Hashtags

Hashtags PodChill - Du Hành không Gian

Cuaca panas kini, memang berpeluh pakai baju hitam!Sembilan baju polo berwarna berbeza diletakkan pada badan patung di b...
28/04/2023

Cuaca panas kini, memang berpeluh pakai baju hitam!

Sembilan baju polo berwarna berbeza diletakkan pada badan patung di bawah matahari. Selepas 5 minit pendedahan, suhu permukaan fabrik diukur.

Keputusan menunjukkan

✅ Baju putih adalah yang paling sejuk, diikuti oleh baju kuning. Kedua-dua baju itu mempunyai suhu sekitar 30 darjah Celsius.

✅ Yang paling sejuk seterusnya ialah baju kelabu muda dan merah.

✅ Baju hijau tua dan hitam adalah yang paling panas, dengan suhu permukaan melebihi 50 darjah Celsius.
*Kajian ini dilakukan oleh Japan’s National Institute for Environmental Studies.

Grafik : Public Health Malaysia

Hari ini 27 tahun yang lalu, jaguh catur, Garry Kasparov menewaskan komputer IBM “Deep Blue.”Garry Kasparov dianggap ant...
17/02/2023

Hari ini 27 tahun yang lalu, jaguh catur, Garry Kasparov menewaskan komputer IBM “Deep Blue.”

Garry Kasparov dianggap antara pemain catur terunggul dalam sejarah, lahir pada 13 April 1963 di Azerbaijan, Kesatuan Soviet. Pada 1985, di usia 22 tahun, Kasparov menjadi juara dunia termuda dalam sejarah apabila menewaskan Anatoly Karpov.

Pada tahun 1985 itu juga, bermulanya asal usul Deep Blue apabila pelajar kedoktoran di Universiti Carnegie Mellon bernama Feng Hsiung Hsu mula membangunkan sebuah komputer yang berupaya bermain catur dipanggil “ChipTest.”

Ia kemudian dikenali sebagai “Deep Thought,” sempena sebuah mesin dalam novel “The Hitchhiker’s Guide to the Galaxy” oleh Douglas Adams. Hsu & kolaboratornya Murray Campbell & Thomas Anantharaman kemudian diambil bekerja oleh IBM.

Pada 1989, Kasparov mudah menewaskan Deep Thought dalam sebuah perlawanan 2-permainan. IBM terus memperhalusi komputer supernya & pada 1993 ia dinamakan semula sebagai “Deep Blue,” gabungan Deep Thought & Big Blue, nama gelaran IBM.

Perlawanan 6-permainan Kasparov-Deep Blue bermula pada 10 Februari 1996 di Pusat Konvensyen Pennsylvania, Philadelphia. Dengan kemampuan Deep Blue menilai 100 juta kedudukan catur berbeza setiap saat, Kasparov kalah permainan pertama.

Kasparov bangkit untuk menang permainan ke-2. Permainan ke-3 & ke-4 berakhir seri, sebelum yang ke-5 dimenangi Kasparov. Pada 17 Februari, pakar catur manusia itu mengungguli Deep Blue dengan kemenangan ke-3 dalam permainan terakhir.

Perlawanan semula diadakan pada 3 Mei 1997, dengan Deep Blue yang sudah ditambah baik dengan kemampuan menilai 200 juta kedudukan catur berbeza sesaat. Kasparov menang permainan pertama sementara Deep Blue menang permainan ke-2.

Permainan ke-3, ke-4, & ke-5 berakhir seri. Pada 11 Mei, Deep Blue memenangi permainan ke-6 sekaligus memenangi perlawanan yang mendapat publisiti luas itu. Kasparov menuntut perlawanan semula namun IBM kemudian ‘mematikan’ Deep Blue.

Sumber: History

Sumber Tulisan : Astro Awani

BERITA | GLOBAL | Bukit Al-Lawz Di Tabuk Dilitupi Salji Buat Kali KetigaTABUK: Bukit Al-Lawz Tabuk di Arab Saudi diselub...
10/01/2023

BERITA | GLOBAL | Bukit Al-Lawz Di Tabuk Dilitupi Salji Buat Kali Ketiga

TABUK: Bukit Al-Lawz Tabuk di Arab Saudi diselubungi salji untuk kali ketiga selepas berlaku penurunan suhu di wilayah berkenaan yang mengakibatkan penurunan salji.

Pada 27 Disember 2022, penduduk di Tabuk sudah menyaksikan penurunan salji di pergunungan Al-Lawz.

Kawasan dilitupi salji menjadi tarikan pelancong warga Tabuk dan pengunjung yang datang dari pelbagai wilayah hadir untuk menikmati salji dan keindahan alam.

Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) dalam laporan sebelum ini menyatakan, suhu di beberapa wilayah Saudi sudah mula menyaksikan penurunan ketara sejak minggu pertama 2023.

NCM berkata, penurunan itu adalah antara lima dan sifar darjah Celsius di wilayah Tabuk, Al-Jouf, Hail dan wilayah Sempadan Utara.

Laporan itu juga menunjukkan bahawa suhu akan mencapai antara lima dan sembilan darjah Celsius di wilayah Riyadh, Al-Qassim dan bahagian utara Wilayah Timur.

Foto Sumber : Twitter

31/12/2022

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hashtags posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share