam kehidupan di dunia ini sahaja.’” [Surah Taha: 72]

Mereka yang lumpuh aqidahnya dan tiada maruahnya boleh melakukan apa-apa sahaja tanpa rasa takut dan malu di dunia dan akhirat. Firman Allah SWT:

﴿قُلۡ هَلۡ نُنَبِّئُكُم بِٱلۡأَخۡسَرِينَ أَعۡمَٰلًا١٠٣ ٱلَّذِينَ ضَلَّ سَعۡيُهُمۡ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَهُمۡ يَحۡسَبُونَ أَنَّهُمۡ يُحۡسِنُونَ صُنۡعًا١٠٤ أُولَـٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بِـَٔايَٰتِ رَبِّهِمۡ وَلِقَآئِهِۦ فَحَبِطَتۡ أَعۡمَٰلُهُمۡ فَلَا نُقِيمُ لَهُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ وَزۡنٗا١٠٥ ذَٰلِكَ جَزَآؤُهُمۡ جَهَنَّمُ بِمَا كَفَرُواْ وَٱتَّخَذُوٓاْ ءَايَٰتِي وَرُسُلِي هُزُوًا١٠٦﴾

“Katakanlah, ‘Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?’ (103) Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya. (104) Mereka itu orang-orang yang telah kufur terhadap ayat-ayat Tuhan mereka dan (kufur terhadap) perjumpaan dengan Dia, maka hapuslah amalan-amalan mereka, dan Kami tidak mengadakan suatu penilaian bagi (amalan) mereka pada Hari Kiamat. (105) Demikianlah balasan mereka itu Neraka Jahanam, disebabkan kekafiran mereka dan disebabkan mereka menjadikan ayat-ayat-Ku dan rasul-rasul-Ku sebagai olok-olok. (106)” [Surah al-Kahfi: 103–106]

Maka, Islam mengharamkan para hakim yang arif dan bijaksana diperlakukan seperti robot atau lampu isyarat jalan raya yang dinyalakan lampu hijaunya untuk membebaskan laluannya, tanpa diketahui bilakah lampu merahnya dinyalakan atau jalannya ditutup.

Jika mereka bertanya, dari mana sumber ilmu kamu? Jawabnya, daripada al-Quran dan hikmah Rasulullah SAW serta para ilmuwan yang berpandu kepadanya.

Akhirnya, renungilah firman Allah SWT:

﴿وَأَنزَلۡنَآ إِلَيۡكَ ٱلۡكِتَٰبَ بِٱلۡحَقِّ مُصَدِّقٗا لِّمَا بَيۡنَ يَدَيۡهِ مِنَ ٱلۡكِتَٰبِ وَمُهَيۡمِنًا عَلَيۡهِۖ فَٱحۡكُم بَيۡنَهُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُۖ وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡ عَمَّا جَآءَكَ مِنَ ٱلۡحَقِّۚ لِكُلّٖ جَعَلۡنَا مِنكُمۡ شِرۡعَةٗ وَمِنۡهَاجٗاۚ وَلَوۡ شَآءَ ٱللَّهُ لَجَعَلَكُمۡ أُمَّةٗ وَٰحِدَةٗ وَلَٰكِن لِّيَبۡلُوَكُمۡ فِي مَآ ءَاتَىٰكُمۡۖ فَٱسۡتَبِقُواْ ٱلۡخَيۡرَٰتِۚ إِلَى ٱللَّهِ مَرۡجِعُكُمۡ جَمِيعٗا فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ فِيهِ تَخۡتَلِفُونَ٤٨ وَأَنِ ٱحۡكُم بَيۡنَهُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡ وَٱحۡذَرۡهُمۡ أَن يَفۡتِنُوكَ عَنۢ بَعۡضِ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ إِلَيۡكَۖ فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَٱعۡلَمۡ أَنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعۡضِ ذُنُوبِهِمۡۗ وَإِنَّ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلنَّاسِ لَفَٰسِقُونَ٤٩ أَفَحُكۡمَ ٱلۡجَٰهِلِيَّةِ يَبۡغُونَۚ وَمَنۡ أَحۡسَنُ مِنَ ٱللَّهِ حُكۡمٗا لِّقَوۡمٖ يُوقِنُونَ٥٠﴾

“Dan Kami telah turunkan kepadamu (wahai Muhammad) al-Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa-apa yang sebelumnya, iaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan untuk memelihara kitab-kitab yang lain itu. Maka, putuskanlah hukum antara mereka menurut apa-apa yang telah Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap umat antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, nescaya kamu dijadikan-Nya satu umat (sahaja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlumba-lumbalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah jua kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu. (48) Dan hendaklah kamu memutuskan perkara antara mereka menurut apa-apa yang diturunkan Allah dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu daripada sebahagian apa-apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (daripada hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya, Allah menghendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa mereka. Dan sesungguhnya, kebanyakan manusia ialah orang-orang yang fasiq. (49) Apakah hukum jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? (50)” [Surah al-Ma’idah: 48–50]

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 3 Rabiul Awwal 1445 / 18 September 2023

[Bil: 79 / 2023]

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Asal Sampai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share