Sarawak Today

  • Home
  • Sarawak Today

Sarawak Today This page actually for share about the latest Sarawak news

Memaparkan berita dan menyebarluaskan maklumat semasa berkaitan negeri Sarawak untuk tatapan rakyat Sarawak di mana sahaja berada.

HEBAHAN AWAM | 30 DISEMBER 2025Pemakaian Tali Leher Murid Sekolah Di Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan T...
30/12/2025

HEBAHAN AWAM | 30 DISEMBER 2025

Pemakaian Tali Leher Murid Sekolah Di Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Tahun 2026

Sarawak hadapi luruan monsun bawa hujan lebat dan angin kencang bermula 1 hingga 5 Januari 2026KUCHING: Jabatan Meteorol...
29/12/2025

Sarawak hadapi luruan monsun bawa hujan lebat dan angin kencang bermula 1 hingga 5 Januari 2026

KUCHING: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan luruan monsun dijangka memasuki rantau negara bermula 1 hingga 5 Januari depan

Keadaan ini berpotensi membawa hujan lebat berterusan di Sarawak serta angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan dalam tempoh berkenaan.

HEBAHAN AWAM | 29 DISEMBER 2025Sarawak Countdown 2026Guinness World Record Announcement 31 Disember 2025Tebingan Kuching...
29/12/2025

HEBAHAN AWAM | 29 DISEMBER 2025

Sarawak Countdown 2026
Guinness World Record Announcement

31 Disember 2025
Tebingan Kuching

HEBAHAN AWAM I 29 DISEMBER 2025Raikan Malam Tahun Baru dengan KEMASUKAN PERCUMA ke Muzium Budaya Borneo pada 31 Disember...
29/12/2025

HEBAHAN AWAM I 29 DISEMBER 2025

Raikan Malam Tahun Baru dengan KEMASUKAN PERCUMA ke Muzium Budaya Borneo pada 31 Disember 2025!

Jangan biarkan hari istimewa ini berlalu begitu sahaja!

Masa operasi:
Isnin hingga Jumaat: 9:00AM - 4:45PM
Sabtu, Ahad & Cuti Umum: 9:30AM - 4:30PM


HEBAHAN AWAM I 28 DISEMBER 2025Lapan jalan akan ditutup sempena program ‘Countdown 2026’ yang nak diadakan di Waterfront...
28/12/2025

HEBAHAN AWAM I 28 DISEMBER 2025

Lapan jalan akan ditutup sempena program ‘Countdown 2026’ yang nak diadakan di Waterfront Kuching pada 31 Disember 2025.

Antara jalan yang ditutup ialah Jalan Main Bazaar, Jalan Market, Jalan Lebuh Java, Jalan Gambier, ngan Jalan Wawasan (Jalan Tun Abang Haji Openg).

Juga, jalan susur Wisma Pelita dan lampu isyarat St Mary serta Lebuh Temple (Jalan Main Bazaar).

Jalan-jalan ini mula ditutup pada jam 4 petang 31 Disember hingga 2 pagi pada 1 Januari 2026.

HEBAHAN AWAM I 28 DISEMBER 2025MIRI: Hospital Umum Sarawak (HUS) sedang mencari waris atau ahli keluarga kepada penama y...
28/12/2025

HEBAHAN AWAM I 28 DISEMBER 2025

MIRI: Hospital Umum Sarawak (HUS) sedang mencari waris atau ahli keluarga kepada penama yang dikenali sebagai Phan Kah Shing, berbangsa Cina, berusia 86 tahun dilahirkan pada 14 Oktober 1939 dan berasal dari Miri.

Phan kini berada di Wad Kecemasan, HUS.

Sehubungan itu, HUS menyeru waris atau ahli keluarga Phan untuk menghubungi Puan Aime Yusup, Pegawai Kerja Sosial Perubatan di talian 082-276666 sambungan 4338 (waktu pejabat) dengan segera.

HEBAHAN AWAM I 23 DISEMBER 2025Walkabout Sempena Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2025
23/12/2025

HEBAHAN AWAM I 23 DISEMBER 2025

Walkabout Sempena Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2025

HEBAHAN AWAM Makluman Mengenai Pelaksanaan Inisiatif Kerajaan Sarawak: Bantuan Ibu Bersalin (BIB) Bermula 1 Januari 2026...
22/12/2025

HEBAHAN AWAM

Makluman Mengenai Pelaksanaan Inisiatif Kerajaan Sarawak: Bantuan Ibu Bersalin (BIB) Bermula 1 Januari 2026

Borang Permohonan boleh dimuat turun di http://bit.ly/borangbib2025

Ramai anak-anak Sarawak terkejut!Terbaca di platform Threads, ramai anak-anak Sarawak terkejut apabila mendapati baki hu...
22/12/2025

Ramai anak-anak Sarawak terkejut!

Terbaca di platform Threads, ramai anak-anak Sarawak terkejut apabila mendapati baki hutang PTPTN mereka tiba-tiba berkurangan bulan ini.

Rupa-rupanya, hutang tersebut telah dibayar oleh Kerajaan Sarawak. Ada yang dibayar sehingga RM8,000.

Ini merupakan salah satu inisiatif Premier Abang Jo untuk membantu anak-anak Sarawak melunaskan hutang PTPTN mereka, khususnya yang menuntut di universiti swasta dan universiti persekutuan.

Terima kasih Premier Abang Jo 🤝


【Perhatian Rakyat Sarawak! Air Borneo Kini Tiba!】Tak payah tunggu tahun depan, bulan ini juga pada 10 Disember, laman we...
11/12/2025

【Perhatian Rakyat Sarawak! Air Borneo Kini Tiba!】

Tak payah tunggu tahun depan, bulan ini juga pada 10 Disember, laman web rasmi Air Borneo (www.airborneo.com) mula beroperasi! 🚀

【📅 Panduan Penting Tempahan Tiket: Sila Semak Tarikh!】

Berdasarkan notis rasmi, sila ambil perhatian sebelum membeli tiket penerbangan anda:

👉 Untuk perjalanan SEBELUM 14 Jan 2026:
Sila teruskan membeli tiket melalui laman web MASwings.
👉 Untuk perjalanan SELEPAS 14 Jan 2026:
Tahniah! Anda boleh mula menempah tiket penerbangan Air Borneo terus di www.airborneo.com! 🎫

【📞 Talian Khidmat Pelanggan】
Ada sebarang pertanyaan? Hubungi talian berikut:
☎️ 1-300-22-1388 (Bebas Tol Tempatan)
☎️ +6082-537 555 (Antarabangsa)

Sayap Sarawak kini semakin gagah! Adakah anda bersedia untuk menyemak harga tiket pada 10 Disember nanti? 😍

Pelancaran10Dis TiketPenerbangan MASwings CutiCutiSarawak

HEBAHAN AMARAN RIBUT PETIRDikeluarkan pada: 3:20 petang, 11 Disember 2025I) Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang d...
11/12/2025

HEBAHAN AMARAN RIBUT PETIR

Dikeluarkan pada: 3:20 petang, 11 Disember 2025

I) Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak (Hulu Perak) • Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub) • Johor (Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi) • Sarawak: Betong, Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit) dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) • Sabah: Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Tawau (Kunak dan Lahad Datu) • WP Labuan sehingga 6:00 petang; Khamis, 11 Disember 2025.

II) Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh) • Terengganu (Besut dan Setiu) sehingga 8:00 malam; Khamis, 11 Disember 2025


Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sarawak Today posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sarawak Today:

  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share