
23/12/2022
BANTU PANTAI TIMUR BANGKIT SEMULA
Situasi banjir yang melanda negara semakin buruk. Keadaan di tiga negeri membabitkan Kelantan, Terengganu dan Pahang semakin getir berikutan hujan berterusan, sekali gus mencatat pertambahan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS). Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) juga telah mengeluarkan amaran cuaca tahap bahaya dengan hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di seluruh Terengganu dan beberapa kawasan di Kelantan.
Setelah mula terlibat dengan misi banjir semenjak 2015, kami, Yayasan Pelangi Malaysia dan anak-anak Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) amat memahami situasi yang dialami oleh mangsa mangsa banjir yang terkapai-kapai kelaparan dan kesejukan, semua jalan darat terputus, laluan air p**a berarus deras dan merbahaya, bekalan letrik dan air juga dipotong dan mereka hanya boleh berdoa kepada Allah dan menyeru bantuan insan budiman yang berkemampuan. Alhamdulillah ternyata ramai rakyat Malaysia amat prihatin. Para sukarelawan dan dermawan mula menghantar bantuan makanan dan keperluan asas ke pantai Timur, namun masih belum mencukupi.
Menyedari akan hakikat ini, dengan kerjasama jawatankuasa pengurusan banjir tempatan, wakil kami sedang meninjau dan mengumpulkan makluat mangsa yang amat memerlukan pelbagai bantuan di kawasan-kawasan yang terjejas teruk dan tertumpu kepada rumah-rumah kebajikan, tahfiz dan golongan yang memang tidak berupaya seperti ibu tunggal, warga emas, OKU, fakir miskin dan mereka yang rumahnya ranap sama sekali.
Dengan ini kami seru seluruh rakyat Malaysia untuk membantu dengan beberapa inisiatif berikut:
1. Sumbangan dana untuk pembelian peralatan keperluan baharu secara pukal dan serahan tunai mengikut kepada kesesuaian dan keperluan mangsa banjir.
2. Sumbangan barang elektrik (terpakai yang masih elok atau baharu) dan barang-barang makanan dan dihantar terus ke collection centre Projek Pelangi RPWP di Kompleks RPWP Jalan Abim, Sg. Ramal Dalam. Pusat pengump**an ini dibuka 24 jam setiap hari dan boleh hubungi terus petugas di lokasi pada nombor 0192177926 (En. Mazlan) atau 0163605047 (En. Azman).
RPWP sebuah rumah asnaf dan anak yatim telah berpuasa untuk mencukupkan bantuan permulaan segera kepada mangsa banjir. Namun, dana dari kami juga terhad memandangkan RPWP tidak menerima apa-apa bantuan dan tajaan dari mana-mana badan ataupun agensi kerajaan. Hasil perniagaan dan pertanian yang kami ada kami jimatkan untuk kami kongsikan bersama mereka yang terkesan.
Indah sekali, jika anda semua boleh bergerak bersama-sama kami kali ini dalam Misi Bantuan Banjir 2022. Sumbang terus ke akaun kami atau ke link yang disertakan.
AKAUN MAYBANK
5622-6357-2593
YAYASAN PELANGI MALAYSIA
Sumbang di : https://projekpelangi.com/kempen/bantuan-bencana-banjir-2022/
www.projekpelangi.com
Ya Rabb, terimalah amal kami sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Amin.
Admin
YAYASAN PELANGI MALAYSIA