24/01/2019
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Solat Sunat Gerhana
عَنْ عَائِشَةَ أَنَّهَا قَالَتْ خَسَفَتْ الشَّمْسُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالنَّاسِ فَقَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ ثُمَّ رَكَعَ فَأَطَالَ الرُّكُوعَ ثُمَّ قَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ وَهُوَ دُونَ الْقِيَامِ الْأَوَّلِ ثُمَّ رَكَعَ فَأَطَالَ الرُّكُوعَ وَهُوَ دُونَ الرُّكُوعِ الْأَوَّلِ ثُمَّ سَجَدَ فَأَطَالَ السُّجُودَ ثُمَّ فَعَلَ فِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ مِثْلَ مَا فَعَلَ فِي الْأُولَى ثُمَّ انْصَرَفَ وَقَدْ انْجَلَتْ الشَّمْسُ فَخَطَبَ النَّاسَ فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ ثُمَّ قَالَ إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا اللَّهَ وَكَبِّرُوا وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا ثُمَّ قَالَ يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ وَاللَّهِ مَا مِنْ أَحَدٍ أَغْيَرُ مِنْ اللَّهِ أَنْ يَزْنِيَ عَبْدُهُ أَوْ تَزْنِيَ أَمَتُهُ يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ وَاللَّهِ لَوْ تَعْلَمُونَ مَا أَعْلَمُ لَضَحِكْتُمْ قَلِيلًا وَلبَكَيْتُمْ كَثِيرًا
Dari 'Aisyah bahwasanya dia berkata, "Pernah terjadi gerhana matahari pada zaman Rasulullah SAW. Rasulullah SAW lalu mendirikan solat bersama orang ramai. Baginda berdiri dalam solatnya dengan memanjangkan lama berdirinya, kemudian rukuk dengan memanjangkan rukuknya, kemudian berdiri dengan memanjangkan lama berdirinya, namun tidak selama yang pertama. Kemudian beliau rukuk dan memanjangkan lama rukuknya, namun tidak selama rukuknya yang pertama. Kemudian baginda sujud dengan memanjangkan lama sujudnya, beliau kemudian mengerjakan rakaat kedua seperti pada rakaat yang pertama. Selepas baginda selesai melaksanakan solat, matahari telah nampak kembali. Kemudian baginda menyampaikan khutbah, baginda memulai khutbahnya dengan memuji Allah dan mengangungkan-Nya, lalu bersabda: "Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah, dan tidak akan mengalami gerhana disebabkan karena mati atau hidupnya seseorang. Jika kalian melihat gerhana, maka banyaklah berdoa kepada Allah, bertakbirlah, dirikan solat dan bersedekahlah." Kemudian baginda meneruskan sabdanya: "Wahai ummat Muhammad! Demi Allah, tidak ada yang melebihi kecemburuan Allah kecuali ketika Allah melihat hamba laki-laki atau hamba perempuan berzina. Wahai ummat Muhammad! Demi Allah, seandainya kalian mengetahui apa yang aku ketahui, niscaya kalian akan sedikit tertawa dan lebih banyak menangis." (HR Bukhari No: 986)
Pengajaran:
1. Apabila melihat gerhana matahari, Rasulullah mengajar kepada kita agar melaksanakan solat sunat gerhana.
2. Hukum solat gerhana adalah sunat muakkad atau sunat yang digalakkan
3. Berlakunya gerhana merupakan antara tanda-tanda kebesaran Allah
4. Solat sunat gerhana dilaksanakan dua rakaat namun memiliki empat kali rukuk dan empat kali fatihah
5. Rasulullah memanjangkan berdiri dan rukuk yang pertama berbanding berdiri dan rukuk berikutnya
6. Antara amalan lain yang disunatkan ketika berlaku gerhana adalah membanyakan memuji Allah, berdoa, bertakbir, dan bersedekah
7. Allah murka apabila berlakunya perbuatan zina kepada lelaki dan perempuan (orang yang tidak memiliki kecintaan kepada Allah)
8. Seandainya kita mengetahui apa yang Rasulullah tahu, nescaya kita akan sedikit tertawa dan lebih banyak menangis
Esok 9hb Mac 2016 dijangkakan berlaku gerhana matahari sekitar jam 8.00 pagi dan akan tamat sekitar jam 9.30 pagi. Ayuh kita laksanakan solat sunat gerhana. Semoga kita juga dapat memperbanyakkan pujian kepada Allah, berdoa, bertakbir dan bersedekah.
Untuk Semua #
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
8hb Mac 2016